Isnin, 28 Mac 2022

Fatima Shbair foto jurnalis Palestin

Fatima Shbair dilahirkan pada tahun 1997, seorang foto jurnalis Palestin yang berpangkalan di Gaza. Dia seorang jurugambar dan mempunyai minat dalam mendokumentasikan cerita, budaya dan isu sosial orang ramai. Selepas belajar Pentadbiran Perniagaan selama tiga tahun di Universiti Al-Azhar di Gaza, Shbair beralih kepada Pengajian Kewartawanan dan mula menumpukan perhatian kepada Foto Jurnalis pada 2019 melalui pengajian bebas dan bekerja di lapangan. Pada 2020, Shbair mula menerima tugasan daripada beberapa agensi antarabangsa, termasuk Getty Images dan The New York Times, untuk membuat liputan di kampung halamannya ketika perang antara Israel dan Palestin. Shbair kini merupakan penyumbang kepada Everyday Middle East dan meneruskan kerjayanya dengan Getty Images. Karya beliau telah dipamerkan di Palestin, UAE, London, dan Paris. - Sumber: Quds News Network

Khamis, 24 Mac 2022

Berita gembira: 4 warga Israel terbunuh

Empat warga Israel terbunuh dan yang lain cedera dalam kejadian serangan melibatkan tikaman di Be’er Sheva, Negev. Pemuda Palestin bernama Muhammad Abu al-Qiaan yang menyerang warga Israel itu, bagaimanapun syahid akibat ditembak polis Israel. Serangan tersebut adalah sebagai tindak balas terhadap pelanggaran tentera Israel di Negev. Al-Fatihah untuk roh Muhammad Abu al-Qiaan. - Sumber: PALM Strategic

Selasa, 22 Mac 2022

22 Mac tarikh memperingati kematian tokoh Islam digeruni zionis

Tarikh 22 Mac ini adalah antara tarikh yang semestinya diingati oleh semua pendokong perjuangan pembebasan Palestin. Tarikh ini adalah tarikh pembunuhan Syeikh Ahmad Yassin, tokoh yang memberikan inspirasi perjuangan melawan Zionis walaupun beliau hanya berkerusi roda! Tokoh yang digeruni musuh ini dibedil dengan tembakan roket dari helikopter musuh saat keluar dari masjid berhampiran rumahnya. Pendiri HAMAS ini dan sosok yang lama mendekam di dalam penjara zionis ini cukup terkenal dengan sifat warak, berani dan lantang terhadap musuh. - InfoCGM

Muhammad Shaaban hilang penglihatan

Kanak-kanak Palestin, Muhammad Shaaban berumur 8 tahun hilang penglihatannya selepas peluru berpandu meletup di hadapannya ketika perang di Gaza tahun lepas. Muhammad kembali ke Semenanjung Gaza dari Mesir selepas percubaan untuk menyelamatkan matanya, tetapi malangnya doktor tidak dapat merawatnya kerana atrofi otot yang teruk. - Gambar Mohammed Zaanoun

Musim bunga sudah tiba!

Seorang petani Palestin menanam pokok sakura di ladang pertanian Beit Hanoun di utara Semenanjung Gaza berhampiran sempadan Israel. Cantik sungguh! Siapa baru tahu dekat Palestin ada bunga sakura? - Gambar Majdi Fathi

Selasa, 8 Mac 2022

Fasa Peralihan ke Endemik - PM

A. FASA ‘PERALIHAN KE ENDEMIK’ 1. Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, jumlah kes harian COVID-19 meningkat secara mendadak akibat gelombang Omicron. Walaubagaimanapun, jumlah yang dikategorikan sebagai pesakit Kategori 3, 4 dan 5 amat rendah iaitu 0.7 peratus. Jumlah pesakit COVID-19 yang perlu mendapatkan rawatan serta pemantauan di Unit Rawatan Rapi (ICU) juga terkawal buat masa ini iaitu pada kadar 42 peratus. 2. Pada masa yang sama, sebahagian besar ahli Keluarga Malaysia telah menerima vaksinasi lengkap serta dos penggalak menerusi program-program vaksinasi khususnya Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), PICK Remaja dan PICKids. Sehingga 7 Mac 2022, kadar vaksinasi lengkap bagi populasi dewasa di dalam negara ialah 98.7 peratus; manakala kadar vaksinasi dos penggalak bagi populasi dewasa ialah 64 peratus. 3. Secara keseluruhannya, perancangan pembukaan semula negara secara selamat dan berperingkat atau ReopeningSafely yang sedang diusahakan Kerajaan terutama menerusi Menteri Kuartet iaitu Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato’ Seri Hishammuddin Hussein; Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin; Menteri Kewangan, YB Tengku Zafrul; serta Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa masih berjalan dengan lancar. 4. Sehubungan dengan itu, setelah mengambil kira pelbagai faktor, melakukan penilaian risiko, mendapatkan pandangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta meneliti syor daripada Menteri Kuartet, hari ini saya ingin mengumumkan bahawa negara akan memasuki Fasa ‘Peralihan Ke Endemik’ bermula 1 April 2022. 5. Penting untuk saya maklumkan, Fasa ‘Peralihan Ke Endemik’ ini merupakan exit strategy untuk membolehkan kita semua kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas hampir dua tahun berperang dengan COVID-19. Fasa ini juga merupakan fasa sementara sebelum negara beralih ke Fasa Endemik yang mana ia tertakluk kepada pengumuman yang hanya boleh dibuat oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO). 6. Bermula 1 April 2022: i. Pemakaian pelitup muka di tempat-tempat awam masih wajib dipatuhi oleh setiap individu. ii. Had waktu beroperasi bagi premis perniagaan dimansuhkan. Pemilik premis dibolehkan melaksanakan waktu operasi premis masing-masing mengikut syarat lesen operasi premis. Ini bermakna anda semua bolehlah makan di kedai makan selepas jam 12 tengah malam, terutamanya dengan bulan Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi. Bolehlah bersahur di luar. iii. Pendaftaran kemasukan menggunakan MySejahtera masih diwajibkan dan hanya dikecualikan untuk kawasan terbuka, tidak sesak dan tiada perhimpunan orang ramai. Tambahan juga, MYSJTrace diwajibkan untuk tempat tertutup yang dipenuhi tetamu/pengunjung. iv. Aktiviti solat Jemaah di masjid/surau atau upacara sembahyang di rumah ibadat selain Islam boleh dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal. Walaubagaimanapun, pelaksanaan dan SOP akhir untuk masjid/surau tertakluk kepada ketetapan Pihak Berkuasa Agama Negeri dan untuk Rumah Ibadat Selain Islam tertakluk kepada Kementerian Perpaduan Malaysia/Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR). v. Keperluan vaksinasi: • Had kapasiti pekerja yang sebelum ini bergantung kepada liputan vaksinasi dimansuhkan. • Semua individu dibenarkan merentas negeri tanpa mengira status vaksinasi mereka. 7. Sebelum ini, terdapat had kapasiti 50 peratus untuk aktiviti yang melibatkan perkumpulan ramai. Dengan pengumuman peralihan ke endemik, had tersebut akan dimansuhkan secara menyeluruh.Tiada lagi had kapasiti 50%. Namun, penjarakan fizikal sangat penting dan masih digalakkan. B. PEMBUKAAN SEMPADAN NEGARA 8. Seperti dimaklumkan tadi, tonggak keenam Fasa ‘Peralihan Ke Endemik’ ialah pembukaan sempadan negara. Justeru, selari dengan perancangan memasuki Fasa berkenaan pada 1 April 2022, Kerajaan telah memutuskan supaya sempadan negara turut dibuka semula pada 1 April ini. 9. Saya percaya, ini antara pengumuman besar yang paling dinanti-nantikan oleh rakyat. Pengumuman ini juga akan merancakkan semula ekonomi negara secara keseluruhan khususnya industri pelancongan yang terjejas teruk akibat pandemik. 10. Keputusan ini dibuat bersandarkan kepada tiga perkara asas iaitu: a. Pertama, ia berpandukan sains dan fakta terkini berkaitan COVID-19 b. Kedua, membandingkan keperluan pembukaan sempadan di negaranegara lain c. Ketiga, memberi keselesaan kepada pengembara dan tidak merumitkan perjalanan mereka. Paling penting, Malaysia sekarang adalah destinasi terbuka dan boleh dikunjungi semua. 11. Dengan pembukaan semula sempadan negara ini, rakyat Malaysia yang mempunyai dokumen perjalanan yang sah kini boleh keluar masuk negara seperti biasa serta dibenarkan untuk pergi ke mana-mana negara yang turut membuka pintu sempadannya kepada pengembara luar. Dalam masa yang sama, rakyat negara luar dengan dokumen perjalanan yang sah juga boleh melakukan pergerakan keluar masuk ke Malaysia tanpa perlu lagi memohon MyTravelPass yang akan dimansuhkan. Sebaliknya, hanya perlu muat turun dan mengaktifkan aplikasi MySejahtera serta melengkapkan Pre-Departure Form melalui fungsi “Traveller” dalam MySejahtera. 12. Walaubagaimanapun, mengambil kira situasi penularan COVID-19 terutama gelombang Omicron yang masih melanda negara kita dan kebanyakkan negara di seluruh dunia, terdapat beberapa prosedur yang wajib dipatuhi sama ada rakyat Malaysia sendiri mahupun pengembara luar yang ingin masuk ke Malaysia. 13. Bagi yang telah menerima vaksinasi lengkap, tiada keperluan untuk menjalani sebarang tempoh kuarantin dan hanya perlu melalui ujian pengesanan COVID-19 RT-PCR dua hari sebelum berlepas serta ujian RTK-Ag (profesional) dalam tempoh 24 jam selepas ketibaan. 14. Bagi status vaksinasi lain seperti tidak menerima vaksin atas sebab perubatan dan tidak menerima sebarang vaksinasi, Menteri Kesihatan akan memperincikan prosedurnya untuk makluman umum esok. 15. Kementerian yang berkaitan juga akan mengeluarkan senarai SOP pembukaan sempadan negara ini secara lebih terperinci dalam waktu terdekat terutama berhubung prosedur di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) di darat dan laut. 16. Dalam pada itu, saya juga ingin memaklumkan, bagi negara yang masih menutup pintu sempadannya, rakyat masih boleh memanfaatkan kaedah Vaccinated Travel Lane (VTL) yang telah dipersetujui Kerajaan Malaysia dengan negara-negara yang terbabit. 17. Seperti ramai sedia maklum, buat masa ini VTL telah dimanfaatkan dengan Singapura sejak tahun lalu. Dalam masa terdekat pula, seperti saya umumkan baru-baru ini, VTL turut bakal dimanfaatkan untuk melaksanakan pergerakan keluar masuk antara Malaysia-Thailand, Malaysia-Brunei dan Malaysia-Indonesia. 18. Diharapkan rakyat yang ingin memanfaatkan pembukaan sempadan negara dapat melaksanakannya mengikut garis panduan yang ditetapkan demi keselamatan diri, orang sekeliling serta negara secara keseluruhannya. 19. Bagi pihak Kerajaan, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh ahli Keluarga Malaysia yang cekal, tabah, kuat semangat dan berdisiplin dalam mematuhi SOP serta menyokong setiap inisiatif Kerajaan dalam memerangi COVID-19. Tanpa sumbangan Keluarga Malaysia, negara tidak akan boleh beralih ke Fasa ‘Peralihan Ke Endemik’. 20. Saya juga berterima kasih kepada semua Menteri Kuartet COVID-19 yang diketuai YB Dato’ Seri Hishammuddin Hussein atas usaha keras mereka demi memastikan usaha negara untuk Reopening Safely khususnya untuk melangkah ke Fasa ‘Peralihan Ke Endemik’ ini dapat dilaksanakan mengikut perancangan. Perincian fasa peralihan ke endemik dan pembukaan sempadan akan dimaklumkan oleh menteri-menteri kuartet dalam masa terdekat. 21. Tidak lupa juga kepada semua Menteri dan setiap Kementerian, Menteri-Menteri Besar dan Kerajaan Negeri yang telah memainkan peranan dengan sangat baik dalam usaha menjayakan setiap strategi Kerajaan demi memerangi COVID-19. YAB DATO’ SRI ISMAIL SABRI YAAKOB PERDANA MENTERI MALAYSIA 8 MAC 2022

Khamis, 3 Mac 2022

Kementerian Luar Negeri dan Jabatan Peguam Negara jawab keputusan prosiding timbang tara di Paris

Penerangan gambar ini adalah sepeti berikut:- Yang Maha Mulia Diraja Sri Paduka Maulana Al Sultan Mohamet Jamal Al Alam bin Sri Paduka Al Marhum Sultan Mohamet Fathlon, Sultan Sulu dengan rombongan Diraja kira-kira tahun 1876. Sultan Sulu telah menyerahkan "untuk selamanya dan berkekalan" semua kawasan dari Sungai Pandasan di pantai Utara-Barat ke seluruh pantai Timur sejauh Sungai Sibuco kepada Baron de Overback dan Alfred Dent.

Pihak-pihak yang mendakwa sebagai waris dan successors-in-interest kepada Sultan Jamalul Kiram II (Penuntut) telah membuat satu tuntutan terhadap kerajaan Malaysia melalui satu prosiding timbang tara antarabangsa di Madrid, Sepanyol. 

Tuntutan tersebut berbangkit daripada perjanjian-perjanjian yang telah dimeterai pada tahun 1878 antara Sultan Mohamet Jamal Al Alam, Sultan Sulu pada masa itu dengan Baron de Overbeck dan Alfred Dent (Perjanjian 1878), di mana Sultan Sulu menyerahkan buat selama-lamanya wilayahnya di Borneo Utara, yang kini merupakan sebahagian daripada Sabah, Malaysia.

Sebagai balasan (token), Sultan Sulu serta warisnya diberikan wang serahan sebanyak RM5,300 setiap tahun.

Susulan daripada serangan bersenjata di Lahad Datu, bayaran wang serahan tersebut telah dihentikan pada tahun 2013.

Kerajaan Malaysia tidak mengiktiraf tuntutan tersebut dan tidak mengambil bahagian dalam prosiding timbang tara yang dikatakan itu kerana Malaysia sentiasa menegakkan dan tidak pernah mengetepikan kekebalan kedaulatannya sebagai sebuah negara berdaulat.

Tambahan pula, hal perkara dalam tuntutan tersebut bukan bersifat komersial dan tidak boleh dibawa ke prosiding timbang tara serta Perjanjian 1878 juga tidak mengandungi apa-apa peruntukan timbang tara.

Kerajaan Malaysia juga ingin menekankan bahawa identiti penuntut diragui dan belum disahkan.

Pada 14 Januari 2020, Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak (Mahkamah Tinggi Sabah), yang bersidang di Kota Kinabalu telah membuat keputusan yang tidak memihak kepada penuntut dengan memutuskan bahawa Perjanjian 1878 tidak mengandungi apa-apa peruntukan timbang tara.

Malaysia tidak pernah mengetepikan kekebalan kedaulatannya, penimbang tara tidak mempunyai bidang kuasa untuk menyelesaikan perkara yang dibangkitkan dan Mahkamah Tinggi Sabah merupakan forum yang neutral dan teratur untuk memutuskan apa-apa tuntutan berkenaan dengan Perjanjian 1878 tersebut.

Kerajaan Malaysia telah memfailkan permohonan untuk mengiktiraf dan menguatkuasakan keputusan Mahkamah Tinggi Sabah tersebut di Mahkamah Tinggi Madrid di Sepanyol. 

Bagaimanapun, permohonan tersebut belum didengar.

Pada 29 Jun 2021, berdasarkan permohonan kerajaan Malaysia, Mahkamah Tinggi di Madrid, Sepanyol telah memutuskan bahawa serahan notis di bawah prosiding pelantikan penimbang tara bagi maksud tuntutan tersebut tidak diserahkan dengan teratur kepada Malaysia selaras dengan peraturan-peraturan antarabangsa dan undang-undang Sepanyol (Keputusan Pembatalan).

Ia juga tidak selaras dengan keputusan-keputusan kes sebelum ini di bawah Mahkamah Tinggi Madrid bagi maksud proses serahan kepada negara berdaulat.

Akibat daripada Keputusan Pembatalan tersebut, Dr. Stampa bukan lagi seorang penimbang tara dalam prosiding timbang tara tersebut dan oleh itu, semua keputusan Dr. Stampa, termasuk Final Award, adalah tidak sah dan terbatal.

Kerajaan Malaysia menolak sepenuhnya Final Award bertarikh 28 Februari 2022, yang telah dikeluarkan oleh Dr. Stampa.

Walau apa pun Keputusan Pembatalan oleh Mahkamah Tinggi Madrid, Penuntut, dalam cubaan mereka untuk memintas keputusan ini tanpa pengetahuan Kerajaan Malaysia, telah memperoleh perintah ex parte dari Tribunal de Grande Instance di Paris, Perancis (“Perintah Exequatur”) untuk mengiktiraf Partial Award on Jurisdiction yang dikeluarkan oleh Dr. Stampa pada 25 Mei 2020 (yang telah dibatalkan akibat Keputusan Pembatalan).

Berdasarkan Perintah Exequatur, Dr. Stampa telah menukar tempat timbang tara ke Paris, Perancis untuk mengeluarkan Final Award.

Berikutan daripada tindakan Penuntut, kerajaan Malaysia telah memfailkan satu rayuan terhadap Perintah Exequatur tersebut di Mahkamah di Perancis, di mana kerajaan Malaysia telah berjaya memperoleh Perintah ex parte bertarikh 16 Disember 2021 (Perintah Penggantungan) daripada First President of the Paris Court of Appeal yang menggantung pelaksanaan Perintah Exequatur di Perancis dan menghalang Penuntut daripada bergantung kepada Perintah Exequatur tersebut.

Bertentangan dan bercanggahan dengan Perintah Penggantungan tersebut, Penuntut mengekalkan kedudukan dan pendirian bahawa Perintah Exequatur tersebut berkuat kuasa dan Final Award hendaklah dikeluarkan di tempat timbang tara di Paris, Perancis.

Dr. Stampa bersetuju dengan permohonan Penuntut dengan tidak mengendahkan kesan penggantungan Perintah Exequatur.

Justeru, kesannya adalah Final Award yang dikeluarkan oleh Dr. Stampa pada 28 Februari 2022 bukan sahaja mencabuli kekebalan kedaulatan Malaysia, malah juga tidak mempedulikan keputusan-keputusan mahkamah di Madrid dan Paris.

Kerajaan Malaysia dengan tegasnya membantah Final Award dan mengekalkan pendiriannya untuk tidak mengiktiraf kesemua tindakan yang telah diambil oleh Dr. Stampa dalam prosiding timbang tara yang dikatakan itu serta semua keputusannya yang mana adalah tidak sah dari segi undang-undang.

Dalam hal ini, pihak Pendakwa Raya Sepanyol telah memfailkan suatu aduan jenayah terhadap Dr. Stampa bagi kesalahan menghina mahkamah yang serius dan gangguan profesional (profesional intrusiveness). Mahkamah Jenayah N.40 di Madrid kemudiannya telah memulakan suatu siasatan jenayah berhubung dengan tindakan-tindakan Dr. Stampa yang tidak sah dari segi undang-undang.

Kerajaan Malaysia akan terus mengambil semua langkah yang sewajarnya termasuk tindakan perundangan untuk menamatkan segala Tuntutan tersebut dan memastikan agar kepentingan, kekebalan kedaulatan dan kedaulatan Malaysia sentiasa dilindungi dan terpelihara. - ManzaidiBlogSpot

Kes Hafizul: Peringatan dan pengajaran