Rabu, 30 Mac 2016

Lelaki Petronas hina Perdana Menteri dibuang kerja 24 jam


Seorang Jurutera Petronas, Jalil Ismail yang sebelum ini dengan bangga menghina dan memaki hamun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaman sosial Facebook miliknya, kini dibuang kerja dalam tempoh 24 jam. 

Lelaki tersebut bukan sahaja menghina Perdana Menteri, malah turut menggelarkan DS Najib sebagai binatang.

Akibat teruk dikecam oleh netizen, lelaki itu dipanggil polis untuk siasatan atas status menghina yang dimuatnaik olehnya. 

"Saya juga berasa insaf terhadap perbuatan saya ini kerana kesalahan ini telah menghantui keadaan saya sekeluarga. Sekali lagi Datuk Seri, saya memohon maaf dan berasa menyesal yang teramat sangat atas kesalahan saya ini terhadap Datuk Seri.

"Saya benar-benar memohon dan berharap Datuk Seri dapat memaafkan kekhilafan saya ini terhadap Datuk Seri. Saya berjanji kepada Datuk Seri bahawa saya tidak akan mempercayai dan mengambil tahu mana-mana 'posting' negatif terhadap kepimpinan Datuk Seri di media sosial pada masa-masa akan datang," katanya.

Tapi malangnya semua telah terlambat. Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, mungkin kini dia juga baru sedar siapa dirnya yang sebenar.

Jumaat, 25 Mac 2016

Pemecatan dan Populariti - Tun M

1. Saya telah dipecat daripada Petronas. Keputusan telah dibuat oleh Kabinet. Sudah pasti ini sangat penting kepada Kerajaan.

2. Sebenarnya saya telah meletak jawatan dari Petronas beberapa tahun lalu. Tetapi Petronas menolak peletakan jawatan juga elaun yang telah saya kembalikan. Mereka masih mahu membayar elaun bulanan ke akaun saya. Saya telah meletakkan jawatan kerana saya fikir saya tidak patut menjadi penasihat yang tidak menasihat dan dibayar tanpa berbuat apa-apa.

3. Sekarang ini penyokong Najib mahu saya dipecat dari Proton dan Yayasan Kepimpinan Perdana (PLF). Tetapi itu sudah pasti dianggap halangan kecil kepada Kerajaan dengan mendakwa sesiapapun di bawah undang-undang anti keganasan. Kejahatan boleh dilakukan, seperti mengancam untuk membankrupkan Proton atau mengganggu individu yang mengusahakan PLF, jadi boleh membuatkan saya dibuang. Ini semua pastinya tindakan demokratik.

4. Media bebas di Malaysia melaporkan bahawa Najib mendapat sokongan yang makin kuat dan ramai orang menyokong beliau. Lihatlah sahaja gambar-gambar orang yang menyokong Najib. Mereka akan pakai t-shirt merah dan sesetengah pemimpin UMNO menayang sepanduk "Solidariti bersama Najib".

5. Jelas sekali sokongan mereka ini secara spontan, jadi dengan spontan mereka terus membeli t-shirt merah dan mencetak kad "Solidariti bersama Najib" dengan segera untuk dirakam jurugambar.

6. Sungguh Najib sangat popular. Tetapi tidak bagi mereka yang keras kepala. Sungguhpun demonstrasi baju merah disusun oleh Jamal Yunos, disertai oleh orang-orang Felda yang dibawa bas dan diberi makanan percuma dengan sasaran untuk melawan demo Bersih menurut penyokong Najib dianjur oleh kaum Cina untuk menjatuhkan Kerajaan Melayu, tidak dapat meyakinkan rakyat tentang populariti Najib.

7. Apa yang dapat meyakinkan rakyat ialah undian nasional di mana setiap pengundi di negara ini boleh menterjemahkan sokongan terhadap Najib. Mungkin juga undian ini berguna untuk menunjukkan bahawa Dr Mahathir (iaitu saya) adalah tidak benar dalam mendedahkan skandal kewangan Najib.

8. Hanya dengan soalan mudah sudah cukup memadai: Najib (tandakan ✅), Mahathir (tandakan ❎) atau cara lain bergantung kepada siapa yang anda sokong. Rakyat Malaysia sangat terbiasa dengan undian.

9. Undian umum perlu dijalankan oleh syarikat asing yang boleh dipercayai, diselia oleh wakil dari dua pihak yang terlibat.

10. Saya memberi suatu aku janji, sekiranya Najib menang di dalam undian awam tersebut, saya akan berhenti dari membuat permintaan untuk meletak jawatan. Saya tidak akan bercakap apa-apa lagi tentang 1MDB, wang 2.6b Ringgit dan rumah-rumah besar di UK, US dan Hollywood atau filem porno "Wolf of Wall Street". Najib boleh terus
menjadi PM sepanjang hayat.

11. Tetapi jika saya dapat lebih banyak undian dari Najib, ini bermaksud rakyat menerima bahawa apa yang diangkatkan tentang salahlaku kewangan Najib adalah benar, dan beliau perlu letak jawatan.

12. Dengan cara ini kita dapat menyelesaikan soalan berkaitan populariti Najib dan apa yang rakyat fikir tentang skandal kewangan Najib sekali dan untuk semua.

13. Pilihan lain ialah dengan menanti Akta Majlis Keselamatan Negara ditandatangani oleh YDP Agong atau menanti selama sebulan jika Agong tidak tandatangan, apabila akta tersebut dikuatkuasa. Kemudian Najib bolehlah menangkap dan menahan bekas PM yang jengkel ini tanpa bicara. Saya mendapat pesanan inilah yang menanti saya jika saya tidak berhenti dan membuat gencatan, saya tidak akan berhenti bersuara.

Tun Abdullah penasihat baharu Petronas

Abdullah Ahmad Badawi
Abdullah Ahmad Badawi

Kabinet hari ini bersetuju dengan pelantikan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Penasihat Petroliam Nasional Berhad (Petronas) yang baharu, berkuat kuasa 1 April ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Abdullah menggantikan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang ditamatkan perkhidmatan sebagai Penasihat Petronas oleh kabinet pada 11 Mac lalu.

"Keputusan menamatkan pelantikan Tun Dr Mahathir Mohamad telah dibuat oleh kabinet kerana beliau tidak lagi mendukung kerajaan yang sedia ada, khususnya dalam melancarkan 'Deklarasi Rakyat' bersama pemimpin pembangkang," kata Najib dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Pada 11 Mac lalu kabinet sebulat suara menamatkan pelantikan Mahathir sebagai penasihat Petronas kerana berpendapat beliau tidak lagi mendukung kerajaan sedia ada dan beliau sewajarnya tidak lagi memegang sebarang jawatan yang ada kaitan dengan kerajaan.

Khamis, 24 Mac 2016

Krisis Perlembagaan 1992 : TMJ Perjelas Kenyataannya, Beri Peringatan kepada Media

24 Mac - Susulan kenyataan DYAM Tunku Mahkota Johor di Facebook Johor Southern Tiger yang mengenang kembalik krisis perlembagaan 1992 baru-baru ini, pelbagai reaksi yang diberikan oleh pelbagai pihak mengenai kenyataan tersebut.

Ada yang mengkritik, menyokong malah ada juga pihak yang menggunakan kenyataan untuk untuk kepentingan politik.

Menerusi satu wawancara yang dimuat naik di Facebook yang sama, TMJ tampil memperjelaskan kenyataan yang dikeluarkan olehnya itu.

Ketiga ditanya wartawaan mengenai ada wakil media telah menyindir dengan mengatakan beliau lebih berpihak ke arah Dato Seri Najib berbanding Tun Mahathir, TMJ menjawab kenyataannya itu tidak diarahkan kepada sesiapa tetapi diarahkan kepada sistem.

“Saya Tiada Dendam Peribadi Dengan Tun M, Najib” – Anwar


Bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui beliau tidak menyimpan ‘dendam peribadi’ terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad mahupun dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Saya sudah maafkan semua orang lama dahulu.

“Pertarungan saya bukan bersifat peribadi; ia adalah mengenai pembaharuan institusi Saya tidak mempunyai dendam peribadi dengan Mahathir mahupun Najib,” kata Anwar kepada Channel News Asia di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam ketika beliau muncul sebagai peguam sendiri dalam kes saman fitnah.

Thailand beri pinjaman mudah untuk pembeli rumah pertama


Kabinet Thailand hari ini meluluskan pinjaman mudah bernilai 60 bilion baht (RM6.87 bilion) kepada pembeli rumah pertama yang berpendapatan rendah bagi merangsang kelesuan ekonomi menerusi peningkatan perbelanjaan isi rumah.

"Mesyuarat kabinet hari ini meluluskan program bernilai 60 bilion baht kepada rakyat berpendapatan rendah untuk membeli rumah pertama," kata Menteri Kewangan Thailand, Apisak Tantivorawong kepada Reuters.

Trump, Clinton menang di Arizona

Donald Trump
Donald Trump

Calon Republikan, Donald Trump dan Hillary Clinton, calon Demokratik menang besar di Arizona dalam persaingan Presiden Amerika Syarikat.

Kedua-duanya menang mudah dengan pencabarnya, Ted Cruz dan John Kasich.

Bagi pihak demokratik, kemenangan di Arizona memberi kelebihan kepada Clinton bagi mengatasi Bernie Sanders.

Pengamal media perlu hormati aturan dewan - Pandikar Amin

Pandikar Amin Mulia
Pandikar Amin Mulia
 
Para pemberita yang bertugas di Parlimen diminta tidak menyerbu dan menemuramah orang kenamaan yang berada di bangunan Parlimen bagi mendapatkan ulasan mereka.
 
Sekiranya peraturan tersebut tidak dipatuhi, editor akhbar yang terlibat dengan liputan Parlimen akan dipanggil untuk memberi penjelasan.
 
Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, beliau kesal dengan tindakan pemberita-pemberita di Parlimen yang mengasak individu untuk mendapatkan ulasan.

Seleweng dana KBS: Pegawai Kementerian Pertanian, pengarah syarikat ditahan


Seorang pegawai Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan pengarah syarikat merupakan suspek terbaru ditahan berhubung siasatan kes sindiket penyelewengan dana kerajaan bernilai lebih RM100 juta.

Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Azam Baki berkata dua suspek lelaki berusia 41 dan 31 tahun itu ditahan petang tadi di ibu pejabat SPRM selepas dipanggil memberi keterangan.

Rabu, 23 Mac 2016

Gerhana Bulan Penumbra

Pada 23 Mac 2016, kita akan berpeluang untuk menyaksikan Gerhana Bulan Penumbra dari jam 7.21 malam hingga 9.55 malam. Secara amnya gerhana bulan akan berlaku ketika fasa bulan penuh dan pada masa yang sama Bulan melintasi bayang Bumi seperti yang terdapat dalam Rajah 1.
Gerhana pada 23 Mac ini merupakan gerhana bulan yang pertama pada tahun 2016 dan diameter Bulan yang dilihat adalah lebih kecil daripada diameter purata Bulan memandangkan gerhana berlaku 2.1 hari sebelum Bulan berada pada kedudukan yang paling jauh dengan Bumi atau kedudukan "Apogi" 77.5% daripada Bulan akan melintasi bayang penumbra Bumi semasa fasa maksimum.

Gerhana ini akan bermula dengan fasa penumbra ( P1 ) pada jam 5.39 petang waktu Malaysia.

Gerhana maksimum pula berlaku pada 7.47 malam dengan Bulan berada pada ketinggian 5.6 darjah dari ufuk timur.

Fenomena gerhana tersebut hanya dapat mula disaksikan di Malaysia apabila Bulan mulai terbit pada jam 7.21 malam sehingga jam 9.55 malam apabila Bulan keluar sepenuhnya dari bayang penumbra Bumi (P4).

Kenampakan Gerhana Bulan Penumbra adalah berkemungkinan kurang ketara kejelasannya jika dilihat dengan mata kasar kerana bayang-bayang penumbra Bumi adalah lebih samar (kurang gelap) jika dibandingkan dengan bayang-bayang umbra Bumi yang lebih gelap.

Peluang untuk melihat kesan gerhana penumbra akan menjadi lebih baik atau lebih jelas jika kita melihat gerhana tersebut menggunakan peralatan bantuan seperti binokular atau pun menggunakan teleskop.

Kenampakan gerhana ini adalah dianggarkan berlaku kira-kira jam 7.30 malam hingga  9.30 malam sahaja. 

Anda perlu menghadap ke arah Timur iaitu arah ketika Bulan terbit untuk menyaksikan fenomena tersebut.

Fasa-fasa Gerhana Bulan Penumbra boleh diperhatikan seperti di Rajah 2 dengan keterangan seperti di Jadual 1.     

Jadual 1 : Data Gerhana Bulan Penumbra Pada 23 Mac 2016
(Sumber daripada http://eclipse.gsfc.nasa.gov/LEplot/LEplot2001/LE2016Mar23N)

Fasa
Keterangan      
Masa
P1
Bulan mula memasuki “Penumbra”
5:39 p.m.
Maksimum
Bulan berada separa dalam “Penumbra”
7:47 p.m.
P4
Bulan keluar dari “Penumbra”
9:55 p.m.

Catatan: Umbra – Bahagian bayang yang sangat gelap
               Penumbra – Bahagian luar bayang yang relatifnya lebih cerah



Rajah 1: Geometri Gerhana Bulan




Rajah 2: Fasa Gerhana Bulan Penumbra 23 Mac 2016

Sempena Gerhana Bulan Penumbra ini, Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) akan menganjurkan Program Pencerapan Gerhana Bulan Penumbra pada 23 Mac 2016 jam 7.30 malam hingga 9.30 malam bertempat di Planetarium Negara.  

Orang awam adalah dijemput hadir untuk menyaksikan fenomena ini menerusi beberapa buah teleskop yang disediakan.

Pencerapan Planet Musytari, taklimat Gerhana Bulan dan trivia astronomi juga akan dibuka kepada awam. Orang awam juga dialu-alukan untuk membawa teleskop sendiri.

Hadiah menarik seperti TravelMate 10x50 Porro Binoculars sumbangan daripada Starfield Instruments Supply akan diberikan kepada pengunjung yang istimewa.

Saksikanlah siaran langsung Gerhana Bulan Penumbra mulai 7:21 p.m. hingga 9:55 p.m. pada 23 Mac 2016 di laman web http://www.angkasa.gov.my.

Sekiranya anda terlepas menyaksikan fenomena ini, anda perlu menunggu sehingga 17 September 2016 untuk menyaksikan Gerhana Bulan Penumbra sekali lagi di Malaysia.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Starfield Instruments Supply.

Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan berhubung program ini , sila hubungi Planetarium Negara di talian 03-2273 4301 / 4303 / 5484 atau email kepada lau@angkasa.gov.my / husna@angkasa.gov.my.