Jumaat, 1 Julai 2022
Kisah benar anggota tentera angkut keluar mayat anggota Pasukan Polis Hutan (PPH)
Bekas anggota tentera dari Unit Angkut/Pengangkutan yang terlibat dalam operasi mengangkut keluar mayat anggota Pasukan Polis Hutan (PPH) - kini dikenali sebagai Pasukan Gerak Am (PGA) yang telah diserang hendap oleh pengganas komunis di Kawasan Air Panas Gerik Perak. Ikuti rentetan beliau dengan pengalaman tersebut.
Kejadian ini berlaku pada tahun 1972, di mana sebanyak lima trak pengangkutan telah membawa anggota PPH dari Kem PPH Ulu Kinta ke Kem PPH Air Panas, Gerik. Kejadian ini berlaku pada waktu pagi, di mana trak pengangkut terakhir konvoi tersebut telah diserang hendap oleh pengganas komunis. Seramai 12 anggota PPH telah terkorban dalam serangan hendap tersebut.
“Pakcik telah ditugaskan untuk mengangkut mayat-mayat tersebut dibawa keluar dari kawasan serangan, di mana pakcik sendiri telah melihat mayat-mayat berkenaan bergelimpangan dibunuh dengan kejam tanpa perikemanusiaan. Perasaan pakcik pada ketika itu bercampur-campur, takut ada sedih pun ada.”
“Dalam kejadian tersebut kalau tak silap pakcik cuma seorang sahaja yang terselamat itupun cedera di tembak. Pakcik sempat melawat anggota PPH yang terselamat itu di hospital dan pakcik juga sempat bertanya pengalaman beliau. Beliau berkata, mereka telah diserang hendap melalui tiga bukit dengan kekuatan pengganas lebih kurang 30 orang.”
“Pada zaman pakcik dulu memang banyak komunis ni, tak kurang juga dengan tali barut komunis yang terdiri daripada orang-orang Melayu sendiri.” - Nukilan Bekas Tentera
Komen penulis: Dapat kat kerajaan Pakatan Harapan (PH), nak beri anugerah, nak adakan majlis memperingati kepada pengganas komunis. Melayu-melayu bodoh dalam PH - itulah tali barut masa zaman komunis - pula sokong dan sepakat minta anugerah atau majlis itu diadakan besar-besaran.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
LAHAD DATU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan