Jumaat, 14 November 2014

Siapa Kamu Untuk Persoal ‘Tesis Ciplak’ – Idris Jusoh

Idris Jusoh

Putrajaya – Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh berkata beliau difahamkan bahawa Universiti Malaysia Kelantan (UMK), telahpun memaklumkan kepada pihak Universiti Vienna, Austria dan tidak timbul sebarang isu plagiat seperti yang dilaporkan sebelum ini.


“UMK telah berhubung dengan universiti dimana pensyarah itu belajar dan universiti tersebut tidak mempunyai malsaha untuk mengiktiraf (kajian tesis tersebut).

“Universiti (Viena) faham apa yang berlaku (dan) perkara itu bukan plagiat dan bukan kita untuk menentukan, orang ramai tidak boleh menghukum beliau” katanya kepada pemberita selepas melancarkan fasa pertama lima Pusat Kompetensi ‘Big Data’ di sini Khamis.

Kota Bharu: OKU dibelasah disyaki mencuri


Lelaki OKU, 22, cedera dipukul penduduk kampung di Panji, Pengkalan Chepa 8.30 malam tadi
KOTA BHARU: Hati seorang ibu luluh dan sedih selepas anaknya dipukul oleh orang ramai kerana disyaki mencuri di kampung teluk di sini, malam Rabu.

Noraini Hassan, berkata beliau diberitahu kejadian itu pada pukul 10 malam oleh seorang jirannya dan terkejut kerana anaknya Mohd Shufri Mat Said yang mengalami kecacatan di bahagian kiri termasuk kaki dan tangan dipukul sehingga mendapatkan kecederaan serius.

Isu mak nyah: Hadi minta ahli PAS jangan langgar peraturan parti

Post Pic
 
KUALA LUMPUR:  Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi amaran kepada ahli PAS supaya tidak melanggar dasar dan peraturan parti berhubung isu lelaki berpakaian seperti wanita dan sebaliknya, termasuk berkaitan golongan Mak Nyah.
 
Mereka yang mengambil pendirian bertentangan pendirian parti akan dibawa kepada Jawatankuasa Disiplin, kata Presiden PAS itu.
 
"PAS ada dasar. Saya beri peringatan kepada ahli PAS. Jangan terlajak lebih daripada dasar parti. Kalau terlajak, kita tidak teragak-agak membawa kepada Jawatankuasa Disiplin. Itu saya tegaskan," kata Hadi yang dipetik daripada Harakahdaily.

Isnin, 10 November 2014

Peniaga Singapura aniaya pelanggan, bayar duit guna syiling campak atas lantai

Posted on
MIss Zhou

SINGAPURA - Baru ini rakaman kejadian viral apabila seorang warga Vietnam dilaporkan terpaksa merayu untuk mendapatkan duit balik selepas di tipu oleh peniaga Mobile Air di Sim Lim Square.

Terbaru satu lagi klip video yang memaparkan peniaga yang sama berkelakuan tidak baik terhadap seorang pelancong China dengan memulangkan SG$1010 dalam bentuk 18 kg duit syiling termasuk 1 sen dan 5 sen dan SG$463 wang tunai pada 28 Oktober, baru-baru ini.

Mangsa, Miss Zhou menghabiskan masa 4 jam disitu untuk mengira kesemua duit syiling itu. Selesai mengira, pihak bank pula tidak mahu tukarkannya kepada duit kertas.

Kerana kejadian berkenaan kerajaan China telah memperingatkan rakyatnya supaya berhati-hati apabila membeli barangan elekronik di Singapura berikutan aduan membabitkan peniaga elektronik di negara itu.

Kementerian Luar China memuat naik notis dalam laman web rasminya Rabu lalu menjelaskan terdapat banyak laporan mengenai penipuan terhadap pelancong yang membeli telefon bimbit dan produk elektronik lain.

Saya Tidak Pernah Menipu – Chong Wei

Chong wei sedih

Datuk Lee Chong Wei terkejut selepas menerima surat memaklumkan gagal dalam ujian doping rawak kerana tidak pernah menipu sepanjang aksinya, katanya kepada bekas penulis sukan.

Chong Wei memberitahu kegusaran dan kebimbangannya kepada bekas penulis sukan akhbar Malay Mail Satwant Singh Dhaliwal semasa ujian sampel B dan selepas keputusan tersebut.

"Saya sangat kecewa dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan.

"Saya tidak pernah menipu atau cuba menipu. Perkara ini seperti panahan kilat kepada saya, memusnahkan segala usaha keras saya.

"Saya seorang yang berpegang teguh kepada kerja keras dan usaha untuk mencapai kejayaan dan dakwaan sebegitu membuat saya kelu dan tergamam," katanya kepada Dhaliwal.

Pemain nombor satu dunia itu mengakui sukar menerima keputusan tersebut.

"Lutut saya bergetar dan saya tidak boleh berdiri atau duduk selepas membaca surat memberitahu saya gagal dalam ujian doping," katanya.

Chong Wei melalui ujian doping rawak semasa Kejohanan Dunia di Copenhagen pada 30 Ogos lalu.

Beliau terbang ke Norway untuk menyaksikan sampel B itu dibuka di Oslo pada 5 November.

Awal hari ini, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menerima pengesahan daripada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) yang mengesahkan kewujudan kandungan dexamethasone.

Bagaimanapun, BAM, memetik peraturan BWF, enggan mendedahkan nama pemain badminton tersebut.

Chong Wei berdepan penggantungan dua tahun jika didapati bersalah oleh panel BWF.

Dalam pada itu, beliau berkata isterinya Wong Mew Choo, yang juga bekas pemain badminton wanita negara menasihatkannyasupaya berehat dengan bercuti di luar negara bagi meredakan fikiran dan biar pihak berkuasa menyelesaikan isu tersebut.

"Menteri Belia dan Sukan mengambil tanggungjawab peribadi sepenuhnya dan saya bersyukur beliau membimbing saya dan menasihati bagaimana menangani isu ini," kata Chong Wei

Chong Wei mendedahkan dadah tersebut disuntik ke dalam badannya ada 18 Julai dan tidak mengetahui kesannya akan kekal sehingga Ogos.

"Saya melalui satu daripada ujian dalam pertandingan pada 15 Ogos dan saya bersih. Ia satu misteri mengapa bahan ini masih berada dalam badan saya pada 30 Ogos.

"Saya tidak pernah menipu dan juga bergantung kepada bahan-bahan yang diharamkan," katanya.

Menurut Chong Wei, segala ubat-ubatan, rekod rawatan dan makanan tambahan yang diambilnya dikawal rapi oleh pihak berkuasa perubatan.

Dhaliwal menulis jika Chong Wei digantung selama enam bulan bermakna pemain badminton negara itu akan kehilangan sebanyak 43,000 daripada 97,000 mata dalam ranking dan akan tergelincir ke kedudukan 15 hingga 18 menjelang Mac 2015.

Beliau juga menulis jika perkara tersebut tidak berpihak kepada Chong Wei, misinya untuk beraksi di Road to Rio dalam usaha meraih emas Olimpik pertama Malaysia hanya tinggal angan-angan.

Sabtu, 8 November 2014

Ciplak karya: Pensyarah UMK mengaku buat laporan polis terhadap Prof Abu Hassan

Abu Hassan hasbullah

Seorang pensyarah Univerisiti Malaysia Kelantan (UMK) mengaku membuat laporan polis berhubung ‘karya plagiat’ dalam tesis Phd yang sediakan oleh Dekan Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW) UMK, Prof Dr Abu Hassan Hasbullah.


Beliau turut menjelaskan laporan polis yang dibuat itu setelah melakukan kajian dan yakin dengan dakwaan tersebut.

“Hasil kajian dan penyelidikan, saya yakin seratus peratus tesis yang dilakukan oleh beliau (Prof Abu Hassan) itu merupakan hasil ‘ciplak’ daripada karya orang lain.

“Atas sebab itu saya membuat laporan polis berhubung salah laku tersebut” pensyarah yang enggan mendedahkan identitinya itu ketika dihubungi SuaraTV sebentar tadi.

Menurutnya laporan polis itu dibuat pada 1 November lalu di Balai Polis Bachok, Kelantan.

Dalam laporanya itu, beliau menjelaskan menemui bukti yang menunjukkan tesis Prof Dr Abu Hassan tidak sah untuk penilaian akademik kerana telah ‘diciplak’ dari sebuah buku yang ditulis oleh Viola Shafik bertajuk ‘Arab Cinema History And Cultural Identity’.

Menurutnya lagi Prof Dr Abu HAssan sebelum dilantik sebagai dekan di UMK, pernah bertugas sebagai pensyarah di Universiti Malaya.

Portal SuaraTV sebelum ini mendedahkan mengenai salah laku yang dilakukan oleh seorang profesor dan penganalisis politik terkenal dari UMK yang berdepan dengan tuduhan plagiat ketika menyiapkan tesis kedoktoran di sebuah universti di luar negara.

Sehingga kini SuaraTV gagal menghubungi Prof Dr Abu Hassan bagi mendapatkan maklumbalas berhubung perkara ini dan akan terus mencuba berhubung dengan beliau untuk pengesahan.

Jumaat, 7 November 2014

7 sebab perlu kaya dan berjaya

❇1. Bila ibu bapa anda masih belum MAMPU menunaikan Rukun Islam Kelima iaitu Menunaikan Haji, siapakah yang akan membantu menunaikan hajat dan impian mereka? Tergamakkah kita berkata,  "aku pun tak ade duit"

❇2. Bila ibu bapa anda perlukan duit untuk meneruskan sisa-sisa kehidupan mereka, untuk makan sesuap nasi, seteguk air, siapa yang akan menanggung mereka?
Tergamakkah kita berkata, "aku pun tak cukup makan."

❇3. Bila ibu bapa anda sakit, siapa yang akan uruskan bil-bil klinik, hospital dan kos perubatan mereka? Adakah kita hanya perlu pejamkan mata dan pekakkan telinga? Mereka tidak pernah meminta-minta dari kita kerana mereka sangat memahami keadaan kita, tetapi kita memahamikah keadaan mereka.
Tergamakkah kita berkata, "aku ada banyak hutang nak kena bayar bulan ni."

❇4. Bila ibu bapa anda bersedih kesunyian, tiada anak-anak datang menjenguk... siapa yang akan pulang menjenguk mereka, sedangkan anda asyik sibuk memberi alasan "SIBUK". Kesunyian ibu bapa kita dapatkah kita rasai? Mereka hanya perlukan kita beberapa ketika sahaja sebab mereka sudah merasai tak lama lagi mereka akan berhijrah ke alam kubur yang jauh lebih sunyi.
Tergamakkah kita berkata, "aku bukan tak nak balik, tapi tak dapat cuti."

❇5. Bila ibu bapa anda ditakdirkan meninggal dunia, siapakah yang berada disisinya dan menguruskan jenazahnya? Perhatikan wajah ibu bapa kita buat kali terakhir sebelum kain kapan menutup wajah mereka, adakah wajahnya berada dalam keceriaan atau kesedihan.
Tergamakkah kita berkata, "aku bukan tak nak balik tengok mak bapak aku masa dia sakit tempoh hari, tapi masa tu aku tengah sibuk sangat."

❇6. Bila ibu bapa anda sudah tidak mampu menguruskan diri mereka akibat keuzuran, mampukah anda uruskan? Ibu bapa kita tidak pernah mengeluh ketika mereka membesarkan kita. Mereka akan lakukan yang terbaik untuk memastikan kita mendapat yang terbaik. Biarpun mereka terpaksa berkorban, bertungkus-lumus, bergolok-bergadai, tetapi bila tiba giliran kita dapatkah kita lakukan apa yang seharusnya kita lakukan demi SEORANG ibu/ayah? Benarlah, ibu/bapa boleh menjaga 10 orang anak, tetapi 10 orang anak belum pasti boleh menjaga seorang ibu/ayah.
Tergamakkah kita berkata, "aku sibuk, biarlah adik-beradik aku yang lain uruskan."

❇7. Bila ibu bapa anda meminta duit untuk membeli sesuatu yang mereka hajatkan, bolehkah anda berikan tanpa sebarang alasan? Ketahuilah... walau apapun kita lakukan untuk ibu bapa kita, kita masih belum mampu membalas jasa mereka kerana setitik air susu ibu... setitik keringat ayah... apakah nilainya pada kita? Lupakah kita bagaimana ibu bapa kita membesarkan kita? Boleh kita bayangkan bersama-sama?... Sedarlah saudara/saudari berkhidmatlah untuk kedua ibu bapa kita sementara mereka masih hidup... sedarlah berapa hari lagi kita dapat melihat dan bersama ibu bapa kita kerana pengorbanan mereka sangat sangat besar pada kita...

Buktikan!!! Biarpun 100 orang, 1,000 orang, 10,000 orang nak tengok kita gagal, TETAPI ada dua ORANG YANG BENAR2 NAK TENGOK KITA BERJAYA IAITU IBU BAPA KITA.

Tunjukkanlah kejayaan sebelum mereka menghembuskan nafas dan menutup mata. Buktikan pada mereka bahawa zuriat yang mereka lahirkan ini adalah zuriat yang sangat HEBAT! MAKA MARILAH KITA MENILAI DIRI SENDIRI....

 Al-Fatihah untuk Rasulullah SAW dan para sahabat Baginda, untuk kedua ibu bapa kita, untuk diri kita, isteri kita dan anak-anak kita moga Allah merahmati mereka dan kita semua. Amiin Ya Rabbal A'lamin.