Sabtu, 19 Oktober 2013

Kubang Kerian: Muhammad Abdul Ghani menang ketua

KOTA BHARU: Keputusan tidak rasmi pemilihan UMNO Bahagian Kubang Kerian pada Sabtu menyaksikan Datuk Muhammad Abdul Ghani memenangi jawatan Ketua Bahagian dengan menewaskan pencabarnya, Datuk Mohamad Noordin Awang.
Muhammad yang juga bekas Presiden Persatuan Bekas Perajurit Malaysia (PBTM) memperoleh 379 undi mengatasi Mohamad Noordin yang memperoleh 235 undi dengan majoriti sebanyak 144 undi.

Sementara itu, jawatan Timbalan Ketua Umno Bahagian pula telah dimenangi oleh bekas Ketua Pemuda Umno Kelantan, Anuar Safian dengan 301 undi menewaskan Saidi Md. Noor dengan 237 undi dan Arifin Othman yang memperoleh 78 undi.

Bagi jawatan Naib Ketua Umno bahagian pula, Shamshudin Yusoff menang dengan majoriti 106 undi apabila mendapat 322 undi berbanding dua pencabarnya Mohd. Zuki Safi'n, 216 undi dan Ismail Samat dengan 89 undi

Tiada ulasan: