Sabtu, 30 November 2013

MB Selangor nafi bayar tuntutan RM15j kepada Anwar Ibrahim

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini menafikan dakwaan kerajaan negeri membayar tuntutan elaun dan sebagainya berjumlah RM15 juta kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Penasihat Ekonomi negeri.

 "Perkara itu tidak betul," katanya ringkas ketika ditemui pemberita selepas persidangan Dewan Undangan Negeri.

Dalam pada itu, Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Arfaa' Eza Abdul Aziz ketika dihubungi Bernama, turut menegaskan dakwaan tersebut palsu dan Abdul Khalid tidak pernah membuat sebarang kenyataan dan ulasan mengenai tuntutan berkenaan.

"Pejabat Menteri Besar sendiri tidak pernah keluarkan kenyataan mengenai tuntutan Anwar dan saya berasa hairan bagaimana isu itu boleh timbul malah mendakwa pula ia disiarkan di laman web rasmi kerajaan negeri sedangkan itu tidak benar.

"Saya telah membuat semakan dan tiada berita sedemikian disiarkan namun tidak menolak ini permainan pihak tidak bertanggungjawab untuk mengeruhkan keadaan sedia ada," katanya.

Beberapa laman blog baru-baru ini melaporkan Anwar didakwa membuat tuntutan kira-kira RM15 juta tahun lalu membabitkan tuntutan elaun pejabat, perjalanan ke luar negara dan perbelanjaan makan serta minum.

Senator PKR kenal Siti Aishah, ragui dakwaan perhambaan

Senator PKR membayangkan keraguannya sama ada wanita warga Malaysia yang baru-baru ini diselamatkan oleh polis Britain di sebuah rumah di London benar-benar terbabit dalam perhambaan seperti yang didakwa atau sebenarnya tidak.

Bercakap kepada media British Broadcasting Corporation, bekas Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali (gambar), berkata Siti Aishah Abdul Wahab adalah seorang daripada “dua atau tiga gadis Melayu” yang terbabit dengan Maoist pada tahun 1960-an dan dua daripada mereka sudah pulang ke Malaysia untuk bekerja.

“Saya agak skeptikal mengenai perhambaan.

“Pada masa itu, kumpulan berkenaan mempunyai ideologi berpusat menyebabkan mereka mudah mengawal ahlinya, walaupun dikaitkan dengan orang lain, keadaan yang sama mungkin boleh berlaku kepada Siti Aishah,” katanya merujuk kepada zaman ketika beliau melanjutkan pelajaran di London dari 1966 hingga 1968.

Ahli politik veteran itu menggambarkan Siti Aishah, pada ketika itu berusia antara 20 hingga 21 tahun sebagai seorang yang cantik dan sangat pintar serta setia terhadap rakan dan kumpulannya.

Syed Husin berkata, ketika beliau terdengar berkenaan penangkapan Aravindan Balakrishnan dan isterinya, Chanda, yang pernah ditemuinya ketika belajar di sana, beliau berpendapat 'hamba dari Malaysia' itu berkemungkinan Siti Aishah.

Katanya, ini kerana Siti Aishah adalah antara seorang daripada dua atau tiga wanita yang kembali ke tanah air dan bekerja.

"Dua daripada mereka memutuskan hubungan dengan kumpulannya," katanya.

Kakak Siti Aishah, Kamar Mahtum berlepas ke London pada malam Selasa lalu dalam misi mencarinya.

Siti Aishah adalah antara tiga wanita yang diselamatkan polis London, termasuk Rosie Davis, 30, dan wanita Ireland, 57, pada 25 Oktober.

Media British melaporkan ketiga-tiga mereka diperhambakan oleh pemimpin Maoist.

Ustaz Kazim, Dr Asyraf Wajdi, Nazri Aziz Antara Sembilan Dilantik Ahli MT UMNO

Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah melantik sembilan ahli Majlis Tertinggi (MT) tambahan sebagai melengkapkan jumlah barisan MT sesi 2013-2016.

Pengumuman tersebut telah dibuat oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam sidang media hari ini.

“MT lantikan ini akan dapat beri input baik kepada parti dan akan bergerak bersama barisan MT yang lain dan mereka juga akan dijemput untuk turut serta dalam mesyuarat MT akan datang dan akan mengangkat sumpah,” katanya.

Berikut adalah senarai MT tambahan:

1. Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz

2. Datuk Hamzah Zainudin

3. Datuk Mohd Shakar Samsudin

4. Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

5. Datuk Irmohizam Ibrahim

6. Datuk Johari Abdul Ghani

7. Prof Tan Sri Dr Ibrahim Abu Shah

8. Dr. Asyraf Wajdi Dusuki

9. Ustaz Mohammad Kazim Elias

30 Orang Dilantik Mengisi Jawatan Kepimpinan Wanita UMNO Pust, Negeri

Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini mengumumkan pelantikan 30 orang bagi mengisi jawatan barisan kepimpinan tertinggi pergerakan itu di peringkat pusat dan negeri, dengan 15 daripadanya muka baharu.

“Kepimpinan Wanita UMNO di 191 bahagian terdiri daripada gadingan mantap, berpengalaman, profesional, ahli akademik, korporat dan juga golongan muda yang mampu menjadi tulang belakang kepada pelan transformasi politik Presiden UMNO (Datuk Seri Najib Tun Razak),” katanya.

Antara lantikan muka baharu di peringkat pusat ialah Ketua Wanita Bahagian Maran Datuk Rosni Zahari sebagai Ketua Penerangan, anggota Wanita Bahagian Pekan Nor Azita Abdul Rahman sebagai Bendahari dan Ketua Wanita Bahagian Parit Sulong Datuk Noraini Ahmad sebagai Penolong Setiausaha Wanita Barisan Nasional.

Berikut ialah senarai lantikan bagi Ketua dan Naib Ketua Wanita Perhubungan Negeri yang baharu;

1. Perlis
Ketua: Rela Ahmad (Ketua Wanita Bahagian Kangar)
Naib Ketua: Datuk Shamsiah Yasin (Ketua Wanita Bahagian Arau) (muka baharu)

2. Kedah
Ketua: Datuk Maznah Abdul Hamid (Ketua Wanita Bahagian Jerlun)
Naib Ketua: Datuk Marlia Abd Latif (Ketua Wanita Bahagian Padang Serai)

3. Pulau Pinang
Ketua: Senator Norliza Abd Rahim (Ketua Wanita Bahagian Bukit Gelugor) (muka baharu)
Naib Ketua: Sofiah Sharif (Ketua Wanita Bahagian Nibong Tebal) (muka baharu)

4. Kelantan
Ketua: Datin Rahimah Mohamad (Ketua Wanita Bahagian Machang)
Naib Ketua: Roslinah Mohamed (Ketua Wanita Bahagian Jeli)

5. Terengganu 
Ketua: Datuk Fatimah Hamat (Ketua Wanita Bahagian Hulu Terengganu)
Naib Ketua: Senator Rohani Abdullah (Ketua Wanita Bahagian Kemaman)

6. Pahang
Ketua: Senator Roslin Abdul Rahman (Ketua Wanita Bahagian Bentong) (muka baharu)
Naib Ketua: Norahan Abu Bakar (Ketua Wanita Bahagian Kuala Krau) (muka baharu)

7. Perak
Ketua: Datuk Rusnah Kassim (Ketua Wanita Bahagian Tanjung Malim)
Naib Ketua Wanita: Dr Azizah Johor (Ketua Wanita Bahagian Lumut) (muka baharu)

8. Selangor
Ketua: Datuk Nor Hayati Onn (Ketua Wanita Bahagian Klang) (muka baharu)
Naib Ketua: Halimaton Saadiah Bohan (Ketua Wanita Bahagian Subang) (muka baharu)

9. Wilayah Persekutuan
Ketua: Senator Mariany Mohd Yit (Ketua Wanita Bahagian Bukit Bintang) (muka baharu)
Naib Ketua: Nor’ashikin Ahmat Nasron (Ketua Wanita Bahagian Batu) (muka baharu)

10. Negeri Sembilan
Ketua: Datuk Norhayati Omar (Ketua Wanita Bahagian Kuala Pilah)
Naib Ketua: Siti Harpah Md Dom (Ketua Wanita Bahagian Rembau) (muka baharu)

11. Melaka
Ketua: Datuk Rabiyah Ali (Ketua Wanita Bahagian Kota Melaka)
Naib Ketua: Datuk Nor Adibah Abdullah (Ketua Wanita Bahagian Tangga Batu)

12. Johor
Ketua: Datuk Sharifah Azizah Syed Zain (Ketua Wanita Bahagian Kluang)
Naib Ketua: Senator Datuk Noriah Mahat (Ketua Wanita Bahagian Pagoh)

13. Sabah
Ketua: Datuk Armani Mahiruddin (Ketua Wanita Bahagian Libaran)
Naib Ketua: Datuk Jainab Ahmad (Ketua Wanita Bahagian Sepanggar) (muka baharu)

Khamis, 28 November 2013

Senarai Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

Pengerusi Tetap: Datuk Zubir Zabidi

Timbalan Pengerusi Tetap: Bahrul Razha Chuprat

Penolong Setiausaha: Ybhg Dato’ Hj Mohamad Saffri Ab Aziz

Penolong Bendahari: Sdr Abdul Razak Abdul Rahman

Ketua Penerangan: Sdr Jamawi Jaafar

Biro Pemuda UMNO Malaysia

1. Jawatankuasa Pengurusan : Sdr Khairul Azwan Harun

2. Penerangan : Sdr Jamawi Jaafar

3. Pendidikan Tinggi : Sdr Fathul Bari Mat Jahya

4. Pendidikan Politik & Pidato : Sdr Armizan Mohd Ali

5. BN & 1Malaysia : Sdr Mohd Najib Mohd Isa

6. Pendidikan Luar Negara : Sdr Onn Hafiz Ghazi

7. Keselamatan Awam Sdr Mu’ammar Ghadafi Jamal Haamaludin

8. Hal Ehwal Bandar & Perumahan : Sdr Nazir Hussein Akhtar Hussein

9. Hubungan NGO : Sdr Khairul Firdaus Khan Akhbar Khan

10. Pertanian & Asas Tani : Ybhg Dato‘ Ahmad Mukhriz Ahmad Fuad

11. Keseniaan & Kebudayaan : Sdr Jefri Salim

12. Perkaderan Politik : YM Tengku Zuhri Tengku Aziz

13. Pekerja Muda : Sdr Dazma Shah Daut @ Daud

14. Tugas Khas : Sdr Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi

15. Sukan : Sdr Yusmizan Md Yunus

16. Antarabangsa : Ybhg Dato’ Mohamed Hazali Abu Hassan

17. Sosial Etika : Yb Mohd Iskandar Jaafar

18. Kesatria Pemuda : Sdr Arman Azha Abu Hanifah

19. Hal Ehwal Luar Bandar : Yb Anuar Abdul Manap

20. Pelajaran : Sdr Mohd Rafiq Naizamohideen

21. Media Baru : Sdr Ibdillah Ishak

22. Ekonomi & Pembangunan Usahawan : Sdr Azlan Abdullah

23. Agama : Sdr Azmir Yuzaimi Mohd Yunos

24. Aduan Komuniti : Sdr Sheikh Ahmad Nafiq Sheikh A Rahman

25. Keahlian & daftar Pemilih : Sdr Kamarol Salleh

26. Profesional Muda : Sdr Shahril Hamdan

27. Kepenggunaan, Alam Sekitar & Kualiti Hidup : Sdr Mohd Ar Rahman Husin

Setiausaha Kerja : Sdr Mohd Lassim Burhan

Senarai Ketua dan Naib Ketua Pemuda Negeri

1. Perlis
Ketua Pemuda: Sdr Syed Atif Syed Abu bakar
Naib Ketua Pemuda: Sdr Khairul Anuar Ahmad

2. Kedah
Ketua Pemuda: Dato‘ Shaiful Hazizy Zainol Abdin
Naib Ketua Pemuda: Yb Mahadzir Abdul Hamid

3. Pulau Pinang
Ketua Pemuda: Sdr Rafizal Abd Rahman
Naib Ketua Pemuda: Sdr  Jasmin Noordin

4. Perak
Ketua Pemuda : Sdr  Hairul Anwar
Naib Ketua Pemuda : Sdr Khairul Shahril

5. Selangor
Ketua Pemuda : Sdr  Zuhri Zainal
Naib Ketua Pemuda : Sdr Rizuan Mahidin

6. Wilayah Persekutuan
Ketua Pemuda : Sdr Mohd Razlan
Naib Ketua Pemuda : Sdr Sdr Mohd Rafi

7. Negeri Sembilan
Ketua Pemuda : Yb Sdr Khairy Jamaluddin
Naib Ketua Pemuda : Sdr Azharuddin Shujauddin

8. Melaka
Ketua Pemuda : Sdr Zali Mat Yasin
Naib Ketua Pemuda : Sdr Rohaizam Bakar

9. Johor
Ketua Pemuda : Sdr Hasrin Hashim
Naib Ketua Pemuda : Datuk Khairul Anwar

10. Pahang
Ketua Pemuda : Sdr Shahruddin Ahmad
Naib Ketua Pemuda : Sdr Ahmad Nilhakim Abd Rahman

11. Terengganu
Ketua Pemuda : Sdr Mohd Johari Abu Bakar
Naib Ketua Pemuda : Sdr Dr Najmil Faiz

12. Kelantan
Ketua Pemuda : Sdr Mohammad Azam Ismail
Naib Ketua Pemuda : Sdr Eriandi Ismail

13. Sabah
Ketua Pemuda : Sdr Yamani Hafez
Naib Ketua Pemuda : Sdr Shahelmey Yahya

Selasa, 26 November 2013

Mohammed Ghaddar kembali ke pangkuan The Red Warrior

PASUKAN bola sepak Kelantan mengumumkan secara rasmi senarai pemain yang akan menyarung jersi The Red Warriors (TRW) bagi membawa cabaran pada saingan Liga Malaysia dan Piala AFC.

Antara yang mengejutkan apabila Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa mengumumkan pasukan tersebut mengikat semula bekas pemain importnya, Mohammed Ghaddar yang sebelum ini pernah membantu TRW menjulang treble pada 2012.

Selain Mohammed Ghaddar, dua tonggak import lain yang turut menandatangani kontrak dengan pasukan Pantai Timur itu adalah pemenang Kasut Emas Liga Super 2012, Francis Forkey Doe dan bekas pemain kebangsaan Mesir, Mohamed Shawky.

Forkey Doe yang mewakili Selangor pada musim ini telah menjaringkan 15 gol dalam semua pertandingan untuk skuad Gergasi Merah Kuning, manakala Shawky pula adalah tonggak pasukan kebangsaan Mesir beberapa tahun lalu dan pernah meraih pingat gangsa dalam Piala Dunia Kelab bersama Al-Ahly.

Juara Piala FA 2013 itu turut membawa masuk pemain kelahiran Australia, Brendan Gan yang memiliki kerakyataan Malaysia untuk didaftarkan atas kapasiti pemain tempatan.

Pasukan Kelantan juga menyenaraikan tiga pemain yang pernah beraksi dalam satu pasukan, Harimau Muda 2010 iaitu Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, Nazri Ahmad dan Ahmad Shakir Ali untuk memperkasakan TRW.

Melengkapkan senarai adalah bekas pemain tengah skuad kebangsaan, Amar Rohidan, Famirul Ashraf Sayuti dan Tengku Hasbullah Raja Hassan.

Menurut Annuar, pemilihan pemain untuk skuad TRW 2014 adalah paling sukar.

"Bukan mudah untuk kita memuktamadkan senarai pemain, ini adalah musim paling sukar untuk kita mencari pemain dan selepas berusaha keras, akhirnya kita berjaya membentuk satu pasukan. Namun, TRW masih mempunyai kekosongan dan akan terus mencari pemain untuk dibawa masuk sebelum tarikh tutup pendaftaran pada 17 Disember ini,” katanya dalam sidang media memperkenalkan barisan pemain pasukan Kelantan.

Berikut adalah senarai penuh pemain pasukan TRW 2014 yang diumumkan hari ini:-
1. Khairul Fahmi Che Mat
2. Shahrizan Ismail
3. Syazwan Yusoff
4. Obinna Nwaneri
5. Nik Shahrul Azim Abdul Halim
6. Zairul Fitree Ishak
7. Farisham Ismail
8. Khairul Izuan Rosli
9. Tuan Mohd. Faim Tuan Zainal Abidin
10. Badhri Radzi
11. Fakri Saarani
12. Aziz Ismail
13. Faizol Nazlin
14. Faiz Suhaimi
15. Wan Zaharulnizam Wan Zakaria
16. Tengku Hasbullah Raja Hassan
17. Ahmad Shakir Ali
18. Nazri Ahmad
19. Brendan Gan
20. Mohamed Shawky
21. Francis Forkey Doe
22. Mohammed Ghaddar
23. Amar Rohidan
24. Famirul Ashraf Sayuti
- MalaysiaGazette

Ustazah Zawiyah tegur kos kahwin Zain, Che Ta

KOMEN AMBO: Ambo dari dulu lagi tak berapa nak hormat pada artis ni. Nak jadikan contoh atas apa puak-puak artis ni? Memanglah wajib uar-uarkan perkahwinan, tetapi kalau buat publisiti secara berlebihan hingga melampau, itu bukan uar-uarkan. Tapi nak dapatkan keglamoran.

Contohnya, perkahwinan Rozita dengan tunangnya, Saidin ni adalah suatu yang agak melampau apabila mendapat penajaan sehingga berjumlah RM13 juta. Jumlah yang amat besar dan tidak patut diuar-uarkan kerana akan mengakibatkan fitnah.

Sejarah keartisan ni, kahwin gah-gah, belanja besar-besar, tapi kahwin dua tiga bulan dah bercerai berai. Tak malu ke?
  KETIKA negara heboh memperkatakan tentang "Wedding of The Year" pasangan Zain Saidin dan Rozita Che Wan yang menerima tajaan keseluruhan berjumlah RM13 juta, seorang pendakwah bebas memberikan peringatan ini.

“Di mana keberkatannya sesebuah perkahwinan itu kalau sebelum kahwin, kita sudah membuat perkara yang dilarang ALLAH termasuk dalam hal membabitkan pembaziran dan bermegah-megah ketika mengadakan majlis," ujar Ustazah Zawiyah Hassan.

Nasihat itu dilontarkan Ustazah Zawiyah menerusi Harian Metro.

“Itu belum lagi dalam perkara yang seolah-olah menjadi trend sekarang bagi pasangan sebelum berkahwin untuk kononnya bergambar pra-perkahwinan sambil berpelukan dan berpegangan tangan,” katanya lagi.

Tegasnya, perkahwinan merupakan suatu ibadat, namun jika majlis meraikannya dibuat secara besar-besaran sehingga berlaku pembaziran, bagaimana hendak mendapatkan keberkatan ALLAH.

“Kalau nak kata buat majlis besar sebab kepuasan diri, memang manusia ini selalunya tidak pernah puas, cuma kalau boleh dielak, elaklah. Kita berkahwin sebab nak dapat reda ALLAH, bukan pandangan orang sekeliling terhadap majlis yang akan dilaksanakan,” katanya.

Jelas Ustazah Zawiyah, hukum sebenar kenduri kahwin hanya sunat sebagaimana sabda Rasulullah iaitu mengadakan kenduri kahwin walaupun hanya dengan seekor kambing.

Namun apa yang membimbangkan kini katanya, majlis perkahwinan secara besar-besaran sehingga berlaku pembaziran seolah-oleh sudah menjadi trend walaupun pada masa yang sama terdapat ramai orang memerlukan.

Zawiyah yang juga bekas Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berkata, sebaik-baik perkahwinan itu sederhana belanjanya supaya mendapat rahmat dan keberkatan.

Rozita atau lebih mesra dipanggil Che Ta pada hari bahagianya akan menggayakan set barangan kemas tajaan Habib Jewel bernilai RM10 juta.

Pada majlis pernikahan yang akan berlangsung di Gazebo Pusat Konvensyen Bandar Setia, Setia Alam, itu nanti, Che Ta bakal menerima wang hantaran RM23,200, mas kahwin bernilai RM9,300 serta sebentuk cincin perkahwinan dianggarkan berharga RM93,000.

Majlis berinai Che Ta akan diadakan pada 10 Disember ini dan seterusnya, majlis resepsi pasangan pengantin berlangsung pada 13 Disember 2013 di Grand Ballroom, Pusat Konvensyen Bandar Setia, Setia Alam, jam 8.30 malam.

Isu 'kucing kurap': Rakan PR bidas Jeff Ooi

Comen: Betul ke teguran ni? Ikhlas ke buat teguran ni? Atau sekadar nak ambil syarat nak tunjuk pada rakyat yang anda tu dah 'marah' dan dah 'tegur' sahabat anda kerana menghina kakitangan awam.

Ambo tak berapa nak cayer, sebab anda sendiri pun pernah tegur dan gelar macam-macam kepada pejwata awam. Maknanya anda dengan rakan pakatan anda ni dua kali lima sahaja.

TIMBALAN Speaker Dun Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad hari ini membidas tindakan rakannya dalam PR, Jeff Ooi Chuan Aun berhubung isu 'kucing kurap'.

Menulis dalam laman mikro Twitter miliknya, Nik Nazmi berkata, "tak patut seorang ahli Parlimen seperti Jeff Ooi menggunakan istilah 'kucing kurap' terhadap pegawai kerajaan”.

Nik Nazmi turut menambah dalam 'tweet'nya itu "sakit kot", merujuk kepada perbuatan Ooi.

Dalam insiden berkenaan, ahli Parlimen Jelutong - DAP itu mengaku memberi label 'kucing kurap' kepada kepada beberapa pegawai Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) kerana mereka tidak membawa perangkaan terkini mengenai kedudukan penjaja di kawasannya.

Beliau juga tidak berpuas hati apabila pegawai kanan yang sepatutnya hadir tiada dalam sesi lawatan itu.

"You are insulting me by sending a lower officer itu 'kucing kurap' (anda menghina saya dengan menghantar pegawai pangkat rendah itu 'kucing kurap')... kita nak selesaikan masalah tetapi pegawai kanan itu serah kepada seorang yang lebih junior dan mereka tidak boleh buat keputusan," Ooi dipetik sebagai berkata.

Kelmarin, ketika lawatannya ke Pasar Jelutong dekat Georgetown, keadaan turut bertukar kecoh apabila seorang pekerja MPPP mendatangi Ooi dan menggesanya menggugurkan label 'kucing kurap' yang ditujukan kepada kakitangan bawahan MPPP.

Ooi bagaimanapun beredar daripada sidang media selepas diminta berbuat demikian dan menyerahkan majlis kepada Presiden Pertubuhan Kebajikan Insan Mulia, Aminah Abdullah.

Mohd Rofi Osman, 58, yang sudah berkhidmat lebih 30 tahun dengan MPPP berkata, beliau kesal dengan sikap Ooi yang seolah-olah tidak berasa bersalah dan memandang remeh permintaannya itu untuk menarik balik kenyataan itu.

Sementara itu, Pemuda PKR (AMK) Pulau Pinang hari ini turut tampil di Parlimen membidas kebiadapan Ooi terhadap penjawat awam berpangkat rendah dan MPPP.

Selasa, 12 November 2013

Kerajaan mesti minta maaf pada PAS kerana politikkan kalimah Allah

Pulak dah?? Nak tuding jari pada DAP, takut DAP marah dan tendangnya keluar dari Pakatan Rakyat. Last-last sekali terpaksalah tunjuk kebodohan dengan menyalahkan kepada kerajaan.

Kalau engkau nak kongsikan 'Allah' engkau dengan DAP kafir, engkau buatlah. Sebab Allah telah nyatakan bahawa selepas Nabi Muhammad SAW wafat, maka agama yang engkau sembah, agama engkaulah...dan agama yang aku sembah, agama akulah.

Seorang orang Islam yang berpegang kepada sunnah Rasul dan kitab suci al-Quran, kami tidak rela orang kafir menggunakan kalimah Allah kerana penggunaan 'Allah' bagi orang kafir membawa makna 'Allah' itu diperanakan.

Kenyataan Mahfuz Omar:

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata kerajaan perlu meminta maaf kepada umat Islam dan menarik balik kenyataan memburukkan PAS apabila mereka sendiri membenarkan kalimah Allah digunakan dalam Bible di Sabah dan Sarawak.
"Apa isunya sebelum ini apabila kerajaan menuduh PAS sedangkan kerajaan sendiri membenarkannya?
 
"Kerajaan BN perlu tarik balik semua kenyataan yang memburukkan PAS kerana kerajaan sendiri membenarkan kalimah Allah (digunakan dalam Bible)," katanya pada sidang media di lobi Parlimen petang tadi.
 
Mahfuz berkata kerajaan persekutuan berniat mempolitikkan isu kalimah Allah setelah mengheret kontroversi itu ke muka pengadilan.
 
Menurutnya, keizinan menggunakan kalimah itu dalam Bible untuk penganut Kristian di Sabah dan Sarawak selepas pilihan raya umum selesai tetapi mengheret kes penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan The Herald sehingga ke mahkamah rayuan di semenanjung adalah bukti jelas kedua-dua keputusan itu dibuat berasaskan sentimen politik.
 
"Orang Melayu kena faham dalam pilihan raya tempoh hari mereka telah ditipu oleh Umno dan macai-macai Umno," kata Mahfuz.
 
Bercakap lanjut, Mahfuz berkata keizinan tersebut juga bertentangan dengan dakwaan kerajaan yang mereka akan mempertahankan kalimah Allah yang merupakan milik eksklusif umat Islam di Malaysia.
 
"Di mana pula hak eksklusif orang Islam di Sabah dan Sarawak?" tanya Mahfuz secara sinis.
 
Sidang media itu adalah susulan kepada tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom yang mengelak untuk mengaku kerajaan membenarkan kalimah Allah digunakan di Sabah dan Sarawak sewaktu menggulung perbahasan Belanjawan 2014 di Dewan Rakyat petang tadi.
 
Beliau diasak berulang kali oleh Mahfuz, MP Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof dan MP Batu, Tian Chua yang menggesa Jamil mengaku secara terus terang yang kabinet membenarkan perkara itu.
 
Jamil sebaliknya berulang kali sekadar menyebut ketetapan itu mempunyai kaitan dengan Penyelesaian 10 Perkara yang telah dipersetujui kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Sabah dan Sarawak.


Jumaat, 8 November 2013

Kisah sedih, gadis dibunuh sahabat sendiri

Pada 23 Mac 2007, Noralina Ahmad Dasuki, 25, bekas pelajar Pusat Pengurusan dan Teknologi Lanjutan di Shah Alam telah mempelawa rakan sekolah lamanya, Juliana Md. Fuzi untuk satu sesi ‘makan-makan’ setelah agak lama mereka tidak bertemu.

Rupa-rupanya Noralina dan teman lelakinya, Muhammad Khairul, 27, bekas pekerja sebuah stesen televisyen kabel sedang ‘merancang’ sesuatu terhadap Juliana yang juga seorang penuntut di Kolej Islam Antarabangsa.

Bertempat di sebuah unit Pangsapuri Sunrise, Wisma Indah, Jalan Tun Razak, mereka telah menyamun Juliana, merogol sebelum membelit dan menjerut leher mangsa sehingga arwah meninggal dunia di tempat kejadian, kejam…memang kejam!

Hasil siasatan, polis akhirnya berjaya memberkas Noralina dan Muhammad Khairul tidak lama selepas itu. Bicara punya bicara, pada  14 Julai 2009, kedua-duanya didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman mati.

Namun, Noralina dan Muhammad Khairul tak berpuas hati dengan keputusan itu, mereka kemudiannya merayu lagi, kali ini ke Mahkamah Rayuan pula, tetapi ternyata rayuan mereka sia-sia
setelah lima tahun, Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan kesalahan dan hukuman mati terhadap mereka berdua.

Panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad berkata, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tidak melakukan sebarang kekhilafan dalam penemuan faktanya apabila mensabitkan kesalahan mereka.

Katanya, Mahkamah Rayuan tidak mempunyai peluang untuk membuat penilaian tentang tingkah laku saksi seperti yang dimiliki hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah

“Kami tidak mempunyai alasan untuk mengatakan bahawa sabitan kesalahan itu adalah tidak wajar,” kata Syed Ahmad Helmy ketika menolak rayuan Noralina Ahmad Dasuki dan Muhammad Khairul Anuar Abdullah.

Panel itu turut dianggotai Hakim Datuk Abdul Wahab Patail dan Hakim Datuk Mohtaruddin Baki
mengapa aku bercakap mengenai kes ini?

Pertama, aku tidak faham mengapa suspek sanggup bersekongkol dengan teman lelakinya menyamun dan membunuh sahabat baiknya sendiri, walhal mangsa punyalah teruja untuk bertemu dengannya setelah lama mereka tak berjumpa….lagipun berapalah sangat yang boleh dapat kalau nak samun mangsa pun, dia bukannya anak jutawan!

Kedua, hati aku tersentuh bila membaca tulisan seorang lagi sahabat arwah yang dikongsinya dalam blog http://sazwan57.blogspot.com/2009/07/alhamdulillahkes-arwah-dah-selesai.html, bacalah kalau korang nak tahu lebih lanjut.

Korang juga boleh baca nukilan yang ditulis oleh pensyarahnya di link ini… http://mamahayyanharraz.blogspot.com/2009/07/semoga-rohnya-tenang-di-sana.html
akhirnya keadilan berjaya ditegakkan untuk arwah.

Buat Nuralina dan Muhammad Khairul, benar kalian telah disabitkan kesalahan namun masih punya waktu untuk bertaubat.

Ingatlah, tiada siapa yang bebas dari melakukan kesilapan dan kekhilafan, sesat jalan, pulanglah semula ke pangkalnya.

Sesungguhnya apa yang terjadi kepada Juliana waima Nuralina dan Muhammad Khairul sekalipun, mempunyai pengajaran tersendiri buat kita semua.

Al-Fatihah untuk Allahyarham Juliana Md. Fuzi.

Bunuh: Mahkamah Kekalkan Sabitan, Hukuman Mati Pasangan Kekasih

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan di sini pada Khamis mengekalkan sabitan dan hukuman mati ke atas seorang wanita dan teman lelakinya kerana membunuh pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa, Juliana Md Fuzi, enam tahun lepas.

Panel lima hakim dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria sebulat suara menolak rayuan terakhir Noralina Ahmad Dasuki, 26 dan Muhammad Khairul Anuar Abdullah, 31, terhadap keputusan Mahkamah Tinggi.

Pada 14 Julai 2009, Noralina, bekas pelajar Pusat Pengurusan dan Teknologi Lanjutan di Shah Alam, dan Muhammad Khairul, bekas pekerja Astro, didapati bersalah dan dijatuhi hukuman mati oleh Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Pasangan itu didakwa membunuh Juliana, 20, di sebuah unit Pangsapuri Sunrise, Wisma Indah, Jalan Tun Razak di sini antara pukul 10 malam 23 Mac 2007, dan pukul 8 malam hari berikutnya.

"Kami sebulat suara mendapati bahawa terdapat bukti kukuh untuk menyokong sabitan mereka," kata Arifin yang bersidang bersama-sama Ketua Hakim Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum, Datuk Hasan Lah, Datuk Seri Mohamed Apandi Ali dan Datuk Ramly Ali.

Pada 30 April 2012, Mahkamah Rayuan menolak rayuan mereka.

Dalam kejadian itu, Juliana yang merupakan pelajar tahun tiga Diploma Pengurusan Perniagaan kolej berkenaan ditemui mati dijerut menggunakan wayar.

Noralina diwakili peguam Karpal Singh dan Sangeet Kaur Deo manakala Muhammad Khairul oleh peguam Geethan Ram Vincent.

Timbalan Pendakwa Raya Nurul Huda Noraini Mohamed Noor bertindak untuk pihak pendakwaan. - BERNAMA

Ratu cantik Malaysia pakai baju renang

Meskipun penyertaan wanita bukan Islam dalam pertandingan ratu cantik tidak mendapat halangan daripada pihak autoriti agama Islam di negara ini, namun sewajarnya ia tidak harus disertai kerana tidak membawa sebarang manfaat.
 
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan berpendirian program seumpama itu hanya mengeksploitasi wanita sekaligus menjatuhkan martabat kaum tersebut lantaran hanya menjadi objek penarik demi keuntungan pihak tertentu. 
 
"Program-program yang tidak mendatangkan manfaat seperti mengeksploitasi kecantikan wanita ini adalah merendahkan martabat wanita. Jadi saya cadangkan supaya menganjurkan aktiviti yang lebih bermanfaat untuk negara, rakyat dan masyarakat dan mendatangkan perkara yang berfaedah.
 
"Kalau mereka (wanita bukan Islam) mahu meneruskan juga, maka itu hak mereka. Terpulanglah," katanya.
 
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas penyertaan wanita bukan Islam yang mewakili negara ke pertandingan ratu cantik di peringkat antarabangsa. 
 
Ketika ditanya mengenai pendirian PAS dalam soal ini sekiranya berjaya menawan Putrajaya, beliau berkata soalan itu lebih sesuai dijawab oleh presiden parti. 
 
Pertandingan ratu cantik Miss Universe yang sedang berlangsung di Las Vegas turut disertai peserta dari Malaysia.
 
Dalam beberapa gambar di laman Yahoo Malaysia, kelihatan Carey Ng memperagakan pakaian renang dalam pusingan awal yang berlangsung 5 November lalu di Crocus City Hall. 
 
Walaupun pada dasarnya ia tidak menyalahi undang-undang, namun timbul sedikit persoalan di minda bahawa wajarkah Malaysia yang mendokong Islam sebagai agama persekutuan membenarkan rakyatnya menyertai pertandingan sedemikian, dan apakah pula pandangan negara Islam lain terhadap Malaysia.