Jumaat, 22 Julai 2022
Setengah juta tandatangan petisyen desak Israel laknatullah bebaskan Ahmad Manasra
Setengah juta orang telah menandatangani petisyen change.org yang menyeru kerajaan penjajahan Israel laknatullah supaya membebaskan seorang anak muda Palestin, Ahmad Manasra tanpa syarat. Pemuda berusia 20 tahun itu telah ditahan di penjara Israel laknatullah sejak berusia tiga belas tahun. Dia telah ditahan dalam kurungan bersendirian di Pusat Tahanan Eshel sejak lapan bulan lalu. Menurut peguam Khaled Zabarka, keputusan untuk melanjutkan pengasingan kini akan dibuat pada 16 Ogos atas permintaan pihak berkuasa pendakwaan Israel Laknatullah. Dalam pada itu, dia akan terus ditahan dalam kurungan bersendirian sehingga menjejaskan kesihatan mental dan fizikalnya. Jawatankuasa Kesihatan Mental Palestin telah menyeru semua rakan sekerja antarabangsa untuk menuntut pembebasan Ahmad Manasra. Jawatankuasa itu juga telah menghubungi Kongres AS untuk menggesa mereka mengusahakan pembebasan Ahmad Manasra dengan memberi tekanan kepada negara 'Israel’ laknatullah. Baru-baru ini, sebuah jawatankuasa khas di Israel memutuskan untuk mengklasifikasikan kes Ahmad Manasra di bawah "undang-undang keganasan", yang menjadikannya lebih sukar untuk dipertimbangkan. - Sumber: Middle East Monitor
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
LAHAD DATU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan