Khamis, 22 Mac 2012

Al-Fatihah: Tokoh wartawan Tan Sri Mazlan Nordin meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Tokoh wartawan negara yang juga bekas Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Tan Sri Mazlan Nordin, 86, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya, di sini pada jam 4.15 petang tadi.

Anak Allahyarham, Yuri Azhar berkata, bapanya dimasukkan ke pusat perubatan itu semalam selepas terjatuh di bilik air di rumahnya.

Allahyarham meninggalkan lima orang cahaya mata iaitu empat lelaki dan seorang perempuan serta empat orang cucu.

Jenazah Allahyarham akan dibawa ke rumah anak perempuannya di No 14, Jalan Dato Abu Bakar 16/1, Petaling Jaya untuk urusan pengebumian.

Mazlan pernah bertugas di akhbar Utusan Melayu, Voice of America, kemudian kembali ke Utusan Melayu, ke akhbar Berita Harian, seterusnya ke Bernama, sebelum kembali ke Utusan Melayu dan kemudian menjadi Pengerusi Bernama.

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menganugerahkan beliau Ijazah Kehormat Doktor Falsafah dalam bidang komunikasi di atas jasanya kepada bidang kewartawanan pada konvokesyen 2005.

Selain itu beliau turut dianugerahkan Tokoh Wartawan Malaysia pada 2002 dan Tokoh Wartawan Terbilang UKM 2009. - BERNAMA

Apa Strategi Anwar Mahu Bermain Isu Salman Rushdie?

Mengenali stail politik Anwar Ibrahim, dia ada muslihat tertentu apabila sengaja memperbesarkan sesuatu isu. Dalam kes Salman Rushdie, nampaknya Ketua Pembangkang ini amat berminat supaya isu tersebut diperdebatkan, dilanjutkan dan dibicarakan mungkin dalam versi berbeza di luar negara dan dalam negara.

Apa umpannya... apa muslihatnya, sedangkan satu dunia sudah mengetahui prinsip Anwar Ibrahim dengan Salman Rushdie?

"Saya dan Azizah tidak akan hadir ke acara petang esok kerana membantah kehadiran Salman Rushdie yang secara biadab menghina Rasulullah," kata Anwar dalam twitternya 16 Mac lalu.

Apakah maksud kata-kata Anwar dalam twitter itu? Adakah bermaksud Anwar memboikot program 'India Today Conclave' kerana penganjur itu turut menjemput Salman Rushdie?

Orang awam yang terpedaya dengan muslihat permainan kata-kata Anwar mungkin memahami begitu. Tetapi itu bukan maksud sebenar Anwar kerana dia tetap hadir pada program anjuran kumpulan media India, indiatoday dengan kerjasama kerajaan United Kingdom (UK) itu.

Anwar, mungkin tidak mahu lagi mengulangi tragedi 'Apology Tour', jika dirinya dianggap kontroversi kerana memboikot program anjuran kerajaan UK yang memberi gelaran 'Sir' kepada Salman Rushdie yang turut menjemput pemikir Zionis kotemporari, Henry Kissingger, bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) itu.

Dulu, pada akhir tahun 1990-an, ketika berstatus Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Anwar sanggup selewengkan wang rakyat sebanyak RM38 million untuk membayar pelobi Zionis, APPC (Asia Pacific Policy Centre) semata-mata untuk membawa Henry Kissingger ke Malaysia dan kini, dalang di sebalik penganjuran program di India itu sudah mengenal pasti siapakah individu-individu yang sepatutnya dijemput di dalam program 'India Today Conclave'.

Anwar Ibrahim, Henry Kissingger dan Salman Rushdie antara tokoh-tokoh yang dijemput.

"Masanya telah tiba untuk India untuk memainkan peranan yang lebih besar dalam penyebaran demokrasi," kata Anwar Ibrahim.

"Bercakap di persidangan India Today Conclave 2012, beliau berkata, demokrasi India dan badan kehakiman adalah terpuji, tetapi mengecewakan apabila perkara yang sama tidak dilaksanakan di kawasan kejiranan (luar India),” lapor dailymail.co.uk pada 16 Februari yang menunjukkan Anwar hadir dalam program tersebut.

Jadi kenapa Anwar menghantar twitter yang berbunyi seperti memboikot program kerana satu individu bernama Salman Rushdie, sedangkan hakikat sebenarnya, dia hadir ke program itu?

Itu sekadar strategi untuk menarik sentimen 'Islam', selepas dia turut bersekongkol dalam program itu dan mungkin mengetahui sentimen umat Islam membantah kehadiran penulis buku Satanic Verses itu.

Ini taktik biasa publisiti murahan yang hanya berbunyi dalam Bahasa Melayu di twitter dan blog peribadinya, tetapi tidak mendapat liputan di media antarabangsa.
Ini taktik serampang dua mata atau politik depan-belakang.

Khoo Kay Peng faham strategi politik Anwar itu, sebab itu penganalisis politik pro PR itu berkata, Anwar Ibrahim wajar 'bekerjasama' dengan Salman Rushdie, bukan menjauhkan diri.

"Dan ini merupakan pandangan profesional saya, walaupun saya faham Anwar cuba untuk mengelakkan kontroversi,” kata Khoo seperti dilaporkan FMT.

Ada asas kuat kenapa penganalisis politik pro PR berfikiran begitu. Mungkin, maksudnya, apa beza antara Anwar dan Salman, kedua-duanya pejuang liberal dan kedua-duanya reformis agama.

Ada perbezaan besar antara tindakan Imran Khan, pemain kriket tersohor dunia yang berasal dari Pakistan dengan tindakan Anwar Ibrahim, bekas Presiden ABIM dalam menghadapi isu Salman Rushdie.

Imran yang turut dijemput menghadiri program 'India Today Conclave' memboikot dengan membatalkan penyertaannya ke program itu disaat-saat akhir setelah mengetahui jemputan yang sama dibuat kepada Salman Rushdie.

Pemain kriket Muslim yang popular itu membuat keputusan membatalkan penyertaannya pada 14 Mac setelah media antarabangsa pada 13 Mac melaporkan Salman Rushdie akan turut serta dalam program tersebut.

"Dia (Imran Khan) kini telah memaklumkan kepada penganjur bahawa dia tidak akan hadir kerana dia tidak boleh menyertai mana-mana program yang disertai Salman Rushdie, individu yang telah menyebabkan kecederaan tidak terhingga kepada umat Islam di seluruh dunia,” lapor dailymail.co.uk.

Aroon Purie, editor-in-chief kumpulan penganjur itu memberitahu media bahawa dia kecewa dengan pembatalan Imran di saat-saat akhir itu.

"Kami amat kesal apabila Imran Khan tidak akan datang ke India Today Conclave disebabkan penyertaan Salman Rushdie. The India Today Conclave adalah platform kebebasan dan bebas dalam pertukaran idea.

"Kami tidak menyokong pandangan mana-mana penceramah kami, tetapi kami berdiri untuk kebebasan bersuara (freedom of expression) dalam semua yang kita lakukan, ia adalah satu prinsip penting dalam sebuah negara yang bebas (free nation) dan media yang bebas (free media),"
katanya.

Tindakan Imran mendapat liputan meluas di media antarabangsa. Berbeza dengan Anwar Ibrahim, kehadirannya ke program itu mendapat liputan meluas di media antarabangsa, tetapi dalam masa sama dia menyatakan 'bantahan' kepada Salman Rushdie di twitter dan blognya dalam bahasa Melayu yang tidak mendapat liputan media antarabangsa.

Sebab itu semasa bercakap di India Today Conclave, Salman Rushdie mengkritik Imran, bukannya Anwar Ibrahim.

"Seorang penulis British menyifatkan Imran Khan sebagai diktator yang sedang menunggu. Saya gembira tiada orang lain membantah kali ini kecuali Imran Khan. Imran takut berdepan dengan ‘bayangan’ saya. Imran tahu yang dia akan berkongsi pentas dengan saya.

"Imran tidak pernah membaca ‘The Satanic Verses’. Imran bukan seorang yang liberal,”
kata Rushdie seperti dilaporkan wespeaknews.com.

Dari satu sudut Salman Rushdie ingin memberitahu individu-individu yang hadir ke program itu tidak memboikotnya kerana mereka adalah manusia liberal yang telah membaca bukunya, Satanic Verses.

Rushdie menekankan bahawa kehadiran dalam program itu menunjukkan penganjur benar-benar memahami konsep kebebasan bersuara.

Walaupun Anwar cuba menunjukkan sikap 'anti-Salman' yang tidak mendapat liputan meluas di media antarabangsa, namun dia gagal membuktikan fakta bahawa dia pernah mempertahnankan Salman Rushdie di Jakarta, dua tahun lalu.

Pada 11 Oktober 2010, tercatat dalam sejarah dengan bukti rakaman ucapan Anwar yang mengesahkan bahawa Ketua Umum PKR itu adalah pro-Salman Rushdie ketika berceramah di pusat Islam Liberal Indonesia, Komuniti Salihara, Indonesia.

"Bila Imam Khomeini, masa itu menjatuhkan hukuman bunuh terhadapnya (Salman Rushdie)... Saya sukar untuk bersetuju...," kata Anwar ketika berucap dalam tajuk "Kebebasan Dan Musuh-Musuhnya" yang sekaligus menolak fatwa pemimpin agung Iran itu.

Tajuk yang dibawa Anwar, "Kebebasan Dan Musuh-Musuhnya" sudah menjelaskan hala tuju pemikiran Ketua Umum PKR itu. Tanpa perlu dihuraikan Anwar, semua orang sudah tahu siapakah musuh-musuh kebebasan, iaitu golongan fundalmetalis, intelektual dan ulama yang berpegang kepada Islam.

"Tetapi itukan (Satanic Verses) satu karya... Ini faham kebebasan... sebab itu, kebebasan berwacana dan berpolemik itu perlu (kebebasan berpendapat),” kata Anwar di hadapan kelompok Islam Liberal Indonesia.

Menurut Anwar, tiada mana-mana tokoh agama mempunyai kuasa untuk menjatuhkan hukuman tanpa melalui proses undang-undang (rule of law). Menurutnya, musuh utama kebebasan adalah golongan agama yang berpandukan al-Quran dan Sunnah dalam melaksanakan hukum.

"Kalau kita berikan kuasa kepada mana-mana tokoh atau alim (ulama) putuskan. Kalau di Malaysia yang bawa idea Asian Value (nilai ketimuran Asian) digunakan Islam.

"Jadi saya, kalau Islam itu mengongkong kebebasan... Islam yang sangat usang dan jumud... dan saya tidak sokong kefahaman Islam sedemikian.

Saya berbeza pendapat yang besar... bahkan kalau di Malaysia... bertempur dengan kalangan yang menjadikan Islam itu sebagai faktor penghalang (kebebasan,"
katanya.

Menariknya, Anwar cuba mengambarkan apakah halatuju pemikirannya, walaupun kelompok Islam Liberal Indonesia, termasuk Ulil Abshar Abdalla (juga hadir mendengar pidato Anwar) sudah mengenal pasti identiti dirinya dan memberi tajuk yang sesuai untuk diucapkannya.

"Dan saya tidak mahu menyebut seolah-olah saya ini... err... err... nak guna istilah LIBERAL, salah faham pula nanti...,” kata Anwar sambil disambut gelak ketawa yang berpanjangan dari kelompok Islam Liberal Indonesia.

Kenapa kelompok Islam Liberal Indonesia mentertawakan Anwar bila Ketua Umum PKR itu takut-takut mengaku sebagai Liberal? Itu satu versi Anwar membela Salman Rushdie ketika berhadapan dengan kelompok Islam Liberal di Indonesia. Ada satu bukti yang menunjukkan Anwar mengamalkan politik 'belakang depan' adalah ketika berhadapan dengan kelompok ABIM di Malaysia.

Versi stand Anwar berbeza 360 darjah ketika berhadapan dengan kelompok ABIM di Malaysia. Ketika berhadapan dengan kelompok Islam Liberal di Indonesia, Anwar mendakwa bertempur dengan golongan agama yang menyekat kebebasan di Malaysia, namun bila berhadapan dengan kelompok ABIM di Malaysia, Anwar mendakwa pula 'bertempur' dengan kelompok Islam Liberal di Indonesia.

"Sebab saya di Jakarta... tak sama sesaudara. Saya memang dalam pertemuan (itu) BERTEMPUR dengan mereka dalam hal ini, dengan beberapa isu dalam lingkaran liberal.

"Dan dia (Ulil Abshar) memilih, saya kata isu yang bukan isu. Dan dia memilih untuk mencari masalah di kalangan umat dan memberi tafsiran yang terlalu longgar, terkeluar daripada fahaman Sunnah Waljamaah," kata Anwar secara serius ketika berhadapan dengan kelompok ABIM, jika dibandingkan dengan gelak ketawa hadirin ketika berhadapan kelompok Islam Liberal.

"Walaupun dia Ulil Abshar, dia pertahankan, dia kata tak betul... Saya tak pernah hadir mesyuarat mereka. Mereka ada hadir beberapa pertemuan saya dan ada perbalahan. Mereka mengatakan, dia terkejut, sepertimana yang disebut oleh Ulil Abshar, dia terkejut mengapa orang yang dianggap berfahaman terbuka (Anwar) begitu keras menolak lingkaran liberal,"
jawab Anwar berbelit-belit dengan permainan kata-kata mengikut kesesuaian kelompok mana yang sedang dihadapinya.

Itulah Anwar Ibrahim, boleh 'jadi' sesiapa sahaja, bergantung kepada keadaan, suasana dan tempat. Boleh 'jadi' Sivaji The Bos, Presiden Barrack Obama, Paul Wolfowitz, hatta Salman Rushdie.

Rabu, 21 Mac 2012

Muka pembunuh dan cerita sedih ayah arwah adik Dirang

Inilah muka pembunuh adik Dirang. Mereka bertiga dah dihadapkan ke mahkamah untuk diadili. Hukuman menanti mereka ialah gantung sampai mati. Lepas mati, mereka akan diazab dalam kubur dan selepas itu ditempatkan dalam neraka jahanam. Insya-Allah.






JOHOR BAHRU – Bapa kanak-kanak malang tragedi bunuh dan bakar, Hendry Yongot tiada memaafkan pembunuh anaknya, Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau lebih dikenali sebagai Dirang.

Hendry, 35, yang menyifatkan Dirang peramah, pintar dan ceria berharap insiden menimpa anak perempuannya itu, adalah pembunuhan terakhir seumpamanya.

“Tidak dapat saya gambarkan perasaan ketika dimaklumkan Dirang dibunuh. Tak mungkin saya boleh maafkan si pembunuh. Saya harap pembunuh mendapat hukuman­ sepatutnya,” katanya ketika ditemui di Kompleks Dalam Negeri di sini, semalam.

Apapun, Hendry akan dihantar pulang ke Filipina oleh pihak berkuasa berikutan tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri.

“Saya akur keputusan itu walau hati berasa berat,” katanya.

Hendry yang berasal dari Sulu berkata, dia memasuki Sabah pada 1993 dan tidak pernah pulang ke kampung halamannya sejak itu.

“Walau hati terlalu sedih, saya terpaksa pulang dan itu hukuman buat saya. Namun Dirang sentiasa lekat di hati. Setiap masa. Begitu juga Mohd Hafis, satu-satunya waris saya yang tinggal.

“Saya belum merancang kehidupan di Filipina, namun saya pasti datang semula ke Malaysia untuk melawat anak dan pusara Dirang, jika diberi keizinan,” katanya.

Sepanjang ketiadaannya nanti, Hendry berharap bekas isteri Roselyn Alan, 25, dapat menjaga Mohd Hafis dengan baik, selain berpesan kepada ibu bapa lain agar menjaga keselamatan anak masing-masing.

Menceritakan kembali sebelum menerima khabar mengenai kehilangan Dirang, Hendry yang menetap di Rawang, Selangor berkata, hubungannya dengan anak-anak dan Roselyn amat baik walaupun mereka sudah berpisah sejak empat tahun lalu.

“Seminggu sebelum kehilangan Dirang, saya ada hubunginya. Kami berbual seperti biasa, bertanya khabar dan meluah rasa rindu.

“Roselyn memaklumkan kehilangan Di­rang kepada saya petang kejadian. Saya tiba di Johor pada 8 Mac sebelum ditahan polis bagi membantu siasatan,” katanya.

Dirang ditemui mati dibunuh dan dibakar dalam sebuah lubang di tapak perumahan terbengkalai di Nusa Damai, Masai di sini pada 12 Mac lalu.

Polis kini masih menahan reman tiga individu termasuk seorang wanita sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan kes pembunuhan berkenaan.

Selasa, 20 Mac 2012

"Auww.!!! Betul ke nii? Eeee geli i....."

Senator Datuk KS Nallakaruppan muncul semula hari ini dan mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah seorang biseksual dan beliau pernah melihat Anwar 'beraksi'.

Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MUIP) itu turut mencabar Anwar mengambil tindakan undang-undang terhadapnya jika dakwaan itu tidak benar.

Nallakarupan yang berulang kali menyatakan beliau kawan Anwar selama 30 tahun mahu Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat mengeluarkan fatwa membenarkan seorang biseksual menjadi ketua pembangkang.

Beliau hairan mengapa Pakatan Rakyat (PR) melantik Anwar, seorang biseksual menjadi ketua pembangkang.

"Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah seorang biseksual. Dia tidak berhenti walaupun selepas dia keluar dari penjara. Saya meninggalkan dia kerana dia masih meneruskan aktiviti itu.

"Orang ramai (masih) menganggap beliau adalah seorang Muslim yang baik, tetapi ia tidak. Saya mencabar beliau, jika dia anak jantan, bawa saya ke mahkamah. Dia boleh menipu orang ramai, tetapi hakikatnya beliau mahu merosakkan negara.

"Jika dia berani, panggil saya keluar (ke mahkamah). Saya boleh mendedahkan di mahkamah siapa budak yang dia telah liwat. Saya cabar Anwar on this matter, bisexual," katanya.

Menurut beliau, jika Anwar menghadapkannya ke mahkamah, beliau akan mendedahkan lebih banyak perilaku Ahli Parlimen Permatang Pauh itu kerana setakat ini pendedahan yang telah beliau buat hanya 30 peratus sahaja.

"Nik Aziz juga harus mengeluarkan fatwa untuk membenarkan biseksual menjadi ketua pembangkang. Mengapa mereka (Pakatan Rakyat) tidak mengambil tindakan ke atas beliau? Mereka mesti mengambil tindakan terhadap perilakunya. Terdapat begitu ramai pemimpin pembangkang, mengapa meletakkan lelaki biseksual (untuk menjadi ketua pembangkang)?.

"Dengan ini saya katakan yang Anwar seorang biseksual dan saya cabar Anwar saman saya di atas kenyataan ini. Anwar doesn’t want to face the truth, dia bukan anak jantan.

"Dia (Anwar) tidak ada prinsip. Beliau mahu menjadi Perdana Menteri, itu sahaja. Beliau akan merosakkan apa-apa untuk menjadi Perdana Menteri." katanya.

Beliau juga memberitahu akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin utama PAS untuk mendedahkan siapakah Anwar.

"Saya bersedia jumpa Nik Aziz untuk tujuan yang sama," katanya.

Ditanya apakah sebabnya beliau 'muncul' semula menyerang Anwar, kata Nallakarupan, beliau terpaksa, kerana Anwar 'pusing' Malaysia untuk membohongi rakyat Malaysia.

"Sebagai orang yang kenal Anwar, saya perlu mengatakan kepada rakyat bahawa Anwar adalah manusia lidah bercabang, seorang biseksual," katanya.

Anwar Bilionair???

Bekas aktivis PKR, N Gobalakrisnan mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim menyimpan dana peribadi wang kertas RM1,000 yang kesemuanya bernilai kira-kira RM10 juta di luar negara.

"Saya terima satu dokumen melalui pos yang menyatakan Anwar Ibrahim simpan RM10 juta di luar negara. Bila Dr Mahathir haramkan penggunaan duit RM1,000 di negara ini membuktikan bekas Perdana Menteri itu sudah tahu Anwar menyimpan banyak wang di luar negara.

"Sebab itu, beliau (Dr Mahathir) halang wang itu masuk ke dalam negara ini," katanya.

Gobala yang juga Ahli Parlimen Padang Serai percaya Anwar mempunyai banyak wang peribadi yang disimpan di luar negara.

"Dengan bisnesnya di Amerika Syarikat (AS)... (syarikat) Anwar Ibrahim Consulting... Azmin Ali juga simpan wang di luar negara... Singapura.

"Dr Syed Husin Ali... secara peribadi memberitahu saya... Azmin mempunyai jutaan wang di Singapura... Syed Husin adalah manusia yang berprinsip... dia menyatakan demikian," katanya.

Katanya lagi, semua ini membuktikan kepimpinan PKR juga dibelenggu oleh masalah korupsi.

Baru-baru ini, pengendali portal berita Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin (RPK) mendedahkan Datuk John Soh Chee Wen, individu yang merupakan key person telah membelanjakan RM20 hingga RM30 juta untuk memastikan kebangkitan Anwar Ibrahim dan partinya sejak dari tahun 1998.

Anwar dan John Soh mula bercanggah pendapat mengenai pembentukan kerajaan baru 16 September 2008, di mana menurut Anwar, wang sebanyak RM300 juta adalah penting untuk membeli 30 ahli parlimen Barisan Nasional (BN), namun John Soh tidak bersetuju mengeluarkan dana itu kecuali Anwar mampu membuktikan bahawa beliau benar-benar berjaya dalam rancangannya.

"Apabila mereka bertemu, Anwar dan John Soh mula bertengkar. Apabila Anwar berkata John Soh harus dipersalahkan kerana kegagalan 16 September, John Soh membidas, "Jika awak begitu yakin rancangan awak berjaya mengapa awak tidak membiayai dengan wang awak sendiri? Pulangkan semula beberapa bilion wang yang awak sembunyikan di luar negara dan bayar (balik) RM300 juta dari poket awak sendiri," katanya dalam kolum The Corridors of Power, EPISODE 8: The man behind PKR (Part 2).

Khamis, 15 Mac 2012

Dirang muncul dalam mimpi

PASIR GUDANG: Kematian Nurul Nadirah Abdullah atau Dirang secara tragis menyebabkan keluarganya merancang untuk berpindah dari kediaman mereka di Flet Seri Delima, Masai, di sini, selepas sering terbayang kanak-kanak malang itu.

"Saya dan suami akan berbincang tetapi belum mengetahui lokasinya. Saya masih ingat sering marah-marah apabila Dirang suka menonton kartun Upin dan Ipin serta Barbie," kata Roselyn Alan, 25, ketika ditemui di rumahnya selepas anaknya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pekan Masai, kira-kira jam 1.30 tengah hari semalam.

Bagaimanapun, kehadiran Dirang dalam mimpi Roselyn awal pagi semalam, memberi kekuatan kepada ibunya untuk menerima dengan reda kematian anak keduanya itu.

Roselyn berkata, dalam mimpinya awal pagi semalam, Dirang dilihat hanya memakai seluar pendek biru sedang memeluknya dan mencium berulang kali.

"Dirang muncul dalam mimpi, dia memeluk dan mencium saya sambil berkata 'mak, kau cari aku ke? Saya kemudiannya menjawab dan bertanya kenapa dia tidak balik tetapi Dirang meminta supaya saya tidak bersedih kerana beliau dalam keadaan baik.

"Selepas itu Dirang memeluk saya dan pada masa yang sama saya juga cuba memeluknya tetapi dia terus hilang sebelum saya terjaga daripada tidur kira-kira jam 3 pagi," katanya.

Roselyn berkata, walaupun bersedih dengan kehilangan Dirang, beliau reda dan menerimanya sebagai ketentuan Allah dan sebagai orang Islam menganggapnya sebagai dugaan hidup.

"Mungkin sudah takdir begitu, walaupun Dirang sudah pergi tetapi sekurang-kurangnya saya dapat tengok dia (dalam mimpi). Saya terima dengan reda pemergian Dirang, sebagai orang Islam saya perlu menerimanya sebagai ketentuan dalam hidup," katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada semua pihak termasuk penduduk dan polis yang membantu mengesan Dirang serta menguruskan pengebumiannya.

Sementara itu, suasana pilu dan hujan renyai mengiringi pengebumian Dirang yang dihadiri kira-kira 100 orang, termasuk ibu serta bapa kandungnya yang berusia lingkungan 30-an dengan tangan bergari kerana ditahan reman bagi membantu siasatan.

Lelaki itu dengan diiringi tiga anggota polis dilihat menangis dan diberi kesempatan untuk menyiram air mawar di pusara anak.

Lebih memilukan apabila orang ramai turut mengalirkan air mata melihat keadaan Roselyn yang menangis sebaik saja talkin dibacakan oleh Imam Masjid Nur Hidayah, Abdul Rahman Ismail.

Terdahulu, Roselyn yang berbaju kurung dan tudung merah jambu bersama ibunya, Milnah Jul, 52, serta beberapa ahli keluarganya tiba di pekarangan Unit Forensik Hospital Sultanah Aminah (HSA) kira-kira jam 9.50 pagi bagi menguruskan jenazah anaknya.

Sejurus itu, bapa kandung Dirang dengan berbaju lokap dan tangan bergari turut memasuki bilik mayat dan selepas hampir 10 minit, beliau keluar dalam keadaan sugul sebelum dibawa pasukan polis beredar.

Bapa Dirang kini ditahan reman sehingga 19 Mac ini bagi siasatan lanjut kematian anaknya. Difahamkan kehadiran lelaki itu di Unit Forensik HSA adalah permintaan keluarga Dirang bagi membolehkannya menatap kali terakhir jenazahnya sebelum dikebumikan.

Jenazah Dirang dimandi, dikafankan dan disembahyang kakitangan Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) sebelum dibawa ke Masjid Nur Hidayah untuk disembahyangkan.

Rabu, 14 Mac 2012

Bawa pembunuh ke muka pengadilan!!!...

Pembunuh Nurul dikenal pasti

JOHOR BAHRU 13 Mac - Sambil menyifatkan pelaku jenayah yang membunuh Nurul Nadirah Abdullah sebagai berhati binatang, polis hari ini bertekad untuk memastikan mereka yang melakukan perbuatan itu diseret ke muka pengadilan dalam tempoh terdekat.

Ini kerana, polis telah mengenal pasti penjenayah yang terlibat dalam pembunuhan kejam kanak-kanak berusia lima tahun itu dan akan segera menyiapkan kertas siasatan kes berkenaan untuk diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP).

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan tindakan suspek yang tidak berhati perut dan akan memastikan mereka yang terlibat dihadapkan ke muka pengadilan.


Dirang dibunuh pada hari hilang

JOHOR BAHRU – Nyawa Nurul Nadirah yang lebih mesra dipanggil Dirang, diragut secara kejam apabila mangsa dipercayai dicekik sampai mati sebelum mayat kanak-kanak malang itu dimasukkan ke dalam lubang dan dibakar di kawasan perumahan terbengkalai di Nusa Damai, Masai di sini.

Sumber berkata, seorang daripada empat suspek yang ditahan mengaku membunuh Dirang, dengan cara mencekik mangsa sebaik sahaja kanak-kanak itu diculik ketika keluar dari rumah seorang diri di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang di sini. Ketika itu mangsa hendak pergi ke kedai.

Selepas mangsa sudah tidak bernyawa, mayat Dirang dibawa ke kawasan rumah terbengkalai kira-kira lima kilometer dari rumah mangsa dan dibakar.

Sumber itu memberitahu, suspek yang tinggal tidak jauh dari rumah mangsa mendakwa dia bertindak demikian kerana dendam selepas pernah dihina dan dipandang rendah oleh nenek mangsa.

"Dirang terus dibunuh dan dibakar pada hari dia hilang pada 1 Mac," kata sumber itu.


Motif dendam

KUALA LUMPUR: Polis tidak menolak kemungkinan dendam peribadi terhadap keluarga Nurul Nadirah menjadi motif di sebalik penculikan dan pembunuhan kejam kanak-kanak berkenaan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Bakri Zinin berkata, setakat ini, empat suspek termasuk tiga ditahan beberapa jam selepas laporan kehilangan Nur Nadirah dibuat neneknya pada 1 Mac lalu.

Katanya, suspek keempat yang juga bapa Dirang ditahan beberapa hari lalu.

"Bantuan segera daripada masyarakat membolehkan polis menangkap tiga suspek beberapa jam selepas laporan kehilangan Dirang dibuat. Suspek keempat ditahan beberapa hari kemudian. Dengan empat penangkapan ini, kami percaya polis berada di landasan yang betul untuk menyelesaikan kes ini.

"Kami menyiasat dari semua sudut untuk memastikan motif di sebalik penculikan dan pembunuhan kanak-kanak ini dapat dikenal pasti," katanya dalam satu kenyataan yang dibuat dalam facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM), semalam.

Katanya, polis juga ingin menyampaikan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada orang ramai yang membantu polis dalam kes ini, terutama dalam memberikan maklumat yang membawa kepada penangkapan suspek dan penemuan mayat.

"Sekali lagi pihak polis mengingatkan ibu bapa untuk mengawasi anak mereka terutama yang masih kecil pada setiap masa dan tidak meninggalkan mereka tanpa pengawasan," katanya.


Tunggu keputusan ujian rekod pergigian

SERI ALAM: Polis Kontinjen Johor masih menunggu beberapa lagi keputusan ujian makmal termasuk rekod pergigian mangsa pembunuhan kejam, Nurul Nadirah bagi melengkapkan kertas siasatan kes berkenaan sebelum diserahkan kepada timbalan pendakwa raya (DPP) dalam tempoh terdekat.

Difahamkan, seorang pakar pergigian juga dipanggil bagi menjalankan ujian berkaitan selepas hasil keputusan asid deoksiribonukleik (DNA) rangka manusia ditemui di ladang kelapa sawit di Nusa Damai, Masai, 8 Mac lalu sepadan dengan sampel DNA ibu Dirang, Roselyn Alan, 25.

Datuk Mohd Mokhtar memberi jaminan pihaknya menjalankan siasatan mendalam untuk memastikan penjenayah terbabit tidak terlepas daripada tindakan undang-undang.

"Hingga kini siasatan masih dijalankan terhadap empat suspek berusia lingkungan 20-an dan 30-an yang ditahan sejak Dirang dilaporkan hilang 1 Mac lalu.

"Semakan juga mendapati dua daripada suspek terbabit mempunyai rekod lampau berkaitan dadah serta curi. Tiga daripada mereka juga disahkan positif di bawah pengaruh dadah hasil ujian air kencing dijalankan sebelum ini,” katanya selepas melawat keluarga Dirang di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam, pagi semalam.

Mokhtar juga menasihatkan ibu bapa supaya lebih peka serta mengawasi pergerakan kanak mereka dan menjadi kejadian itu sebagai ikhtibar.

Dirang disahkan dibunuh selepas ujian deoxyribonucleic asid (DNA) dijalankan terhadap rangka ditemui di ladang kelapa sawit di Nusa Damai, Masai 8 Mac lalu itu, sepadan dengan DNA Roselyn Alan, 25.

Setakat ini, empat individu berusia lingkungan 20-an hingga 30-an masih direman bagi membantu siasatan.

Individu terbabit termasuk sepasang suami isteri.

Dalam perkembangan lain, menurut Mokhtar, pihaknya juga mengesan seorang individu yang bertanggungjawab mengirim khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Roselyn dan memintanya membayar RM10,000 sebagai wang tebusan kononnya kanak-kanak berkenaan diculik.

Hasil siasatan awal, Mokhtar mengesahkan mengenalpasti identiti individu terbabit yang kini dipercayai berada di Kelantan.

"Kami mengetahui perkara itu dan akan mendapatkan kerjasama Polis Kelantan untuk menahan individu terbabit bagi membantu siasatan," katanya.


Umpan makanan

JOHOR BAHRU: Mangsa bunuh dan bakar, Nurul Nadirah mungkin diumpan makanan kegemaran atau barangan permainan oleh individu tertentu sebelum dilarikan dan ditamatkan riwayatnya.

Pegawai Bahagian Kaunseling dan Psikologi, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Johor Bahru, Noriz Wanti Ahmad berkata, kanak-kanak berusia lingkungan empat hingga enam tahun seperti Nurul Nadirah atau mesra dengan panggilan Dirang mudah mematuhi arahan seseorang termasuk yang tidak dikenali untuk mengikut mereka sekiranya diumpan barangan kegemaran.

"Ia berlaku kerana faktor usia, kanak-kanak pada usia berkenaan tidak mampu membezakan antara perkara baik dan buruk selain mungkin tidak pernah menerima pendedahan daripada penjaga supaya berhati-hati apabila dihampiri individu tidak dikenali.

"Namun, apabila menyedari mereka berada di tempat yang kurang selesa dan selamat berikutan berjauhan daripada keluarga, kanak-kanak boleh mengalami trauma. Jika ia berterusan maka ia mampu memberi kesan kepada psikologi mereka apabila dewasa kelak," katanya, semalam.

Noriz mengulas berkaitan kes Dirang yang ditemui meninggal dunia selepas hilang sejak 1 Mac lalu.

MAIJ Bantu Urus Jenazah Dirang

PASIR GUDANG: Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) akan membantu dalam urusan pengebumian serpihan rangka jenazah kanak-kanak mangsa bunuh dan bakar Nurul Nadhirah Abdullah, selepas keluarganya dibenarkan menuntut jenazah itu esok.

Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Samsudin berkata, jenazah kanak-kanak malang itu akan diuruskan seperti jenazah sempurna sebelum dikebumikan.

"MAIJ akan bantu mengurus jenazah Dirang secepat mungkin. Rangka yang tinggal akan dimandikan, dikafankan dan disembahyangkan seperti jenazah sempurna," katanya selepas menziarahi keluarga Nurul Nadhirah di Flat Seri Delima Bandar Seri Alam.

Beliau menyifatkan perbuatan individu yang bertindak membunuh dan membakar kanak-kanak berusia lima tahun itu yang juga dikenali dengan panggilan Dirang, sebagai kezaliman luar biasa yang dilakukan manusia.

Perbuatan itu katanya, tidak seharusnya berlaku lebih-lebih lagi individu yang disyaki terlibat dalam kes itu beragama Islam kerana Islam sendiri sentiasa mengajar umatnya untuk berbuat baik sesama insan.

"Termaktub dalam al-Quran yang menyebut bahawa sesiapa yang membunuh seseorang dengan sengaja balasannya adalah neraka," katanya.

Dalam masa yang sama beliau turut berharap agar seluruh masyarakat di negara ini mengambil iktibar daripada kejadian yang menimpa keluarga tersebut.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan Negeri Johor, Dr Robiah Kosai yang turut melawat keluarga mangsa berkata, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menyalurkan bantuan untuk meringankan bebanan keluarga mangsa.

Katanya, ia termasuk khidmat kaunseling kepada keluarga mangsa terutama ibunya, Roselyn Alan, 25, sebanyak dua kali seminggu yang telah dimulakan sejak kehilangan mangsa pada 1 Mac lalu bagi memastikan mereka dapat menghadapi kejadian itu.

Selain itu katanya, JKM juga akan menyalurkan bantuan sebanyak RM200 sebulan kepada keluarga arwah itu sehingga ayah tirinya, Lima Medeng, 25, mendapat pekerjaan tetap untuk menyara kehidupan.

Selasa, 13 Mac 2012

'Kenapa Biarkan Anak Saya Mati?' - Roselyn

Aku kutuk dan aku laknat mereka-mereka yang terlibat membunuh adik Nurul. Pembunuhan secara kejam ke atas seorang kanak-kanak yang berusia lima tahun ini harus dicaci dan dimaki seteruk-teruknya kepada pembunuh.

Pada aku, kalau dapat tangkap si pembunuh ini, harus di arak di khalayak ramai sambil menyeksakannya sedikit demi sedikit biar dia rasa keperitan membunuh insan yang bernyawa.

Aku sentiasa berdoa dan berharap polis dapat menangkap si pembunuh ini dan paparkan dalam semua saluran media. Kalau si pembunuh ni cuba menutup mukanya dengan apa-apa objek, adalah lebih baik polis pengiring mahkamah membukanya supaya orang ramai dapat melihat macam mana muka pembunuh kejam ini.




















JOHOR BARU: "Kenapa biarkan anak saya mati?"

Begitulah raungan ibu Nurul Nadirah, Roselyn Alan sebaik saja mengetahui berita bahawa mayat rentung yang ditemui polis di sebuah ladang sawit di Nusa Damai, Pasir Gudang di sini 8 Mac lalu adalah kanak-kanak itu.

Berpakaian kemeja-T berwarna ungu dan berseluar jean, Roselyn yang duduk di bilik tidur tidak berhenti-henti menangis.

Malah dia turut pengsan seketika manakala anggota keluarga cuba untuk menenangkannya.

Bapa tiri Dirang, Lima Medeng, 25, terlalu sedih dan terkejut dengan berita itu dan enggan ditemu bual pemberita.

Nenek Dirang, Milnah Jul, 56, berkata, dia kembali ke Pasir Gudang selepas mencari cucunya itu apabila dimaklumkan oleh polis mengenai perkembangan tersebut pada pukul 6.40 petang.

"Kami menerima panggilan daripada seseorang yang mengatakan mereka terlihat Dirang di Pasir Gudang, jadi saya yang ditemani beberapa orang jiran bergegas ke situ.

"Saya tidak percaya bahawa kami sudah kehilangannya," katanya.

Seorang jiran keluarga itu, Noridah Juliri, 44, berkata penduduk di kawasan itu terkejut dan bersedih dengan kejadian itu.

"Dia kanak-kanak periang yang suka bercakap. Kali terakhir saya melihatnya sebelum dia membeli mi di kedai runcit di bawah.

"Dia memberitahu saya bahawa dia ingin makan mi sebelum pergi ke sekolah agama. Saya boleh membayangkan perasaan ibu Dirang," katanya.

Terdahulu, Roselyn memberitahu dia menerima panggilan telefon daripada beberapa wanita yang tidak dikenali yang meminta wang tebusan sebanyak RM10,000 dan mengancam untuk mencederakan Nurul Nadirah jika mereka enggan mengikut permintaan itu.

"Dia memberitahu saya untuk menyerahkan wang itu di Kota Baru atau mereka akan mencederakan Dirang.

"Ketika ditanya meminta untuk mendengar suara Dirang, mereka menyuruh saya supaya membayar wang tebusan sebelum panggilan dimatikan," katanya.

Sementara itu, berita kematian Dirang disebarkan secara meluas di laman Twitter dengan pelbagai kiriman ucapan takziah kepada keluarganya.

Hiba & Sayu Menyelubungi Kediaman Dirang

JOHOR BAHARU: Hanya esakan dan tangisan kedengaran di rumah kanak-kanak malang Nurul Nadhirah Abdullah atau Dirang sebaik sahaja polis mengesahkan mayat rentung yang ditemui di sebuah ladang kelapa sawit di Nusa Damai, Pasir Gudang di sini 8 Mac lalu adalah kanak-kanak itu.

Tiada kata yang mampu diucapkan oleh anggota keluarga mahupun jiran untuk menenangkan ibu Dirang, Roselyn Alan, 25 yang terkejut dan menangis tidak berhenti sejak menerima maklumat berhubung perkara itu.

Roselyn juga pengsan seketika selepas menangis lebih sejam sebaik dihubungi oleh pihak polis melalui telefon kira-kira 6.40 petang tadi bagi mengesahkan perkara itu setelah menerima hasil ujian DNA daripada Jabatan Kimia hari ini.

Tinjauan Bernama di rumah mangsa di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam dekat sini mendapati, suasana hiba menyelubungi rumah mereka yang dipenuhi oleh kaum keluarga, jiran dan wakil media yang ingin mengetahui perkembangan lanjut tentang kes itu.

Esakan dan tangisan Roselyn yang berada dalam sebuah daripada bilik di rumah itu jelas kedengaran di ruang tamu menyebabkan mereka yang berkunjung di rumah itu tidak dapat menahan daripada turut menitiskan air mata mengenangkan nasib yang menimpa mangsa.

Roselyn dan suaminya Lima Medeng, 25, juga enggan ditemu bual pemberita kerana terlalu sedih dan terkejut dengan perkembangan terbaru itu.

Sementara itu, nenek kanak-kanak itu, Milnah Jul, 56, berkata, ketika anaknya menerima panggilan daripada pihak polis untuk memaklumkan tentang perkara itu, beliau berada di bawah flat itu.

"Saya berada di bawah flat ketika Roselyn menelefon saya memaklumkan menerima panggilan daripada polis memberitahu mayat rentung yang ditemui sebelum ini adalah Dirang.
"Kami sekeluarga amat terkejut dan tidak menyangka sebab sebelum ini polis memaklumkan mayat itu adalah rangka orang dewasa," katanya.

Milnah kemudian dilihat tidak dapat menahan air mata serta tidak dapat berkata-kata akibat terlalu sebak dan terus masuk ke bilik sambil menangis.

Seorang jiran keluarga itu, Noridah Juliri, 44 berkata penduduk di kawasan itu terkejut dan bersedih dengan kejadian itu.

"Sehingga petang tadi kami masih meneruskan usaha mencari mangsa yang saya anggap sebagai cucu saya sendiri.

"Saya sendiri terguris dan tak senang hati sejak mangsa hilang. Saya masuk kelapa sawit bantu cari...sebagai jiran saya rasa sakit, tuhan saja yang tahu perasaan saya ketika ini," katanya yang mendapat tahu tentang perkara itu lewat petang tadi dan terus datang ke rumah Roselyn yang telah dianggap sebagai keluarga.

Nurul Nadirah Abdullah atau Dirang Dijumpai Mati

Nurul Nadhirah dilaporkan hilang pada 1 Mac lalu kira-kira 11 pagi ketika keluar untuk membeli mee segera dan telur di kedai runcit di kawasan flat kediamannya.

Nurul Nadirah Abdullah atau Dirang, 5, yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Flet Sri Delima, Bandar Seri Alam, sejak 1 Mac lalu, disahkan dibunuh dan dibakar selepas ujian DNA rangka manusia yang ditemui rentung di ladang kelapa sawit Nusa Damai, Khamis lalu, dilakukan.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin, berkata pengesahan itu dibuat selepas Jabatan Kimia membandingkan sampel DNA mayat yang dijumpai itu dengan ibu mangsa, Roselyn Alan, 25.

Keputusan DNA itu hanya diperoleh kira-kira jam 2 petang semalam.

Rangka manusia itu dijumpai kira-kira jam 9 pagi dalam sebuah lubang yang baru digali di ladang itu, 3.5 kilometer dari rumah mangsa jika melalui jalan ladang dan 20 kilometer mengikut laluan biasa.

Nurul Nadirah dilaporkan hilang selepas ke kedai runcit di tingkat bawah blok perumahan bersebelahan kediamannya untuk membeli mi segera dan telur dengan membawa wang tunai RM4, dalam kejadian jam 10 pagi 1 Mac lalu.

Kehilangannya menimbulkan tanda tanya apabila sebelah seliparnya ditemui dalam kebun sawit berhampiran perumahan itu, manakala satu lagi ditemui 500 meter dari situ dengan telur yang dibelinya pecah dan mi segera bertaburan.

Sehingga ini, polis menahan empat individu termasuk bapa kandung mangsa dan sepasang suami isteri bagi membantu siasatan.

Serpihan rangka manusia yang dibakar itu ditemui orang ramai lapan hari selepas kehilangan mangsa tetapi polis pada mulanya menyangka rangka itu individu dewasa berikutan saiznya,

Siasatan awal polis mendapati serpihan rangka manusia itu dibakar lebih daripada lima hari hingga sukar untuk mengenal pasti identiti serta jantinanya.

Roslan berkata, tempoh tahanan reman empat suspek termasuk bapa kandung Nurul Nadirah yang ditahan Khamis lalu, dilanjutkan bagi membolehkan siasatan dijalankan dengan terperinci.

Katanya, bapa kandung mangsa ditahan sehingga 19 Mac ini manakala tempoh penahanan tiga lagi suspek termasuk sepasang suami isteri disambung sehingga 16 Mac ini.
Nenek Nurul Nadirah Abdullah, Milnah Jul,52, (dua kanan) tidak dapat menahan sebak ketika melawat lokasi penemuan mayat Nurul Nadirah di sebuah flat terbengkalai di Nusai Damai, Masai di sini, Selasa

Isnin, 12 Mac 2012

Kejam dan Al-Fatihah


Setiap hari sejak media cetak dan letronik mendedahkan kehilangan adik Nurul Nadirah Abdullah yang baru berusia lima tahun, maka hari-hari seterusnya saya tidak sabar mengikut perkembangan semasa mengenai nasibnya.

Semalam, saya berasa terharu dengan kunjungan isteri Sultan Johor, Raja Zarith Sofia Idris Shah ke rumah keluarga adik Nurul bagi bertanyakan khabar.

Tetapi, malam ini, selepas selesai solat Maghrib, saya melayari laman web dan terkejut mendapat berita terbaru melaporkan adik Nurul yang dilaporkaan hilang itu dijumpai rentung.

Astagfirullah... siapakah yang begitu kejam membunuh seorang kanak-kanak yang tidak berdosa? Apakah salah dan dosa si kecil ini sehingga dia diperlakukan sedemikian kejam?

Manusia atau binatang yang bertindak membakar adik Nurul sehingga menjadi mayat yang rentung?

JOHOR BAHARU: Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Roslan Zainuddin hari ini mengesahkan mayat rentung ditemui di Nusa Damai, dekat Seri Alam pada 8 Mac lalu sebagai kanak-kanak malang yang dilaporkan hilang sebelum ini iaitu Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau lebih dikenali sebagai Dirang.

Beliau berkata, hasil ujian DNA yang dijalankan terhadap mayat berkenaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kimia pada Isnin mengesahkannya.

"Berdasarkan pemeriksaan dijalankan di tempat kejadian, kami menemui serpihan tulang dan berjaya mendapatkan sampel DNA yang kemudiannya dihantar ke makmal dan sepadan dengan DNA ibunya," katanya kepada pemberita di sini, Isnin. -BERNAMA

Jumaat, 9 Mac 2012

Terima kasih PM

Sudah tentu ini berita gembira kepada penjawat awam, tetapi bukan perkara yang baik bagi pembangkang.

Apabila PM Datuk Seri Najib mengumumkan pelarasan gaji antara tujuh hingga 13 peratus, ia adalah suatu berita yang sukar digambarkan oleh 1.4 juta penjawat awam, betapa gembira, seronok dan cerianya dengan kebajikan yang ditunjukkan Kerajaan BN.

Kegembiraan pelarasan gaji ini sudah tentu turut dirasai oleh tidak sedikit ahli dan penyokong pembangkang yang berfahaman PKR, PAS dan DAP yang berkerja di sektor awam itu.

Apa agaknya maklum balas mereka apabila pemimpin mereka (pembangkang) menyifatkan pelarasan gaji yang diterima mereka itu dikatakan sebagai 'rasuah' pilihanraya? Mahukah mereka menolak kenaikan gaji yang diumumkan PM Najib?

Sudah tentunya tidak. Ahli dan penyokong pembangkang yang bekerja di sektor awam bukan bodoh. Mereka cerdik. Bab kenaikan gaji, elaun dan pembayaran bonus ini mereka lupakan soal perbezaa fahaman parti.

Tetapi kalau bab lain yang tiada kaitan dengan gaji, sudah tentu mereka ini antara golongan yang lantang mengkritik, menegur, mengecam, mencaci maki dan menghamun kerajaan BN.


PUTRAJAYA: Berita gembira buat 1.4 juta kakitangan awam apabila kerajaan semalam mengumumkan pelarasan gaji tujuh hingga 13 peratus bagi semua gred penjawat awam, selain kenaikan Elaun Sara Hidup (COLA).

Dalam pengumuman yang disiarkan secara langsung melalui TV1 dan TV3, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak turut mengumumkan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang diperkenalkan 1 Januari lalu tetapi banyak menimbulkan kontroversi, dibatalkan.

Kerajaan memutuskan penggajian kakitangan awam dikekalkan di bawah sistem Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang akan ditambah baik.

Pelarasan gaji berdasarkan Jadual Gaji Matriks (JGM) SSM itu menyaksikan Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Pelaksana Gred 1 hingga 54 menikmati pelarasan sebanyak 13 peratus.

Gred Utama dan Gred Khas C, B dan A akan menikmati pelarasan sembilan peratus, Turus III dan II (lapan peratus) dan Turus I serta Ketua Setiausaha Negara (tujuh peratus).

Selain itu, kadar COLA bagi kawasan B (di antara bandar dan pedalaman) dinaikkan daripada RM200 kepada RM250 sebulan, manakala untuk kawasan C (pedalaman) daripada RM100 kepada RM150.

Pelarasan gaji itu berkuat kuasa 1 Januari lalu yang mana penjawat awam akan menerima gaji tertunggak. Difahamkan, gaji baru akan dibayar sama ada akhir bulan ini atau bulan depan.

Ia antara tujuh keputusan diumumkan Perdana Menteri pada perhimpunan khas Penjawat Awam Bersama Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) yang dihadiri 15,000 penjawat awam, semalam.

Najib berkata, kerajaan faham SBPA mengundang keresahan, terkilan dan perasaan tidak puas hati dalam kalangan penjawat awam walaupun ia komited untuk mempertimbangkan semakan semula, pelarasan gaji atau satu bentuk saraan baru bagi menggantikan SSM pada tahun ini.

“Sebagai kerajaan yang merasai denyut nadi mereka (penjawat awam), sebagai kerajaan yang mendengar keluh kesah penjawat awam menerusi wakil mereka, CUEPACS, maka kita mengambil keputusan pada 12 Januari lalu supaya struktur saraan baru yang diperkenalkan, dikaji semula,” katanya.

Perdana Menteri berkata, keputusan yang diambil kerajaan itu adalah berdasarkan kepada saranan CUEPACS berkaitan saraan penjawat awam serta implikasi kewangan kerajaan yang mungkin terbabit.

“Anggota perkhidmatan awam adalah tiang seri keramat kerajaan, sebaik mana pun dasar digubal, betapa manfaat pun dasar digubal, ia tidak akan bermakna jika pelaksanaannya tidak berkesan atau tidak cekap (kerana) peranan penjawat awam sebagai pelaksana dasar adalah amat penting,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan peka dan prihatin dengan isu saraan yang dibangkitkan oleh penjawat awam yang menyaksikan semakan semula gaji perkhidmatan awam secara berkala dan yang terakhir dilakukan pada 2007 membabitkan kenaikan gaji antara 7.5 peratus hingga 35 peratus.

Najib berkata, dalam membuat keputusan, kerajaan perlu memikirkan langkah terbaik yang perlu mendahulukan kepentingan rakyat, tetapi pada masa sama faktor lain terutama keupayaan kewangan kerajaan, tidak diketepikan.

“Kerajaan amat mengharapkan kefahaman dan kerjasama penjawat awam untuk bersama-sama mengharungi dan mendepani cabaran ekonomi global yang tidak menentu walaupun kita telah berjaya mengeluarkan negara daripada gelora ekonomi global," katanya.

INFO: Keputusan lain yang diumumkan Perdana Menteri

• Penubuhan suruhanjaya dianggotai oleh semua pihak berkepentingan mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam Malaysia yang bukan saja membabitkan saraan, tetapi juga rupa bentuk perkhidmatan awam yang diperlukan negara pada masa depan.

• Struktur gaji SSM akan diubah suai daripada Jadual Gaji Matriks kepada Jadual Gaji Minimum-Maksimum dengan kadar kenaikan gaji tahunan (KGT) bagi gred 1-54 ditetapkan di antara RM80 hingga RM320 mengikut gred. KGT bagi JUSA dan ke atas kekal menggunakan KGT SSM dengan pelarasan ikut peratus ditetapkan.

• Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK), Bayaran Insentif Wilayah (BIW), Bayaran Insentif Pedalaman (BIP) dan Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP) dikekalkan.

• Kerajaan mengekalkan keputusan penambahbaikan laluan kerjaya bagi guru berasaskan prinsip ‘time-based’ Pegawai Perkhidmatan Pendidikan seperti diumumkan dalam Bajet 2012.

Rabu, 7 Mac 2012

Ayo yo... ada gangguan bekalan air

Tujuh hari lagi dari sekarang. Aku tak dapat nak bayangkan bagaimana keadaan aku, jiran-jiran dan pengguna lain yang terlibat dengan ketiadaan bekalan air selama dua hari satu malam bermula jam 8 pagi 14 Mac ini.

Sebaik sahaja aku membaca kenyataan mengenai gangguan bekalan air ini, aku membuat perkiraan iaitu selama mana 38 jam itu. Kira punya kira rupa-rupanya ia adalah dua hari satu malam.

Dua hari satu malam? Gila ke apa ni? Boleh ke pihak berkenaan memutuskan bekalan air selama dua hari satu malam tanpa rasa bersalah kepada pengguna atau seolah-olah tidak ada cara lain atau tidak ada kaedah lain untuk pihak berkenaan memastikan tempoh masa gangguan itu terlajak sehingga dua hari satu malam?

Aku percaya, yang akan lakukan kerja-kerja penyelenggaraan air ini semuanya jurutera yang hebat-hebat dan tukang rancang yang berkemahiran serta berpengalaman, tetapi kenapa dalam ramai-ramai jurutera dan tukang rancang itu, tidak ada seorang pun boleh mengeluarkan ideal yang bernas untuk menyelamatkan jutaan pengguna daripada dibelenggu masalah ketiadaan bekalan air.

Dua hari satu malam. Kalau buat simpanan sebanyak 10 baldi pun belum tentu dapat bertahan sehingga satu hari. Maklum, air ni banyak keperluan dan kegunaannya. Mana nak guna untuk mandi lagi, untuk cuci emm emm lagi, mana untuk gunakan ketika mandi berniat lagi, nak basuh pakaian, pinggan mangkuk dan wuduk?

Harap-harap akan ada kenyataan yang dapat melegakan pengguna sebelum 14 Mac ini.


Gangguan Bekalan Air 14 Mac Ini

KUALA LUMPUR:
Kira-kira satu juta pengguna di Selangor dan Kuala Lumpur akan mengalami gangguan bekalan air pada 14 Mac ini ekoran kerja-kerja penyenggaraan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1.

Pengarah Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Korporat Syabas Abdul Halem Mat Som berkata gangguan akan melibatkan 153 kawasan di Hulu Selangor, Petaling, Kuala Lumpur Klang/Shah Alam dan Kuala Langat.

"Gangguan bekalan air dijangka berlaku selama 36 jam bermula pada pukul 8 pagi 14 Mac sehingga 8 malam keesokan harinya," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, di Hulu Selangor kawasan terlibat ialah Kuang, Kundang dan keseluruhan Bandar Tasik Puteri manakala kawasan Petaling melibatkan SS1 hingga SS6 Petaling Jaya, Kelana Jaya, kawasan perdagangan bebas SS8, Sungai Way, Damansara Kim, Damansara Utama, Damansara Jaya, Kampung Sungai Kayu Ara, Taman Megah, Taman Mayang Mas dan Taman Mayang.

Turut terlibat ialah Bukit Mayang Mas, Kampung Cempaka, Sungai Mas & Aman Suria, Damansara Idaman, Sunway Damansara & Mutiara Tropicana, Kampung Kayu Ara, Mutiara Damansara, Damansara Perdana & Bukit Lanjan, Taman Megah Mas, Bandar Utama, Tropicana Golf, TTDI & Pinggiran TTDI, Sungai Pencala, Seksyen 2 hingga 11, Kota Damansara, Pusat Perdagangan Kota Damansara, Monteres, Kayangan Height & Subang Sejahtera, Seksyen 12 hingga 14, Petaling Jaya,Kampung Melayu Subang, Subang Perdana, Mah Sing dan Subang Bestari.

Kawasan Kuala Lumpur melibatkan Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Bukit Kiara, Kelab Diraja Selangor, Bukit Kiara Resort, Pusat Sukan Bukit Kiara, Pusat Sains Negara, Suruhanjaya Sekuriti, Bahagian Teknologi Pendidikan, Pusat Konvensyen Sime Darby , Jalan Segambir, Jalan Belimbing, Jalan Setia Bistari, Jalan Setia Murni 1 hingga 12, Jalan Setia Budi, Jalan Setia Rasa, Jalan Setia Raya, Jalan Setia Jaya, Jalan Medan Setia, Jalan Setia Bakti, Jalan Setia Kasih, Plaza Damansara dan Taman Seri Beringin.

Klang/Shah Alam pula melibatkan Sunway Kayangan, Subang Impian, Sunway Suria, Puncak Perdana, Sungai Kapar Indah, Pekan Meru, Bukit Kerayong, Kampung Budiman, Felda Bukit Cerakah, Cerakah Jaya, Bukit Kapar, Kampung Delik Kanan, Kampung Delik Kiri, Kampung Delik Dalam, Kampung Delik Baru, Kampung Sungai Udang, Jalan Sungai Bertik, Jalan Yadi, Jalan Batu Unjur, Jalan Kim Chuan, Taman Kim Chuan, Taman Bayu Perdan, Flat Sri Angkasa, Vista Indah Apartment, Bandar Puteri, Bandar Ambang Botanic dan Taman Kota Permai.

Turut terlibat ialah kawasan Bandar Botani, Bandar Bukit Tinggi 1 dan 2, Flat Pendamar Indah, Taman Sentosa, Bandar Parkland, Kampung Idaman, Taman Gembira, Jalan Raja Lumu, Flat Perumahan Teluk Gadong Indah A, Rumah Teres Teluk Gadong Indah A, Flat Pandamaran Indah, Kampung Pendamar, Jalan Tengku Badar, Persiaran Raja Muda Musa, Jalan Kastam, Pandamaran, Pandamaran Jaya, Taman Telok Gedung Besar dan Sobena Jaya.

Kawasan Kuala Langat pula melibatkan kawasan Sijangkang, Telok Panglima Garang dan Kebun Baru.Abdul Halem berkata sebagai langkah persediaan Syabas telah meletakkan 42 buah lori tangki dalam keadaan bersedia serta sebanyak 192 buah tangki statik di kawasan strategik bagi membekalkan air sekiranya berlakunya kecemasan.

Katanya, orang ramai yang memerlukan bantuan bekalan air menerusi lori tangki atau ingin mendapatkan maklumat lanjut berhubung gangguan bekalan air tidak berjadual itu boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) di talian bebas tol, 1-800-88-5252.

Abdul Halem berkata, Syabas terpaksa menutup loji rawatan air Sungai Selangor Fasa 1 itu sepanjang penyenggaraan kerana melibatkan kerja-kerja menukar peralatan yang mengalami masalah teknikal seperti injap.

Beliau berkata, hentitugas itu juga perlu dilakukan bagi penambahbaikkan pam di loji rawatan itu bagi mencapai tahap kapasiti kepada 950 jumlah liter sehari (JLH) berbanding 840 JLH sekarang. BERNAMA

Isnin, 5 Mac 2012

Suami Minta JAIP Dakwa Badrulamin

Berita terkini yang diterima mengatakan suami kepada wanita yang ditangkap bersama-sama Badrulamin tetap mahukan pihak JAIP mendakwa Badrulamin di mahkamah.

Ini kerana katanya Badrulamin gagal menjelaskan kepadanya kenapa isterinya berada di dalam bilik Badrul, bukannya di dalam bilik lain.

Maklumat yang diterima juga mengatakan sehingga ke saat ini Badrulamin masih lagi belum muncul di pejabat JAIP untuk memberi keterangan walaupun dia telah diminta untuk hadir pagi ini.

Alasan Badrulamin yang mengatakan dia tolong dapatkan bilik kepada wanita pada jam 2-3 pagi juga merupakan satu pembohongan.

Hotel Swiss Garden Kuantan telah menutup kaunter daftar masuk pada jam 12 tengah malam dan akan dibuka semula pada jam 7 pagi. Manakala mengikut laporan blog pisau.net pula wanita berkenaan telah tiga hari berada bersama Badrulamin.

Dalam hal ini Badrulamin bukan sahaja cuba hendak menipu orang ramai dan pihak parti lawan, malah dia juga cuba menipu kepimpinan PKR sendiri. Dia berlagak seolah-olah tiada apa yang berlaku untuk menutup kemungkarannya.

Walaupun didakwa dipukul oleh 20 orang lelaki, Badrulamin menghadapinya bersendirian tanpa meminta tolong pimpinan-pimpinan PKR yang lain yang turut berada di hotel yang sama.

Tujuannya untuk menutup cerita berkenaan daripada diketahui rakan-rakannya. Akhirnya PKR juga turut ditipu oleh Badrulamin.

Sabtu, 3 Mac 2012

Surat terbuka Tun M, pembangkang menyalak

Tak sampai dua hari kerajaan menyiarkan tiga pucuk surat mantan PM, Tun Mahathir kepada perdana menteri Israel (dua daripadanya mantan), dah keluar kenyataan balas daripada pembangkang.

Macam biasalah pembangkang, kalau dari spesies anjing, maka macam anjinglah perangainya, suka menyelongkar sampah sarap dalam tong-tong sampah dan tempat-tempat pembuangan sampah untuk cari makanan.

Begitulah halnya dengan puak-puak yang sama spesies dengan anjing ini - pembangkang - surat Tun M yang disiarkan itu diputar belitkan mereka dengan harapan dapat menghalang rakyat daripada terpengaruh dengan agenda kerajaan.

Anehnya puak-puak yang sama spesies dengan anjing ini tidak pula mengecam ketua mereka, Anwar Ibrahim yang menyatakan secara terbuka, jelas dan terang akan hasrat dan perjuangannya nak memastikan keselamatan Israel terbela dan terjamin.

Tun M yang tolak kerjasama dengan Israel dikatakan ada hubungan dengan rejim zionis itu, manakala Anwar yang terang-terang ada hubungan rapat dengan Soros dan Al-Gore dikatakan pembela umat Islam.

Memang patutlah puak-puak ini disama spesieskan dengan anjing.

PAS, PKR: Pendedahan surat Dr M kepada PM Israel dedah niat untuk bekerjasama

KUALA LUMPUR — PKR dan PAS berpendapat, tindakan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menulis tiga surat kepada perdana menteri Israel yang telah didedahkan kepada umum jelas membuktikan sikap kepura-puraan beliau yang dilihat tampil dengan imej luaran yang mengambil sikap keras dengan Israel, sedangkan secara senyap mengambil pendekatan berbeza terhadap pemimpin Zionis.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha Agung parti itu, Saifuddin Nasution Ismail, kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam wawancara khas bersama The Wall Street Journal (WSJ), beliau menolak untuk mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel, sedangkan Dr Mahathir pula bertemu dan berhubungan dengan pemimpin Israel dan menegaskan berulang kali keinginannya mengadakan hubungan antara kedua-dua negara.

"Ketika beliau sering tampil dengan imej luaran yang mengambil sikap keras dengan Israel dan memfitnah Anwar sebagai 'pro-Yahudi', secara senyap-senyap beliau mengambil pendekatan berbeza dengan pemimpin zionis.

"Kenyataan Anwar yang diserang oleh media UMNO-BN (Barisan Nasional) dibuat apabila disoal akhbar antarabangsa Wall Street Journal berkaitan dasar luar negara dan isu Palestin, beliau menegaskan bahawa kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan itu merangkumi hak untuk mendirikan negara sendiri serta tidak terus dizalimi," katanya.

"Beliau juga mengungkapkan bahawa jika syarat mewujudkan keamanan di Palestin ini dipenuhi maka wajarlah hak rakyat Israel juga dihormati. Namun Anwar juga menolak hubungan diplomatik dengan Israel di dalam wawancara tersebut."

Tambahnya, Mahathir pula bertemu dan berhubungan dengan perdana menteri Israel dan menegaskan berulang kali keinginannya mengadakan hubungan antara Malaysia dengan Israel. Malah hasrat ini dilahirkan menerusi tulisan tangan di dalam suratnya kepada Yitzhak Rabin”.

Menurut Saifuddin, sikap berkenaan diteruskan dengan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menggunakan APCO sebagai perunding mereka, yang mana antara penasihat APCO merupakan Doron Bergerbest-Eilon, bekas Ketua Perlindungan dan Keselamatan, Agensi Keselamatan Israel.

Sehubungan itu, Saifuddin menegaskan, pendedahan surat-surat Dr Mahathir itu mengesakan kebenaran dakwaan Anwar sebelum ini dan membuktikan sikap kepura-puraan Dr Mahathir selama ini adalah benar.

"Pendedahan ini telah mengesahkan apa yang dikatakan PKR selama ini. Mahathir dan Najib harus menghentikan kepuraan ini. PKR akan terus menyokong usaha mencapai kedamaian berkekalan di Timur Tengah dan keadilan buat rakyat Palestin," katanya lagi.

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, menuntut Dr Mahathir membuat penjelasan berhubung pendedahan tersebut supaya rakyat boleh faham, dan berlaku adil terhadap isu Israel negara haram itu.

"Sebelum ini kita menghadapi isu yang menyatakan Anwar mengiktiraf Israel, Tun (Mahathir) pula sudah keluarkan surat dengan jelas berkenaan hubungan Malaysia-Israel, walaupun tiada hubungan diplomatik, jadi PAS beri peluang kepada beliau untuk membuat penjelasan supaya rakyat faham dan boleh menilai berkenaan perkara ini," katanya.

Ahli Parlimen Kubang Kerian ini juga menuntut penjelasan Dr Mahathir yang berselindung di sebalik menuntut keamanan di Timur Tengah, sedangkan pada 1997, beliau telah menjemput pasukan kriket Israel ke Malaysia, yang mana Salahuddin telah dipenjarakan di Penjara Kajang kerana membantah kehadiran mereka.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, pula membuat pendirian berbeza apabila mengatakan Dr Mahathir tidak perlu membuat sebarang penjelasan kerana beliau akan melakukan lebih banyak penyelewengan fakta apabila penjelasan dibuat.

Sebaliknya, beliau menegaskan, surat-surat berkenaan dengan jelas telah menzahirkan keinginan Dr Mahathir untuk mengadakan hubungan dagang dengan Israel secara tidak rasmi.

"Surat ini tidak mengejutkan saya,” katanya. “Jelas sudah terbukti Dr Mahathir sudah menzahirkan komitmen secara terbuka untuk mengadakan hubungan diplomatik dan dagangan apabila mengeluarkan surat-surat berkenaan.

“Tun menjanjikan akan mengadakan hubungan dengan Israel sekiranya mereka memberikan kebebasan kepada Palestin, jadi beliau seharusnya menjadi orang terakhir yang memberikan maklum balas terhadap kenyataan Anwar dalam WSJ,” tegasnya yang melihat tindakan mengutus surat itu satu langkah yang “proaktif” diambil Dr Mahathir untuk menjalin hubungan dengan Israel.

Jumaat, 2 Mac 2012

Anwar - tali barut barat

Pendedahan Raja Petra Kamaruddin (RPK) wajar diberi perhatian serius. RPK kata Anwar Ibrahim memerlukan sekurang-kurangnya RM600 juta untuk merealisasikan cita-citanya merampas Putrajaya dan menjadi Perdana Menteri ke-7 dalam Pilihan Raya Umum ke-13.

"Tanpa RM600 juta, PKR akan mati dan Anwar perlu melupakan sahaja cita-cita yang amat mendalam untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia," kata RPK dalam kolumnya, The Corridors of Power, Malaysia-Today.

Ada beberapa maklumat tersembunyi yang cuba disampaikan oleh pengendali Free Anwar Campaign (FAC) itu antaranya sikap Anwar yang obses dengan duit.

RPK menggambarkan Anwar adalah pengemis duit, meminta-minta duit pihak lain, tetapi kedekut untuk membelanjakan duit sendiri, malah Anwar didakwa menyembunyikan berbilion-bilion asetnya di luar negara.

Ini dirakamkan oleh RPK dalam perbualan Anwar dengan taikon Datuk John Soh Chee Wen.

"Apabila mereka akhirnya bertemu, Anwar dan John Soh mula bertengkar. Apabila Anwar berkata John Soh harus dipersalahkan kerana kegagalan 16 September, John Soh membidas, "Jika awak begitu yakin rancangan awak berjaya mengapa awak tidak membiayai dengan wang awak sendiri? Pulangkan semula beberapa bilion wang yang awak sembunyikan di luar negara dan bayar (balik) RM300 juta (yang telah dilaburkan) dari poket awak sendiri!”

John Soh menurut PKR bukan sekadar penaja kewangan Anwar dan PKR, malah dia juga dianggap sebagai pakar strategi hala tuju parti itu.

Soal wang RM300 juta yang disebut oleh John Soh di atas adalah segala perbelanjaan yang telah dilaburkannya kepada Anwar dan PKR sejak dari tahun 1998.

Persoalannya, kenapa Anwar minta duit dari John Soh dan dari mana pula taikun itu dapat duit sebanyak itu untuk dilaburkan kepada Anwar dan PKR?

Apakah John Soh juga sekadar 'proksi' pihak lain?

"Soh Chee Wen bukan pakai duit sendiri. Dia agen 'Italian MAFIA' (international group). Kena ada return juga. Bukan boleh suka hati nak tabur duit. Kalau sangkut, nyawa John Soh pun sangkut atas pokok kelapa. Anwar cuci tangan," kata blogger GA dalam menjawab persoalan tersebut.

Ezam – Duit Bukan Penghalang

"Duit bukan perhitungan bagi Anwar... Sebab dia sudah ada segala-galanya... Segala keputusan... pergerakannya, sama ada di sini atau di negara lain... Amerika Syarikat... ianya bukan berasaskan persoalan duit, tetapi berasaskan persoalan politik.

"Orang yang boleh buat rumah setelah keluar penjara... rumah yang bernilai RM7 juta... apakah duit menjadi persoalannya...? tidak!

"Itu rumah yang kita tahu... kita tidak tahu lagi berapa banyak lagi rumah-rumahnya di tempat-tempat lain... Duit tidak pernah menjadi faktor Anwar... sebab dia ada segala-galanya... lebih daripada cukup... pergerakannya atas agenda politik dan saya yakin ianya atas kepentingan agenda politik Zionis," kata Senator Ezam Mohd Nor yang satu ketika dahulu merupakan salah seorang inner circe Anwar.

Ezam yang pernah jadi 'orang dapur' rumah Anwar cuba memberitahu sesuatu yang tidak difahami oleh orang awam.

Menurutnya, 'duit bukan masalah' kepada Anwar kerana dia 'memiliki segalanya', termasuk aset dalam dan luar negara serta sumber itu berpunca dari satu foundation yang kukuh iaitu zionis.

Clare Rewcastle Brown, kolumnis FMT melaporkan bahawa Anwar pernah berceramah di London pada tahun 2011 mewakili Al Gore Foundation yang membayangkan jaringan Anwar dengan foundation pro-Israel itu.

Bayangkan Anwar berceramah di London bukan atas kapasitinya sebagai Ketua Pembangkang atau ahli parlimen Malaysia atau bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, tetapi mewakili Al Fore Foundation.

Hebat bukan. Al Gore Foudation, sebuah yayasan ternama yang pro-Israel itu boleh mewakilkan kepada Anwar untuk bercakap bagi pihaknya.

Jika fikrah Anwar dengan Al Gore tidak sama, mana mungkin bekas Naib Presiden AS itu mewakilkan Ketua Umum PKR berceramah mewakili pihaknya.

"Rayuan penuh semangat Anwar untuk melakukan perubahan di Malaysia," lapor kolumnis FMT yang mengikuti secara dekat ceramah Anwar di London itu.

Baca laporan Clare Rewcastle Brown selengkapnya untuk mengetahui janji-janji Anwar yang amat disukai oleh masyarakat bukan Islam itu.

Mungkin anda terkejut, bagaimana Anwar boleh mewakili Al Gore Foundation, sedangkan Al Gore dan foundationnya bukan setakat pro-Israel, malah turut berurus niaga dengan syarikat dari Israel.

Sebenarnya ini bukan satu kejutan. Ini hanya secebis kisah behind the scene yang belum diketahui umum secara meluas.

Itu sekadar satu contoh, betapa rapatnya hubungan Anwar dengan rangkaian 'foundation' Yahudi. Banyak lagi bukti-bukti sahih lain, yang jika dibongkar, akan lebih menakutkan.

Sebenarnya, Anwar mempunyai hak untuk bercakap mewakili Al Gore Foundation, kerana Ketua Umum PKR itu adalah salah seorang kroni dan mata rantai bekas Naib Presiden AS itu.

Pada tahun 2005, ketika Anwar berhijrah dari Malaysia ke United Kingdom, Ketua Umum PKR itu telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Penasihat Generation Investment Management Group (GIM), sebuah syarikat milik Al Gore yang beribu pejabat di London dan AS.

Menurut Mike Billington, wartawan Executive Intelligence Review (EIR) dalam laporannya bertajuk "Gore’s Racist Assault Against Malaysia", syarikat Al Gore di London adalah 'pelarian dan perlindungan aset' bekas Naib Presiden AS setelah partinya kalah kepada Parti Republikan pimpinan Bush - Dick Cheney.

Syarikat milik Al Gore itu juga melakukan pelaburan sebanyak $10 million kepada Syarikat GreenRoad, sebuah syarikat yang memiliki pusat kajian pembangunan Yahudi di Israel.

Keuntungan dari pelaburan syarikat Al Gore itu dibayar kepada semua kakitangannya, termasuk elaun kepada Anwar sebagai Ahli Lembaga Penasihat syarikat tersebut.

"Ramai orang terkejut apabila Al Gore, Naib Presiden AS menyokong secara terbuka kepada Anwar Ibrahim pada tahun 1998. (Tetapi) Ramai yang tidak mengetahui bahawa sokongan Al Gore sebenarnya diatur oleh IMF dan Wall Street.

"Peneraju IMF ketika itu adalah Michael Camdessus, yang merupakan sahabat dan sekutu Anwar dan mereka pernah menjadi penulis bersama dalam sebuah buku. Ramai yang tidak mengetahui bahawa sentimen sokongan Al Gore sebenarnya dipengaruhi oleh anak perempuan (Al Gore) yang berkahwin dengan Paul Schiff (keturunan Yahudi Rothschild) pengarah Wall Street.

"Paul Schiff adalah keturunan Jacob Schiff yang ditugaskan untuk membiayai Revolusi Bolshevik yang menjadi dendam lama keturunannya," kata David Musa Pidcock dalam islamicparty.com yang memberi mesej tersirat bahawa kekuatan empayar Yahudi dibina hasil dari pergolakan, peperangan dan revolusi di sesebuah negara.

Dalam dunia sekarang, pergolakan, peperangan dan revolusi berselindung di sebalik topeng 'demokrasi' yang di belakangnya juga adalah tangan-tangan hitam zionis.

Jacob Schiff adalah pengasas dan Presiden American Jewish Committee (AJC) yang ditubuhkan pada tahun 1906.

Menurut Myron C Fagan, asal usul Jacob H. Schiff itulah yang membina empayar Yahudi, 'House of Rothschild' dari kota London ke New York, AS.

"Jacob adalah anak kepada seorang Rabbi yang dilahirkan di 'Rothschild’s houses', Frankfurt, Jerman. Selepas berjaya membina tapak Bank Rothschild’s di London, Jacob berangkat ke AS dengan misi untuk membeli sebuah bank yang mampu mengawal sistem kewangan AS," katanya.

Pada tahun 2007, WikiLeaks pernah mendedahkan maklumat dari Kedutaan Amerika Syarikat (AS) yang menyebut Anwar pernah memohon bantuan daripada NGO-NGO AS untuk membantu usahanya melakukan perubahan di Malaysia.

Dalam pendedahan itu menyebut, Anwar memuji aktiviti pengukuhan demokrasi yang dilaksanakan oleh NGO AS, the National Democratic Institute (IRI) dan the International Republican Institute (IRI) bersama-sama dengan pembiayaan yang disediakan oleh National Endowment for Democracy (NED).

Sokongan NGO AS untuk "election watch" dan "media watch" itu sangat penting.

Anwar berkata, beliau menggalakkan penglibatan Carter Center dan NGO Eropah bersama-sama dengan badan-badan dari Indonesia dan Turki, untuk memantau demokrasi di Malaysia.

Maklumat yang didedahkan oleh WikiLeaks itu hampir sama dengan maklumat yang didedahkan oleh bekas Setiausaha Sulit Anwar, Muhamad Rahimi Osman.

Rahimi mendedahkan Anwar pernah memohon dana Yahudi untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-12 dengan pendedahan bukti surat yang ditulisnya berlogokan AIA (Anwar Ibrahim & Associate), syarikat miliknya yang berpengkalan di AS.

Surat bertarikh 18 Jun 2007 telah dihantar kepada seorang pengurus dana Yahudi, Carl Gershman, Presiden National Endowment for Democracy beralamat di 1025 F Street NW, Suite 800, Washington DC 20004.

Rahimi juga turut mendedahkan surat lain yang ditulis Anwar kepada George Soros.

Surat Anwar itu bertarikh 15 Disember 2006 dihantar kepada Soros menggunakan kepala surat AccountAbilty, satu organisasi yang berpengkalan di London dan Amerika Syarikat (AS).

AccountAbilty adalah organisasi pro-Israel naungan Al Gore, Naib Presiden AS, di mana Anwar merupakan Presiden Kehormat NGO itu.

Surat yang dihantar kepada George Soros beralamat ke Soros Fund Management, 888 7th Avenue, 33 Floor New York, NY 10106 itu bertujuan untuk mengeratkan kerajasama di antara NGO pimpinannya dengan Soros Foundation.

"Saya yakin usaha tuan (Soros) dan misi AccountAbility adalah sehaluan dan berharap tuan akan merasakan begitu juga.

"Jika ini benar, saya mencadangkan kita memanjangkan perbincangan ini ke tahap lebih praktik di mana kerjasama akan menjadi lebih sesuai," kata Anwar dalam suratnya kepada Soros.

Saya pernah mengikuti taklimat tertutup Rahimi Osman dan beberapa orang bekas inner circe Anwar di Gombak. Ayah Rahimi, Osman juga turut hadir. Banyak maklumat dalaman yang sangat mengejutkan didedahkan.

Sayangnya, atas sebab-sebab tertentu, saya juga tidak dapat berkongsi di sini..

Kandungan Surat Anwar kepada Soros

George Soros
Soros Fund Management
888 7th Avenue
33 Floor
New York, NY 10106
15 Disember 2006
Tuan,

PER: KEBERTANGGUNGJAWABAN & PEMBANGUNAN

Saya berasa amat gembira bertemu tuan baru-baru ini dan berkongsi serta bersama merenungkan kedudukan isu kebertanggungjawaban dalam politik dan secara lebih meluas, dalam pembangunan.

Setelah membincangkan peranan saya sebagai Presiden Kehormat AccountAbility, dan seterusnya bersetuju memperkenalkan kepada tuan organisasi ini secara lebih menyeluruh, secara bertulis dan seterusnya jika tuan berminat, dengan mengatur pertemuan bersama pengasas dan Ketua Eksekutifnya, Dr. Simon Zadek.

AccounAbility ditubuhkan lebih kurang sepuluh tahun lalu dengan mandat untuk memajukan inovasi dalam soal kebertanggungjawaban bagi memberikan kuasa pengaruh lebih kuat kepada rakyat berhubung sebarang keputusan yang memberi impak kepada kehidupan mereka.

Berpusat di London, organisasi kami bukan bertujuan untuk membuat untung. Fokus asas kami ialah untuk membangun dan membentuk piawaian bagi menggalakkan amalan yang lebih bertanggungjawab, terutama berhubung soal-soal pendedahan dan jaminan.

Dalam memegang peranan tersebut, organisasi ini telah membangunkan apa yang hari ini menjadi standard jaminan utama dalam soal-soal bukan kewangan dan pengekalan yang dikenali sebagai AA1000AS, termasuk memainkan peranan dalam beberapa usaha dan standard inisiatif, termasuk Transparency International, Global Reporting Initiative dan ISO.

Lelaran terkini usaha berkenaan menyaksikan tahap kerjasama semakin mendalam bersama sektor jaminan dan pelaporan kewangan. Dalam hal ini kita melihat keadaan kelam-kabut, dan konflik yang kini diakui secara terbuka sebagai peluang untuk memperkenalkan inovasi metodologi dan urus tadbir utama yang boleh membawa kepada penerapan agenda pengekalan lebih meluas. Ia juga meletakkan tahap penelitian secara lebih meluas ke atas masyarakat audit dan perakaunan.

Sejak tiga atau empat tahun lalu tiga cabang tugas terbentuk. Yang pertama merupakan fokus terhadap masalah-masalah kebertanggungjawaban dan urus tadbir yang mula muncul dan yang mempunyai kaitan dengan perkongsian awam/swasta.

Kami menganggap ini sebagai sesuatu yang kritikal kerana peningkatan kepentingan luar biasa perkongsian sedemikian dalam bidang pembangunan yang sama ada terbabit dalam soal pemindahan sumber (contohnya, Global Fund) atau standard-standard pembangunan (seperti EITI) atau infrastruktur awam dan peruntukan perkhidmatan (seperti kontrak pembekalan air).

Dengan sokongan daripada beberapa buah dana, termasuk kerajaan Amerika Syarikat dan Kanada, kami telah berjaya membangunkan rangka bidang kerja untuk perkongsian-perkongsian umpama itu.

Kami juga sedang bekerjasama dengan sekumpulan perkongsian global dalam menguji dan memperbaiki pendekatan yang diambil.

Tumpuan pembangunan kedua ialah hubungan di antara pasaran-pasaran antarabangsa dan keadaan-keadaan kompetitif serta corak kebertanggungjawaban korporat yang semakin berubah.

Sejak 2001, AccountAbility telah mengeluarkan lapan laporan, termasuk dua lelaran spesifikasi semula tahap kompetitif indeks negara-negara WEF bagi mengetahui bagaimana komuniti perniagaan nasional membina isu-isu alam sekitar dan sosial dalam konteks persaingan sektor dan nasional.

Sebagai sebahagian daripada usaha kompetitif ini, kami merupakan penganjur dan urus setia MFA Forum, satu inisiatif antarabangsa membabitkan perniagaan, agensi awam, NGO dan badan-badan buruh dalam usaha mewujudkan piawaian buruh lebih tinggi dalam produktiviti dan keuntungan daya saing pada intervensi tahap sektor tekstil dan pakaian di negara-negara tertentu yang kini membabitkan Bangladesh, Lesotho dan Maghribi.

Tugas ini kebanyakannya bertujuan mempengaruhi dasar awam ke arah agenda persaingan.

Yang ketiga berhubung program ‘AccountAbility: Reinventing Accountability for the 21st Century’ (Kebertanggungjawapan 21: Mewujudkan Semula Kebertanggungjawaban Bagi Abad ke-21) yang sedang berlangsung. Untuk tahun ini saja program berkenaan telah membabitkan tiga persidangan nasional, satu di Brazil mengenai kepimpinan dan kebertanggungjawaban, satu di Indonesia mengenai kebudayaan dan kebertanggungjawaban dan satu di Rusia mengenai tenaga dan kebertanggungjawaban.

Tahun hadapan kami berharap mendapatkan rakan dan sokongan kewangan bagi menaja beberapa siri perbincangan mengenai inovasi dalam kebertanggungjawaban yang perlu untuk bertahan dan maju pada abad ke-21. Siri perbincangan tersebut akan dipimpin ketua-ketua perniagaan dan ahli politik kanan.

Di tengah-tengah usaha kami ialah pemikiran bahawa bentuk-bentuk kebertanggungjawaban atau aliran utama kini telah menjadi inovasi basi yang tidak lagi boleh diguna pakai mengikut waktu tertentu. Keadaan ini benar sama ada seseorang itu melihat kepada Bangsa-Bangsa Bersatu atau sebuah syarikat berhad, atau melihat kepada aspek-aspek penting dalam amalan demokrasi masa kini.

AccountAbility yang merupakan kawasan tengah mana-mana masyarakat bertamadun, sentiasa perlu dikaji semula dan diperkasakan. Ini kerana kegunaan serta cara ia berfungsi akan berubah daripada masa ke semasa. Bentuk-bentuk baru kebertanggungjawaban perniagaan satu contoh bahawa apa yang berlaku sekarang memerlukan penyelesaian.

Saya berasa yakin usaha tuan dan misi AccountAbility sehaluan dan berharap tuan akan merasakan begitu juga. Jika ini benar saya mencadangkan kita memanjangkan perbincangan ini ke tahap lebih praktik di mana kerjasama akan menjadi lebih sesuai.

Seperti yang saya sebutkan, tindakan selanjutnya yang produktif ialah supaya tuan mengadakan pertemuan dengan Simon Zadek yang sejak sekian lama menjadi tenaga penggerak dalam membentuk AccountAbility (mungkin satu cara untuk bertemu dengannya semasa beliau menghadiri persidangan tahunan WEF di Davos pada Januari. Apakah tuan akan ke sana dan mempunyai peluang bertemu dengannya?).

Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kerana berpeluang memperkenalkan AccountAbility kepada tuan dan seterusnya berharap dapat berhubungan lagi dengan tuan.

Salam hormat.

ANWAR IBRAHIM

Cc: Simon Zadek

Khamis, 1 Mac 2012

Tiga surat Tun M kepada PM Israel laknatullah

Walaupun kerajaan sudah menyiarkan kepada umum tiga pucuk surat daripada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada tiga (dua bekas) Presiden Israel, namun dasar pembangkang otak udang ini tidak akan berdiam diri.

Mereka tidak akan sekali-kali mengaku kalah, sebaliknya akan meneliti satu persatu isi kandungan, susun atur ayat, maksud dan makna surat itu. Mereka akan mencari maksud yang tersurat dan tersirat surat berkenaan untuk mempertahankan kebodohan mereka.

Kalau tak percaya, kita tunggu dan lihat dalam sehari dua lagi. Pasti Anwar, Guan Eng, Nik Aziz, Hadi Awang dan konco-konco berotak udang yang lain dalam Pakatan Rakyat akan membuat kenyataan balas.

Beginilah sikap dan perangai pemimpin pembangkang, bahalol, tolol dan bengap.


Surat Dr Mahathir Kepada Ehud Barak yang baru dipilih sebagai perdana menteri Israel pada tahun 1999

PERDANA MENTERI MALAYSIA
8 Jun 1999

Tuan Yang Terutama
Encik Ehud Barak
Perdana Menteri Israel
TEL AVIV

Tuan Yang Terutama,

Saya ingin menyampaikan ucapan tahniah atas kemenangan tuan dalam pilihan raya baru-baru ini.

Dengan mandat yang cukup meyakinkan, saya berharap tuan dan rakan gabungan tuan akan dapat memimpin masa depan rakyat Israel di ambang Abad baru.

Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengulangi pendirian Malaysia yang sentiasa memperjuangkan keamanan dan penyelesaian masalah antara jiran menerusi rundingan.

Oleh itu menjadi harapan kami untuk melihat pelaksanaan bersama perjanjian yang ditandatangani antara PLO dan Israel.

Kami juga percaya jika proses perdamaian hendak diselamatkan, langkah-langkah berkesan mesti diambil untuk memenuhi komitmen.

Sebagai rakan penting dalam proses damai adalah mustahak bagi Israel lebih bersedia bertolak ansur.

Rakyat Palestin telah membuat pengorbanan besar. Mereka tidak lagi menuntut penghapusan negara Israel.

Mereka malah sedia berkongsi Baitulmaqdis dengan anda. Oleh itu kini masanya bagi Israel memberi respons positif demi mempertahankan harapan rakyat di Palestin dan Israel.

Komitmen mulia yang dibuat oleh Kerajaan sebelumnya mesti dihormati. Jika tidak saya bimbang, akan wujud suasana konflik dan ketidakstabilan serantau yang berkekalan menjangkau ke Abad akan datang. Ini adalah prospek yang mesti dielakkan.

Pokok masalah ialah bahawa tiada pihak yang harus kembali kepada cara lama merundingkan apa yang dimiliki pihak lain, di satu nada dan menghasut kebencian dan keganasan, pada nada lain.

Malaysia tidak dapat membiarkan keganasan oleh mana-mana pihak, sama ada rakan atau musuh.

Mana-mana negara yang merampas tanah dan harta orang lain, atau menghapus tempat tinggal orang lain untuk mendirikan penempatan mereka sendiri tidak boleh dianggap bersikap jujur mahukan perdamaian.

Malaysia yakin penuh bahawa keselamatan semua negara di Asia Barat dapat dijamin dengan kewujudan perdamaian yang adil, berkekalan, dan komprehensif di rantau berkenaan.

Ini mestilah berdasarkan pada prinsip "pertukaran tanah untuk perdamaian" dan penubuhan sebuah negara Palestin merdeka dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya.

Dunia berharap Israel di bawah kepimpinan tuan, mengetengahkan proses damai dengan iltizam yang tulen.

Saya sesungguhnya berharap pencapaian penyelesaian komprehensif di rantau tersebut akan membolehkan Malaysia melihat dengan realistik langkah positif ke arah penubuhan hubungan biasa dengan Israel.


Yang Ikhlas
Dr Mahathir Bin Mohamad


Surat Dr Mahathir Kepada Benjamin Netanyahu, perdana menteri Israel pada tahun 1997:-

PERDANA MENTERI MALAYSIA
14 Mac 1997

Tuan Yang Terutama
Tuan Benjamin Netanyahu
Perdana Menteri Israel
Jerusalem

Surat tuan bertarikh 23 Januari hanya sampai kepada saya semalam.

Saya amat menghargai susah payah tuan untuk memaklumkan kepada saya situasi di Palestin dan rantau berkenaan.

Malangnya sebahagian besar daripada perkara yang tuan nyatakan itu telahpun berubah dengan begitu pantas.

Malaysia percaya kepada keamanan dan penyelesaian masalah antara negara berjiran menerusi rundingan.

Sebagai jalan keluar terakhir, kami beralih kepada pihak ketiga. Dalam pertikaian berhubung wilayah antara Malaysia dan Singapura dan Malaysia dan Indonesia kami bersetuju menyerahkan kepada Mahkamah Dunia untuk memutuskannya.

Pertikaian antara Malaysia dan Thailand berhubung wilayah perairan diselesaikan dengan persetujuan untuk berkongsi sumber bukan marin dengan saksama.

Di dalam negara, ketidaksamaan dalam pengagihan kekayaan antara penduduk pribumi dan kalangan yang asalnya pendatang diselesaikan menerusi tindakan afirmatif di mana golongan miskin akan memperoleh perkongsian yang lebih besar daripada kek ekonomi yang semakin berkembang tetapi tidak ada tindakan merampas dan mengagihkan semula apa yang telahpun menjadi kepunyaan keturunan kalangan pendatang.

Setiap orang menikmati pembahagian yang agak adil sekarang dan setiap orang agak berpuas hati. Hubungan antara kaum yang berbeza di Malaysia adalah baik dan tidak porak-peranda.

Perkara penting yang ingin saya tekankan ialah untuk tidak mengambil apa yang telahpun menjadi kepunyaan orang lain sungguhpun daripada segi sejarah, ia mungkin kepunyaan tuan.

Akhir-akhir ini Israel telah merobohkan penempatan Arab dalam usaha mendirikan rumah bagi rakyat Israel.

Seluruh dunia, termasuk sekutu tuan, Amerika Syarikat, mengutuk tindakan ini. Namun Israel tetap meneruskan juga.

Tuan mengutuk Syria kerana membuat ancaman. Bagaimanapun ancaman mereka adalah respons kepada tindakan tuan sendiri.

Jika tuan secara paksa merampas tanah dan harta benda kepunyaan penduduk Palestin, satu-satunya respons sekiranya mereka tidak bertindak secara ganas terhadap tuan, adalah dengan mengancam untuk bertindak menentang tuan.

Jika mereka tidak boleh bertindak balas dan mereka tidak boleh menyuarakan tindak balas yang dihasratkan itu, maka mereka terpaksa tunduk kepada semua tindakan tuan tidak kira bagaimana salah sekalipun.

Apa yang tuan lakukan sekarang bertentangan dengan semangat dan surat proses perdamaian yang dipersetujui oleh pendahulu tuan.

Bagaimanakah kami boleh mempercayai Israel jika sesuatu perubahan dalam kerajaan menyangkal jaminan yang diberi dengan rasminya oleh sebuah Kerajaan Israel.

Tolong pertimbangkan semula keputusan tuan untuk membina penempatan baru Yahudi di tanah Arab.

Belia-belia Israel ada di sini. Hasrat kami ialah untuk menunjukkan kepada mereka bahawa umat Islam adalah manusia rasional biasa yang mahu hidup dalam keamanan dan kebebasan.

Kami berharap mereka akan mempunyai tanggapan baru terhadap umat Islam dan Islam. Akan berlaku penyimpangan dalam kalangan umat Islam tetapi penyimpangan turut berlaku dalam kalangan Yahudi dan Kristian serta penganut setiap agama. Tiada agama yang seharusnya dihakimi berdasarkan penyimpangan ini.

Kami berharap kalangan belia ini akan memahami umat Islam dengan lebih baik dan akan mahu berbaik-baik dengan mereka.

Untuk mengecap keamanan tuan perlu melakukan pengorbanan. Penduduk Palestin tidak lagi mendesak penyingkiran Israel.

Mereka malah bersedia untuk berkongsi Jerusalem dengan tuan. Mereka telah melakukan pengorbanan.

Kita harus ingat apabila Yahudi diperlakukan dengan kejam di Eropah, mereka seringkali menemui perlindungan dalam kalangan umat Islam di negara-negara Islam.

Kami tidak menganggap rakyat Israel sebagai seteru abadi. Namun kami tidak boleh menahan rasa simpati terhadap penduduk Palestin kerana tanah air mereka dirampas daripada mereka sekarang.

Ia mungkin menjadi kepunyaan Yahudi tiga ribu tahun yang lalu. Banyak tanah tradisional Melayu yang telah menjadi sebahagian daripada Thailand. Tetapi kami tidak menuntut Selatan Thailand untuk menjadi sebahagian daripada Malaysia.

Jika kita pergi terlalu jauh ke masa lampau, kita tidak boleh hidup bersama jiran-jiran kita.

Kami bersedia untuk mengadakan kerjasama ekonomi dan teknologi dengan Israel tetapi kami masih belum boleh berbuat demikian kerana tuan belum memenuhi komitmen yang dibuat oleh Kerajaan Israel yang sah.

Kami ingin memikirkan bahawa sebaik sahaja kami mewujudkan hubungan dengan tuan, ia akan hubungan yang menjadi tetap.


DR MAHATHIR BIN MOHAMAD

Surat Dr Mahathir Kepada Yitzhak Rabin, perdana menteri Israel tahun 1993:-

PERDANA MENTERI MALAYSIA
21 Disember 1993

Tuan Yang Terutama
Tuan Yitzhak Rabin
Perdana Menteri Israel
JERUSALEM

Saya ingin mengucapkan terima kasih atas surat tuan bertarikh 17 Oktober memaklumkan saya mengenai Perjanjian Prinsip dan Pengiktirafan Bersama antara Israel dan PLO.

Kerajaan saya menyokong perkembangan positif ini dan menganggapnya sebagai satu langkah awal ke arah merealisasikan satu penyelesaian yang komprehensif kepada masalah Timur Tengah.

Sebagai tanda sokongan Malaysia terhadap perkembangan ini, negara saya telah diwakili pada Persidangan Penderma bagi menyokong proses damai Timur Tengah yang diadakan di Washington dan seterusnya berjanji untuk memberi sumbangan kewangan yang sederhana kepada rakyat Palestin bagi membantu dalam tugas-tugas baru mereka.

Kerajaan saya juga menawarkan bantuan teknikal kepada rakyat Palestin di bawah Program Kerjasama Teknikal Malaysia.

Demi prinsip umum, Malaysia bersedia untuk membina hubungan dengan Israel pada masa yang sesuai. Sementara itu, saya ingin melihat kemajuan ketara dalam pelaksanaan perjanjian damai.

Masalah Timur Tengah terutamanya isu Palestin telah menjadi punca ketidakstabilan di rantau itu dan saya berharap perjanjian baru-baru ini antara Israel dan PLO akan menyumbang kepada keamanan yang berpanjangan di kawasan itu.

Saya berharap kepada hubungan yang biasa dengan Israel (ayat yang terakhir ini bertulis tangan)


DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD