Demikian petikan dari facebook ustaz Kazim.
"Saya sebut secara umum tentang masalah DNA Babi dlm satu ceramah di
sebuah syarikat penerbitan. Tiada temubual diadakan tetapi petikan
ucapan sy dijadikan sebuah tajuk bg sebuah berita maka jd hebohlah.. Ada
pulak seorg Dr menjawab kata2 sy dgn hujahnya yg detail, elok dan bagus
hujahannya.. maklumlah berhujah sorang2 dlm fbnya..
Sy tidak menolak atau menyanggah pdpat Dr Yusuf, siapalah saya utk
itu ttp kata2 sanggahan itu ditulis oleh si wartawan bukan sy kata sy
sanggah.. Itu pendapat Dr Yusuf, hak dia, dia ada ilmu. Cuma sy kata knp
kita hanya melihat kpd pndapatnya sahaja n tidak melihat kpd pendapat
ulama lain..
Bukankah ilmu fiqh ini luas dan knp kita tidak merujuk kpd Fatwa
sedia ada dr kalangan ilmuan di negara kita? Sy sebutkan kesepakatan
mazhab dlm pemakanan daging babi sy tak sebut dlm pggunaan organ atau
bahagian lain babi yg menjadi khilafiah.. Yg Dr. sorang ni pulak main
nak taram saya pasal pulak? Balik pd konteks yg dibncangkanlah iaitu dna
babi bukan bahagian2 lain..Lain kali tanyalah dy dulu sblum nak ulas
pjg lebar dlm fbnya..
Cubalah kembali semula kpd disiplin ilmu, hormat menghormati bukan
mai tibai aje, siasat dulu antara tajuk akhbar online dgn isi ceramah yg
begitu pendek. Jgn anggap kita aje bijak org lain kurang bijaknya, kita
ada majlis fatwa maka adalah lebih afdhal utk merujuk ke majlis fatwa
spy selesa n selesaikan masalah.
Sy mengajar di masjid dan surau menggunakan kitab2 tulisan Dr Yusuf n
sy kagum dgn keilmuannya yg bagus tp dlm isu dna babi sy berpendapat
adalah lebih molek kita merujuk kpd yg berhak didalam negara kita krn
sesuai dgn uruf masyarakat setempat.. Dia berhak dgn pendapat ilmunya
dan kita jugak berhak memilih fiqh selagi mana bertepatan dgn nas syarak
..
Tlg lah hormati pendapat ulama2 yg lain jgk berlapang dada n kalau
boleh kalau nak menulis di fb ke tweeter ke apa ke adalah lebih molek
berbincng dan dapati duduk perkara yg sebenarnya bukan main tulis
sahaja.Sy hormati pendapat Dr Yusuf dan sy jgk menghormati pendapat
ulama2 lain, maka sy jgk berhak utk memakai atau bersetuju utk pndapat2
tersebut.
Ilmu Allah sgt luas dan jgnlah kita paksa org lain menerima pendapat
kita.. Kalau dah rasa dna babi tu halal terpulang la, bg sy buat masa
sekarang zaman belum darurat tiada sebab utk sy memakan apa2 perkara yg
berunsur babi atau dna babi..Bab khilaf mazhab ttg perkara lain ttg babi
mmg saya akui sy maksudkan dlm ceramah sy ialah pemakanan daging babi
itu sendiri, harap maklum..Ok la tu panjang dah ni jgn nanti ada org yg
ternak babi bukan utk dimakan cuma utk dibuat dna babi….fikir2 kan lah."
DNA Babi Halal: Ustaz Kazim sanggah Fatwa Al-Qaradawi dan kenyataan Dr. Asri
Fatwa yang dikeluarkan oleh ulama terkenal
dunia, Dr Yusuf Al-Qaradawi yang mengatakan gelatin haiwan termasuk babi
adalah halal untuk digunakan, termasuk dalam produk makanan setelah
ia ditransformasikan menjadi bahan yang lain mendapat sanggahan daripada
pendakwah terkenal, Mohd Kazim Elias.
Mohd Kazim berkata, hukum melibatkan makanan haram dan halal
merupakan isu yang besar dan tidak patut diperkecilkan oleh mana-mana
pihak.
"Ni yang terbaru dia kata DNA babi halal dimakan, sebab dah diproses
menjadi lain, dah pening kepala dah, dah keluar dah Facebook dah keluar
dalam tulisan dia dah," katanya.
Menurutnya lagi, umat Islam harus berpegang teguh kepada ketetapan
Islam yang digariskan oleh mazhab yang selama ini menjadi ikutan kepada
Muslim di negara ini.
"Keempat-empat mazhab Islam berpegang teguh bahawa apa sahaja yang
berkaitan dengan babi tidak boleh dimakan, setiap benda makanan haram
yang masuk dalam badan akan jadi daging.
"Kalau makanan itu makanan haram, nerakalah tempatnya bagi kita,
kalau makanan itu halal maka syurgalah tempatnya untuk kita," tambahnya.
Beliau dalam pada itu turut menjelaskan bahawa DNA yang terdapat
dalam vaksin yang digunakan terhadap jemaah haji ialah DNA lembu, bukan
DNA babi seperti yang didakwa sesetengah pihak.
"Kalau Majlis Fatwa Perak dapat tahu vaksin DNA babi disuntik ke
dalam badan jemaah haji, sudah lama Majlis Fatwa Perak keluarkan hukum
haram ke atas jemaah haji yang mahu ke Makkah," tegasnya.
DNA Babi Halal: Dr Maza perli kenyataan Ustaz Kazim?
Bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainal
Abidin dilihat seperti tidak berpuas hati dengan kenyataan penceramah
bebas, Ustaz Kazim Elias berhubung isu DNA babi dan geletin haiwan halal
di makan yang menjadi perdebatan hangat di kalangan masyarakat ketika
ini.
Ekoran kenyataan tersebut, Asri melalui laman Facebooknya mengeluarkan kenyataan sinis yang dilihat seperti menyindir Kazim.
Walaupun tidak menyebut sebarang nama, namun rata-rata pengguna media
sosial mengandaikan kenyataan perli tersebut ditujukan secara terus
kepada Ustaz Kazim yang sebelum ini menolak ijtihad yang dikeluarkan
oleh al-Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi dan kenyataan Dr Asri berhubung isu
tersebut.
Kazim sebelum ini berkata hukum melibatkan makanan haram dan halal
merupakan isu yang besar dan tidak patut diperkecilkan oleh mana-mana
pihak.
"Ni yang terbaru dia kata DNA babi halal dimakan, sebab dah diproses
menjadi lain, dah pening kepala dah, dah keluar dah Facebook dah keluar
dalam tulisan dia dah," katanya semalam.
Berikut status yang dimuatnaik oleh Dr Mohd Asri Zainal
Abidin sekitar jam 1 tengahari tadi yang dijangkakan berhubungkait
dengan pandangan Ustaz Kazim Elias mengenai isu gelatin dan DNA Babi.
Saya terkejut dengan seorang penceramah agama yang dikenali mengulas
isu kenyataan al-Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi mengenai kesan DNA khinzir
dalam makanan dan bahan yang terdapat secara meluas di dunia hari ini.
Jika kita dengar ulasan penceramah tersebut seakan Dr Yusuf
al-Qaradawi, Majlis Fatwa Eropah yang terdiri dari ramai tokoh ilmuwan
antarabangsa, beberapa persidangan Fekah di peringkat antarabangsa dan
lain-lain yang mengharuskan itu tidak tahu bahawa babi itu haram.
Bagi menyokong hujahnya, penceramah itu secara ‘janggal’ menyebut
empat-empat mazhab mengharamkan babi. Katanya pula, ulama hanya khilaf
tentang kulit babi.
Saya ingin katakan, pertama, sesiapa yang ingin mengulas sesuatu
hendaklah mempunyai ilmu pengetahuan tentang apa yang dia ulas. Jika
tidak ia hanya menampakkan kedangkalan diri dalam dunia ilmu yang luas.
Dr Yusuf al-Qaradawi, Majlis Fatwa Eropah, Persidangan Fekah
Perubatan yang berlangsung di Morocco pada tahun 1997 dan lain-lain
bukan tidak tahu bahawa babi itu haram. Namun isu yang dibahaskan ialah
istihalah yang telah merubah sifat sesuatu bahan. Para ulama dalam
pelbagai mazhab Islam mempunyai perbezaan pendapat dalam hal ini.
Isunya, bukan ingin makan seketul babi goreng ataupun sup babi,
tetapi ingin memakan coklat, ataupun biskut tapi terdapat kesan DNA babi
disebabkan bahan tertentu yang asal-usulnya babi namun telah berubah
sifat kimianya.
Adapun kenyataan beliau bahawa mazhab empat mengharamkan khinzir
amatlah canggung. Beliau hendaklah tahu bahwa bukan setakat empat
mazhab, bahkan semua mazhab termasuk al-Auza’i, al-Thauri, Laith bin
Sa’d, Zahiri, Zaidi dan lain-lain semuanya mengharamkan khinzir. Ia
ijmak. Namun, bukan itu isunya. Apa yang dibincangkan isu istihalah.
Adapun kata beliau khilaf ulama hanya tentang kulit babi, sebenarnya
bukan sahaja tentang kulit babi, tapi juga tentang tulang dan bulu.
Apakah boleh dibuat sesuatu yang bermanfaat, seperti kasut ataupun bone
china seperti hari ini ataupun tidak boleh?
Walaupun banyak imam yang melarang perkara itu, tetapi ramai juga
para imam yang membolehkan. Contoh boleh lihat nukilan al-Imam Ibn
Qudamah dalam al-Mughni yang menyebut beberapa pendapat.
Jika kita semak pendapat yang membolehkan itu dipertahankan oleh beberapa tokoh ulama termasuk al-Imam al-Syaukani.
Sebenarnya, masalah istihalah babi ini masalah khilafiyyah. Ada yang
membolehkan seperti Majlis Fatwa Eropah, al-Qaradawi, Persidangan Fekah
Perubatan di Morocco 1997 dan lain-lain. Ada pula yang mengharamkan
seperti Majma al-Fiqh al-Islami di Jeddah, Arab Saudi.
Bukan orang Islam nak disuruh ternak babi, tapi sarjana fekah
membincangkan bahan yang berubah tapi asal-usulnya ada kaitan dengan
babi. Ini boleh difahami juga seperti rakyat muslim Singapore yang
meminum new water iaitu air najis yang telah dirawat menjadi air bersih
yang digunakan di Singapore sekarang.
Bukan mereka nak minum najis, tetapi air itu asal bernajis namun telah dirawat dan dibersihkan.
Kita mengingatkan semua pihak, termasuk diri kita bahawa berceramah
satu kebolehan yang lain, mungkin ia dibantu oleh kepetahan, jenaka dan
lain-lain. Namun hendak membincangkan isu ilmu hendaklah berasaskan
maklumat dan pengetahuan.
Sekali lagi, hal ini khilaf pendapat dalam kalangan ulama. Setiap
orang membaca, meneliti dan mengikut apa yang dia yakin lebih diredhai
Allah untuk dirinya.
Fatwa ini dibincangkan oleh para sarjana Islam moden sebab bahan
berkena kepada banyak produk yang wujud terutama mereka yang hidup di
negara minoriti muslim. Sementara sifat Islam itu memudahkan umatnya
yang dalam kesulitan. Kita juga perlu ingat hal ini berlaku apabila kita
tidak menjadi pengeluar dan asyik jadi pengguna. – Sumber FB Rasmi Dr
Asri