Selasa, 30 November 2010

Kenapa nafi bangsa sendiri??

Ketuanan Melayu bukan pada simbol kerisnya. Ketuanan Melayu bukan pada keindukan UMNO dalam parti pemerintah. Ketuanan Melayu adalah pada kemuliaan Raja-Raja Melayu, ketinggian Islam sebagai agama persekutuan, Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan keistimewaan pribumi

“Ketuanan Melayu bukanlah untuk menjadikan Melayu ini Tuan dan bukan Melayu sebagai Hamba. Sebaliknya Ketuanan Melayu bermaksud atau simbol kedudukan Sultan-Sultan Melayu sebagai tunggak negara yang menjaga kepentingan agama Islam, adat istiadat Melayu dan Bahasa Melayu”

Apabila Wan azizah menyatakan ungkapan “tinggalkan Ketuanan Melayu” sekali gus bagi mereka yang fahan tentang ketuanan Melayu terus dapat meneka intipati yang sebenarnya apa yang sedang diperjuangkan oleh PKR masa kini.

Apakah yang akan berlaku jika sekiranya ketuanan Melayu ditentang dan dihasratkan untuk ditinggalkan atau dibakul sampahkan. Ini bermakna Wan Azizah serta penyokong PKR telah bersedia berhadapan dengan rancangan untuk meninggalkan dan meruntuhkan institusi Raja raja Melayu yang menjaga Kepentingan Melayu.

Dengan tidak secara langsung proses menumbangkan institusi raja raja akan berlaku. Ini selaras dengan perjuangan yang dibawa oleh PKR iaitu kesamarataan didalam segala hal di Malaysia. Dlam erti kata lain iaitu konsep Liberal. Penentangan terhadap Raja Raja Melayu sebagai tongak terakhir menjaga kepentingan Melayu ini telah pun di nyatakan secara jelas oleh Presiden PKR Wan Azizah.

Beza Ketuanan Melayu dan ketuanan rakyat

©Utusan Malaysia (Digunakan dengan kebenaran)
Oleh Mohamad Khir Toyo


KEBELAKANGAN ini sudah timbul polemik mengenai ketuanan Melayu. Saya tertanya-tanya, apakah salah dan hina ketuanan Melayu jika ia tidak pun menindas orang lain, apatah lagi merampas harta benda dan hak orang bukan Melayu sebagai penduduk negara ini.

Jika isu ketuanan Melayu yang menjadi masalah kepada orang muda dari kaum Cina dan India, maka kita perlu menerangkan asas mengapa ketuanan Melayu itu menjadi salah satu perjuangan UMNO.

Malahan sebahagian orang muda Melayu sendiri hari ini sudah tidak faham makna ketuanan Melayu.

Ketuanan Melayu bukanlah untuk menjadikan Melayu ini Tuan dan bukan Melayu sebagai Hamba. Sebaliknya Ketuanan Melayu bermaksud atau simbol kedudukan Sultan-Sultan Melayu sebagai tunggak negara yang menjaga kepentingan agama Islam, adat istiadat Melayu dan Bahasa Melayu.

Sebab itu apabila para pemimpin kita dahulu memutuskan perjuangan mempertahankan ketuanan Melayu adalah untuk mempertahankan kedudukan kesultanan Melayu, agama Islam, adat istiadat orang Melayu dan Bahasa Melayu.

Hanya kerana generasi hari ini tidak memahami makna dan maksud ketuanan Melayu bukan bermakna ia tidak lagi relevan. Apakah hanya kerana ia dijadikan isu bagi menunjukkan UMNO sebuah parti perkauman, maka kita mahu lari dari tuduhan dengan menukar arah perjuangan kita.

Tidak ada salah dengan kenyataan atau laungan mempertahankan ketuanan Melayu sekiranya kita memberi kefahaman yang tepat kepada orang ramai. Mempertahankan ketuanan Melayu merupakan mempertahankan asas-asas Perlembagaan Negara. Apakah perlembagaan negara merupakan sebuah perlembagaan yang berunsur perkauman?

Ketuanan Melayu tidak pernah menindas bangsa lain atau menjadikan bangsa lain sebagai hamba. Selama berpuluh tahun UMNO membawa perjuangan ketuanan Melayu tidak ada satu bangsa pun yang ditindas atau menjadi hamba.

Saya melihat begitu ramai orang bukan Melayu yang menikmati kemajuan pesat negara, malah dalam banyak keadaan kaum bukan Melayu meraih kek ekonomi yang lebih besar berbanding orang Melayu.

Masalah kita hari ini, terdapat pemimpin UMNO sendiri tidak memahami erti ketuanan Melayu yang dilaung-laungkan. Ada yang merasakan mereka menjadi tuan sehingga lupa maksud asal ketuanan Melayu.

Tekanan
Bagi memberi tekanan kepada UMNO, ada kumpulan tertentu yang memperkenalkan pula slogan ketuanan rakyat. Apakah makna ketuanan rakyat tiada siapa yang tahu. Jika kita katakan ketuanan rakyat ini sebagai menjadikan rakyat sebagai tuan, apakah kita nampak ia dilakukan di negeri-negeri yang diperintah oleh kumpulan ini? Sehingga hari ini kita belum nampak rakyat menjadi tuan di negeri-negeri ini.

Saya melihat ketuanan rakyat ini merupakan satu usaha meruntuhkan asas-asas Perlembagaan Malaysia yang kita pertahankan dalam perjuangan Ketuanan Melayu.
Apakah yang ingin diruntuhkan melalui slogan ketuanan rakyat?

Pada hemat saya ketuanan rakyat ini akan cuba menjadikan negara ini sebagai sebuah negara republik. Perkara ini boleh berlaku bila mana institusi beraja akan dinafikan atau dicabar haknya dalam isu-isu agama Islam.

Sekarang ini sudah nampak usaha-usaha meletakkan Islam setaraf dengan agama-agama lain. Kuasa sultan-sultan juga sedang dicabar oleh mereka yang tidak pun terbabit dalam pentadbiran negeri dan negara. Mereka juga mendesak kerajaan agar merombak kuasa pelantikan hakim-hakim oleh Majlis Raja-raja Melayu.

Apakah erti segala usaha mencabar segala struktur Perlembagaan ini? Apakah sudah wujud agenda untuk menjadikan negara ini sebagai republik melalui slogan ketuanan rakyat? Bukankah idea-idea ini merupakan usaha mencabar kedudukan Raja-raja sebagai custodian agama Islam dan orang Melayu?

Dengan runtuhnya sistem beraja, maka kedudukan agama Islam akan hanya setaraf dengan agama lain, hak-hak istimewa orang Melayu yang termaktub dalam perlembagaan juga akan turut terkubur bersama matinya sistem beraja di negara kita. Begitu juga nasib yang akan menimpa bahasa Melayu.

Ini semua akan berlaku dan jadilah negara kita sebagai sebuah negara republik yang tidak mempunyai agama rasmi, tidak mempunyai hak istimewa orang Melayu dan tidak mendaulatkan bangsa Melayu.

Saya tidak tahu sama ada rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu akan membiarkan perkara ini terjadi. Sebenarnya perkara yang sama telah pun berlaku di negara jiran kita Singapura. Orang Melayu mesti sedar apakah di sebalik gagasan idea ketuanan rakyat ini.

Saya bimbang jika ini berlaku akan tercetus kejadian yang akan merosakkan hubungan harmoni di antara kaum yang telah terjalin hasil dari rundingan yang dilakukan di antara tiga kaum ketika merdeka.

Jangan sudah terhantuk baru tergadah. Bangsa Melayu yang tergadai akan hilang pertimbangan dan pada ketika itu emosi akan mendepani perjuangan. Tindakan yang akan diambil merupakan tindakan di luar jangkaan.

Orang Melayu bila terus diasak sehingga tiada ruang untuk bergerak, mereka akan mengambil tindakan walaupun mungkin tidak akan menguntungkan negara.

Belajar
Rakyat Malaysia perlu belajar daripada apa yang berlaku di negara Balkan seperti Bosnia, Serbia dan Croatia bila mana masalah kaum dan agama menjadi pemisah dan pencetus kepada peperangan.

Janganlah kerana kita memikirkan untung yang sedikit, tetapi akhirnya rugi seumur hidup. Biarlah kita dilihat rugi sedikit hari ini, tapi hidup aman hingga akhir hayat.

Ideologi ketuanan rakyat akan membawa satu fenomena yang amat berbahaya kepada negara kita. Saya masih berpandangan orang Melayu tidak akan merelakan raja mereka dinafikan haknya, ketuanan Melayu tidak diberi tempat, agama Islam tidak menjadi agama rasmi negara lagi. Bagi orang Melayu Islam itu agama mereka dan mesti menjadi agama rasmi negara. Raja dijunjung demi mempertahankan agama Islam.

Akhirnya saya mengharapkan kepada seluruh rakyat Malaysia berfikir untuk maju tanpa mengorbankan sejarah dan pusaka bangsa kita. Perjuangan UMNO adalah untuk mempertahankan sejarah dan pusaka kita.

Kedudukan Raja-raja Melayu, hak orang Melayu, agama Islam dan bahasa Melayu akan terus menjadi tunjang perjuangan ini. Walau apa pun yang diperkatakan, UMNO perlu menegakkan perjuangan ini. “Patah sayap bertongkatkan paruh, namun gunung tetap didaki”

Isnin, 29 November 2010

Masya-Allah... Masya-Allah...Masya-Allah...Laknatkanlah Golongan Ini

Apabila ayat suci al-Quran dimanipulasi oleh orang bukan Islam dan didiamkan atau dikatakan betul oleh orang Islam. Ya Allah, Ya Tuhan ku, Kau laknatkanlah umat Mu yang mempermainkan ayat-ayat Mu ini. Amin.


PETALING JAYA 28 Nov. - Ahli-ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) beragama Islam sanggup membenarkan seorang perwakilan bukan Islam menghina kesucian al-Quran apabila tafsir yang digunakan tunggang-langgang dan terkeluar daripada konteks sebenar.

Perwakilan Angkatan Muda Keadilan (AMK), K. Subramaniam ketika membahaskan ucapan dasar presiden pada hari terakhir Kongres Nasional Tahunan PKR Ketujuh hari ini membaca tafsir daripada ayat 190 dan 191 surah Ali-Imran.

Tafsiran yang dibaca oleh Subramaniam berbunyi:
"Firman Allah dalam kitab al-Quran surah Ali-Imran yang berbunyi begini, sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya siang dan malam, maka terdapatlah tanda-tanda manusia berakal agar kita sentiasa berfikir, agar minda diasuh dan terbentuk dengan baik lalu seterusnya melakarkan budaya sihat supaya tidak songsang dan tidak menyeleweng dari norma-norma kehidupan manusia yang beradab lagi bertamadun."

Sebaliknya, tafsir sebenar daripada ayat 190 dan 191 surah Ali-Imran berbunyi seperti berikut:
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal, (iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang ciptaan langit dan bumi (seraya berkata) Ya Tuhan kami, tiada Engkau ciptakan ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, peliharalah kami dari seksa neraka.

Lebih menyedihkan, apabila selesai membaca tafsir ayat tersebut, Subramaniam bertanya kepada semua perwakilan sama ada tafsiran yang dibacanya itu betul atau tidak, lalu semua perwakilan menjawab betul.

Kejadian itu bukan sahaja memalukan kerana tiada seorang pun perwakilan Islam PKR yang menegur salah tafsir tersebut, malah jelas menunjukkan hak kesaksamaan yang dicanang parti itu adakalanya melampaui batas.

Ini kerana, di pentas perbahasan kesucian ayat suci al-Quran bukan dipertahankan sebaliknya dibenarkan dimanipulasi oleh perwakilan bukan Islam.

Ahad, 28 November 2010

Baca, Hayati dan Fikir-Fikirkan

Wahai Azizah yang malang bertuankan manusia dua alam. Tak usah lantang ajak orang Melayu tinggalkan Ketuanan Melayu. Baca tulisan di bawah ini. Hayati setiap baris perkataan dan faham dengan penuh makna. Kemudian cuba kamu fikir-fikirkan asal usul kamu.

Dulu moyang mereka berpesan
daerah ini milik keturunan kita
di sini segala adat diperturunkan
jangan ia hilang dari mata.

Laman dan kebun ini kepunyaan kita,
tempat lahir dan membesar
dari abad berabad lama
biar di sini kita berkubur.

Hari ini dusun menjadi terang
diroboh untuk ladang
khazanah hilang
musnah digubah pendatang
yang tinggal cuma sebuah sewang
menanti masa untuk dibuang.

Tanah rayau satu nama
kebun entah ke mana
jalan sudah dipindaguna
nenggiri jernih menjadi warna
angin semakin hilang mesranya
semua musnah dan luka
semakin sehari semakin melata
ke mana lagi akan dibawa.

- Azmi Taib 112010

Sabtu, 27 November 2010

Santai sekejap

30 perkara perempuan tak sempat beritahu lelaki

1. Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan air mata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci mengenai orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian, tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri dari mu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ini langsung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sembarangan.

14. Jika kamu menyukai seorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenali mu dengan lebih mendalam.

15. Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat dengan mu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungi mu atau menunggu panggilan dari mu, teruskan usaha mu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

18. Selepas seorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati seorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya, tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan ‘Hi @ Assalamualaikum’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan seorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah air mata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadap mu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat mengenai mereka dan baik terhadapnya. So, kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah
perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Tanda-tanda dia jodoh ku
Firman Allah SWT bermaksud: “Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu” (Surah Muhammad, ayat 7).

Gunakan seluruh pancaindera
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah Yang Maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir.

Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.

Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima kita seadanya
Apa pun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, “lidah sendiri lagikan tergigit”, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjuk-Nya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepada-Nya dan terus berdoa. Ingatlah nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya. - Oleh: Hj Abdul Samad.

Jumaat, 26 November 2010

Berbuat baik kepada ibu bapa

Berbuat baik kepada ibu bapa setelah mereka meninggal dunia
* Mengurus Jenazah
* Melunaskan Hutang
* Melaksanakan Rancangan Atau Janji
* Melakukan Kebaikan
* Meneruskan Yang Baik dan Menghentikan Yang Buruk
* Mendoakan
* Berhubung Dengan Yang Dicintai

Mengurus Jenazah Ibu bapa.
Apabila salah seorang atau kedua-dua ibu bapa kita meninggal dunia hendaklah kita sebagai anak memastikan jenazah mereka diuruskan secepat mungkin. Pengurusan jenazah terdiri daripada: Memandikan, Mengkafankan, Mensolatkan dan Mengebumikan.

Sekalipun proses pengurusan jenazah dilakukan oleh orang-orang yang terlatih, adalah utama jika kita dapat turut serta. Jika tidak tahu apa dan bagaimana caranya untuk turut serta, sekarang adalah masa yang tepat untuk mula mencari ilmu mengenai pengurusan jenazah.

Setiap daripada proses pengurusan jenazah mempunyai petunjuk dari al-Quran dan al-Sunnah yang sahih sehingga memerlukan buku berasingan untuk menerangkannya. Dapatkan buku Ahkam al-Jana’iz wa Bid’iha oleh Muhammad Nashr al-Din al-Albani rahimahullah.[1]

Melunaskan Hutang Ibu bapa.
Apabila ibu bapa meninggal dunia hendaklah kita menyemak sama ada mereka mempunyai hutang yang belum dilunaskan. Hutang itu terbahagi kepada dua jenis:
Hutang Harta Benda: - Hutang seperti ini akan menawan ibu bapa yang meninggal dunia sehingga ia dilunaskan. Rasulullah SAW pernah bersabda kepada Saad ibn al-Atswal ra yang baru kematian saudaranya: "Saudara kamu tertahan disebabkan hutangnya, oleh itu pergilah engkau melunasinya." [2]
Jika kita tidak mampu membayarnya, maka menjadi tanggungjawab negara. Jika negara enggan melaksanakan tanggungjawab itu, maka hendaklah umat Islam saling membantu untuk melunasinya. Pilihan lain ialah berjumpa dengan pihak yang dihutang dan berbincang dengan mereka, mudah-mudahan mereka memansuhkan hutang tersebut atau memberi jalan lain yang lebih mudah.
Mengenai hutang dan harta, janganlah kita merasa berat untuk melaksanakannya. Janganlah hal ini dipandang sebagai “membayar hutang orang lain”, tetapi pandanglah ia sebagai “membuat pelaburan dengan Allah”.

Hutang Ibadah:- Jika ibu bapa ada hajat untuk melaksanakan sesuatu ibadah lalu mereka tidak sempat kerana meninggal dunia, kita boleh melaksanakan ibadah itu. Abd Allah ibn Abbas ra menerangkan: "Bahawa seorang wanita daripada Juhainah datang menemui Nabi SAW dan berkata: “Sesungguhnya ibuku bernazar untuk melaksanakan haji akan tetapi dia tidak sempat melaksanakan haji tersebut sehingga dia meninggal dunia. Apakah boleh aku melaksanakan haji tersebut untuknya?”
Rasulullah SAW menjawab: “Ya, hajikanlah dia. Apa pandangan kamu jika ibu kamu memiliki hutang, adakah kamu juga akan melunasinya? Lunaskanlah untuk Allah kerana (hutang kepada) Allah adalah lebih berhak untuk dilunasi.” [3]

Melaksanakan Rancangan Atau Janji Ibu bapa:-
Jika ibu bapa mempunyai rancangan tertentu dan mereka tidak sempat melaksanakannya, kita sebagai anak boleh melaksanakannya dan ganjaran kebaikan akan mengalir kepada ibu bapa dan juga kita. Jabir bin Abd Allah ra menerangkan: "Nabi SAW pernah berkata: “Apabila datang harta dari Bahrain nescaya aku akan memberi engkau sekian-sekian.” Namun harta dari Bahrain tidak datang sehinggalah Nabi SAW wafat.

Ketika harta dari Bahrain sampai, Abu Bakar ra memerintahkan seseorang menyeru:
“Sesiapa yang memiliki janji atau hutang dengan Nabi SAW datanglah kepada kami.”

Maka aku datang dan berkata: “Sesungguhnya Nabi SAW berjanji kepada aku sekian-sekian.” Maka dia memberi aku satu genggaman dan aku menghitungnya, ternyata jumlahnya lima ratus (dirham). Dia berkata: “Ambillah lagi seumpamanya.”[4]

Dalam hadis di atas, janji Rasulullah SAW kepada Jabir dilaksanakan oleh Abu Bakar ra sebagai pemerintah pada saat itu. Dalam kes ibu bapa, janji atau rancangan mereka boleh dilaksanakan oleh anak-anaknya.

Melakukan Kebaikan Yang Disyariatkan:-
Allah SWT berfirman: Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya. [al-Najm 53:39]
Seorang anak adalah hasil usaha ibu bapanya sebagaimana sabda Rasulullah SAW:
"Sesungguhnya sebaik-baik apa yang dimakan oleh seseorang ialah daripada hasil usahanya sendiri dan anaknya termasuk daripada hasil usahanya.[5]

Justeru apa jua kebaikan yang selari dengan syariat yang dilakukan oleh kita sebagai seorang anak seperti beribadah, bersedekah, amar maaruf dan nahi mungkar dan selainnya, maka ibu bapa akan memperoleh ganjaran. Ganjaran tersebut akan diperoleh oleh ibu bapa sama ada kita meniatkan atau tidak kebaikan yang dilakukan itu kepada mereka.

Antara contoh kebaikan yang memberi manfaat kepada ibu bapa ialah apabila kita mengambil al-Quran sebagaimana hadis berikut daripada Buraidah ra: "Aku duduk di sisi Nabi SAW lalu aku mendengar Baginda bersabda: “Pelajarilah surah al-Baqarah kerana mengambilnya merupakan keberkatan, meninggalkannya merupakan kerugian dan orang yang suka membuat kebatilan tidak akan mampu mengilmuinya.”

Kemudian Baginda diam sesaat, lalu bersabda: “Pelajarilah surah al-Baqarah dan Ali Imran kerana kedua-duanya adalah al-Zahrawan yang menaungi orang yang memilikinya pada Hari Kiamat, seakan-akan dua gumpalan awan atau dua barisan burung. Sesungguhnya
al-Quran akan menemui pemiliknya pada Hari Kiamat ketika dia dibangkitkan daripada kuburnya seperti seseorang yang berkulit kuning, lalu dikatakan kepadanya:
“Adakah kamu mengenal aku?”
Dia menjawab: “Aku tidak mengenal engkau.”
Dikatakan (lagi) kepadanya: “Adakah kamu mengenal aku?”
Dia menjawab: “Aku tidak mengenal engkau.”
Lalu dikatakan: “Aku adalah sahabat kamu: al-Qur’an, yang telah membuat kamu kehausan pada siang hari dan menyebabkan kamu tidak tidur pada malam hari.
Sesungguhnya setiap pedagang berada di belakang barang dagangannya sedangkan kamu pada hari ini berada di belakang semua barang dagangan.” [6]

Lalu dia diberi kerajaan dari arah kanannya, diberi keabdian dari sebelah kirinya, diletakkan di atas kepalanya mahkota kebesaran dan ibu bapanya dikenakan pakaian yang membuatkan seluruh penduduk dunia berdiri menghormati mereka berdua. Maka mereka berdua bertanya: “Dengan apakah menyebabkan kami menerima semua ini?”
Dijawab: “Dengan sebab anak kalian berdua yang mengambil al-Quran.”

Kemudian dikatakan (kepada anak tersebut): “Bacalah (al-Quran) dan naiklah darjat-darjat syurga dan ruangan-ruangannya.” Dia terus naik selama membaca al-Quran sama ada secara cepat atau perlahan. [7]

Dimaksudkan yang “mengambil al-Quran” adalah melaksanakan apa yang dituntut ke atas setiap orang Islam terhadap al-Quran, iaitu:
Beriman kepadanya.
Membacanya dengan disiplin tajwid.
Menelaahnya, yakni memerhati dan mengkaji kandungannya (tadabbur).
Mempraktikkannya dalam segala liku kehidupan.
Menyampaikannya sama ada untuk tujuan dakwah atau menegakkan hujah.
Membelanya daripada tuduhan orientalis dan penyelewengan segelintir umat Islam.

Apabila kita melaksanakan keenam tuntutan di atas sekuat mampu, maka kita dikira telah “mengambil al-Quran” dan diberi kedudukan yang mulia di Hari Akhirat kelak. Kemuliaan ini juga kemudiannya dikurniakan kepada ibu bapa kita sebagaimana yang dijelaskan dalam hadis di atas. [8]

Contoh kebaikan lain yang dapat kita lakukan untuk ibu bapa ialah bersedekah, seperti mana hadis berikut daripada Abd Allah ibn Abbas ra: "Sesungguhnya datang seorang lelaki dan bertanya kepada Rasulullah SAW: “Sesungguhnya ibuku meninggal dunia, apakah bermanfaat untuknya jika aku bersedekah untuknya?” Rasulullah SAW menjawab: “Ya.”

Lelaki itu lantas berkata: “Sesungguhnya aku memiliki sebuah kebun yang berbuah, maka saya persaksikan kepada engkau bahawa aku menyedekahkannya untuknya.” [9]

Meneruskan Apa Yang Baik dan Menghentikan Apa Yang Buruk:-
Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang memulakan dalam Islam sunnah yang baik lalu ia diamalkan selepas itu, ditulis untuknya (pahala) seperti pahala orang yang mengamalkannya tanpa dikurangkan pahala mereka (para pengamal itu) sedikit pun.

Sesiapa yang memulakan dalam Islam sunnah yang jahat lalu ia diamalkan selepas itu ditulis untuknya (dosa) seperti dosa orang yang mengamalkannya tanpa dikurangkan dosa mereka (para pengamal itu) sedikit pun." [10]

Senafas dengan hadis di atas adalah:
Apabila seorang manusia meninggal dunia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariahnya atau ilmunya yang dimanfaatkan atau anak salih yang mendoakannya. [11]

Berdasarkan kedua-dua hadis di atas, jika ibu bapa pada masa hidup pernah melakukan satu amalan yang disyariatkan kepada masyarakat, maka hendaklah kita memastikan amalan tersebut terus dilaksanakan selepas mereka meninggal dunia. Sebagai contoh, jika ayah pernah menyedekahkan sejumlah naskhah al-Quran kepada surau berhampiran untuk menjalankan kelas pengajian al-Quran, pastikan al-Quran tersebut dalam keadaan baik dan kelas pengajian diteruskan oleh ahli surau.

Jika ibu pernah membuat kelas tambahan secara percuma di rumah bagi budak-budak yang tidak berkemampuan, pastikan dicari dan dibayar seorang guru yang baru agar kelas tambahan tersebut dapat diteruskan.

Akan tetapi seandainya ibu bapa pernah melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariat dan mereka tidak sempat membetulkannya pada masa hidup, hendaklah kita memastikan ia dibetulkan setelah mereka meninggal dunia.

Sebagai contoh, seandainya ayah pernah menulis buku yang di dalamnya mengandungi kesalahan dan hal ini dikesan oleh kita, maka dalam cetakan akan datang perbetulkanlah kesalahan tersebut.

Jika ibu pernah berselisih pendapat dengan seorang jiran sehingga menyinggung perasaan dia, maka pergilah berjumpa dengan jiran tersebut dan mohonlah maaf bagi pihak ibu.

Mendoakan Ibu bapa:-
Rasulullah SAW bersabda: "Apabila seorang manusia meninggal dunia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariahnya atau ilmunya yang dimanfaatkan atau anak salih yang mendoakannya. [12]

Dalam sebuah hadis yang lain baginda juga bersabda: "Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla menaikkan darjat seorang lelaki yang salih di syurga, lalu dia bertanya:
“Wahai Tuhan! Kenapakah saya mendapat kelebihan ini?”
Dijawab: “Disebabkan permohonan ampun anak kamu kepada kamu.” [13]
Doa keampunan kepada ibu bapa yang boleh diamalkan adalah daripada al-Quran seperti mana yang dikemukakan sebelum ini: “Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku, dan bagi kedua ibu bapaku, serta bagi sesiapa yang masuk ke rumahku dengan keadaan beriman; dan (ampunkanlah) bagi sekalian orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan; dan janganlah Engkau tambahi orang-orang yang zalim melainkan kebinasaan!” [Nuh 71:28]

Memandangkan hadis yang pertama menyebut doa seorang anak yang salih secara umum, maka dianjurkan juga mendoakan rahmat kepada ibu bapa sebagaimana berikut: "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidik ku semasa kecil.” [al-Isra’ 17:24]

Demikianlah dua doa yang diajarkan oleh al-Quran dan ia mencakupi dua perkara yang amat diperlukan oleh ibu bapa setelah mereka meninggal dunia: keampunan dan rahmat daripada Allah SWT. Doa-doa ini boleh kita baca di mana-mana dan pada bila-bila masa. Ia tidak terhad kepada saat menziarahi kubur ibu bapa.

Berhubung Dengan Orang Yang Dicintai Oleh Ibubapa:-
Kebaikan yang terakhir adalah setinggi-tinggi kebaikan yang dapat dilakukan oleh seorang anak kepada ibu bapanya yang telah meninggal. Hadisnya adalah seperti berikut:
"Dalam satu perjalanan ke Mekah, Abd Allah ibn Umar ra menemui seorang Arab Badui. Lantas Ibn Umar mengucapkan salam kepada beliau, menaikkan beliau ke atas keldai yang tadi ditungganginya dan kemudian memberikan beliau serban yang sedang dipakainya.

Ibn Dinar (yang menyaksikan perbuatan Ibn Umar) berkata kepadanya: "Semoga Allah memperelok keadaan kamu! Sesungguhnya mereka adalah orang Arab Badui dan sesungguhnya mereka sudah mencukupi dengan sesuatu yang sedikit.”

Maka Ibn Umar menjawab:
“Sesungguhnya ayah orang ini adalah sahabat yang amat dicintai oleh (ayahku) Umar bin al-Khathab. Sesunguhnya aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya bakti terbaik seorang anak ialah menghubung silaturahim dengan orang yang dicintai ayahnya.”[14]

Berdasarkan hadis di atas, hendaklah kita berbuat baik kepada ibu bapa yang sudah meninggal dunia dengan menjalinkan hubungan silaturahim dan berbuat baik kepada sesiapa sahaja yang dicintai atau menjadi sahabat karib ibubapa semasa mereka masih hidup.

Demikian tujuh ruang berbuat baik kepada ibu bapa yang dibuka oleh Allah SWT kepada kita setelah ibu bapa meninggal dunia. Laksanakanlah ketujuh-tujuh perkara di atas, nescaya ia memanfaatkan ibu bapa. Janganlah ditambah atau dikurangi, melainkan memiliki dalil yang sahih lagi jelas.[15]

[1] Kitab ini memiliki dua edisi terjemahan:
Tuntutan Lengkap Mengurus Jenazah yang diterbitkan oleh Gema Insani Press, Jakarta, 1999.
Hukum & Tatacara Mengurus Jenazah Mengikut al-Quran dan as-Sunnah yang diterbitkan oleh Pustaka Imam Asy-Syafie, Bogor, 2005.

[2] Sahih: Dikeluarkan oleh Ibn Majah dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Ibn Majah – hadis no: 2433 (Kitab al-Ahkam, Bab membayar hutang orang yang meninggal dunia).

[3] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya – hadis no: 1852 (Kitab al-Hajj, Bab menunaikan nazar haji untuk yang meninggal dunia).

[4] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya – hadis no: 2296 (Kitab al-Kafalah, Bab orang yang bertanggungjawab untuk menunaikan hutang si-mati).

[5] Sahih: Dikeluarkan oleh Abu Daud dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Abu Daud – hadis no: 3528 (Kitab al-Buyu’, Bab berkenaan seorang yang makan daripada harta anaknya).

[6] Ini adalah satu kiasan, bererti setiap orang berbangga dengan barang yang bernilai bagi dirinya manakala seorang pemilik al-Qur’an pada Hari Kiamat akan berbangga dengan barang yang paling bernilai di atas semua barang, iaitu al-Qur’an.

[7] Sanad Hasan: Dikeluarkan oleh Ahmad dalam Musnadnya – hadis no: 22950 (bagi edisi 6 jld., rujuk jld. 5, ms. 348) dan sanadnya dinilai hasan oleh Syu‘aib al-Arna‘uth.

[8] Alhamdulillah, saya telah menyusun sebuah buku khas yang menjelaskan perlaksanaan tuntutan-tuntutan di atas, berjudul Marilah Berkenalan Dengan al-Qur’an terbitan Jahabersa, Johor Bahru, 2005.

[9] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya – hadis no: 2770 (Kitab al-Wasiat, Bab jika diwakafkan tanah).

[10] Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya – hadis no: 1017 (Kitab al-Zakat, Bab suruhan bersedekah sekalipun dengan setengah biji tamar)

Banyak berlaku salah faham terhadap hadis ini sehingga ia dijadikan dalil oleh sebahagian pihak untuk mencipta amalan-amalan yang baru. Untuk mengetahui maksud sebenar hadis ini, rujuk buku Bid’ah Hasanah: Istilah Yang Disalah Fahami oleh Asri Zainul Abidin, terbitan Jahabersa, Johor Bahru, 2005.

[11] Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya – hadis no: 1631 (Kitab al-Wasiyat, Bab apakah ganjaran yang diperolehi oleh manusia setelah dia meninggal dunia).

[12] Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya – hadis no: 1631 (Kitab al-Wasiyat, Bab apakah ganjaran yang diperolehi oleh manusia setelah dia meninggal dunia).

[13] Sanad Hasan: Dikeluarkan oleh Ahmad dalam Musnadnya – hadis no: 10610 (jld. 2, ms. 509) dan sanadnya dinilai hasan oleh Syu‘aib al-Arna’uth.

[14] Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya – hadis no: 2552 (Kitab al-Birr wa al-Sholah wa al-Adab, Bab keutamaan berbuat baik kepada rakan ayah dan ibu).

[15] Sebagai contoh, menziarahi kubur ibubapa tidak termasuk dalam rangka berbuat baik kepada ibubapa. Ini kerana menziarahi kubur kebaikannya adalah untuk penziarah dan bukan yang diziarahi. Lebih lanjut, hubungan orang Islam dengan kubur boleh dibahagikan kepada tiga:

Sunnah dan disyariatkan, iaitu apabila seseorang menziarahi kubur atas tujuan mengambil iktibar, melembutkan hati, menginsafkan diri dan mengingati kematian.

Harus, iaitu apabila seseorang sekadar melintasinya seperti orang yang dalam perjalanannya ke kerja, dia melalui tanah perkuburan.

Bidaah dan dilarang, iaitu apabila seseorang melakukan pelbagai kurafat di atas kubur seperti menuang air Yasin, menabur bunga, memacak payung, membaca al-Quran, mengambil berkat daripada ahli kubur, berdoa meminta pertolongan atau bertawasul kepada ahli kubur, menyembelih haiwan, memberi sajian makanan dan sebagainya.

Rabu, 24 November 2010

Kadar Gaji - Sekadar Rekod.

Perdana Menteri menerima gaji bulanan sebanyak RM22,826.65 mengikut Akta Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan) 2005, mulai 1 Januari 2004.

Timbalan Perdana Menteri pula dibayar sebanyak RM18,168.15 sebulan.

Jemaah Menteri menerima gaji sebanyak RM14,907.20.

Setiausaha Politik sebagaimana ditetapkan dalam Ketentuan Saraan Setiausaha Politik 1980 menerima gaji RM5,709.99 berkuatkuasa 1 Januari 2004.

Jumlah gaji tahunan yang dibayar kepada anggota Kabinet bagi tahun 2009 ialah sebanyak RM5,470,942.40 dan tahun 2008 sebanyak RM5,783,993.60.

Bagi tahun 2007, gaji tahunan yang telah dibayar ialah RM5,858,529.60, manakala tahun 2006 sebanyak RM5,858,529.60 dan tahun 2005 sebanyak RM6,007,601.60.

Selasa, 23 November 2010

Ingat Salahudin Ayob ni cerdik ke? Rupanya...alahai kesiannyaaa

YB Zulkifli Nordin menulis:-

(Solat 'Eidul Adha di Masjidil Haram pada hari Selasa 10 Zulhijjah 1431 manakala, di Malaysia pada Rabu 10 Zulhijjah 1431)

Saya agak terkejut dan dan macam tak percaya pulak bila membaca laporan yang disiar oleh media pro-Anwar Malaysiakini bertarikh 08.11.2010 yang memetik kenyataan YB Salahudin Ayub bertajuk "PAS dakwa tarikh 'Eidul Adha sangat pelik".

Salehudin memilih mengecam pihak berkuasa agama yang didakwa beliau seperti tidak tahu mengurus dan mentadbir perkara sekecil ini! Alasan yang diguna beliau untuk kepelikan itu ialah tarikh Aidiladha di Malaysia yang berbeza dua hari dengan tarikh dan masa wukuf di Arab Saudi? Teman rasa yang kelirunya ialah Salahudin, bukannya pihak berkuasa agama Islam! Yang peliknya perkiraan Salahudin dan bukan pihak berkuasa agama!

Pertama, teman tidak pasti sama ada benar kenyataan laporan tersebut yang mendakwa ianya mewakili PAS. Kadang-kadang ada media yang suka menggunakan tajuk yang mengelirukan. Mungkin kenyataan itu adalah pandangan peribadi Salahudin, bukan PAS.

Tambahan pula bila saya bertanya dengan beberapa rakan-rakan PAS, mereka tidak tahu menahu mengenainya. Malah ada yang kata "takkanlah kami ni kurang cerdik tak tahu nak kira sampai nak buat dakwaan terhadap pihak berkuasa agama macam tu...".

Apa yang peliknya kerana laporan itu mendakwa kepelikan sehingga mengelirukan umat Islam yang berlaku kerana sambutan 'Eidul Adha di Malaysia berbeza dua hari dengan hari wuquf di Saudi!

Oleh itu ada kekeliruan kononnya dengan bila hari taysriq bermula dan berakhir. Teman ingat tak ada siapa yang keliru, apatah lagi ragu kerana ukuran perbezaan sepatutnya dikira antara 'Eidul Adha di Saudi dan di Malaysia, bukan wuquf dengan Eidul Adha! Semua orang tahu ada beza antara wuquf dengan Aidiladha. Wuquf jatuh pada 09 Zulhijjah, bila mana jemaah haji berkumpul di Arafah. Eidul Adha pula atau di Malaysia terkenal dengan panggilan Hari Raya Haji atau Hari Raya Qurban jatuh pada 10 Zulhijjah.

Di Arab Saudi, wuquf tahun ini jatuh pada hari Isnin iaitu 15 November 2010. Maknanya hari Isnin di Arab Saudi ialah 09 Zulhijjah 1431, manakala di Malaysia Isnin 15 Nov 2010 masih 08 Zulhijjah 1431. Manakala Eidul Adha iaitu 10 Zulhijjah 1431 di Arab Saudi jatuh pada hari Selasa 16 Nov 2010. Di Malaysia Eidul Adha iaitu 10 Zulhijjah jatuh pada hari Rabu 18 Nov 2010.

Maknanya perbezaan sambutan Eidul Adha antara Arab Saudi dengan Malaysia hanyalah satu hari, bukan dua hari. Jadi tidak timbullah isu kekeliruan atau kepelikan seperti yang didakwa Salahudin. Yang peliknya ialah perkiraan beliau. Di mana dia dapat fakta perbezaan dua hari itu, melainkan Salahudin menganggap hari wuquf itu sebagai hari raya haji?!

Berdasarkan itu, tiada kekeliruan bagi perkiraan hari tasyriq. Di Saudi ianya dari hari Rabu, Kahmis dan Jumaat. Manakala bagi Malaysia hari tasyriq ialah Khamis, Jumaat dan Sabtu. Kat mana yang pelik dan kelirunya YB? Sehingga meragukan! Teman pula menjadi ragu dengan tahap ilmu dan pengetahuan Salahudin dalam isu perkiraan falaq ini! Dan Salahudin ialah Naib Presiden PAS yop, bukan Ketua Cawangan di Ulu Tembeling nun!

Takkanlah Salahudin tidak tahu beza antara hari wuquf dan Eidul Adha? Dan hari tasyriq adalah tiga hari selepas Eidul Adha iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Di Malaysia ianya jatuh pada hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, sedangkan di Arab Saudi dari hari Rabu, Khamis dan Jumaat. Dan mengambil kira perbezaan kita dengan Saudi adalah lima jam, maka perbezaan Eidul Adha hakikatnya kurang daripada 24 jam! Jadi kat mana peliknya sambutan Eidul Adha dan hari tasyriq di Malaysia berbanding Saudi? Apatah lagi Indonesia, Singapura dan Brunei juga menyambutnya sama dengan Malaysia. Jadi adakah mereka semua pun pelik atau perkiraan Salahudin yang pelik?

Kata beberapa sahabat teman ulamak muda PAS, laporan kenyataan Salahudin itu memberi gambaran seolah-olah PAS mengira Eidul Adha daripada hari wuquf. Di situlah keluar kenyataan mereka "takkanlah ustaz-ustaz PAS tak cerdik langsung sampai tak tahu nak kira...?" Ringkasannya mereka kata kenyataan itu tidak mungkin pendirian PAS, ianya mungkin perkiraan Salehudin sendiri. Wallahua'lam, teman pun tak pasti. Tapi yang pentingnya PAS mesti menyatakan pendirian adakah kenyataan Salahudin dan tindakan beliau nak membawa usul tergempar di Parlimen mengenai tarikh Eidul Adha itu adalah pendirian PAS atau hanya salah kira Salahudin seorang sahaja.

Ini adalah kerana membawa satu usul khas ke Parlimen untuk mempertikai sesuatu yang jelas akan memberi persepsi negatif kepada PAS sebagai sebuah parti beralaskan Islam. Teman cukup yakin ramai para ulamak dan ustaz dalam PAS yang cukup arif dengan persoalan falak dan perkiraan wuquf dan Eidul Adha itu. Dan sudah pasti mereka akan lihat kesilapan Salahudin dalam perkiraan dan tindakannya membawa usul khas itu. Untuk tujuan pengesahan, teman lampirkan di bawah kenyataan Ketua Pengarah JAKIM Ustaz Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz yang jelas penerangannya.

Cadangan teman kepada Salahudin supaya menarik balik kenyataan beliau itu dan meminta maaf kepada pihak berkuasa agama atas kecaman yang beliau buat terhadap mereka dan akhirnya menarik balik usul khas yang telah beliau failkan itu. Nasihat teman kepada Salahudin, di masa hadapan kalau ada permasalahan seperti itu eloklah bawa berbincang dengan pihak berkuasa atau mereka yang arif terlebih dahulu kerana bak kata orang lebih baik kita diam daripada bercakap, sebab bila kita buka je mulut orang tahu ketidakcerdikan kita nanti.

Tapi Salahudin jangan risau, sebab kata seorang kawan Salahudin, ketidakcerdikan itu bukan satu jenayah! Cuma orang kapior gelak sakanlah tengok kita yop kerana isu remeh macam ni pun nak dibawa sebagai usul khas ke Parlimen oleh Naib Presiden pulak tu! Takkan soal raya pun jadi bahan politik kepartian yop!

Wallahua'lam & wassalam.


(Petikan lapuran media pro-Anwar MalaysiaKini bertarikh 08.11.2010)

PAS DAKWA TARIKH 'AIDIL ADHA SANGAT PELIK

Ahli parlimen Kubang Kerian mengemukakan usul tergempar bagi menangguhkan sidang Dewan Rakyat yang akan bersambung Isnin depan bagi membincangkan isu tarikh Aidiladha yang berbeza dua hari dengan tarikh dan masa wukuf di Arab Saudi.

Dalam usul kepada Speaker Dewan, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, Salahuddin Ayub berkata, sambutan Aidiladha di negara ini semalam sebagai "sangat pelik, menimbulkan banyak keraguan, kekeliruan dan masalah kepada umat Islam di negara ini".

"Perbezaan dua hari sambutan Aidiladha di negara ini yang diambil kira daripada tarikh dan masa wukuf di Arafah yang jatuh pada hari Isnin, 15 November adalah jelas tidak munasabah walaupun dapat kita fahami perbezaan waktu peredaran matahari yang hanya berbeza lebih kurang lima jam antara Malaysia dan Arab Saudi," katanya.

Naib Presiden PAS itu berpendapat, perbezaan tarikh itu turut mengelirukan penentuan hari Tasyrik - tiga hari selepas Aidiladha yang ditetapkan untuk menyembelih korban -di negara ini.

Salahudin juga mempersoal bagaimana pihak pengurusan agama Islam di bawah Jabatan Perdana Menteri mengurus tadbir isu itu.

"Apakah hujah dan alasan yang diberikan kepada pihak yang bertanggungjawab sebelum pengisytiharan mengenai tarikh hari raya Aidiladha dibuat?

"Adakah tidak ada pengurusan, penyelarasan dan perbincangan dibuat untuk menyelesaikan perkara yang sekecil dan semudah ini?" soalnya.

Beliau berpandangan dalam era kecanggihan teknologi komunikasi kini tiada alasan perkara itu tidak dapat diselesaikan.

"Memandangkan perkara ini adalah satu isu yang serius, saya mengambil tanggungjawab untuk Dewan Yang Mulia ini membincangkan isu dan meminta pihak Jabatan Perdana Menteri memberikan jawapan dan penjelasan agar perkara seperti ini tidak akan berulang lagi pada masa akan datang," katanya.


(Kenyataan Ketua Pengarah Jakim Ustadz Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz)

Sukacita Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ingin memberikan maklum balas mengenai kekeliruan tempoh masa menjalankan ibadah korban yang timbul baru-baru ini.

JAKIM ingin memaklumkan bahawa ibadah korban boleh dilaksanakan oleh umat Islam di seluruh Malaysia bermula dari selepas solat sunat Aidiladha pada 10 Zulhijjah dan pada hari tasyrik iaitu pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

Oleh kerana hari raya korban di Malaysia telah jatuh pada hari Rabu yang lalu iaitu 17 November 2010, maka umat Islam di Malaysia disunatkan menunaikan ibadah korban sehingga Sabtu iaitu 20 November 2010 bersamaan 13 Zulhijjah 1431H.

Adapun tempoh bagi menjalankan ibadah korbant itu disandarkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari:

Dari Al Bara' bin 'Azib r.a. Katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang menyembelih sebelum sembahyang (Aidiladha), maka penyembelihan itu untuk dirinya sendiri dan siapa yang menyembelih sesudah sembahyang (Aidiladha), maka sesungguhnya ia telah menyempurnakan korbannya dan telah mengikut sunnah kaum muslimin".

Dari kitab Rad al-Muhtar 'ala al-Dur al-Mukhtar Sharh Tanwir al-Absar yang ditulis oleh Ibn 'Abidin mengatakan bahawa: "Maka diganjari ibadah korban yang dilaksanakan pada hari yang ketiga belas walaupun di sisi yang lain telah pun memasuki hari yang keempat belas" (Dar al-Kutub al-Ilmiyyah; Beirut, Jilid 3, halaman 364).

Oleh itu, adalah tidak menjadi kesalahan menjalankan ibadah korban itu pada hari 10 Zulhijjah (selepas solat sunat Aidiladha) dan tiga hari berikutnya (11, 12, dan 13 Zulhijjah) sehingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah 1431H iaitu bersamaan dengan 20 November 2010 bagi tahun ini.

Berdasarkan rekod cerapan anak bulan Zulhijjah 1431H di 30 tempat cerapan rasmi di Malaysia oleh Jabatan Mufti Negeri-Negeri di Malaysia pada 29 Zulkaedah 1431H bersamaan 6 November 2010 (Sabtu) yang lalu, ahli falak telah mendapati anak bulan tidak kelihatan di semua tempat cerapan tersebut dan sekaligus keputusan sebulat suara menetapkan Hari Raya korban pada tahun ini jatuh pada 17 November 2010 (Rabu) yang lalu.

Hasil data cerapan tersebut didapati setelah ahli falak mendapati kedudukan hilal (anak bulan) telah tidak memenuhi kriteria ketetapan Imkanur-Rukyah (kebolehnampakan).

Ini bermakna, hari tasyrik bagi seluruh umat Islam di Malaysia pada tahun ini adalah pada hari Khamis, Jumaat dan Sabtu iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah 1431H.

Untuk makluman masyarakat Malaysia, persetujuan bersama oleh empat negara anggota Menteri-Menteri Agama Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Singapura (MABIMS) telah menerima pakai kriteria Imkanur-Rukyah (kebolehnampakan) yang telah diputuskan melalui keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Rukyah dan Takwim Islam Kali ke-3 di Wilayah Persekutuan Labuan pada 29 Zulkaedah 1412H bersamaan 1 Jun 1992.

Hal ini sekaligus menafikan pandangan dan kekeliruan sesetengah pihak yang menyatakan bahawa ibadah korban hanya boleh dilakukan sehingga 19 November sebagaimana menurut Arab Saudi.

Sukacita dimaklumkan juga, asas penentuan hari raya korban di Malaysia adalah selaras dengan Singapura dan Republik Indonesia dan berkebetulan pada tahun ini negara Brunei Darussalam bersama-sama merayakan hari raya korban pada 17 November 2010.

Untuk makluman lanjut, orang ramai boleh mengakses dan merujuk info kriteria Imkanur-Rukyah di Malaysia dan data-data berkaitan melalui laman web JAKIM di laman sesawang www.islam.gov.my.

Isnin, 22 November 2010

Gandingan Mantap Anu-Min

Azmin Dipilih Timbalan Presiden PKR

Seperti yang dijangkakan, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali berjaya menewaskan pencabarnya dalam perebutan jawatan timbalan presiden parti itu dengan majoriti besar selepas proses pengundian rasmi pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) berakhir semalam (Ahad).

Berdasarkan keputusan tidak rasmi yang diperoleh, Azmin mendapat 19,212 undi berbanding pencabarnya, Mustaffa Kamil Ayub yang hanya mendapat 4,567 undi.

Keputusan itu berdasarkan 214 daripada 222 cabang PKR yang berjaya mengadakan pemilihan, lapor Malaysiakini.

Begitu juga dalam persaingan nombor tiga parti apabila dimenangi oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

Selain anak sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim itu, turut memenangi jawatan sama ialah Ahli Parlimen Batu, Tian Chua; Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mansor Othman.

Berikut jumlah undi yang diterima mereka: Nurul Izzah (13,170), Tian Chua (11,460), Fuziah (8,891), Mansor (8,477), Dr. Xavier Jayakumar (6,984), N. Gobalakrishnan (6,721) dan Yahya Sahri (6,436).

Keputusan rasmi akan diumumkan dalam kongres PKR di Petaling Jaya minggu depan

Isnin, 8 November 2010

Zaid oh Zaid






















Zaid tarik diri rebut jawatan Timbalan Presiden PKR
Oleh HAIRULAZIM MAHMUD (MStar)


PETALING JAYA: Calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim menarik diri daripada bertanding jawatan berkenaan pagi Isnin.

Beliau yang juga Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan turut membuat pengumuman mengejut dengan meletakkan semua jawatannya dalam parti itu kerana menyedari parti itu penuh dengan kepalsuan.

Dalam nada kecewa beliau mengaku silap menyertai PKR.

"Saya tawar diri menyertai parti ini atas kepercayaan saya boleh membawa politik progresif, memupuk dan memperkembangkan demokrasi dan ketelusan di negara ini.

"Saya sebenarnya silap, " katanya dalam satu kenyataan di blognya, Zaiduntukrakyat.com di sini.

Zaid mendakwa, sepanjang pemilihan PKR, membuktikan bahawa kepimpinan parti itu secara aktif membiarkan salah laku dan penipuan berleluasa dengan tujuan mencapai objektif tertentu.

Beliau yakin mana-mana parti politik yang bersikap hipokrit dan nilai-nilai palsu tidak akan mampu menawarkan sebarang pembaharuan yang bermakna kepada rakyat di negara ini.

"Saya mengambil keputusan ini kerana tidak ada usaha oleh kepimpinan parti untuk menangani manipulasi dan amalan tidak adil dalam pemilihan itu meskipun ia telah berulang-kali ditimbulkan," tegasnya.

Ahad, 7 November 2010

Kalah kerana Nik Aziz

Oleh Zulkiflee Bakar
(MINGGUAN MALAYSIA 07HB NOV 2010)


MENTERI Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat seharusnya tidak terus dengan sikap prejudisnya terhadap kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam setiap pilihan raya termasuklah di Galas pada Khamis lalu.

Sebaliknya sebagai Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz yang kenyataannya sering kali dianggap seolah-olah ‘satu perkara’ yang tidak boleh diingkari perlu menyalahkan diri sendiri terhadap apa yang berlaku di Galas.

Ia kerana Nik Abdul Azizlah yang menjadi punca utama Pas tewas di Galas. Sebagai menteri besar, beliau telah gagal memastikan segala janji yang dibuat kepada penduduk di kawasan itu pada tahun 2008 ditunaikan, sebagai mursyidul am, beliau bertanggungjawab memilih calon parti itu, Dr. Zulkefli Mohamed, biarpun ramai ahli Pas dikhabarkan tidak bersetuju dengan pemilihan berkenaan.

Sebagai ahli politik, Nik Abdul Aziz tidak berhati-hati menjaga perilaku dalam pilihan raya apabila memberi sumbangan wang tunai yang ditakrifkan oleh Pas sebagai zakat kepada masyarakat Orang Asli.

Nik Abdul Aziz juga bertanggungjawab menyebabkan Pas kalah kerana tidak memainkan peranan sebagai ulama untuk menasihatkan pemimpin Pas supaya tidak membuat fitnah sepanjang kempen berlangsung.

Oleh itu, apabila Nik Abdul Aziz membuat kenyataan meragui kemenangan BN sebagai menunjukkan sikap sebenar pengundi, ia menunjukkan bahawa mursyidul am Pas tersebut bukan sahaja memperlecehkan kebijaksanaan pengundi tetapi juga seolah-olah tidak mahu menunjukkan peribadi seorang Islam yang reda dengan ketentuan Ilahi dan bermuhasabah bagi mengkaji di manakah silapnya sehingga Pas tewas.

Apa yang menghairankan kenapakah Nik Abdul Aziz bercakap soal dosa yang akan ditanggung oleh BN? Bagaimanakah dengan tindakan kerajaan Pas Kelantan yang memberi sijil pengiktirafan palsu kepada penduduk tertentu di Gua Musang kononnya mereka terpilih sebagai peserta Ladang Rakyat Limau Kasturi?

Dakwaan ini bukanlah satu dakwaan tetapi ia didedahkan sendiri oleh seorang penduduk miskin, Rozali Rosdin seperti mana disiarkan dalam Utusan Malaysia pada 1 November lalu.

Begitu juga dengan rintihan dan tangisan penduduk masyarakat Orang Asli terutama di sekitar Pos Hendrope yang mendedahkan bagaimana kawasan sekitar dan tanah warisan mereka tergadai akibat kegelojohan kerajaan Pas Kelantan melaksanakan projek Ladang Rakyat.

Tidakkah itu dianggap satu dosa, apabila kerajaan Pas Kelantan berjanji membawa kemakmuran kepada Orang Asli melalui projek berkenaan tetapi hakikatnya hanya seorang dua sahaja daripada mereka menerima dividen RM200 sebulan manakala ratusan lagi terpaksa menderita akibat kemusnahan alam sekitar.

Bagaimana pula dengan fitnah yang dilemparkan oleh pemimpin-pemimpin dan penyokong Pas sepanjang kempen berlangsung sehingga ia akhirnya menimbulkan perasaan muak kepada pengundi-pengundi Galas.

Dakwaan yang dianggap fitnah paling ketara ialah pada hari mengundi apabila penyokong-penyokong Pas menyebarkan gambar Pengerusi Perhubungan UMNO, Datuk Seri Mustapa Mohamed kononnya sedang memberi rasuah kepada pengundi.

Fakta sebenar ialah gambar itu dirakamkan ketika Mustapa menghulurkan wang untuk membeli kacang kepada seorang peniaga yang berasal dari DUN Nenggiri dan dia dikenali oleh ramai penduduk Galas.

Kenapa Nik Abdul Aziz sebagai mursyidul am tidak mahu menganggap itu sebagai dosa besar? Begitu juga dengan tuduhan Penasihat Jentera Pilihan Raya Pas Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah yang menuduh Tengku Razaleigh Hamzah menghilangkan dokumen penting berkaitan masyarakat Orang Asli Kelantan.

Tuduhan Wan Abdul Rahim itu adalah satu pembohongan semata-mata apabila Tengku Razaleigh yang juga Pengarah Pilihan Raya BN DUN Galas menegaskan, dakwaan itu adalah satu rekaan.

Dosa

Kalaulah Nik Abdul Aziz mahu bercakap soal dosa, bagaimana pula dengan tuduhan Pengarah Pilihan Raya Pas bagi DUN Galas, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman bahawa dalam tempoh 12 jam terakhir sebelum pengundian dijalankan, BN akan menabur wang kepada pengundi.

Apa yang dibentangkan ini adalah sebahagian daripada perkara-perkara yang menjadi punca Pas tewas akibat daripada sikap Nik Abdul Aziz dan pemimpin-pemimpin parti itu sendiri.

Ia belum lagi termasuk bagaimana pengundi -pengundi melihat sikap kepura-puraan Pas dalam mentadbir Kelantan, apabila mereka hanya kelam-kabut melunaskan janji dibuat apabila pilihan raya hendak diadakan dan bagaimana Pas bersikap apa yang mereka buat ‘halal’ dan apa yang BN buat ‘haram’.

Paling jelas apabila Abdul Halim membuat pengumuman bahawa Pas akan memberi sumbangan RM200 dan RM250 kepada pengundi luar yang pulang mengundi. Biarpun perbuatan itu boleh ditafsirkan melanggar Seksyen 10 Akta Pilihan Raya namun Pas mendakwa ia bukan rasuah tetapi sekadar sumbangan.

Begitu juga apabila Nik Abdul Aziz secara terbuka menyerahkan sumbangan wang tunai kepada beberapa Orang Asli yang baru diIslamkan di Lojing, Gua Musang tiga hari sebelum pengundian dijalankan.

Alasan Pas itu adalah zakat kepada mualaf iaitu salah satu golongan yang berhak menerima zakat. Tetapi apa yang dipersoalkan kenapa ia dilakukan ketika kempen pilihan raya berlangsung? Kenapa majlis itu turut dihadiri oleh Dr. Zulkefli?

Bukankah selepas majlis ramah mesra Nik Abdul Aziz itu, pemimpin Pas mendakwa 60 peratus daripada masyarakat Orang Asli akan mengundi parti tersebut. Biarpun ia tidak diterjemahkan dalam bentuk fakta apabila hampir 90 peratus Orang Asli mengundi BN tetapi kecenderungan Pas melaksanakan pelbagai tindakan termasuk mengurniakan tanah ketika berkempen di kawasan masyarakat berkenaan boleh menyebabkan ada pihak mentafsirkan ia sebagai perbuatan cuba membeli undi.

Terdapat banyak lagi tindakan pemimpin Pas dan Nik Abdul Aziz sendiri yang menjadi faktor parti itu ditolak oleh pengundi Galas. Ia termasuklah memfitnah UMNO melalui risalah ‘Galas Kito’ menggariskan 16 perkara kenapa jangan sokong UMNO.

Antara fitnah itu ialah UMNO tidak menjadi Islam sebagai dasar, Islam hanya menjadi tunggangan UMNO, UMNO tidak membela agama dan ulama UMNO hanya subang tembaga serta UMNO mengkhianati bangsa sendiri.

Ini belum lagi termasuk doa yang dilafazkan oleh seorang pemimpin kanan parti itu selepas penamaan calon yang menggambarkan seolah-olah kalau BN yang diwakili oleh UMNO menang di Galas, Islam akan hancur.

Berdasarkan semua hujah-hujah ini yang menjadi faktor kekalahan Pas, maka tidak perlu Nik Abdul Aziz ‘bersandiwara’ lagi. Cukup-cukuplah menuding jari menyalahkan BN dan UMNO apabila mereka tewas dalam pilihan raya.

Jadilah pemimpin Islam yang baik iaitu sentiasa mahu bermuhasabah terhadap kelemahan diri sendiri. Fahamilah Pas bukanlah parti yang sempurna atau lengkap segalanya. Yang sempurna hanya Allah SWT dan paling lengkap hanyalah al-Quran.

Melalui kenyataan meragui kemenangan UMNO, Nik Abdul Aziz mungkin boleh mengabui mata penyokong-penyokong tegar Pas terhadap kelemahan kepimpinan beliau sebagai mursyidul am dan Menteri Besar tetapi ‘Allah melihat apa yang kamu buat’ – seperti mana tulisan pada poster yang dipasang oleh Pas di kawasan DUN Galas.

Dan sudah tentu Allah SWT juga mahu mengetahui siapa sebenarnya pejuang agama dan bangsa serta siapa pula yang sanggup memperalatkan agama dan menolak salam persaudaraan sesama Islam demi mengejar kuasa politik.

Khamis, 4 November 2010

DUN Galas, Batu sapi milik BN

Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi di Sabah dan DUN Galas di Gua Musang, Kelantan sudah diketahui. Barisan Nasional (BN) memenangi dua-dua kerusi berkenaan apabila Datin Linda Tsen Thaun Lin dan Ab Aziz Yusoff menewaskan lawannya dari Pas, PKR dan SAPP.

Kekalahan pertama calon Pas dalam PRK di Kelantan adalah suatu yang mengejutkan kerana selama ini Pas sentiasa mencatatkan kemenangan dan masih agak sukar bagi BN menembusi kubu Pas di mana-mana kerusi DUN atau Parlimen.

Bagaimanapun, kekalahan calon Pas, Dr Zulkifli Mohammad di DUN Galas bukan suatu yang mengejutkan kerana rekod Dr Zul selama ini pun sudah dua kali kalah dan kali ini adalah kekalahan ketiganya, iaitu dengan kata lain beliau sudah TKO.

Ab Aziz mendapat 5,324 undi, diikuti Dr Zul 4,134 undi dengan majoriti 1,190 iaitu meningkat dua kali ganda berbanding majoriti lebih 600 undi ketika calon BN, Mohamad Saupi Derahman melawan calon Pas, Che Hashim Che Sulaiman pada pilihan raya umum 2008.

Bagaimanapun, dua tahun kemudian iaitu pada 27 September 2010, Che Hashim meninggal dunia kerana kanser usus, menyebabkan SPR mengumumkan kerusi DUN Galas kosong dan akan diadakan pilihan raya kecil.

Pelbagai spekulasi ditaburkan pembangkang terutama mengenai calon BN. Ada ura-ura mengatakan Tengku Razaleigh Hamzah dan tidak kurang mahukan Mohd Saupi ebagai calon.

Namun Umno Kelantan pimpinan Tok Pa terpaksa mengambil kira pelbagai aspek dan latar belakang termasuk strategi politik dengan melantik Ku Li sebagai Pengarah Pilihan Raya Kecil DUN Galas bagi BN dan menamakan pegawai Risda, Ab Aziz sebagai calon.

Pengumuman Ab Aziz, seorang yang tidak pernah ada nama dalam pentas politik mendorong penganalisis politik membuat andaian awal dengan memberi kemenangan mutlak kepada Pas.

Ini kerana Dr Zul, selain kelebihannya sebagai anak tempatan, beliau juga mempunyai klinik di Gua Musang dan sudah tentu dikenali ramai terutama pengundi dalam DUN Galas.

Namun, kita yang rancang, Tuhan menentukan. Strategi kempen yang dilakukan pemimpin Pas termasuk Nik Abdul Aziz tidak menepati ajaran Islam menjadi faktor pengundi beragama Islam hilang kepercayaan kepadanya sebagai tok guru atau ulama.

Cara beliau menghulurkan duit yang dilipat kepada pengundi Orang Asli jelas menunjukkan itu adalah rasuah. Sedangkan, Nik Aziz selama ini lantang menentang rasuah dan menyamakan orang Islam yang memberi rasuah bagaikan haram.

Tetapi apabila beliau sendiri memberi rasuh kepada Orang Asli atas nama wang zakat, rakyat mula menafikan kealiman Nik Aziz sebagai orang agama yang disegani.

Itulah antara lain punca kekalahan Pas, selain projek Ladang Rakyat yang diperkenalkan kerajaan negeri, kononnya untuk membela dan merubah nasib rakyat bertukar kepada penderitaan.

Setelah tanah rakyat diambil, disodok, diratakan, pokok-pokok buah-buahan yang diusahakan rakyat sejak berpuluh tahun lalu ditebang tebas, akhirnya projek itu menjadi projek gajah putih.

Rakyat yang miskin terus miskin, tanah yang diusahakan rakyat hilang hak, tanaman hilang sekelip mata dan punca pendapatan rakyat hilang begitu sahaja. Inilah bahana kepimpinan Nik Aziz.

Justeru, Allah menurunkan bala kepada Pas dengan mengalahkan calonnya yang turut ada rekod sosial di zaman mudanya.

Tahniah Tahniah Tahniah BN

Tahniah kepada dua calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Batu Sapi dan DUN Galas kerana memenangi keputusan dalam Pilihan Raya Kecil hari ini. Kemenangan itu memang sudah dijangka berdasarkan sokongan yang ditunjukkan rakyat kepada BN.

Kekalahan calon PKR dan Bebas di Batu Sapi ternyata membuktikan pengundi Parlimen berkenaan menolak kehadiran parti PKR dan Bebas. Rakyat masih memerlukan BN kerana terbukti hanya BN yang dapat membela nasib mereka selama ini.

Begitu juga di DUN Galas, Gua Musang, keputusannya berpihak kepada calon BN. Kemenangan Ab Aziz menunjukkan rakyat Gua Musang menolak Pas bawah pimpinan Nik Aziz yang secara jelas dan terang mengamalkan rasuah.

Duit yang dihulurkan Nik Aziz kepada pengundi Orang Asli membuktikan tok guru yang disanjung oleh penyokong taasub Pas mengamalkan rasuah dan menghalalkan perbuatan haram demi kepentingan politiknya.

Kepada Nik Aziz, lain kali cermin diri dulu.Kata dulang, paku terserpih, kata orang dia yang teramat lebih.

Isnin, 1 November 2010

Kah kah kah memang kelakar















Alahai... terdesak jalan yang masih elok pun diturap

Oleh: LUKMAN ABDULLAH DAN HELME HANAFI (AGENDADAILY)


Kalau selama ini pembangkang selalu perlekeh dan ejek apabila tengok JKR buat jalan masa kempen pilihanraya kecil, di Galas, kerajaan negeri PAS pun rupa-rupanya dua kali lima.

Lebih teruk lagi, apabila yang diturap itu jalan elok, bukan jalan yang rosak.

Ceritanya begini, petang Sabtu, entah dari mana, jentera berat yang buat kerja-kerja turap jalan sampai di Galas.

Yang kelakarnya, kerja turap jalan itu dibuat betul-betul di Bandar Lama Gua Musang depan Markas Besar PAS dan Hotel Usaha yang menempatkan para wartawan dari pelbagai agensi media.

Kehadiran pekerja yang sibuk turap jalan tidak rosak itu menarik minat media.

Mana tidaknya, jalan elok, tiba-tiba diturap, hingga menyebabkan kesesakan lalu lintas yang tidak pernah berlaku selama ini.

Lagi lawak, apabila puak-puak wartawan pakat keluar kamera ambil gambar, tiba-tiba projek itu berhenti.

Sedangkan baru turap tak sampai satu kilometer.

Bak kata seorang wartawan, “Kalau nak turap jalan pun, turap lah kat tempat yang rosak, ini jalan elok tengah bandar, dah pulak, separuh saja, apa makna tu?,”

Mungkin sebab terdesak dengan dakwaan bahawa PAS gagal membangunkan Kelantan walaupun dah 20 tahun berkuasa.

Jadi masa pilihanraya ini kena juga tunjuk ada pembangunan tapi nak bangunkan apa?

Paling senang buat jalan, nak bagi orang nampak, pilih jalan tengah bandar. Walaupun terpaksa menurap jalan yang sudah elok.