Sabtu, 30 April 2016

Keychain Ada Alat Pengesan, Dijual Sindiket Perompak?

BARU-BARU ini tersebar amaran meminta orang ramai supaya berhati-hati apabila dihampiri penjual  rantai kunci di tempat awam seperti stesen minyak dan bank, kerana ia didakwa memiliki alat pengesan yang boleh membuatkan pemiliknya menjadi mangsa jenayah.

Amaran tersebut dimuat naik dalam satu status Facebook pada Selasa lalu dan menjadi viral hingga mendapat perkongsian lebih 10,000 kali selain dipanjangkan menerusi status WhatsApp.

Kisah rantai kunci dijual di Malaysia mempunyai alat pengesan untuk tujuan jenayah rompak kereta dan rumah ini, turut disiarkan di portal Singapura kerana sindiket berkenaan dikatakan telah mula memasuki negara jiran itu, antaranya di Woodlands, Toa Payoh dan sekitar Ang Mo Kio.

Isnin, 25 April 2016

Dilema Ahmad Razif - Istana

PETALING JAYA: Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman kini berhadapan situasi sukar untuk melaksanakan tugas selaku Menteri Besar Terengganu susulan tindakannya yang dikatakan telah menyebabkan pihak istana negeri itu murka.

Situasi itu tercetus Jumaat lalu ketika Ahmad Razif mengiringi Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menunaikan solat Jumaat.

Ia dikatakan melibatkan isu pengumuman jumlah sumbangan menerusi program yayasan yang berkait rapat dengan pihak istana negeri.

Susulan itu, pihak istana dikhabarkan menarik balik semua gelaran kebesaran yang dikurniakan kepada Ahli Dewan Undangan (Adun) Seberang Takir itu.

Sumber memberitahu mStar Online, insiden pada Jumaat lalu yang disebarkan menerusi media sosial sememangnya berlaku dan kini menunggu pengesahan pihak Istana Terengganu.

"Dalam keadaan sekarang, susah untuk Ahmad Razif jalankan tugas selaku MB kerana tiap minggu dia perlu menghadap Sultan Mizan untuk memaklumkan perkembangan mesyuarat Exco terutama keputusan yang dibuat dan membincangkan hal pentadbiran negeri.

"Kalau Ahmad Razif kekal sebagai MB, rasanya payah. Mungkin tak lama lagi akan ada perubahan kepimpinan negeri, cuma tak pasti melalui kaedah mana, sama ada pilihan raya atau kerajaan perpaduan," katanya ketika dihubungi di Terengganu.

Desas-desus yang tersebar bagaikan diiyakan apabila pengacara pada beberapa program yang dihadiri Ahmad Razif hanya mengumumkan kehadirannya dengan menyebut jawatan beliau tanpa gelaran Datuk Seri.

Kata sumber itu, perjumpaan dengan semua Adun Barisan Nasional (BN) akan berlangsung Ahad malam bagi memberi penjelasan berhubung situasi terkini melibatkan Ahmad Razif dan pihak istana.

Tambahnya lagi, situasi terkini tentunya memberi ruang untuk bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said untuk terus mengatur langkah bagi memastikan Ahmad Razif tidak akan kekal mengisi jawatan itu.

Bagaimanapun, katanya, semuanya mungkin akan ditangani Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak bulan depan.

Mengikut rekod, Umno mempunyai 17 Adun di Terengganu manakala PAS (14) dan PKR (1).

Pada 8 Mac lalu, Ahmad Said yang juga Adun Kijal membuat usul tidak percaya kepada Ahmad Razif pada sidang Dewan Undangan Negeri, namun ditolak Speaker, Datuk Mohd Zubir Embong.

Ahad, 24 April 2016

Ahmad Razif enggan ulas penarikan balik darjah kebesaran

Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin (tengah) berkata sesuata kepada Menteri di Jabatan Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom (kanan) sewaktu menghadir majlis perasmian Persidangan Wakaf Senusantara hari ini. Turut hadir Ahmad Razif Abdul Rahman (kiri). -- fotoBERNAMA
Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin (tengah) berkata sesuata kepada Menteri di Jabatan Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom (kanan) sewaktu menghadir majlis perasmian Persidangan Wakaf Senusantara hari ini. Turut hadir Ahmad Razif Abdul Rahman (kiri). -- fotoBERNAMA

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman hari ini enggan mengulas spekulasi berhubung penarikan balik darjah kebesaran termasuk 'Datuk Seri' oleh pihak istana.

Desas desus perkara itu menjadi viral di laman sosial sejak semalam.

Malah tiga majlis yang dihadiri Ahmad Razif semalam dan hari ini pula hanya menyebut beliau sebagai Menteri Besar tanpa menyebut nama atau gelarannya.

BN Terengganu diambang krisis

Krisis antara Ahmad Said dengan Ahmad Razif bukan lagi rahsia
Krisis antara Ahmad Said dengan Ahmad Razif bukan lagi rahsia

Apakah krisis kepimpinan yang berlaku dalam kerajaan Barisan Nasional (BN) di Terengganu ketika ini akan terheret sehingga bakal membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN)?

Apakah tindakan istana menarik balik semua darjah kebesaran yang dianugerahkan kepada Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman menguatkan lagi khabar angin akan berlaku Pilihan Raya Negeri (PRN) dalam tempoh terdekat ini?

Dua persoalan itu hampir menjadi kenyataan berdasarkan kemelut yang berlaku di Terengganu sejak Datuk Seri Ahmad Said diminta meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar pada 12 Mei 2014.

Ahad, 17 April 2016

Penemuan bom: Polis buru Ah Chong

Polis memburu Ng Woon Chieh @ Ah Chong, 37, kerana disyaki memiliki lima bom buatan sendiri yang ditemui di sebuah kondominium di Damansara Perdana pagi Ahad.
Malah dipercayai suspek juga sudah meletupkan bom di sebuah rumah di Jalan Wan Empok, Sri Petaling, awal pagi tadi.

chong2.jpg.transformed edited

Bom buatan sendiri: Polis sahkan jumpa tujuh bahan letupan, suspek diburu

Bom buatan sendiri: Polis sahkan jumpa tujuh bahan letupan, suspek diburu
Bahan letupan yang ditemui dalam sebuah unit kondominium di Damansara Perdana awal pagi tadi. - Foto sumber PDRM
 
PETALING JAYA: Polis hari ini mengesahkan penemuan tujuh bahan letupan di dalam kotak di sebuah unit kondominium Metropolitan Square di Damansara Perdana di sini, dan bukan lima seperti yang dilaporkan pada awal pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, Pasukan Khas Bukit Aman telah menyerbu unit di tingkat 17 kondominium itu pada jam 4.30 pagi namun beberapa suspek sempat meloloskan diri.

Dua rakyat Malaysia hilang di Flores ditemukan lemas

Dua rakyat Malaysia hilang di Flores ditemukan lemas 
 
JAKARTA: Dua rakyat Malaysia yang dilaporkan hilang di sebuah kawasan perkelahan air terjun Cunca Wulang, daerah Mibeliling di wilayah Flores ditemukan dan disahkan mati lemas.

Duta Besar Malaysia di Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim ketika dihubungi Bernama berkata, mayat Mohamad Azfar Tahir, 23, dari Kuala Lumpur dan Mohammad Ezzaq Azumi, 23, berasal dari Kelantan masing-masing ditemukan di dalam kolam air terjun itu pada pukul 11 pagi dan 1 petang tadi.

Selasa, 12 April 2016

Siapa Dr. Zakir Naik - ramai tak tahu?

SIAPA tidak kenal Dr. Zakir Naik? Seorang ulama India, penulis dan da’i ahli perbandingan agama yang kerap menyampaikan dakwah lawan debat dan ceramah di seluruh dunia.

Sebenarnya nama lengkap beliau adalah Zakir Abdul Karim, lahir pada 18 Oktober 1965 di Mumbai (Bombay pada waktu itu). Secara profesional beliau adalah seorang doktor medikal, memperoleh gelar Bachelor of Medicine and Surgery (MBBS) dari Maharashtra, tapi sejak 1991 ia telah menjadi seorang ulama yang berkecimpung dalam dakwah Islam dan perbandingan agama.

Ia menyatakan bahawa tujuannya ialah membangkitkan kembali dasar-dasar penting Islam yang kebanyakan remaja Muslim tidak menyedarinya atau sedikit memahaminya dalam konteks modernitas.

Zakir Naik adalah Presiden Islamic Research Foundation (IRF) sebuah organisasi nirlaba yang memiliki dan menyiarkan jaringan saluran TV gratis, Peace TV dari Mumbai, India.

Jika kita melihat tayangan video di Youtube, debat dan ceramah Dr. Naik seringkali dihadiri oleh ribuan jamaah, tidak hanya hanya orang Islam saja juga oleh kristen, hindu, budha, bahkan ateisme yang kerap kali menjadi jamaah dan mengambil kesempatan pada sesi tanya-jawab.

Ketika diberi pertanyaan yang tak jarang menentang Islam, ia selalu mengawali jawabannya dengan memuji pertanyaan yang dilontarkan penanya, lalu menjawab dengan sistematik, Dr. Zakir Naik menjawab pertanyaan tersebut dari mendasar kemudian dengan pengandaian-pengandaian yang dengan mudah ditangkap akal sehat, serta tak lupa ia sertai dengan dalil-dalil yang lebih meyakinkan para penanya.

Dr. Zakir Naik dengan kemampuan yang dimilikinya berupa hafalan yang teramat kuat tidak hanya mampu menghafalkan Al-Qur’an dan Shahih Bukhari Muslim, akan tetapi beliau juga telah menguasai kitab Weda, Tripitaka, Bhagavad gita, bahkan telah menggerakkan hati ribuan penganut Hindu di India dan menjadi mu’allaf. 

Beliau tanpa ragu-ragu juga mengoreksi pastur dan pendeta jika mereka salah dalam mengutip ayat-ayat dalam bibble atau injil. Bahkan Zakir Naik sempat membuat kemarahan komunitas Syiah dalam Konferensi Damai di Mumbai pada tahun 2007, ketika ia menyebutkan kata-kata “Radhiyallah taa’la anhu” (Semoga Allah meridhoinya) untuk Yazid. 

Dan sekarang mulai terlihat orang-orang yang tidak bertanggung jawab mulai menebar fitnah. Setelah Orang-orang Syiah, musuh-musuhnya yang lainnya pun mulai menghembuskan isu Wahabi kepada Dr. Zakir Naik.

Dr. Zakir Naik sendiri memiliki tokoh yang menjadi inspirasinya yakni Ahmed Deedat. Namun, Dr. Zakir Naik tidak memiliki banyak agenda Debat Terbuka layaknya Ahmed Deedat karena hampir semua tantangan debat yang dilayangkan oleh Dr. Zakir Naik tidak mendapat respon dari gereja-gereja, bahkan sampai sekarang belum ada berita apakah ada Pendeta yang berani berhadapan langsung dengan beliau. 

Oleh karena itu, Dr. Zakir Naik dijuluki “Ahmed Deedat Plus” yang telah membuat pastur dan pendeta merasa ngeri berhadapan dengan beliau yang argumentasinya belum pernah terpatahkan.

Khamis, 7 April 2016

‘Saya silap…sebenarnya ialah RM50 bilion’

mahathir,1mdb
Portal FMT melaporkan, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohmad mengakui beliau tersilap menyatakan jumlah hutang yang ditanggung 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Laporan menyatakan ia bukan sekadar RM42 bilion, sebenarnya ialah RM50 bilion…lebih banyak daripada (jumlah) itu, jadi saya silap mengenainya, kerana saya nyatakan jumlah lebih kecil.

"Saya rasa RM50 bilion pun tidak betul, ia mungkin lebih banyak lagi," katanya ketika menghadiri Forum bertajuk ‘Deklarasi Rakyat: Realiti atau fantasi?’ yang berlangsung di rumah kelab Persatuan Alumni Universiti Malaysia, petang tadi.

Dr Mahathir berkata demikian sebagai maklum balas terhadap kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa tuduhannya mengenai pinjaman sebanyak RM42 bilion yang “hilang” adalah salah.

PAC menerusi laporan yang dikeluarkan hari ini mengesahkan, 1MDB tidak “menghilangkan” pinjaman sebanyak RM41.868 bilion yang diperolehinya.

"Tunjukkan kepada saya mana RM42 bilion itu. Ia ada di sana dan sini, tetapi kami tak nampak pun," cabarnya.

Dr Mahathir juga berpendapat, 1MDB perlu dibubarkan, kerana ia tidak mendatangkan sebarang manfaat.

Pada masa sama, beliau menyuarakan rasa simpati terhadap Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, susulan gesaan PAC supaya bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB itu disiasat berhubung hutang sebanyak RM50 bilion yang ditanggung syarikat pelaburan strategik kerajaan itu.

Ini kerana, jelasnya, Najib yang juga Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB yang menubuhkan syarikat itu, bukannya Shahrol Azral.

"Sebarang perkara yang berlaku ke atas 1MDB beliau akan tahu, kerana walaupun beliau ialah penasihat, sebenarnya tiada perkara yang boleh dilakukan tanpa persetujuannya (Najib).
"Jadi, kenapa hukum lelaki ini (Shahrol Azral)?" soalnya.

Ditanya jika Najib perlu bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku ke atas 1MDB hari ini, beliau berkata: "Mestilah, dia yang buat."

Laporan Kawalan Pengurusan Tadbir Urus 1MDB yang dikeluarkan PAC hari ini mendapati, struktur pembiayaan modal dan prestasi kewangan syarikat pelaburan strategik itu ‘kurang memuaskan’ yang menjurus kepada kelemahan tadbir urus.

Hasil siasatan PAC turut mendapati, 1MDB bergantung kepada hutang dalam bentuk pinjaman bank, bon dan sukuk sebagai modal syarikat, dengan sebahagian hutang tersebut mendapat jaminan kerajaan atau surat sokongan kerajaan.

Laporan itu turut mengesyorkan Lembaga Penasihat 1MDB dimansuhkan bersama Artikel 117 dalam memorandum dan artikel syarikat itu.

Hasil siasatan PAC sejak 19 Mei tahun lepas mendapati, jumlah hutang 1MDB bermula pada tahap RM5 bilion pada 2009 dan meningkat kepada RM42 bilion pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014.

Pada Januari 2016, jumlah hutang itu mencecah RM50 bilion berbanding aset RM53 bilion, dengan 1MDB membelanjakan RM3.3 bilion sebagai pembayaran faedah untuk hutang antara 1 April 2014 dan 31 Mac 2015 (anggaran yang belum diaudit).

Tak payah cakap politik... polis hanya penguatkuasa undang-undang, kata KPN


Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mempertahankan tindakan pihaknya menahan Ahli Parlimen PKR Pandan, Rafizi Ramli di pekarangan Parlimen petang semalam, kerana ianya mengikut undang-undang.

Katanya, terpulang kepada pemimpin politik untuk bercakap apa sahaja sesuka hati mereka mengenai tindakan itu.

"Tak payah saya ulas cakap-cakap politik. Saya dan anggota hanya jalankan tanggungjawab sebagai penguatkuasa undang-undang negara," katanya dipetik dari portal BNBBC.my.

Beliau diminta mengulas kritikan Ahli-ahli Parlimen pembangkang yang mempersoalkan tindakan polis menahan Rafizi di pekarangan Parlimen, sedangkan laluan itu sepatutnya bebas kepada ahli-ahli wakil rakyat.

Mereka turut mendesak Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia membuat ruling berhubung tindakan itu dengan alasan tangkapan berlaku di kawasan Parlimen dan bertentangan dengan usul Peraturan Mesyuarat 1(e).

Peraturan Mesyuarat 1(e) adalah usul memerintah Ketua Polis Negara memberi kemudahan lalu lalang kepada ahli-ahli Dewan.

Khalid berkata, terpulang kepada pemimpin politik bercakap apa mereka suka mengenai isu tersebut.

"Apa yang penting tindakan kami adalah mengikut undang-undang yang mereka luluskan (di Dewan Rakyat)," katanya.

Rafizi yang juga Naib Presiden PKR ditahan sepasukan anggota polis di pekarangan Parlimen jam 6.38 petang sebaik beliau keluar.

Penahanan beliau dibuat mengikut Seksyen 8, Akta Rahsia Rasmi (1972) berkaitan kenyataannnya terhadap Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said mempertahankan tindakan polis menahan Rafizi.

Menurutnya, penahanan Rafizi adalah selaras peruntukan Seksyen 15 Kanun Tatacara Jenayah bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972.

Beliau turut berpendapat Seksyen 7 Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 tidak memberi imuniti kepada Ahli Parlimen melakukan kesalahan jenayah.

"Bagaimanapun, saya yakin PDRM mempunyai justifikasi sendiri kenapa penahanan dibuat di lokasi sedemikian," katanya.

Selasa, 5 April 2016

Detik sedih - Adam tolak motor hingga garis penamat


PELUMBA Moto3 negara, Adam Norrodin menyentuh emosi penonton di Grand Prix Argentina apabila bangun dan mengambil keputusan menolak jenteranya selepas terjatuh pada 20 meter terakhir perlumbaan.

Dalam perlumbaan yang berlangsung di Litar Termas De Rio Hondo malam tadi, pelumba Drive M7 SIC Racing Team itu terjatuh ketika mengambil selekoh terakhir sejurus berjaya memotong pelumba Sepanyol, Jorge Navarro dalam persaingan tempat kedua.

Adam kemudiannya dilihat mengambil keputusan menolak motosikal sambil berlari terhenjut-henjut hingga ke garisan penamat. Di penghujung garisan, dia kelihatan tunduk ke bawah menahan kesakitan sambil terus menolak motosikalnya.

Setelah tiba di garisan penamat dengan kedudukan di tangga ke-11, Adam mendapat tepukan gemuruh penonton dan petugas pit lane.

Sementara itu, seorang lagi pelumba Moto3 negara, Khairul Idham Pawi mencipta sejarah dalam Kejohanan Dunia MotoGP selepas menjadi rakyat Malaysia pertama memenangi perlumbaan di kejohanan itu.

Pelumba dari Honda Team Asia itu menamatkan perlumbaan dengan 41 minit, meninggalkan Navarro dari pasukan Estrella Galicia 0,0 dengan 35.452 saat (kedua) dan pelumba Afrika Selatan, Brad Binder yang berada di tempat ketiga manakala Andrea Locatelli dari Itali berada di tempat keempat.

Berikut adalah keputusan perlumbaan Moto3, Grand Prix Argentina:

1. Khairul Idham Pawi MAL Honda Team Asia (Honda) 41m 35.452s
2. Jorge Navarro SPA Estrella Galicia 0,0 (Honda) 42m 1.622s
3. Brad Binder RSA Red Bull KTM Ajo (KTM) 42m 5.512s
4. Andrea Locatelli ITA Leopard Racing (KTM) 42m 5.791s
5. Joan Mir SPA Leopard Racing (KTM) 42m 5.958s
6. Hiroki Ono JPN Honda Team Asia (Honda) 42m 6.188s
7. John Mcphee GBR Peugeot MC Saxoprint (Peugeot) 42m 7.945s
8. Jorge Martin SPA ASPAR Mahindra Team Moto3 (Mahindra) 42m 16.048s
9. Jakub Kornfeil CZE Drive M7 SIC Racing Team (Honda) 42m 21.119s
10.Niccolò Antonelli ITA Ongetta-Rivacold (Honda) 42m 21.345s
11. Adam Norrodin MAL Drive M7 SIC Racing Team (Honda) 42m 21.625s
12. Juanfran Guevara SPA RBA Racing Team (KTM) 42m 26.886s
13. Fabio Quartararo FRA Leopard Racing (KTM) 42m 33.345s
14. Maria Herrera SPA MH6 Laglisse (KTM) 42m 41.435s
15. Philipp Oettl GER Schedl GP Racing (KTM) 42m 43.878s
16. Livio Loi BEL RW Racing GP BV (Honda) 42m 45.617s
17. Enea Bastianini ITA Gresini Racing Moto3 (Honda) 42m 47.116s
18. Nicolo Bulega ITA SKY Racing Team VR46 (KTM) 42m 47.243s
19. Gabriel Rodrigo ARG RBA Racing Team (KTM) 42m 47.603s
20. Romano Fenati ITA SKY Racing Team VR46 (KTM) 42m 47.722s
21. Alexis Masbou FRA Peugeot MC Saxoprint (Peugeot) 42m 47.834s
22. Bo Bendsneyder NED Red Bull KTM Ajo (KTM) 42m 47.974s
23. Francesco Bagnaia ITA ASPAR Mahindra Team Moto3 (Mahindra) 42m 54.336s
24. Karel Hanika CZE Platinum Bay Real Estate (Mahindra) 43m 0.567s
25. Fabio Di Giannantonio ITA Gresini Racing Moto3 (Honda) 43m 7.427s
26. Jules Danilo FRA Ongetta-Rivacold (Honda) 43m 13.852s
27. Tatsuki Suzuki JPN CIP-Unicom Starker (Mahindra) 43m 14.236s
28. Stefano Valtulini ITA 3570 Team Italia (Mahindra) 43m 14.503s
29. Andrea Migno ITA SKY Racing Team VR46 (KTM) 43m 19.487s
30. Darryn Binder RSA Platinum Bay Real Estate (Mahindra) +1 lap
31. Lorenzo Petrarca ITA 3570 Team Italia (Mahindra) +1 lap
32. Fabio Spiranelli ITA CIP-Unicom Starker (Mahindra) +1 lap
Aron Canet SPA Estrella Galicia 0,0 (Honda) DNF
Sumber: www.stadiumastro.com

Netizen puji sikap Khairul Idham elak disimbah arak




KEMENANGAN pelumba muda Malaysia, Khairul Idham Pawi dalam perlumbaan MotoGP bukan sahaja mengharumkan nama negara malah turut dianggap membawa imej pemuda Islam.

Khairul dari pasukan Honda Team Asia mendapat tempat pertama dalam kategori Moto3 pada Grand Prix Motosikal Argentina awal pagi tadi dengan catatan masa 41 minit 35.452 saat di Litar Termas de Rio Hondo.

Dalam pada itu, aksi pemuda kelahiran Kampung Gajah, Perak ini yang bertindak meninggalkan podium apabila pemenang tempat kedua dan ketiga menyembur arak ke arahnya, meraih pujian netizen.

Khairul_Idham_Pawi2_0404

Klip video gelagat ‘mengelaknya’ itu yang diambil daripada satu siaran televisyen kini giat dikongsikan di laman sosial.

Tindakannya itu menerima pujian netizen yang rata-ratanya bangga dengan sikap pelumba berusia 17 tahun tersebut yang dianggap telah menunjukkan sifat praktikal seorang muslim.

"Ini baru tidak lupa diri. Dia ingat lagi yang dia itu seorang Islam. Haram tetap haram," kata Kamaraj Ariakrishnan.

"Tahniah dan syabas. Bagus budak ini, bijak membawa imej diri sebagai umat Islam. Alhamdulillah,” komen Jiea Zieah.

"Alhamdulillah. Bawa adab Islam di mata dunia," ujar Hanafi Napie.

Dalam perlumbaan awal pagi tadi, pelumba dari Sepanyol Jorge Navarro yang mewakili pasukan Estrella Galicia Honda dan pelumba Afrika Selatan, Brad Binder dari Red Bull KTM Ajo masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.

Seorang lagi pelumba Malaysia, Adam Norrodin dari pasukan Drive M7 SIC Racing Team menduduki tangga ke-11 selepas terbabit dalam kemalangan di selekoh akhir pusingan.

Khairul Idham Pawi – Perjalanan 5 tahun baru bermula




Khairul Idham Pawi mencipta kemenangan sensasi di Grand Prix Argentina semalam. Yakni satu kemenangan yang menjadi bualan seluruh negara.

Dalam tempoh semalaman, namanya membanjiri rangkaian media sama ada tradisional mahupun media sosial.

Remaja berusia 17 tahun itu yang belum begitu dikenali ramai menjadi pelumba Malaysia pertama yang memenangi perlumbaan di kejuaraan peringkat dunia itu.

Namun tidak ramai yang menyedari, kejayaan yang dicapai memerlukan perjalanan yang panjang dan bagi Khairul, ia bermula sejak lima tahun lepas.

Pelumba kelahiran Perak itu membuat penampilan sulung di Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS dalam kategori Cabaran Honda Wave Junior – perlumbaan satu pengeluar yang dibiayai oleh Honda sebagai landasan mencari bakat-bakat baharu.

Pada tahun 2012 ketika berusia 13 tahun, Khairul Idham telah menunjukkan bakatnya apabila berjaya mendominasi saingan dan bergelar juara keseluruhan.

Tahun berikutnya, Khairul Idham beralih ke kelas terbuka iaitu kategori Wira – perlumbaan khusus buat remaja berusia 13 hingga 17 tahun.

Pada tahun serupa juga Honda meletakkan remaja itu beraksi di dalam saingan Asia Dream Cup, perlumbaan satu pengeluar Honda yang dijalankan serentak bersama Kejuaraan Motosikal Asia FIM.

Dalam tempoh dua tahun, pada tahun 2014 Khairul memahatkan namanya sebagai juara yang ketiga dalam kategori perlumbaan yang melibatkan remaja seluruh Asia itu, dan turut mendominasi saingan Wira apabila muncul sebagai juara keseluruhan pada tahun yang sama.

Tahun 2015, Khairul melangkah lebih jauh apabila dipilih untuk membawa cabaran Honda Team Asia di Kejuaraan Moto3 Remaja Dunia di Sepanyol selain turut menghabiskan tahun tersebut di dalam Kejuaraan Cub Prix dalam kategori CP115.

Pada tahun 2016, pelumba muda itu membuat penampilan pertamanya dalam saingan Moto3 Kejuaraan Grand Prix Dunia.

Kemenangan itu meletakkan Khairul sebagai pelumba pertama yang memenangi perlumbaan dunia dan juga pelumba pertama menghadiahkan podium buat pasukan Honda Team Asia. Malah dalam sekelip mata, nama Khairul menjadi satu fenomena.

"Mewakili semua yang terlibat di dalam Kejuaraan Cub Prix Malaysia, kami mengucapkan tahniah di atas kejayaan Khairul Idham. Kami berkongsi kegembiraan di atas kejayaannya dan pada masa sama berharap dia terus mempunyai masa depan yang cerah dan lebih banyak kejayaan dicapai," jelas Ron Hogg, Pengarah Safe Aim Mutual Sdn Bhd, promoter bagi Kejuaraan Cub Prix Malaysia.

Kejuaraan Cub Prix Malaysia telah berlangsung selama 23 tahun dan sedikit demi sedikit mengubah perjalanan industri sukan permotoran negara – khususnya untuk melihat bakat-bakat muda seperti Khairul Idham sentiasa datang, berkembang dan bersinar.

Ia merupakan satu proses yang panjang – bermula dari mewujudkan kelas Wira yang tidak begitu meyakinkan bagi sesetengah pihak untuk meyakinkan pihak pengeluar sama-sama mewujudkan landasan perlumbaan satu pengeluar bagi mengesan lebih ramai bakat perlumbaan, untuk bekerjasama dengan PETRONAS dan rakan penaja lain seperti Honda dalam usaha mewujudkan landasan yang memberi manfaat kepada banyak pihak, bukan hanya pihak tertentu.

Sekarang kita sudah melihat usaha selama dua dekad ini semakin membuahkan hasil. Selepas Khairul, di belakangnya terdapat ramai pelumba lain yang berpotensi, bukan sekadar bagus, malah bakat ini berada dalam pelbagai peringkat.

"Khairul adalah contoh di mana tidak ada jalan pintas untuk berjaya. Proses membangunkan seseorang atlet memerlukan masa dan keputusan tidak boleh dicapai dalam sekelip mata. Kejuaraan Cub Prix adalah percuma kepada setiap penonton.

"Ketika kami menganjurkan acara untuk membangunkan pelumba, menjual tiket kepada penonton bukan merupakan sebahagian dari perancangan. Ini dilakukan kerana minat dan percaya terhadap bakat yang ada di Malaysia dan Asia.

"Oleh itu, sudah tentu kita perlu meletakkan kebajikan pelumba dan pasukan sebagai keutamaan terlebih dahulu sebelum perkara lain. Meskipun langkah ini dilihat tidak popular, namun ia hanya untuk seketika. -MYNEWSHUB.CC