Sabtu, 23 Julai 2022
Wartawan Israel laknatullah seludup masuk Mekah
Polis Saudi mengumumkan penahanan seorang warganegara Mekah selepas dia didakwa memudahkan ketibaan seorang wartawan Israel-Amerika laknatullah ke Mekah, tapak suci umat Islam dan di mana hanya orang Islam dibenarkan masuk. Agensi Akhbar Saudi melaporkan bahawa Polis Mekah, "Seorang warganegara telah merujuk kepada Pendakwa Raya, yang terlibat dalam memudahkan kemasukan seorang wartawan (bukan Islam) yang memegang kerakyatan Amerika Syarikat dengan melalui jalan yang dikhaskan untuk orang Islam dalam pelanggaran jelas undang-undang yang melarang masuk ke Mekah bagi orang bukan Islam." Mereka memberi amaran, "Sesiapa yang datang ke tanah suci mesti menghormati undang-undang, terutamanya berkaitan dengan dua Masjid Suci dan tapak suci dan bahawa sebarang pelanggaran seperti ini dianggap sebagai jenayah yang tidak akan diterima dan hukuman akan dikenakan kepada pelakunya berdasarkan peraturan yang berkaitan." Ahad lalu, saluran berita Israel 13 laknatullah menyiarkan laporan oleh Gil Tamari, koresponden hal ehwal luar negerinya, yang berkata, beliau adalah orang pertama yang melengkapkan laporan berita dalam bahasa Ibrani di tapak suci umat Islam. Pada awal laporannya yang disiarkan saluran itu, Tamari mengakui dia telah menyusup masuk ke Makkah tanpa kebenaran pihak berkuasa Saudi. Dia berkata: "Kota ini ditutup kepada orang bukan Islam, dan tidak mungkin untuk memasukinya." Tambahnya, pemandu yang membawanya ke sana tidak menyedari bahawa dia adalah warga Israel laknatullah kerana mereka hanya bercakap dalam bahasa Inggeris. - Sumber: Middle East Monitor
Jumaat, 22 Julai 2022
Setengah juta tandatangan petisyen desak Israel laknatullah bebaskan Ahmad Manasra
Setengah juta orang telah menandatangani petisyen change.org yang menyeru kerajaan penjajahan Israel laknatullah supaya membebaskan seorang anak muda Palestin, Ahmad Manasra tanpa syarat. Pemuda berusia 20 tahun itu telah ditahan di penjara Israel laknatullah sejak berusia tiga belas tahun. Dia telah ditahan dalam kurungan bersendirian di Pusat Tahanan Eshel sejak lapan bulan lalu. Menurut peguam Khaled Zabarka, keputusan untuk melanjutkan pengasingan kini akan dibuat pada 16 Ogos atas permintaan pihak berkuasa pendakwaan Israel Laknatullah. Dalam pada itu, dia akan terus ditahan dalam kurungan bersendirian sehingga menjejaskan kesihatan mental dan fizikalnya. Jawatankuasa Kesihatan Mental Palestin telah menyeru semua rakan sekerja antarabangsa untuk menuntut pembebasan Ahmad Manasra. Jawatankuasa itu juga telah menghubungi Kongres AS untuk menggesa mereka mengusahakan pembebasan Ahmad Manasra dengan memberi tekanan kepada negara 'Israel’ laknatullah. Baru-baru ini, sebuah jawatankuasa khas di Israel memutuskan untuk mengklasifikasikan kes Ahmad Manasra di bawah "undang-undang keganasan", yang menjadikannya lebih sukar untuk dipertimbangkan. - Sumber: Middle East Monitor
Khamis, 7 Julai 2022
Pembunuh Ali Harb dibebaskan Mahkamah Israel Laknatullah
Mahkamah Israel laknatullah telah membebaskanseorang warganya yang telah membunuh rakyat Palestin, ‘Ali Harb pada akhir bulan lalu di Salfit yang terletak di Tebing Barat.
Menurut laporan yang diterima oleh saluran rasmi media Israel laknatullah, pihak berkuasa laknatullah itu berhasrat untuk tidak mendakwa warganya atas tuduhan pembunuhan itu. Laporan itu turut menambah, warga Israel laknatullah tersebut hanya boleh didakwa atas kecuaian mengakibatkan kematian atau ‘pembunuhan melulu’ dengan hukuman maksimum 12 tahun penjara.
Warga Israel laknatullah itu telah menikam tepat pada jantung ‘Ali Harb yang mengakibatkan kematiannya di perkampungan Iskaka, timur Salfit. Sumber: PALM Strategic
Selasa, 5 Julai 2022
Buat pengetahuan semua, perang Al Asfim Ma'kul merupakan perang yang berlaku pada 8 Julai 2014. Al Asfim Ma'kul adalah nama operasi yang dilancarkan Briged Izzuddin Al Qassam pada waktu itu. Operasi ini dilancarkan bagi membalas serangan Israel laknatullah yang melancarkan Operasi Protective Edge. Segalanya bermula apabila tiga penduduk Israel laknatullah menculik, mendera dan membakar hidup-hidup seorang kanak-kanak Palestin! Nauzubillah min zalik. Kanak-kanak Palestin tersebut bernama Mohammed Abu Khedir (dalam gambar).
Dua beradik tinggal sendirian, bapa ibu ditangkap tentera zionis laknatullah
Dua beradik Palestin ini, Natalie dan Naya perlu menguruskan kehidupan mereka sendiri sekarang apabila bapa mereka, Nedal Abu Ghalmi ditangkap malam tadi ketika serbuan tentera Israel laknatullah di rumah mereka di Nablus utara Tebing Barat. Ibu mereka juga, telah berada dalam tahanan Israel laknatullah selama dua minggu. - Sumber: Quds News Network
Jumaat, 1 Julai 2022
Kisah benar anggota tentera angkut keluar mayat anggota Pasukan Polis Hutan (PPH)
Bekas anggota tentera dari Unit Angkut/Pengangkutan yang terlibat dalam operasi mengangkut keluar mayat anggota Pasukan Polis Hutan (PPH) - kini dikenali sebagai Pasukan Gerak Am (PGA) yang telah diserang hendap oleh pengganas komunis di Kawasan Air Panas Gerik Perak. Ikuti rentetan beliau dengan pengalaman tersebut.
Kejadian ini berlaku pada tahun 1972, di mana sebanyak lima trak pengangkutan telah membawa anggota PPH dari Kem PPH Ulu Kinta ke Kem PPH Air Panas, Gerik. Kejadian ini berlaku pada waktu pagi, di mana trak pengangkut terakhir konvoi tersebut telah diserang hendap oleh pengganas komunis. Seramai 12 anggota PPH telah terkorban dalam serangan hendap tersebut.
“Pakcik telah ditugaskan untuk mengangkut mayat-mayat tersebut dibawa keluar dari kawasan serangan, di mana pakcik sendiri telah melihat mayat-mayat berkenaan bergelimpangan dibunuh dengan kejam tanpa perikemanusiaan. Perasaan pakcik pada ketika itu bercampur-campur, takut ada sedih pun ada.”
“Dalam kejadian tersebut kalau tak silap pakcik cuma seorang sahaja yang terselamat itupun cedera di tembak. Pakcik sempat melawat anggota PPH yang terselamat itu di hospital dan pakcik juga sempat bertanya pengalaman beliau. Beliau berkata, mereka telah diserang hendap melalui tiga bukit dengan kekuatan pengganas lebih kurang 30 orang.”
“Pada zaman pakcik dulu memang banyak komunis ni, tak kurang juga dengan tali barut komunis yang terdiri daripada orang-orang Melayu sendiri.” - Nukilan Bekas Tentera
Komen penulis: Dapat kat kerajaan Pakatan Harapan (PH), nak beri anugerah, nak adakan majlis memperingati kepada pengganas komunis. Melayu-melayu bodoh dalam PH - itulah tali barut masa zaman komunis - pula sokong dan sepakat minta anugerah atau majlis itu diadakan besar-besaran.
Langgan:
Catatan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...