Jumaat, 7 November 2014

Pas Selangor marah pemimpinnya jumpa SIS


Susulan perjumpaan dan perbincangan beberapa pemimpin Pas termasuk dari Selangor dengan Sisters In Islam (SIS) di Damansara Height semalam, menimbulkan kemarahan pucuk pimpinan parti negeri itu.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Iskandar Abdul Samad hari ini, menegaskan tindakan beberapa Ahli Parlimen Pas mempertikaikan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor terhadap SIS berkenaan liberalisme dan pluralisme bukan pendirian parti itu.

Katanya, laporan beberapa media mengatakan kumpulan yang mengadakan perjumpaan dengan SIS itu adalah pimpinan Pas Negeri Selangor adalah tidak benar.

“Terdapat media yang melaporkan, salah seorang dari mereka adalah Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor. Laporan ini sama sekali tidak benar dan Pas Selangor kesal dengan tindakan tidak profesional media tersebut.

Fatwa haram SIS, Pas bercanggah pendapat


Kehadiran dua pemimpin Pas pada perbincangan dengan kepimpinan tertinggi Sisters In Islam (SIS) di Bukit Damansara, Kuala Lumpur petang ini, menimbulkan tanda tanya mengenai pendirian parti berkenaan berhubung pengharaman pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu.

Kelibat dua Ahli Parlimen dari Pas iaitu Abdul Khalid Samad (Shah Alam) dan Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar), secara tidak langsung membelakangkan sokongan Dewan Pemuda Pas Pusat dengan fatwa yang dikeluarkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengharamkan SIS.

Perbincangan yang diadakan secara tertutup dan hanya beberapa wakil media pro-pembangkang sahaja dibenarkan berada dalam bilik itu, dikatakan antara usaha dua pemimpin Pas itu untuk mendapatkan penjelasan mengenai isu fatwa mengharamkan NGO berkenaan.

Hati-hati nak beli belah di Singapura, majoriti peniaganya penipu

Peniaga Vietrnam

SINGAPURA - Pelancong dari negara China diberi peringatan agar berhati-hati apabila membeli barangan elekronik di Singapura berikutan aduan membabitkan peniaga elektronik di negara itu.

Kementerian Luar China memuat naik notis dalam laman web rasminya Rabu lalu menjelaskan terdapat banyak laporan mengenai penipuan terhadap pelancong yang membeli telefon bimbit dan produk elektronik lain.

Ini berlaku selepas laporan media mengenai penipuan peniaga di Sim Lim Square termasuk insiden seorang rakyat China yang dibayar ganti rugi sebanyak SGD1,000 (RM2583) dalam bentuk duit syiling.

Reputasi negatif peniaga di Sim Lim Square juga mendapat perhatian di laman akhbar Vietnam yang mengingatkan rakyatnya agar berhati-hati dengan taktik licik peniaga di Singapura.

Sebelum ini seorang pelancong Vietnam diperdaya dalam urus niaga pembelian iPhone 6 sehingga terpaksa melutut dan menangis untuk meminta ganti rugi.

Bagaimanapun dia hanya diberi ganti rugi sebanyak SGD400 (RM1032) berbanding harga asal yang dibayarnya iaitu SGD950 (RM2454). – Straits Times

Khamis, 6 November 2014

Video Buli ‘Ala Tomoi': Polis kenal pasti samseng singlet hitam

Video Buli

Polis sudah kenal pasti insiden buli diketuai seorang pelajar memakai singlet hitam yang viral di Facebook berlaku di Pontian, empat tahun lalu.


Penolong Ketua Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman Datin Asmawati Ahmad berkata, kejadian dikesan berlaku di sebuah sekolah di Pontian, Johor pada 2010.

“Hasil semakan dengan pihak sekolah, suspek utama sudah dibuang sekolah pada Ogos 2011 ekoran pelbagai masalah disiplin.

“Beberapa suspek dan mangsa lain juga sudah dikenal pasti, bagaimanapun sehingga kini tiada laporan polis diterima daripada mangsa atau keluarga dan pihak turut mengesahkan tiada sebarang aduan dibuat berhubung insiden terbabit,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan, hari ini.

Menurutnya, pihak sekolah mendakwa hanya mengetahui berhubung insiden terbabit selepas klip video mengenainya tersebar dan mendapat liputan meluas.

Pengguna laman sosial mula gempar apabila video buli berdurasi 4 minit dan 37 saat dimuat naik malam Isnin lalu, memaparkan sekumpulan pelajar diketuai remaja memakai singlet hitam memukul sembilan pelajar lain di dalam sebuah bilik asrama.

Profesor pun meniru? Inilah akibatnya kalau tak ada soalan bocor...

Ahli Majlis Profesor Negara, Profesor UMK Dituduh Ciplak Untuk Tesis Phd? Oleh: Zulkifli Mat Rawi

Seorang Profesor dan penganalisis politik terkenal dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK) berhadapan tuduhan plagiat yang serius dalam menyiapkan tesis kedoktoran beliau di sebuah universti di luar negara.

Seorang pensyarah universiti yang sama telah membuat laporan polis pada 1 November lalu di balai polis Bachok.

Video Buli: Mereka Yang Terlibat Telah Ditahan Lokap Dan Buang Asrama

Polis Perlis mengesahkan video klip terbaharu mengenai kes buli yang tersebar melalui laman sosial Facebook sejak pagi ini, sebagai kes lama yang berlaku di negeri ini.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin, ketika dihubungi berkata, kejadian itu berlaku pada Jun lalu di sebuah rumah anak yatim di negeri ini, membabitkan sekumpulan penghuni premis itu yang membuli penghuni junior lain.

"Sebaik tersebar video klip terbabit, kita jalankan siasatan sebelum mendapati ia video klip lama yang berlaku di rumah anak yatim terbabit.

Isnin, 3 November 2014

Khalid Ibrahim ditekan lagi - letak jawatan Ahli Parlimen dan ADUN

 Pemimpin dan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu berhenti mengganggu Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim (TSKI) meneruskan khidmat kepada rakyat sebagai Ahli Parlimen Bandar Tun Razak (BTR) dan ADUN Pelabuhan Klang.

Ini berikutan tohmahan terbaharu ahli PKR Cabang BTR yang nampaknya ghairah mahukan TSKI  melepaskan kerusi Ahli Parlimen BTR. Saya menggesa pimpinan PKR di semua peringkat khususnya di BTR supaya menghentikan sikap rakus dan jahat mereka terhadap TSKI. Tidak cukupkah dengan tohmahan jahat selama ini, diikuti pula dengan pemecatan beliau dari parti hingga membawa kepada TSKI melepaskan jawatan MB Selangor?

Setelah hampir dua bulan disingkirkan, tidak ada satu pertuduhan dan buktipun yang mampu dimajukan sama ada oleh PKR mahaupun pihak berkuasa. Dalil puluhan muka surat yang dahulu kononnya mengandungi salahlaku TSKI kini terus dilupakan setelah TSKI tersingkir, dihina dan diaibkan. Kita masih ingat antara tuduhan ke atas TSKI adalah isu penstrukturan air yang dikatakan mempunyai agenda dengan UMNO serta projek KIDEX yang memberi konsesi kepada peguam UMNO.