Ahad, 20 Oktober 2013

Majlis Tertinggi UMNO 2013-2016

KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed diumumkan menduduki tempat pertama dalam persaingan merebut jawatan Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno selepas berjaya menerima undi daripada 186 bahagian dan 89,560 perwakilan.
Keputusan penuh bagi Ahli MT UMNO untuk penggal 2013-2016 diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan parti Tan Sri Tajol Rosli Ghazali pada sidang media di Menara Dato' Onn, PWTC, di sini, Ahad.

Berikut adalah senarai Ahli MT Umno yang baharu:

1. Datuk Seri Mustapa Mohamed : 186 undi (89,560 undi perwakilan)

2. Datuk Seri Jamil Khir Baharom : 186 undi (89,222 undi perwakilan)

3. Datuk Seri Idris Haron : 185 undi (83,378 undi perwakilan)

4. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob : 184 undi (89,519 undi perwakilan)

5. Datuk Seri Idris Jusoh : 184 undi (86,204 undi perwakilan)

6. Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek : 181 undi (85,820 undi perwakilan)

7. Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim : 181 undi (79,798 undi perwakilan)

8. Datuk Abdul Rahman Dahlan : 181 undi (76,031 undi perwakilan)

9. Datuk Hasan Malek : 168 undi (68,601 undi perwakilan)

10. Datuk Seri Shahidan Kassim : 166 undi (76,992 undi perwakilan)

11. Datuk Seri Mohamad Hasan : 165 undi (73,631 undi perwakilan)

12. Datuk Seri Jamaludin Mohd Jarjis : 161 undi (72,326 undi perwakilan)

13. Datuk Razali Ibrahim : 157 undi (73,060 undi perwakilan)

14. Datuk Seri Mahdzir Khalid : 155 undi (68,964 undi perwakilan)

15. Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin : 146 undi (69,802 undi perwakilan)

16. Tan Sri Annuar Musa : 143 undi (69,529 undi perwakilan)

17. Dr Mohd Puad Zarkashi : 127 undi (57,124 undi perwakilan)

18. Datuk Tajuddin Abdul Rahman : 127 undi (56,434 undi perwakilan)

19. Datuk Seri Azalina Othman Said : 119 undi (55,501 undi perwakilan)

20. Datuk Dr Abd Latiff Ahmad : 115 undi (52,225 undi perwakilan)

21. Datuk Shamsul Anuar Nasarah : 111 undi (51,366 undi perwakilan)

22. Datuk Bung Moktar Radin : 104 undi (52,423 undi perwakilan)

23. Datuk Ab Aziz Kaprawi : 101 undi (48,463 undi perwakilan)

24. Datuk Reezal Merican Naina Merican : 97 undi (48,353 undi perwakilan)

25. Datuk Sohaimi Shahadan : 90 undi (47,479 undi perwakilan)

Keputusan Rasmi Jawatan Naib Presiden Umno

KUALA LUMPUR: Berikut keputusan rasmi jumlah undi yang diterima enam calon Naib Presiden Umno yang diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan parti Tan Sri Tajol Rosli Ghazali di Menara Dato' Onn, PWTC di sini, Ahad.

1. Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi : 188 undi (94,562 undi perwakilan)

2. Datuk Seri Mohd Shafie Apdal : 177 undi (82,252 undi perwakilan)

3. Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein: 101 undi (56,604 undi perwakilan)

4. Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir : 93 undi (57,189 undi perwakilan)

5. Datuk Seri Mohd Ali Rustam : 7 undi (15,294 undi perwakilan)

6. Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad : 7 undi (12,783 undi perwakilan) - BERNAMA

Surendran bukan saja pemimpin angkuh dan penakut, tapi bodoh

SHAH ALAM: Kalau tidak berani, tidak perlu cakap besar, demikian sindiran yang diberikan Bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times, Datuk A Kadir Jasin berhubung keengganan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat N Surendran untuk menandatangani borang yang melibatkan syarat indemniti.

Menurut beliau, syarat yang terkandung di dalam surat tersebut merupakan prosedur biasa yang perlu ditandatangani oleh mana-mana pihak yang berkeinginan untuk menyertai operasi pihak berkuasa termasuk tentera.

Kadir yang juga merupakan bekas wartawan tidak menafikan hakikat bahawa beliau sendiri pernah menandatangani borang tersebut bagi membolehkan untuk menyertai operasi mahupun lawatan yang melibatkan pihak berkuasa.

"Kalau tidak berani menyabung nyawa, tak perlulah cakap besar.

"Wartawan pun dikenakan syarat yang sama, misalnya sebelum seorang wartawan menaiki pesawat TUDM atau pesawat milik kerajaan mereka perlu dulu menandatangani surat indemniti itu, jadi ini adalah perkara biasa.

"Sepanjang pengalaman saya, masa saya naik kapal terbang tentera dulu memang begitulah," katanya yang dihubungi Antarapos.

Peguam PKR, R Sivarasa menggesa Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menimbang semula keengganan untuk bertanggungjawab ke atas keselamatan Surendran ketika mengikut operasi yang dijalankan polis.

Menurut beliau, Ahli Parlimen Padang Serai itu dikatakan sudah bersetuju dengan hampir kesemua syarat yang diletakkan pihak polis namun meminta dua syarat yang melibatkan keselamatan itu dipertimbangkan semula.

Namun, keengganan Surendran dan halangan Sivarasa itu dilihat sebagai satu alasan yang dianggap dangkal oleh mereka yang selama ini mempertikaikan operasi polis demi mempertahankan negara daripada ancaman jenayah.

"Orang bodoh ini dia cakap banyak. Tak perlu bagi alasan banyak-banyak, kalau dia tak mahu tanda tangan tak usah ikutlah.

"Orang-orang macam ini jangan layan sangat, dia orang ini bangsa yang suka bercakap.

"Kalau kain panjang sejengkal, lautan dalam jangan diuji, itu sahajalah," tegas Kadir sekali lagi sebagai meminta Surendran mengakui kegusarannya itu untuk menyertai operasi polis.

Terdahulu Surendran mahu menyertai operasi polis ekoran tidak berpuas hati terhadap tindakan mereka yang menembak penjenayah secara melulu.

Beliau juga tidak bersetuju dengan Akta Pencegahan Jenayah (PCA) yang diusulkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi yang menggunakan dasar "tembak dahulu" kepada penjenayah.

Mukhriz akan terus berkhidmat untuk parti walau gagal rebut kerusi Naib Presiden

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berkata beliau akan terus memberi kerjasama kepada parti meskipun tidak menang pada Pemilihan Umno yang berlangsung semalam.

Mukhriz bagaimanapun berkata meskipun tidak terpilih untuk menyertai senarai barisan tertinggi Umno kali ini, beliau yakin masa depan politiknya akan terus terjamin.
 
"Saya agak gembira dengan keputusan hari ini yang memberikan saya keyakinan mengenai masa depan politik saya. Saya juga agak terkejut saya boleh pergi jauh, saya rasa saya sudah buat yang terbaik dan saya gembira dengan keputusan tersebut," katanya.
 
Mukhriz tidak menolak untuk sekali lagi mencuba nasib pada pemilihan akan datang dan menegaskan, keutamaannya kini adalah memastikan kemenangan kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil DUN Sungai Limau.
 
"Belum tahu lagi, yang itu perlu tunggu dan lihat lagi, lama lagi itu, sekarang ini saya perlu fikir PRK Sungai Limau.
 
"Untuk masa depan, saya mahu fikirkan PRK Sungai Limau dulu, kita akan mula esok, 23 hari bulan ini ada penamaan calon, dan kemudian 10 hari berkempen, jadi itu fokus saya buat masa ini," katanya.
 
Menurut Mukhriz perjuangannya untuk mentransformasikan parti akan diteruskan meskipun beliau tewas pada pemilihan kali ini.
 
"Saya ada perkara yang perlu dibuat untuk mentransformasikan parti, saya rasa saya boleh buat perkara itu dan saya tidak merasakan dengan keputusan tersebut, tiba-tiba saya terkeluar dari transformasi tersebut.
 
"Saya masih Menteri Besar Kedah, jadi saya berharap jawatankuasa yang ada dapat terus membantu untuk menghadapi PRU14," katanya.
 
Untuk rekod, Mukhriz semalam gagal merebut kerusi Naib Presiden Umno setelah tewas kepada trio penyandang kerusi itu iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
 
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali pada sidang media yang diadakan pada jam 1.30 pagi Ahad mengumumkan Ahmad Zahid memperoleh 185 undi, Shafie mendapat 160 undi manakala Hishammuddin menerima 100 undi.

Mukhriz tunjuk prestasi menggalakkan - PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir menunjukkan prestasi yang menggalakkan dalam pemilihan merebut jawatan Naib Presiden UMNO semalam.

"Walaupun dia baharu (dalam kalangan calon Naib Presiden), dan mengumumkan hasrat bertanding agak lewat, tapi beliau menunjukkan yang dia mempunyai sokongan yang baik dalam parti," kata Presiden UMNO itu.

Beliau berkata, persaingan sengit antara Mukhriz dan penyandang Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, yang juga Menteri Pertahanan, memang sudah dijangka pada pemilihan kali ini kerana pertandingan itu bersifat terbuka.

"Apabila diserah kepada anggota peringkat akar umbi untuk membuat pilihan, sudah pasti ada tokoh yang popular menjadi pilihan mereka dan ia mengundang persaingan sengit," katanya.

Bercakap dalam sidang akhbar di Palm Garden Golf Club di sini, Najib berkata, beliau menganggap ia sebagai satu persaingan yang sihat dalam dalam sebuah keluarga parti UMNO.

Sebanyak 146,500 perwakilan dari sejumlah 191 bahagian UMNO mengundi mengikut sistem 'electoral college' bagi memilih tiga Naib Presiden baharu, iaitu tiap seorang daripada tiga calon yang memperoleh bilangan undi paling banyak dari perwakilan bahagian, dikira meraih satu undi dari bahagian berkenaan.

Keputusan rasmi pemilihan Naib Presiden yang diumumkan awal pagi ini menunjukkan Hishammuddin mendapat saingan sengit daripada Mukhriz apabila masing-masing memperoleh 100 dan 91 undi bahagian.

Semasa ditanya kelebihan Mukhriz dari segi undi popular, Perdana Menteri berkata, sistem yang digunakan UMNO adalah 'electoral college' yang berdasarkan kepada usaha mengimbangi antara bahagian UMNO yang besar kawasannya dengan bahagian yang kecil.

Najib berkata, sistem itu dipilih kerana ia dianggap seadil mungkin, dan semua anggota parti perlu patuh kepada sistem itu.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan keputusan yang dicapai Mukhriz sebagai 'menang dalam kekalahan' kerana jumlah sokongan yang diperoleh agak besar.

"Jumlah undi yang beliau dapat beza hanya sembilan bahagian sahaja. Jadi bagi saya ini satu kejayaan peribadi.

"Walaupun kalah daripada satu sudut, tapi dia dapat melihat sendiri walaupun buat pertama kali bertanding, tapi dia hampir menang.

"Saya juga waktu pertama kali bertanding Naib Presiden saya kalah juga, jadi ini biasa. Jadi, tidak harus orang kata membantutkan semangat beliau," katanya.

Menurut Muhyiddin, Mukhriz ialah pemimpin yang berkaliber dan beliau yakin keputusan semalam boleh menjadi kayu pengukur bahawa masa depan politik Menteri Besar Kedah itu masih cerah.

"Mukhriz seorang pemimpin yang berkaliber dan juga pelapis bersama Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin. KJ pun pemimpin pelapis," katanya. - BERNAMA

Zahid, Shafie, Hisham kekal utk 2013-2016

Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengekalkan kerusi Naib Presiden UMNO dalam pemilihan penuh dramatik khususnya bagi menentukan tempat ketiga.

Ketika Ahmad Zahid dan Shafie secara tidak rasmi diisytiharkan mengekalkan kedudukan mereka lebih awal iaitu kira-kira pukul 7 malam, Hishammuddin pula terpaksa menanti sehingga pukul 1 pagi sebelum keputusan tidak rasmi menunjukkan beliau menang.

Ini berikutan saingan sengit yang diberikan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir yang mengejar rapat Hishammuddin dari segi perolehan undi bahagian.

Biarpun Mukhriz memperolehi 90 undi bahagian tetapi secara tidak rasmi beliau menang dari segi perolehan undi popular.

Ahmad Zahid mendapat 184 undi bahagian, Mohd. Shafie 173 undi manakala Hishammuddin 100 undi.

Kejayaan Ahmad Zahid mengekalkan kedudukan nombor satu di kerusi tersebut sememangnya sudah diduga berikutan populariti beliau sejak memimpin Kementerian Dalam Negeri.

Sebelum ini, populariti beliau juga dikatakan melonjak ketika memimpin Kementerian Pertahanan apabila turut menamatkan konflik pencerobohan pengganas Kiram di Lahad Datu.

Bagi Mohd. Shafie pula, beliau berjaya memperbaiki kedudukan dari tempat ketiga ke tempat kedua. Kegigihan beliau menjalankan tugas sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dikatakan banyak membantu beliau untuk mencapai kemenangan.

Sementara itu, dua lagi pencabar iaitu Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional (PUNB), Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad gagal memberi saingan apabila masing-masing sekadar memperolehi 7 dan 6 undi bahagian.

Sabtu, 19 Oktober 2013

Zahid, Shafie kekal Naib Presiden Umno, Hisham dahului Mukhriz

KUALA LUMPUR: Dua penyandang Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Shafie Apdal masing-masing berjaya mempertahankan jawatan berdasarkan keputusan tidak rasmi dalam pemilihan parti pada Sabtu.

Sementara itu, Datuk Seri Hishammuddin pula mendahului Datuk Seri Mukhriz Mahathir bagi merebut satu lagi jawatan naib presiden parti.

Kiraan setakat 9 malam menunjukkan Zahid memperoleh 130 undi, diikuti Shafie (119), Datuk Seri Hishammuddin Hussein (73), Datuk Seri Mukhriz Mahathir (57), Tan Sri Mohd Ali Rustam (7) dan Tan Sri Isa Samad (8).

Ahmad Zahid berkata, beliau mengucapkan terima kasih kepada anggota parti di peringkat akar umbi dan bahagian Bagan Datoh di atas kepercayaan terhadapnya untuk kembali menjadi Naib Presiden Umno.

"Saya berterima kasih kepada semua jentera, teman-teman saya yang banyak membantu saya dan para perwakilan yang meletakkan saya membarisi kepimpinan Umno," katanya dalam satu kenyataan selepas beliau secara tidak rasmi mempertahankan jawatan naib presiden parti.

Shafie berkata, beliau berasa rendah diri di atas sokongan kuat yang diterima, sambil menambah bahawa Umno perlu maju dalam membantu presiden dan timbalan presiden parti dalam menghadapi cabaran akan datang.

"Ia juga penting bahawa apapun yang dihadapi dalam pemilihan, kita semua bersatu, mengekalkan perpaduan supaya Umno lebih kukuh daripada sebelum ini," katanya.

Beberapa bahagian yang mengundi Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri adalah Gerik, Beruas, Paya Besar, Raub, Padang Rengas, Pagoh, Bentong, Tambun, Kampar, Ipoh Barat, Cheras, Tapah, Batu Gajah dan Bukit Bendera.

Manakala Shafie yang merupakan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah memperoleh undi dari bahagian Raub, Padang Rengas, Pagoh, Bentong, Tambun, Kampar, Ipoh Barat, Tapah dan Batu Gajah.

Sementara itu, seorang lagi penyandang naib presiden iaitu Menteri Pertahanan dan pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memperoleh 73 undi dengan sebahagian undinya dari bahagian Padang Rengas, Pagoh, Bentong, Tapah, Cheras dan Bukit Bendera.

Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berada di tempat keempat dengan 57 undi.
Dua lagi calon naib presiden iaitu bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Mohd Ali Rustam dan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad masing-masing berada jauh di belakang dalam merebut jawatan itu.

Dua jawatan tertingi yang dimenangi tanpa bertanding adalah Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengekalkan jawatan sebagai presiden manakala Tan Sri Muhyiddin Yassin mengekalkan jawatannya sebagai timbalan presiden.

Penyandang jawatan naib presiden ialah Ahmad Zahid, Hishammuddin dan Shafie.

Kubang Kerian: Muhammad Abdul Ghani menang ketua

KOTA BHARU: Keputusan tidak rasmi pemilihan UMNO Bahagian Kubang Kerian pada Sabtu menyaksikan Datuk Muhammad Abdul Ghani memenangi jawatan Ketua Bahagian dengan menewaskan pencabarnya, Datuk Mohamad Noordin Awang.
Muhammad yang juga bekas Presiden Persatuan Bekas Perajurit Malaysia (PBTM) memperoleh 379 undi mengatasi Mohamad Noordin yang memperoleh 235 undi dengan majoriti sebanyak 144 undi.

Sementara itu, jawatan Timbalan Ketua Umno Bahagian pula telah dimenangi oleh bekas Ketua Pemuda Umno Kelantan, Anuar Safian dengan 301 undi menewaskan Saidi Md. Noor dengan 237 undi dan Arifin Othman yang memperoleh 78 undi.

Bagi jawatan Naib Ketua Umno bahagian pula, Shamshudin Yusoff menang dengan majoriti 106 undi apabila mendapat 322 undi berbanding dua pencabarnya Mohd. Zuki Safi'n, 216 undi dan Ismail Samat dengan 89 undi

Hishammuddin, Mukhriz bersaing rapat

KUALA LUMPUR: Penyandang kerusi Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berhadapan tentangan sengit daripada Datuk Mukhriz Mahathir bagi menempatkan kedudukan dalam senarai tiga Naib Presiden Umno pada pemilihan jawatan tertinggi parti itu.
Sehingga pukul 8 malam Sabtu, kedua-dua pemimpin berkenaan dilihat bersaing rapat bagi merebut satu lagi tempat jawatan Naib Presiden selepas dua lagi penyandangnya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Shafie Apdal meninggalkan calon lain jauh ke hadapan.

Keputusan tidak rasmi menunjukkan Hishammuddin meninggalkan Mukhriz hanya dengan 12 undi apabila beliau mendapat 65 undi. Mukhriz kini memperoleh 53 undi.

Berada pada kedudukan selesa, Ahmad Zahid kini menerima 117 undi daripada 191 Bahagian Umno di seluruh negara.

Sementara itu Shafie kini berada dibelakang Ahmad Zahid dengan mendapat 106 undi. Dua lagi calon Naib Presiden, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Tan Sri Isa Samad masing-masing kini mendapat tujuh undi.

Anggota Majlis Tertinggi Umno sehingga jam 8 malam

KUALA LUMPUR: Berikut adalah keputusan tidak rasmi jumlah undi yang diterima 25 calon anggota Majlis Tertinggi setakat 8 malam, berdasarkan papan carta di Pusat Media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Sabtu. 1. Datuk Seri Mustapa Mohamed : 31 undi
2. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob : 30 undi
3. Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim : 30 undi
4. Datuk Seri Jamil Khir Baharom : 29 undi
5. Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek : 29 undi
6 Datuk Seri Idris Jusoh : 29 undi
7. Datuk Abdul Rahman Dahlan : 29 undi
8. Datuk Seri Idris Haron : 28 undi
9. Datuk Seri Mahdzir Khalid : 28 undi
10. Datuk Razali Ibrahim : 27 undi
11. Datuk Seri Shahidan Kassim : 27 undi
12. Datuk Hasan Malek : 27 undi
13. Datuk Tajuddin Abdul Rahman : 25 undi
14. Tan Sri Annuar Musa : 24 undi
15. Datuk Seri Mohamad Hasan : 24 undi
16. Datuk Seri Jamaludin Mohd Jarjis : 24 undi
17. Datuk Seri Azalina Othman Said : 23 undi
18. Datuk Abd Latiff Ahmad : 22 undi
19. Datuk Shamsul Anuar Nasarah : 21 undi
20. Dr Mohd Puad Zarkashi : 20 undi
21. Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin : 19 undi
22. Datuk Ab Aziz Kaprawi : 17 undi
23. Datuk Bung Moktar Radin : 16 undi
24. Datuk Halimah Mohamed Sadique : 15 undi
25. Datuk Reezal Merican Naina Merican : 15 und

Khamis, 17 Oktober 2013

30 orang pertama dalam Islam dan rahsiah surah Al-Fatihah



30 orang pertama dalam Islam: 

1. Orang pertama menulis Bismillah ialah Nabi Sulaiman AS.
2. Orang pertama minum air zamzam ialah Nabi Ismail AS.
3. Orang pertama berkhatan ialah Nabi Ibrahim AS.
4. Orang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat ialah Nabi Ibrahim AS.
5. Orang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat ialah Nabi Adam AS.
6. Orang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah ialah Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS).
7. Orang pertama dibangkitkan pada hari qiamat ialah Nabi Muhammad SAW.
8. Orang pertama menjadi khalifah Islam ialah Abu Bakar As Siddiq RA.
9. Orang pertama menggunakan tarikh hijrah ialah Umar bin Al-Khattab RA.
10. Orang pertama meletakkan jawatan khalifah dalam Islam ialah Al-Hasan bin Ali RA.
11. Orang pertama menyusukan Nabi SAW ialah Thuwaibah RA.
12. Orang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki ialah Al-Harith bin Abi Halah RA.
13. Orang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita ialah Sumayyah binti Khabbat RA.
14. Orang pertama menulis hadis dalam kitab / lembaran ialah Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA.
15. Orang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah ialah Saad bin Abi Waqqas RA.
16. Orang pertama menjadi muazzin dan melaungkan azan ialah Bilal bin Rabah RA.
17. Orang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW ialah Ali bin Abi Tholib RA.
18. Orang pertama membuat minbar Masjid Nabi SAW ialah Tamim Ad-dary RA.
19. Orang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah ialah Az-Zubair bin Al-Awwam RA.
20. Orang pertama menulis sirah Nabi SAW ialah Ibban bin Othman bin Affan RA.
21. Orang pertama beriman dengan Nabi SAW ialah Khadijah binti Khuwailid RA.
22. Orang pertama mengasaskan usul fiqh ialah Imam Syafei RH.
23. Orang pertama membina penjara dalam Islam ialah Ali bin Abi Tholib RA.
24. Orang pertama menjadi raja dalam Islam ialah Muawiyah bin Abi Sufyan RA.
25. Orang pertama membuat perpustakaan awam ialah Harun Ar-Rasyid RH.
26. Orang pertama mengadakan baitul mal ialah Umar Al-Khattab RA.
27. Orang pertama menghafal Al-Quran selepas Rasulullah SAW ialah Ali bn Abi Tholib RA.
28. Orang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah ialah Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH.
29. Orang pertama digelar Al-Muqry ialah Mus'ab bin Umair RA.
30. Orang pertama masuk dalam syurga ialah Nabi Muhammad SAW.


Rahsia Surah Al-Fatihah
1. Al-Fatihah - baca 14 kali sebelum tidur: Suami dan anak-anak akan mengingati kita selalu

2. Al-Fatihah - baca 41 kali tiup dalam air dan minum serta buat air mandian: Melepaskan rasa sakit dalaman

3. Al-Fatihah - baca 7 kali dan usap di kepala setiap pagi dan sekali sebelum tidur. Kepada orang berpenyakit mental

4. Al-Fatihah - baca 3 kali tiup dalam segelas air - minum dan baca sambil mengusap kawasan yang rasa sakit. Sakit yang keterlaluan

5. Al-Fatihah - baca 7 kali dan sapu / usap ke atas kepala bayi yang suka menangis pada malam hari atau pada bila-bila masa
 
6. Al-Fatihah - baca 3 atau 7 kali, gunakan ibu jari dan tekan di langit-langit (mulut), kemudian sapu kepada tempat yang sakit: Luka berdarah, sengat lebah, jari terkepit di pintu

Bacalah dalam keadaan khusyuk, tawakkal kepada Allah dan niatlah dengan jujur. Insya-Allah ialah adalah penawar yang terbaik kepada semua.

Tulis "Subhanallah" - Jika menurut Akhy & Ukhty percaya akan besarnya manfaat Surat Al-Fatihah.

Selasa, 15 Oktober 2013

Standard, kualiti kewartawanan semakin merosot - A. Kadir Jasin

Standard dan kualiti kewartawanan global termasuk di Malaysia kini semakin merosot disebabkan minat dan keghairahan wartawan dunia dan industri kewartawanan yang semakin menurun.

Berikutan itu, banyak kesalahan mudah dikesan dalam berita-berita yang dilaporkan daripada kesalahan ejaan sehingga kesilapan maklumat berita.

"Masalah ini bukan berlaku di negara ini, tetapi jika diteliti berita-berita Reuters, AFP dan AP juga ada kesalahan," kata Tokoh Wartawan Negara, Datuk A. Kadir Jasin.

Bercakap di hadapan penuntut Ijazah Sarjana Pengurusan Komunikasi di Universiti Utara Malaysia, beliau berkata,wartawan dahulu sukar melakukan kesalahan walaupun kesilapan kecil kerana minat dan keghairahan untuk melaporkan berita begitu tinggi.

Ceritanya, 40 tahun dahulu akhbar yang menjadi instrumen penting bagi golongan elit - dalam erti kata lain pembaca akhbar adalah dalam kelompok elit.

Para wartawan juga menikmati erti demokrasi sebenar kerana akhbar bukan sahaja memainkan peranan sebagai saluran maklumat, tetapi mendidik, menganalisis dan mengkritik.

Tegas Kadir, akhbar pada zaman itu memberi gambaran dan mewakili masyarakat.

''Akhbar dulu memberi maklumat kepada golongan elit, bukan terpelajar, oleh sebab itu wartawan dahulu tidak boleh buat silap," katanya yang juga seorang blogger.

Menjawab satu soalan, Kadir yang sudah mengabdikan diri selama 44 tahun dalam bidang kewartawanan tidak menafikan salah satu punca standard dan kualiti wartawan dahulu lebih tinggi kerana ketika itu dunia kewartawanan mempunyai banyak nama gergasi.

Katanya, nama-nama A. Samad Ismail, Pak Sako, Pak Melan, Usman Awang bukan sahaja memiliki daya imiginasi yang tinggi dalam bidang penulisan termasuk bahasa, puisi dan sajak, sebaliknya mereka adalah wartawan yang hebat.

Berbeza sekarang, kebanyakan wartawan sekarang merasakan diri mereka hebat dan memiliki nama besar, katanya dengan penuh sinikal.

Katanya, dunia kewartawanan sungguh unik dan hanya orang 'gila' sahaja boleh mengabdikan diri dalam dunia yang tidak kurang 'gila' ini. - By Ainul Asniera Ahsan MalaysiaGazette.

Ahad, 13 Oktober 2013

Exco Pergerakan Wanita 2013-2016

SHAH ALAM : Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berjaya mengekalkan jawatan Ketua Wanita Umno dalam pemilihan sayap parti itu yang diadakan di seluruh negara semalam.

Walaupun meneriman saingan daripada bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan dan Ahli Jawatankuasa Wanita Umno Kulim Bandar Baharu, Raihan Suleiman Palestine, Shahrizat berjaya mengekalkan kuasanya dengan undi sebanyak 91.

Naib Ketua Wanita disandang oleh Datuk Azizah Mohd Dun.

Berikut adalah senarai exco-exco pergerakan Wanita;

1. Datuk Armani Mahiruddin
2. Datuk Norhayati Omar
3. Datuk Nor Hayati Onn
4. Senator Norliza Abdul Rahim
5. Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin
6. Noraslina Zainal Abidin
7. Datuk Rusnah Kassim
8. Datuk Sharifah Azizah Syed Zain
9. Datuk Rosni Zahari
10. Datuk Noriah Mahat
11. Datuk Jamelah A. Bakar
12. Datuk Hasnah Salam
13. Senator Zaiton Mat Amin
14. Dr Azizah Johor
15. Datuk Noraini Ahmad
16. Datuk Marlia Abd Latiff
17. Datin Ros Suryati Alang
18. Azihani Ali
19. Nik Noriza Nik Salleh
10. Azizah Harun

Exco Pergerakan Puteri 2013-2016

SHAH ALAM: Mas Ermieyati Samsudin dipilih sebagai Ketua Pergerakan Puteri Umno yang baharu dengan memperoleh 96 undi sekaligus berjaya menewaskan pencabarnya Jamilah Hanim Othman.

Mas merupakan Ahli Parlimen Masjid Tanah.

Naib Ketua Wanita pula dipertanggungjawabkan kepada Zahida Zarik Khan.

Berikut adalah senarai exco-exco Puteri;

1. Isfarina Binti Mohd Bali  
2. Nurhidayah Binti Mohamad Shahaimi  
3. Azlina Azma Binti Mohd Azmi  
4. Norasimah Binti Md Nowar  
5. Norwahida Binti Patuan  
6. Asfalinda Binti Anuar  
7. June Artisha Binti Mohamad Nazari  
8. Normalah Binti Rasik
9. Norrulhuda Binti Marsidin  
10. Noormadiana Binti Kamaruddin  
11. Mimie Harianie Binti Alias  
12. Azura Binti Mohd Afandi  
13. Haziqah Nasirah Binti Zol Bahari  
14. Junaida Binti Mat Ishak  
15. Noor Aeiza Binti Hassan  
16. Nor Hazreena Binti Mohamad Hashim  
17. Masmira Binti Mohd Salleh  
18. Nasibah Binti Ismail
19. Julie Binti Sabran  
20. Nor Farhana Binti Alham

Exco Pergerakan Pemuda 2013 - 2016

SHAH ALAM: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menang mudah dalam pemilihan parti yang berlangsung semalam dengan menyaksikan beliau sekali lagi dipilih sebagai Ketua Pemuda Umno.

Pencabarnya, Ketua Pemuda Umno Cawangan Bendang Baru Langkawi, Akramsyah Muammar Ubaidah Sanusi; Ketua Pemuda Umno Cawangan Bukit Setiawangsa, Irwan Ambak Izhar Khalid; Penolong Setiausaha Pemuda Cawangan Pusat Bandar Taman Cempaka, Syed Rosli Syed Harman Jamalullail dan bekas Ketua Pemuda Umno Bahagian Merbok, Abdul Karim Ali gagal mendapat sebarang undi.

Manakala Naib Ketua Pemuda disandang oleh Jamawi Jaafar.

Berikut adalah senarai exco-exco pergerakan Pemuda;

1. Fathulbari Bin Mat Jahya  
2. Mohd Najib Bin Mohd Isa  
3. Onn Hafiz Bin Ghazi  
4. Mua`Amar Ghadafi Jamal Bin Jamaludin  
5. Armizan Bin Mohd Ali
6. Nazir Hussin Bin Akhtar Hussin  
7. Khairul Firdaus Bin Akbar Khan  
8. Anuar Bin Abd.Manap  
9. Jeffri Bin Salim  
10. Dazma Shah Bin Daut @ Daud  
11. Mohd Rafiq Bin Naizamohideen  
12. Ahmad Mukhriz Bin Ahmad Fuad  
13. Syamsul Baharin Putra B.Ahmad Shibi  
14. Mohd Iskandar Bin Jaafar
15. Sheikh Ahmad Nafiq Bin Sheikh A Rahman  
16. Arman Azha Bin Abu Hanifah  
17. Azlan Bin Abdullah  
18. Muhamad Saman @ Azizul Kamar Bin Abdul Rahman  
19. Ibdilillah Bin Ishak   
20. Rohsawal Nizam Bin Abd Ghafar

Tahniah Khairy, Shahrizat, Ermieyati

Sebelum pemilihan sayap Wanita,Pemuda dan Puteri Sabtu ramalan popular ialah pasti Datuk Seri Shahrizat Jalil dan Khairy Jamaluddin akan mengekalkan jawatan mereka, manakala Mas Ermieyati Samsudin pula paling ke depan.

Ramalan itu nyata tepat. Namun tiada siapa yang berani menduga Khairy khususnya boleh sapu bersih semua undi sekalipun berdepan dengan empat calon yang 'lightweight' untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO. Mereka ialah Akramsyah Sanusi, Syed Rosli Syed Harman, Irwan Ambak Khalid Izhar dan Abd Karim Ali.

Shahrizat juga tampil cemerlang dalam pergerakan Wanita UMNO berdepan dua pencabar ,Datuk Maznah Mazlan dan Raihan Sulaiman Palestin ditengah bayangan isu NFC yang melanda suaminya.

Mas Ermieyati tentu tidak hadapi masalah untuk ganti Datuk Rosnah Rashid Shirlin kerana beliau merangkul majoriti besar Puteri UMNO dalam saingan dengan Jamilah Hanim.

Keputusan rasmi kemenangan mereka hanya diumumkan jam 3.30 pagi Ahad dalam sidang akhbar terakhir oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO Tan Sri Tajol Rosli Ghazali di Pusat Dagangan Dunia Putra.

Beliau mengisytiharkan Shahrizat telah memperoleh 100 undi, Khairy 97 undi dan Mas Ermieyati 96 undi, daripada 191 bahagian sayap masing-masing.

Namun sebelum itu sekitar jam 10.45 malam sumber-sumber sudah mengesahkan kemenangan mereka menerusi kiraan 'tak rasmi' dari bahagian-bahagian.

Sebenarnya waktu itu kalau ikut kiraan rasmi yang diumumkan oleh Jawatankuasa Pemilihan UMNO keputusan belum banyak lagi keluar.

Kemenangan tidak rasmi Shahrizat, Khairy dan Mas Ermieyati pada waktu itu terserlah bila ketiga mereka memasuki PWTC dan kemudiannya menyertai Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin di vilik VIP ditingkat 5 PWTC.

Siapa saja yang berdiri pada kedudukan Khairy boleh menarik nafas lega yang panjang kerana ' kemenangan sapu bersih' itu adalah suatu endorsement yang tidak boleh dipersoalkan untuk terus memimpin Pemuda UMNO.

Ini mengenangkan Pemuda UMNO pimpinannya sebelum ini boleh kata macam terpecah tiga gara-gara pemilihan sengit tiga penjuru antara beliau,Datuk Seri Dr Khir Toyo dan Datuk Mukhriz Mahathir semasa pemilihan tahun 2009.

Keputusan pemilihan 2013 ini jelas mengambarkan sentimen pemilihan 2009 tidak melimpah langsung.

Setakat ini hanya mesyuarat Pemuda UMNO Bahagian Gelang Patah saja ditangguhkan kerana ada sedikit pertikaian.

Maka hanya undian 190 bahagian sahaja yang dikira sehingga isu bahagian berkenaan selesai. 

Khairy nyata sudah berjaya membina kekuatan sendiri tanpa bayang bapa mertuanya Tun Abdullah Badawi.

Sebelum ini ada juga yang menduga kemunculan Akramsyah,anak kepada bekas Menteri Tan Sri Sanusi Junid mungkin 'mencuri' sebilangan undi bahagian.

Namun ia nyata meleset bila Akramsyah tidak berjaya mendapat undi bahagiannya sendiri,Langkawi.Malah beliau juga tidak dapat undi bahagian Jerlun dan Kubang Pasu.

Tiga calon lain Syed Rosli Syed Harman, Irwan Ambak Khalid Izhar dan Abd Karim Ali memang tidak dianggap satu faktor yang boleh mengugat Khairy.

Sumber-sumber yang rapat dengan Khairy sendiri sebelum ini menduga paling tidak ada tiga empat bahagian mungkin akan bagi pada pencabarnya.

"Kita sendiri tidak sangka boleh sapu bersih.Ini kerana tiada siapa yang boleh agak hala tuju sebegitu ramai perwakilan yang undi.Apa saja boleh jadi.Namun syukur semua memihak kepada kami,"katanya.

Wajah lega juga jelas terpampang pada Shahrizat ketika melangkah masuk ke PWTC kerana diterima balik mengetuai Wanita UMNO dengan penuh bergaya.

Beliau datang bersama suami Dartuk Dr Mohamed salleh Ismail dan anaknya.

Semua orang tahu bagaimana beliau berdepan dengan masalah persepsi negatif kerana kes yang melibatkan suaminya.

Atas sebab ini siapa boleh menolak kemungkinan akan wujud undi protes terhadapnya dalam pemilihan kali ini.

Malah sumber-sumber dari kem Shahrizat sendiri terkejut kerana pencabar terdekatnya Maznah hanya dapat tujuh undi sahaja.

Mereka sendiri tidak menganggap Raihan sebagai saingan serius tetapi ada kebimbangan pada Maznah yang sudah lama jadi Exco Wanita.

Rosnah yang meninggalkan Puteri UMNO kerana faktor habis usia  untuk bertanding Exco Wanita UMNO tidak perlu bimbang pada keutuhan sayap pergerakan paling junior dalam UMNO itu.

Kemenangan Mas Ermieyati lebih 100 undi dari 191 bahagian boleh dianggap 'clear win'.

Ini akan memudahkan Ahli Parlimen Masjid Tanah ini terus memimpin pergerakan itu sama seperti tiga ketua sebelumnya,Rosnah,Datuk Noraini Ahad dan Datuk Seri Azalina Othman Said.-13/10/2013

[B]Khairy,Shahrizat dan Mas Ermieyati menang...[/B]

[B]10.45 MALAM -[/B] Kalau ikut keputusan tidak rasmi ketiga-tiga Khairy Jamaluddin,Datuk Seri Shahrizat Jalil dan Mas Ermieyati sudah menang. Pada jam 10.40 malam Ketua Pemuda,Ketua Wanita dan Ketua Puteri UMNO ini sudah memasuki bilik VIP di tingkat 5 Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).Mereka di situ bersama Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Para wartawan dan jurugambar semua sedang standby menanti mereka dijangka akan beredar ke tingkat 4 untuk pengumuman rasmi kemenangan.

Keputusan rasmi agak lewat sikit berbanding keputusan tidak rasmi yang diketahui menerusi sumber-sumber yang layak dipercayai.

Ini kerana keputusan rasmi perlu melalui pengesahan Jawatankuasa Pemilihan UMNO terlebih dahulu sebelum diumumkan.

[B]9.20 MALAM[/B] - Khairy Jamaluddin terus mengekalkan penguasaan keatas undi untuk pertahan jawatan ketua Pemuda UMNO Malaysia.Setakat ini mengikut keputusan tidak rasmi beliau sudah dapat 115 undi dari 191 Bahagian UMNO di seluruh negara.Empat pencabarnya belum dapat sebarang undi.

Pencabar utamanya,anak kepada Tan Sri Sanusi Jund,Akramsyah tidak dapat undi dari bahagian beliau sendiri,Langkawi.Beliau juga tidak dapat undi dari Jerlun dan Kubang Pasu.

Sementara itu Mas Ermieyati  sudah dapat 80 undi terus leading jauh berbanding pencabarnya Jamilah Hanim 24 undi bagi jawatan Ketua Puteri UMNO.

Datuk Seri Shahrizat Jalil juga sudah tinggal jauh Datuk Maznah Mazlan.Beliau sudah dapat 43 undi manakala Maznah dua.

[B]6.00 PETANG[/B] - Mengikut keputusan tidak rasmi nampaknya untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO,Khairy Jamaluddin setakat ini mendapat sokongan padu bahagian-bahagian. Sumber-sumber yang layak dipercayai berkata dari 60 bahagian yang sudah dikira semuanya solid undi beliau.

Untuk jawatan Ketua Puteri UMNO pula, Mas Ermieyati 38 undi jauh mendahului saingan tunggalnya, Jamilah Hanim 10.

Datuk Seri Shahrizat pula [I]leading[/I] untuk Ketua Wanita. Beliau dapat empat undi.Maznah Mazlan baru dapat satu dari UMNO Bahagian Cheras, Kuala Lumpur manakala calon ketiga Raihan Sulaiman Palestin belum dapat undi.

[B]SEMENTARA ITU[/B], dalam sidang akhbar kedua Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO Tan Sri Tajol Rosli pada jam 6.00 petang Sabtu. Keputusan rasmi semasa untuk calon Ketua Puteri UMNO Mas Ermieyati - 13 undi, Jamilah Hanim - 4 undi.

Calon Ketua Wanita UMNO Shahrizat Jalil - 4 undi manakala Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaludin - 3 undi. Lain-lain calon belum diumumkan.

Menurut Tajol, pihaknya sudah menerima banyak keputusan tetapi mahu mengesahkannya terlebih dahulu sebelum keputusan rasmi diumumkan.

"Jika kita melayari internet kita mungkin dapat (keputusan) lebih dari ini tetapi kita kena sahkan dahulu sebelum kita umumkan," ujarnya.

Kej Jey, Kak Jat dan Mas Ermieyati menang

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Khary Jamaluddin Abu Bakar yang mempertahankan jawatan Ketua Pergerakan Wanita dan Ketua Pergerakan Pemuda serta Mas Ermieyati Samsudin diumumkan sebagai pemenang bagi tiga sayap parti itu.

Dalam keputusan rasmi yang diumumkan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpru, awal pagi ini, Shahrizat disahkan memenangi jawatan itu selepas mendapat 100 undi bahagian, manakala Khairy, 97 undi dan Mas Ermiyati, 96 undi.
Calon yang memperoleh 96 undi atau lebih daripada keseluruhan 191 bahagian, sudah memperoleh majoriti melebihi 50 peratus.

Kedudukan sayap UMNO di Kelantan

KEDUDUKAN KELANTAN

Dua belas ketua sayap UMNO bahagian di Kelantan menang tanpa bertanding pada pemilihan bahagian masing-masing.

Tiga calon Ketua Wanita menang tanpa bertanding ialah;
Datin Rahimah Mahammad - Bahagian Machang (yang juga Ketua Wanita UMNO Kelantan)
Nik Noriza Nik Salleh - Bahagian Tumpat
Suzaini Adlina Sukri - Bahagian Kuala Krai.

Enam Ketua Wanita Bahagian yang kekal menang ialah;
Zarina M. Eusop - Pengkalan Chepa
Datuk Siti Jeliha@Zaleha Hussin - Kubang Kerian
Zaharah Ab Rahim - Bachok
Dayang Saniah Awang Hamid - Tanah Merah
Roslinah Mohameh - Jeli
Datuk Wan Hazani Mohamad Noor - Gua Musang.

Lima calon muka baharu yang menang Ketua Wanita ialah;
Madihah Ab Aziz - Kota Bharu
Nuainun@Shuhanie Deraman - Pasir Mas
Pauziah Che Wook - Rantau Panjang
Sabariah Hamzah - Ketereh
Zurina Ripin - Pasir Puteh.

Ketua Pemuda menang tanpa bertanding ialah;
Mohammad Azan Ismail - Ketereh

Ketua Pemuda yang kekal menang ialah;
Datuk Rosidi Mahmud - Tumpat
Mohd Almidi Jaafar - Tanah Merah
Eriandi Ismail - Machang
Khairul Ikhwaniza Mohamad Zahari - Jeli

Ketua Pemuda muka baru yang menang ialah;
Mohamad Rizal Razali - Pengkalan Chepa
Wan Mohamed Rasman Wan Hassan - Kota Baharu
Wan Azmawi Ab Rahman - Pasir Mas
Akbar Salim - Rantau Panjang
Bakri Yusoff - Kubang Kerian
Shamsuzuha Che Noh - Bachok
Mohammad Yusri Ismail - Pasir Puteh
Ahmad Firdaus Muhammad - Kuala Krai
Sheikh Razali Sheikh Hamad - Gua Musang

Ketua Puteri yang menang tanpa bertanding ialah;
Norwahida Patuan - Jeli (yang juga Ketua Puteri Umno Kelantan)
Norazita Ismail - Tumpat
Sarina Anuar - Bachok
Marzuani Ardila Ariffin - Ketereh
Marshela Ali - Pasir Puteh
Nor Najmah Ariffin - Machang
Zuraihah Muhammad - Kuala Krai
Norfadzlete Aryani Mat Rosli - Gua Musang

Ketua Puteri kekal menang ialah;
Rohana Muhamed - Pengkalan Chepa

Ketua Puteri muka baru ialah
Wan Salmiah Wan Abdul Ghani - Kota Bharu
Wan Harinawati Wan Daud - Pasir Mas
Marie Suriani Abdullah - Rantau Panjang
Nurul Amal Fauzi - Kubang Kerian
Hanisathirah Abdul Ghani - Tanah Merah.

Rabu, 9 Oktober 2013

Apabila portal pembangkang MsiaLkini panas punggung

Dr Zahid menegur wartawan cina muka selamba dari MsiaLkini.
Portal pembangkang, MsiaLkini kononnya mengaku bebas, tetapi setiap hari wartawannya menulis laporan yang jauh terpesong daripada fakta sebenar.

Apabila pemimpin kerajaan tegur, maka melentinglah bos-bos dan ketua-ketua batak MsiaLkini melatah. Macam-macamlah tuduh mereka lemparkan kepada kerajaan, tuduhan yang pedih telinda mendengar dan sakit mata memandang.

Tetapi itulah MsiaLkini, yang mengaku bebas. Bila wartawannya kena sound dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, habis semua cerita etika dan sebagainya keluar kerana nak membantah tindakan Zahid ‘menyound’ wartawannya yang cuba provok Menteri tersebut dengan soalan berkaitan dengan finding dari Laporan Ketua Audit Negara.

Tapi di mana MsiaLkini ketika Anwar memperlekehkan wartawan dari portal berita internet, TV3 dan Utusan yang cuba mendapatkan penjelasan daripadanya berhubung pelbagai isu - dari sokongan terhadap Israel, membawa kepada kes video lucahnya (jam Omega), mana bunyi MsiaLkini pasal etika? Yang kena perlekeh pun wartawan jugak.

Apakah Zahid dan Anwar ada dua set etika kewartawanan yang berbeza? Sebab Anwar itu pembangkang, so apa yang dia buat beretika (walaupun jelas tak beretika sampai nak tanya soalan pun diugut saman)? 

Atau sebab Zahid Menteri UMNO, dan apa sahaja dia buat semua tak betul? Orang ramai tak tahu bahawa Anwar adalah penentang terbesar kebebasan media. Dari dalam UMNO lagi Anwar dah buat perangai ini apabila meletakkan orang-orang dia menerajui organisasi gergasi media seperti Utusan dan MRCB – yang dulu menguasai pegangan dalam TV3 dan NST.

Tujuannya supaya media ini hanya memberi fokus kepada dia dan dia sahaja. Sebab itu siapa yang sudah celik politik waktu itu, dapat lihat bagaimana Anwar mendapat coverage yang begitu meluas, sehinggakan sepatah dua perkataan Melayu lama yang digunakan dalam pembentangan bajet negara pada waktu itu, direkayasakan dengan begitu meluas sekali, malah diletak di muka hadapan akhbar.

Kesan dari krisis mata wang antarabangsa 1997 juga lambat dihadam oleh rakyat kerana media terlalu memberi fokus kepada Anwar dan sepatah dua perkataan Melayu lama yang disebut dalam bajet.

Walhal kerajaan dah terima impak buruk kesan dari krisis tersebut pada bulan Julai tahun sama, tapi sebab Anwar sembunyi semua bawah karpet (dengan bantuan media kawalannya), rakyat mula sedar tentang krisis tersebut, hanya pada Jun 1998. Padanlah nak buat loan susah dan interest bank (BLR) pulak asyik naik tiap-tiap bulan.

Akibatnya ramai yang tidak sempat mencari jalan keluar, bank pun tak sempat nak cari sumber pembiayaan baru untuk tampung permintaan pinjaman sebab Bank Negara (sebut Anwar) kata, “Don’t worry, we find the solutuion for you”.

Semua itu sebab kebebasan media versi Anwar Ibrahim pada waktu itu. Bila Tun Mahathir step in, baru semuanya jelas yang negara ada masalah besar.

Jadi penulis ajak semua, carutkan sajalah MsiaLkini ini. Dengan mengaku bebas itu pun, jelas menunjukkan pembohongan yang besar. Mana ada bebasnya bila kewangan syarikat tersebut antara lain ditampung oleh pihak asing yang ada kepentingan sama dengan parti-parti pembangkang (terutama PKR dan DAP), selain rapat dengan Anwar Ibrahim.

Apa syarikat pun akan beroperasi mengikut kepentingan pemegang saham dan dalam isu ini pemegang saham tersebut ialah (antara lain) pihak asing yang punya hubungan rapat dengan parti pembangkang.

Yang nyata, imej Zahid sedang memuncak sekarang akibat peristiwa tersebut. Inilah yang rakyat mahukan dari Menteri Dalam Negeri, tegas dalam melayan karenah provokasi pembangkang atas alasan kebebasan media.

Sudahlah Ops Cantas yang dilancarkan polis dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di bawah kepimpinan Zahid berjaya mengembalikan semula keyakinan awam terhadap tahap keselamatan negara, ketegasan yang ditunjukkan Zahid dalam berhadapan dengan media pembangkang ini, melonjakkan lagi namanya ke tahap tertinggi untuk mengekalkan jawatan sebagai Naib Presiden UMNO buat kali kedua berturut-turut.

Jangan silap, penulis bukan tolong kempen, tapi inilah yang sedang berlaku di bawah ini sekarang,  Pemimpin lain patut buka mata, moral dari kes Zahid dan MsiaLkini ini menunjukkan rakyat mahu kerajaan dan pemimpin yang tegas buat keputusan, bukan asyik timbang, asyik amaran dan lain-lain yang seumpama dengannya.

Ahad, 6 Oktober 2013

Kisah Ashabul Kahfi – 7 Pemuda Tertidur 309 Tahun


ashabul-kahfi-10

Lokasi Gua Ashabul Kahfi terletak kira-kira 7km dari pusat bandar Amman, Jordan. Kawasan ini suatu ketika dahulu dikenali dengan Ar-Raqim kerana terdapat kesan tapak arkeologi yang bernama Khirbet Ar-Raqim di kawasan tersebut. Perkataan Ar-Raqim juga disebut di dalam Al-Quran dan Ahli Tafsir menafsirkan Ar-Raqim sebagai nama anjing dan ada yang menyatakan ia sebagai batu bersurat.

Kahf Ahlil Kahf merupakan lokasi sejarah yang membuktikan kebenaran kisah di dalam Al-Quran iaitu di dalam Surah Kahfi mulai ayat 9 hingga 26. Ayat di dalam Surah tersebut menceritakan bagaimana 7 orang pemuda yang beriman kepada Allah melarikan diri ke sebuah gua dan Allah menidurkan mereka selama 309 tahun Qamariah (300 tahun Shamsiah) sehingga mereka tidak dapat dibangunkan oleh suara apa sekalipun.

Firman Allah; “Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah ‘ashabul kahfi’ (penghuni gua) dan ‘ar-raqiim’ (anjing mereka) termasuk antara tanda-tanda-tanda kekuasaan Kami yang menakjubkan? (Ingatlah) tatkala pemuda-pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua lalu mereka berdoa: “Wahai Tuhan kami berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)”. (al-Kahfi: 9)

Ashabul kahfi (penghuni-penguni gua) yang dimaksudkan dalam ayat di atas, menurut para ulama’- terdiri dari tujuh orang pemuda iaitu;

Maksalmina, Tamlikha, Martunus, Bainunus atau Nainunus, Sarbunus, Dzunuanus, Kasyfitatanunus, Bersama mereka seekor anjing bernama Qitmir mengekori mereka.

S2500531.JPG

Pemuda-pemuda ini beriman kepada Allah di tengah kekufuran kaum dan bangsa mereka.
Identiti mereka sebagai pemuda yang beriman diakui oleh Allah dengan firmanNya;

"Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan Kami tambahkan kepada mereka petunjuk". (al-Kahfi: 13)

Menurut ahli sejarah, kisah ini berlaku pada zaman sebelum kedatangan Islam di satu negeri bernama Afsus yang terletak di Turki (ada pendapat menyatakan di Jordan, dan ada juga mengatakan di Syria).
Asalnya penduduk negeri itu beriman kepada Allah dan beribadat mengesakanNya.

Namun keadaan berubah selepas kedatangan seorang raja bernama Diqyanus. Raja ini menganut fahaman kufur/berhala dan dia memaksa rakyat di bawah pemerintahannya supaya murtad dari agama Allah yang dibawa Nabi Isa a.s. dan bertukar kepada agama kufur/berhala yang dianutinya.

Rakyat yang takut dengan ancaman dan seksaan raja itu terpaksa akur dengan arahan yang zalim itu.
Namun tujuh pemuda beriman tadi tidak mahu tunduk dengan tekanan raja kafir itu. Mereka tetap teguh mempertahankan aqidah mereka walaupun menyedari nyawa dan diri mereka mungkin terancam dengan berbuat demikian. Akhirnya mereka dipanggil mengadap raja itu.

Di hadapan raja yang zalim itu, mereka dengan penuh berani dan bersemangat berhujjah mempertahankan iman dan prinsip aqidah Ilahi yang mereka yakini. Allah berfirman menceritakan peristiwa mereka berhujjah;

"Dan Kami telah meneguhkan hati mereka di waktu mereka berdiri (di hadapan raja) lalu mereka berkata (membentangkan hujjah kepada raja): "Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi; kami sekali-kali tidak menyeru Tuhan selain Dia, sesungguhnya kami kalau demikian telah mengucapkan perkataan yang amat jauh dari kebenaran. Kaum kami ini telah menjadikan selain Dia sebagai tuhan-tuhan (untuk di sembah).

Mengapa mereka tidak mengemukakan alasan yang terang (tentang kepercayaan mereka?) Siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah?”. (al-Kahfi: 14-15)

Walaupun tidak mampu menjawab hujah-hujah yang mantap dari pemuda-pemuda beriman ini, raja yang kufur dan zalim itu tetap berkeras mahu mereka murtad dari agama mereka.

Ia memberikan tempoh beberapa hari kepada mereka. Jika selepas tempoh itu pemuda-pemuda ini tetap berkeras, maka mereka akan dimurtadkan secara paksa atau akan dibunuh.

Kerana sayangkan aqidah dan agama mereka, pemuda-pemuda ini bermesyuarat sesama mereka untuk mencari keputusan yang muafakat. Apakah tindakan yang sepatutnya diambil untuk mempertahankan diri dan juga agama mereka? Akhirnya mereka memutuskan untuk lari bersembunyi dan berlindung di dalam gua di kawasan pedalaman/kampung.

Firman Allah; “Dan oleh kerana kamu telah mengasingkan diri dari mereka dan dari apa yang mereka sembah selain Allah, maka pergilah kamu berlindung di gua itu, supaya Tuhan kamu melimpahkan dari rahmat-Nya kepada kamu dan menyediakan kemudahan-kemudahan untuk menjayakan urusan kamu dengan memberi bantuan yang berguna”. (al-Kahfi: 16)

Mereka lari ke pedalaman di kawasan pergunungan bernama Nikhayus. Di situ terdapat sebuah gua dan di situlah mereka bersembunyi dan berlindung. Kebetulan semasa perjalanan mereka ke situ mereka telah diekori oleh seekor anjing bernama ar-raqiim. Maka anjing itu turut bersama-sama dengan mereka berlindung dan menetap di gua itu.

Di dalam gua itu mereka diberi ketenangan dan ketenteraman oleh Allah.Allah telah menidurkan mereka dengan nyenyak dalam gua tersebut.

Firman Allah menceritakan tentang mereka di dalam gua;

“Lalu Kami tidurkan mereka dengan nyenyaknya di dalam gua itu bertahun-tahun lamanya”. (al-Kahfi: 11).

Allah ingin menzahirkan bukti-bukti kekuasaanNya kepada hamba-hambaNya melalui peristiwa ini. Maka Allah telah mentakdirkan pemuda-pemuda ini tidur dalam jangka masa yang amat lama iaitu selama 300 tahun (mengikut perkiraan tahun Masihi) atau 309 tahun (mengikut tahun Hijrah).

“Dan mereka telah tinggal tidur dalam gua mereka selama tiga ratus tahun (dengan kiraan ahli Kitab), dan hendaklah kamu tambah sembilan tahun lagi (dengan kiraan kamu) (yakni menjadi 309 tahun)”. (al-Kahfi: 25)

Walaupun mereka tidur amat lama dan tanpa makan dan minum, tetapi dengan kuasa Allah, badan dan jasad mereka tidak hancur dan musnah. Bahkan Allah menyatakan bahawa; jika kita lihat keadaan mereka di dalam gua itu nescaya kita tidak akan percaya bahawa mereka sedang tidur.

“Dan engkau sangka mereka sedar padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri (supaya badan mereka tidak dimakan tanah), sedang anjing mereka mengunjurkan kedua lengannya di muka pintu gua. Dan jika kamu menyaksikan mereka tentulah kamu akan berpaling dari mereka dengan melarikan (diri) dan tentulah (hati) kamu akan dipenuhi dengan ketakutan terhadap mereka”. (al-Kahfi: 18)

Setelah sampai tempoh yang ditetapkan Allah (iaitu 300 tahun atau 309 tahun), mereka dibangunkan. Ketika mereka bangun mereka sendiri tidak menyedari bahawa mereka tidur dalam jangka masa yang amat lama. Mereka menyangka mereka hanya tidur dalam masa sehari atau separuh hari sahaja.“Berkatalah salah seorang di antara mereka: “Sudah berapa lamakah kamu berada (di sini?)”.

Mereka menjawab: “Kita berada (di sini) sehari atau setengah hari….”. (al-Kahfi: 19)
Sebaik bangun dari tidur mereka, mereka terasa lapar. Maka sebahagian dari mereka mencadangkan agar dihantar seorang wakil untuk ke Bandar bagi mencari sesuatu untuk di makanan. Akhirnya mereka memilih Tamlikha untuk ke kota Afsus. Kebetulan semasa mereka melarikan diri dulu mereka membawa bersama bekalan wang perak.

Firman Allah menceritakan cadangan sebahagian dari mereka itu;

“Maka suruhlah salah seorang di antara kamu pergi ke kota dengan membawa uang perak kamu ini, dan hendaklah dia lihat manakah makanan yang paling baik (yakni yang bersih dan halal), maka hendaklah dia membawa makanan itu untuk kamu, dan hendaklah dia berlaku lemah lembut dan janganlah sekali-kali menceritakan hal kamu kepada seseorangpun.

Sesungguhnya jika mereka dapat mengetahui tempatmu, niscaya mereka akan melempar kamu dengan batu, atau memaksamu kembali kepada agama mereka, dan jika demikian niscaya kamu tidak akan beruntung selama-lamanya”. (al-Kahfi: 19-20)

Lihatlah betapa bersihnya hati dan akhlak mereka. Walaupun dalam keadaan yang gawat dan susah serta kelaparan, tetapi mereka masih berpesan kepada sahabat mereka yang ditugaskan ke kota mencari makanan itu supaya mencari dan memilih makanan yang bersih dan halal. Ini menandakan bahawa mereka adalah pemuda-pemuda yang bertakwa kepada Allah.

Di dalam al-Quran, Allah memerintahkan kita supaya bertakwa kepadaNya sedaya yang kita mampu, dalam keadaan mana sekalipun, sama ada senang atau susah.

FirmanNya; “Maka bertakwalah kamu kepada Allah menurut kesanggupanmu dan dengarlah serta ta`atlah; dan nafkahkanlah nafkah yang baik untuk dirimu”. (at-Taghabun: 16)

Walaupun Allah menceritakan dalam ayat tadi bahawa pemuda-pemuda amat berhati-hati dan berjaga-jaga agar jangan diketahui orang lain–kerana mereka menyangka raja yang memerintah negeri masih raja yang dulu dan kafir kepada Allah, namun Allah telah mentakdirkan supaya berita tentang mereka diketahui oleh hamba-hambaNya yang lain bagi menunjukan kekuasaan dan kehebatanNya.

Kebetulan semasa pemuda-pemuda ashabul kahfi ini dibangkitkan Allah setelah tidur 300 tahun lamanya, suasana negeri telah banyak berubah.

Raja dan pemerintah negeri merupakan orang yang beriman kepada Allah. Begitu juga dengan kebanyakan rakyatnya.Namun masih terdapat segelintir rakyat dalam negeri itu yang masih ragu-ragu tentang kebenaran kiamat; mereka masih ragu-ragu; bagaimana Allah boleh menghidupkan orang yang telah mati? Apatah lagi yang telah beribu bahkan berjuta tahun lamanya dimakan tanah. Maka bertepatanlah masanya Allah membangkitkan ashabul kahfi pada zaman tersebut dan menzahirkan kekuasaanNya kepada hamba-hambaNya yang masih ragu-ragu lagi.

“Dan demikianlah Kami dedahkan hal mereka kepada orang ramai supaya mereka mengetahui bahwa janji Allah menghidupkan orang mati adalah benar, dan bahwa kedatangan hari kiamat tidak ada keraguan padanya”. (al-Kahfi: 21)

Allah mendedahkan perihal pemuda-pemuda ashabul kahfi itu semasa wakil mereka itu datang ke kota hendak membeli makanan. Ia merasa hairan melihat keadaan kota dan penduduknya berubah sama sekali. Penduduk kota pula merasa hairan melihat keadaan wakil itu dan mereka semakin syak apabila mereka melihat wang perak yang dibawanya ialah wang zaman dahulu yang sudah tidak laku lagi.

Ia dituduh menjumpai harta karun lalu dibawa mengadap raja yang beriman dan mengambil berat hal agama.

Setelah mendengar kisahnya, raja dan orang-orangnya berangkat ke gua ashabul kahfi bersama wakil itu, lalu berjumpa dengan pemuda-pemuda itu sekeliannya dan mendengar kisah mereka.

Sejurus kemudian pemuda-pemuda itu pun dimatikan Allah sesudah memberi ucapan selamat tinggal kepada raja yang beriman itu dan orang-orangnya. Raja mencadangkan supaya sebuah masjid didirikan di sisi gua itu. Sementara itu ada yang mencadangkan supaya mendirikan sebuah bangunan atau tugu sebagai kenangan.

Hal ini diceritakan Allah dengan firmanNya;
“Setelah itu maka (sebahagian dari mereka) berkata: “Dirikanlah sebuah bangunan di sisi (gua) mereka, Allah jualah yang mengetahui akan hal ehwal mereka”. Orang-orang yang berkuasa atas urusan mereka (yakni pihak raja) pula berkata: “Sesungguhnya kami hendak membina sebuah masjid di sisi gua mereka”. (al-Kahfi: 21)

Kes Hafizul: Peringatan dan pengajaran