Jumaat, 23 Oktober 2009

Nik Aziz desak PAS adakan Muktamar Khas Luarbiasa



PETALING JAYA: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz mendesak parti itu untuk mengadakan Muktamar Khas Luarbiasa bagi menyelesaikan beberapa isu dalaman parti termasuk kemelut barisan kepimpinan di peringkat pusat.

Beliau berkata melalui muktamar berkenaan memberi peluang kepada perwakilan untuk membuat keputusan yang akan menentukan haluan parti.

"Untuk kali ini, saya dengan kuat merasakan bahawa perlu ada perubahan dalam pemain-pemain penting yang menduduki kerusi kepimpinan PAS diperingkat pusat.

"Kita panggil mesyuarat parti yang tergempar misalnya mungkin dipanggil muktamar khaslah.

"Kalau nak kirakan, kitalah yang sepatut buat dulu demi “tajdid” kita perlu buat Mesyuarat Agong Luarbiasa ini," katanya melalui blog peribadinya www.blogtokguru.com.

Menerusi blog tersebut juga, Menteri Besar Kelantan itu turut mengaitkan mengenai kepimpinan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali.

"Bila Mesyuarat Agong tak mahu tukar Presiden, misalnya maka tidak mengapalah, kita pakat-pakat belalah.

"Begitu juga dengan isu-isu disekitar Hassan atau Mustafa yang tak habis-habis dengan nak bekerjasama PAS dengan Umno ke arah kerajaan Perpaduan atau UG (Unity Government).

"Tenggelam-tenggelam, timbul, kemudian dihidupkan, kemudian dimatikan pula bila nampak orang marah. Apa ni?" katanya.

Katanya lagi melalui Muktamar Khas itu juga dapat menyelesaikan permasalahan yang timbul dalam parti.

"Tidak boleh jadi ni, kita duk “ghok-ghak” (kacau) begini, oOrang boleh terima atau tak boleh terima, bawa ke Muktamar Khaslah, senang cerita.

"Biar tentu sah, nak ikut yang mana... kita nak kekal yang mana dan buang yang mana," katanya. - MSTAR

Sejauh mana perwakilan laksanakan tanggungjawab

Perhimpunan Agung UMNO 2009 sudah selesai. Seramai 2,500 perwakilan dalam kalangan pemimpin Pergerakan Wanita, Pemuda, Puteri dan Putera mula pulang ke negeri, bahagian, peti undi dan cawangan masing-masing. Pulang secara beransur-ansur. Kalau masih ada lagi pun mungkin terlekat di rumah saudara mara, tetapi yang pasti mereka akan pulang.

Harap-harap kali ini mereka akan pulang dengan menggenggam erat amanat Presiden parti untuk disampaikan secara telus dan terus kepada semua ahli serta ummah di peringkat akar umbi termasuk yang berbeza fahaman politik.

Ini hasrat pucuk pimpinan, mahu semua peringkat faham dan sedar apa yang parti akan serta sudah lakukan kepada mereka.

Itu harapan Presiden baru, Datuk Seri Najib Tun Razak dan barisan kepemimpinannya. Beliau tidak akan bertemu seorang demi seorang perwakilan memaksanya mendengar dengan tekun amanatnya.

Beliau tidak akan tanya perwakilan faham atau tidak apa yang disampaikannya. Beliau bersikap profesional dengan menaruh keyakinan seratus peratus perwakilan yang hadir mempunyai pemikiran matang dan mampu memahami apa yang tersirat dalam sanubarinya.

Beliau juga sama sekali tidak akan menyatakan secara terbuka kepada perwakilan, “...Wahai perwakilan, dengarlah betul-betul amanat aku ini... ia penting untuk kamu bawa balik ke akar umbi dan maklumkan kepada seluruh ummah betapa aku mahu UMNO terus kuat dan jitu.

Datuk Seri Najib telah mempertaruhkan dirinya memberi persetujuan untuk meminda beberapa peruntukan dalam perlembagaan parti. Baginya, kalau pindaan itu dapat menyelamatkan parti, apa salahnya ia dipinda. Tetapi dapatkah pindaan itu mengubah sikap pemimpin?

Sebagaimana perhimpunan agung yang sudah-susah, sebaik sahaja tamat persidangan, perwakilan berduyung-duyung keluar dewan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur.

Ada yang pulang segera ke kampung halaman kerana sudah lama tinggal anak isteri, suami, tunang dan 'kawan baik', ada juga yang lepak-lepak di ‘coffee house’, di lobi-lobi hotel, di warung-warung dan di mana-mana saja tempat lagi yang difikirkan sesuai serta selesa.

Mereka berborak-borak dari malam sampai ke pagi, dari pagi sampai larut malam dengan topik permulaan ialah kesimpulan ucapan dasar Presiden, kemudian beralih kepada isu-isu lucu yang dibangkitkan perwakilan ketika perbahasan, maka berderailah hilai-ketawa.

Kemudian perbincangan bertukar pula kepada kelengkapan kereta mewah/separuh mewah, peralatan rumah yang diimport dari negara itu negara ini, pakaian berjenama, projek berjuta-juta ringgit dan lain-lain lagi.

Apabila sampai di rumah, badan penat kerana kurang rehat, mata mengantuk tidak cukup tidur. Di situ sudah ambil masa beberapa hari untuk rehat, kononnya nak pulihkan kembali tenaga yang hilang kerana hadir persidangan.

Hari seterusnya bergerak ke pejabat, kerja-kerja yang terbengkalai dan ditinggalkan atas meja perlu diselesaikan segera. Minggu berikutnya hubungi rakan-rakan seperniagaan ajak berborak, bermain golf.

Minggu ketiga dan keempat sudah lupa hasrat Presiden yang mahukan mereka sampaikan amanatnya kepada akar umbi dan seluruh ummah. Sehinggalah enam bulan kemudian apabila ada program parti, mereka mula kelam kabut memikirkan apakah amanat Presiden yang hendak disampaikan.

Bagi mengelak timbul prasangka ahli, terpaksalah mereka berbohong di pentas. Berdegar-degar berucap memberitahu kepada ahli, kononnya itulah amanat Presiden yang perlu dihayati, diperkasakan dan sentiasa bersiap-siaga.

Malangnya, setiap isi disampaikan itu hanyalah sebuah lagu lama yang diputarkan semula. Padanya tidak mengapa putar lagu lama pun, ahli bukan tahu sebab tidak hadir di PWTC tempoh hari. Maka, tiadalah perkara baru meresap dalam jiwa dan sanubari ahli. Pi mai pi mai, tang tu juga.

UMNO terus dengan kehidupan sedia kala. Amanat Presiden hilang dibawa angin entah ke mana, perubahan tidak ada, pindaan perlembagaan tinggal pindaan semata-mata. Ia hanya menjadi kenangan di atas sekeping kertas yang disimpan dalam almari atau rak buku.

Saya sendiri secara peribadi sukar untuk menerima hakikat perwakilan akan pulang menyiap-siagakan parti. Mereka tidak ada masa untuk turun padang menjelaskan amanat yang panjang lebar itu.

Malah ada juga yang keliru dan tercari-cari di mana hendak memulakannya. Akhirnya mereka dipilih lagi untuk hadir pada perhimpunan agung akan datang.

Selasa, 20 Oktober 2009

Versi Facebook-Dgn Haji Zaiful Zaki

Haji Zaiful Zaki: RENUNGAN KATA EMAS...(MENGGALAS TUNTUTAN PERUBAHAN). "Oleh itu marilah kita BERSETIA menterjemahkan amanat YAB Presiden agar TIDAK ADA lagi di antara kita yang menjadi BATU-API, BATU RONSON, KAKI-CUCUK, TALAM DUA MUKA, PEPAT DI LUAR, RENCONG DI DALAM,... dan SI KITOL YANG LIDAH BERCABANG, langkah MENYILANG. TIDAK ada lagi perpecahan dalaman, tidak ada lagi team A-team B seperti dulu, tidak ada lagi gerakan jatuh menjatuhkan pemimpin, tidak ada lagi budaya ugut-mengugut, & tidak ada lagi perebutan kuasa sehingga parti menjadi mangsa. YANG ADA hanya 1 WADAH, 1 PASUKAN, 1 UMNO!". 13hb Oktober 2009, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin (Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Timbalan Presiden UMNO).

Comment

Ridhwan Samsudin: Keikhlasan pemimpin, kebijaksanaannya, keadilannya.. diterjemah kpd rkyat..

Manzaidi Mohd Amin: Kalau harapan ini diterjemahkan olh pemimpin bawahan (negeri, bahagian dan cawangan), alangkah bahagianya berada dlm UMNO. Tapi hakikatnya Tuan Haji, ia masih blm berlaku di negeri dan bahagian. Masih lagi bercakaran, bermasam muka, fintah memfitnah dan cucuk mencucuk sesama sendiri dgn harapan pencabar mereka akan ranap sebelum tiba musim pemilihan.

Antapanis Ruslan: Rakyat dan orang Melayu hari ini menyanjung tinggi pemimpin yang ikhlas berbakti; mendahulukan kepentingan rakyat daripada kepentingan peribadi; sentiasa menunaikan janji; telus, adil, amanah dan bertanggungjawab apabila bertindak; dan sentiasa memahami denyut nadi rakyat. Dengan menghayati nilai-nilai luhur ini, saya yakin Umno akan sentiasa dekat di hati rakyat," tegas Muhyiddin.
Apabila kita berbakti, pastikan bakti yang dicurahkan, khidmat yang disampaikan dan bantuan yang dihulurkan benar-benar menyentuh hati rakyat.
BALASLAH PERBUATAN BURUK DGN PERBUATAN BAIK. Dalam hal ini Kerajaan Persekutuan wajar2lah berfikir utk mengembalikan hak royalti PETRONAS rakyat Kelantan secara ikhlas. Tentunya rakyat Kelantan akan mula berfikir dan menilai kembali kedudukan mereka.

Manzaidi Mohd Amin: Memetik pengalaman di negeri saya (Kelantan), sehingga sekarang masih berlaku apa yg sy nyatakan itu. walaupun mereka menghadiri perhimpunan agung dan baru balik, tapi sikap nak berbalah dgn sesama sendiri masih menebal lagi. Rakan seangkatan dicantas, ambil yg baru sbg ganti. Padahal yg lama itu mempunyai pengikut bukan sedikit dan yg baru diambil bukan ada pengikut yg ramai. elok2 UMNO nak stabil, pemimpin sendiri tidak mahu ia stabil. SEbab itu saya kata, UMNO Kelantan masih belum mahu menang, walaupun Pas tidak kuat. semua ini atas sikap pemimpin berkenaan. Kesian Tok Pa, tiap-tiap minggu panggil mesyuarat, adakan perjumpaan, beri nasihat supaya berubah.. beri semangat supaya berubah, ttapi nashat tinggal nasihat, semangat tinggal semangat. Masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Balik ke bahagian, memperlekehkan apa yg ketua cakap. Ini yg dinamakan sikap penting diri sendiri. Secara peribadi saya nyatakan, UMNO Kelantan masih belum dapat menawan negeri itu daripada Pas dlm PRU 13 ini. Kekalahan ini bukan krn UMNO tak kuat, tapi krn UMNO masih belum bersedia utk menang. Kdg2 Ketua bahagian lebih selesa dgn jawatan itu daripada berusaha memastikan kemenangan kpd BN. Bagi mereka kalau BN memerintah, mungkin sedikit sebanyak kedudukannya dalam parti akan terjejas. Sbb itu ramai yg lebih suka Pas terus mentadbir Kelantan.

Manzaidi Mohd Amin: Jika nak bandingkan suasana sebelum pemilihan dgn selepas pemilihan bahagian tahun lalu memang jauh bezanya. Seblm pemilihan, blh dikatakan calon2 yg merebut jawatan ketua bahagian berkampung di bahagian. Seolah-olah mereka tak kenal KL. Tetapi bila menang, apa sudah jadi? Balik ke bahagian dua atau tiga bulan sekali. Buat rombakan besar2an di peringkat biro politik. Buang yg lama, ambil yg muda yg tak tahu kerja. Golongan veteran diabaikan. Pengarah DUN sampai skg tidak dilantik, kononnya belum ada yg layak... rakyat di akar umbi terkontang kating, tertanya-tanya sesama mereka, "cawangan kita ni ada ketua ke tak?" Nak kata ada macam tak ada. Nak kata tak ada lagilah mcm tak ada. Janji2 ketika bertanding jawatan dulu masih tidak tertunai. Rakyat hubungi, telefon tak berjawab. Tetapi mengikut laporan SB, dalam seminggu dua atau tiga kali terserempak di air port pengkalan chepa. Nasib nasib.

Haji Zaiful Zaki: Manzaidi komen pengalaman anda amat saya hargai... komen ikhlas sebginilah yang dinanti-nantikan... terima kasih.

Antapanis Ruslan: Betul tu Tuan Manzaidi, Cantas mencantas tu perkara biasalah dalam UMNO. Bila keadaan itu terlalu teruk, maka berlakulah politik wang. Haji Zaiful tentu pernah memaklumi perkara ini. Bila kalah, masing-masing ada yg sampai tak bersapa. Kenapa berlaku sedemikian? Sebabnya "ada habuan" sedang menanti jika menang jawatan. Inilah budaya yg perlu dibuang dlm UMNO. Penyaluran wang projek jangan lagi diberikan direct kepada Ketua Bahagian. ?????????

Isnin, 19 Oktober 2009

Versi Facebook-mengenai sikap pemimpin tinggi diri

Rafi Awg Kechik: DLM proses merakyatkan UMNO, pemimpin perlu buang sikap angkuh dgn merendah diri. Jgn angkuh & sombong hanya kerana jadi PM, TPM, Menteri, Timb Menteri, Setpol, Ketua Bahagian. Ambil contoh sifat Rasul S.A.W, Baginda merendah diri dan letakkan dirnya sgt rendah di sisi org lain walapun Baginda pemimpin semua umat, Abraham Lincoln & Mahahma Gnadhi juga bersifat rendah diri, tetapi tetap tidak mengurangkan kepimpinan mereka.

Comment
Hasri Hamzah: Tapi selalunya.. yang terlebih sombong adalah pengikut pengikut kanannya. Lebih sudu dari kuah!

Zakaria Dullah: Alamak.. ustaz dah keudara nampak..

Hamidah Bt Ali Miedaz: SALAM MUHIBAH... DLM DUNIA IT NI, ADA KE GAMAKNYA ORG YANG MERENDAH DIRI EK? SUBHANALLAH......

Ismail Ghazali: Betol Rafi.. sedihnya sya kena tolak dgn bodyguard menteri di hari akhir persidangan, pada hal tak teringin pun sya nak pi jabat salam dgn menteri tersebut.

Ahmad Saabun: Tinggi... tinggi...

Rafi Awg Kechik: Tak kurang kedudukan kalau rendah diri dgn rakyat. Org atau rakyat tetap tahu bahawa iru PM, itu TPM, itu Menteri dsbnya..
Mcm Zakaria Dullah tu.. dia ambil sifat Rasul.. selalu merendah diri.. tapi kata org sekali merendah diri sikap terpuji, tapi kalau banyak sangat merendah diri, dah tak baik kerana macam minta di puji jee..

Kamarudin Hassan Dino: RAF - Nape skrg baru nak cakap? Benda ni bukan benda baru... Takkan nak disantak hari2 baru nak buat... naik meluat pulak.

Rafi Awg Kechik: Hamidah- dalam dunia apa apa pun sikap itu merendah diri dan kesederhanaan tu penting.

Zakaria Dullah: Errmmm.. cuma menjalankan amanah yg diberikan, selagi ada hayat ni insyaallah, cuma kdg2 tu biasalah ye.. faham2 aje ler.

Rafi Awg Kechik: Kamarudin- pasal bukan benda baru la kena tegur supaya mereka tahu, kalau tak tegur dah jadi mcm bos lama kau tu.. berlagak Tuhan aje yg tahu.. dia ingat pegang jawatan tu dah macam tongkat langit..

Azeeza Abdullah: Masih adakah perangai2 camni? Boleh kenalkan kpd saya? Saya cukup gemar jumpa mereka2 yg sombong ni!!!

Rafi Awg Kechik: Ismail - saya percaya bahawa bukan Tuan sorng je yg kena mcm tu..

Mohan Perumal: A verse in the Qur'an instructs Prophet Muhammad to show humbleness towards the believers, where it makes a similitude between the modesty of Prophet Muhammad and his message towards all believers, and a bird that lowers its wings in kindness and humbleness to protect its offspring:
(And lower your wing (in kindness) unto those believers who follow you) (Ash-Shu`araa' 26:215)

Kamarudin Hassan Dino: RAF- Husnuzan beb...

Rafi Awg Kechik: Kamarudin.. tunggu aje saat dan ketika bila tak pegang jawatan.. semut pun tak nak hinggap beb

Kamarudin Hassan Dino: RAK- redha dengan ketentuan Allah SWT... Sentiasa di dalam ingatan bahawa kita di dunia ni hanya sementara sahaja... yg kekal diakhirat...

Zuraini Kamal: Pemimpin atas pun kenalah 'ajaq' supaya jgn diagung2kan. Buat semua karpet merah, bunga manggar, jet peribadi.. berani ke naik MAS, air asia??

Hamidah Bt Ali Miedaz: Syukur, datuk salah seorg yg masih percaya pada kerendahan hati budi dan kesederhanaan bicara pekerti.. syabas! i luv it!

Zakaria Dullah: Dino.. saling mengingatkan sesama manusia ke arah kebaikan ni adalah sifat terpuji.. mcm ustaz Rafi ni.. semoga dia dlm lindungan Allah SWT hendaknya.

Mohd Najib Bin Alwi: Sedang melihat perkembangan di Negeri Johor, adakah ketua ketua bahagiannya akan lebih tawaduk lagi.

Kamarudin Hassan Dino: ZD - Aminnn... moga Allah SWT sentiasa merahmati RAK..

Akmal Dahalan: Ini yang terbaik sebenarnya... sebab yang melantik dia tu rakyat juga...

Manzaidi Mohd Amin: Pengalaman sy dgn seekor setpol seorg MB, sy call MB utk dptkan komen penting, tapi setpol yg jwb, katanya MB sdg meeting. Aikk meeting apa kul 12 mlm. Bila sy call nombor peribadi MB yg satu lagi, terus MB jawab dan dia terkejut bila sy minta maaf ganggu dia meeting. "Saya tak meeting, sy ada dgn keluarga ni di rumah, ada apa hal Die?" begitu sekali mesranya MB. Sindrom balaci kanan yg sombong lagi agah ni perlu dikikis, sbb krn mereka pemimpin jadi mangsa

Kamarudin Hassan Dino: RAK- Kita sebagai rakyat juga perlu membuang sifat angkuh dan sombong. Jangan kita ingat kita semuanya betul, pemimpin tu semua salah... Jgn pulak melenting bila pemimpin menegur kita.

Mohd Najib Bin Alwi: Sdr MMA, itu sdr kenal MB tersebut, bayangkan kalau rakyat terbanyak. Amacam mereka.

Hamidah Bt Ali Miedaz: Salam Maghrib.. datuk RAK, saya ada 1 pengalamn ttg kerendahan hati budi ni... dlm 1 majlis hari guru prgkt neg johor, saya membuat 1 kesilapn di hadapan Datuk Abdul Ghani bin Othman semasa mengacarakan majlis tersebut. Pengarah JPNJ minta saya mohon maaf secara peribadi pd beliau. Tak sangka, beliau terima dgn penuh penghargaan maaf saya itu, malah sempat mengatakn, saya hebat mengendalikan majls tersebut... Maknanya... syukur pd Allah... masih ramai pemimpin yg rendah budi bicara spt datuk RAK.

Raad Hussein Edzrul: RAK.. Kuat hisap Oya.. Hahhahahahha Ada pemimpin bersalam hujung jari jer..

Manzaidi Mohd Amin: Di sini sy nk cadangkan kpd pegawai2 kanan PM ke, TPM ke, Men ke, Tim Men ke, MB ke, Tim MB ke, bila pemimpin ni keluar dari dewan.. berilah peluang mereka bertemu mata atau bersalam dgn rakyat yg beratur kat luar tu. Rakyat dtg dari jauh nak tgk wajah pemimpin mereka, nak juga sentuh2 tgn pemimpin kesayangan mereka. Tapi yg sering berlaku, sebaik saja pemimpin tu keluar dewan, pegawai2 ini terus elak masuk ke kereta dan mereka pula melintas dgn biadab sekali, hingga melanggar tangan org ramai yg hulur nak jabat salam. Semua ni akn jadi kudis gatal pd rakyat.

Mohamad Zaidan Abdul Rahim: Buang aje protokol berlebihan, mcm tok pa, rakyat kadangkala segan nak tegur pemimpin, pemimpin yg mesti sapa pada rakyat dulu...

Mohamad Zaidan Abdul Rahim: Tok Pa pemimpin berjiwa rakyat...

Raad Hussein Edzrul: Setuju MMA.. Ini dlm bangunan UMNO sendiri pun bodyguard kelam kabut nak kawal majikannya. Majikan pulak tak perasan yg org meluat. Kalau kat KLCC tu lain la. Ini dlm kubu sendiri pun takut ke? Kat Riverside hari tu Ketua Penerangan pun pakai bodyguard siap ada lencana UTK lagi.. Hebat pemimpin Melayu!

Rafi Awg Kechik: Kita bukan benci pemimpin.. dah banyak kali rakyat merungut.. sombong, bongkak, pegawai lebh sudu dari kuah.. berlagak... sebab tu saya katakan tadi.. merendah diri macam mana sekalipun, rakyat tahu siapa mereka... mcm Rasul kita.. kdg2 dia boleh letak dirinya lebih rendah dari penyokobg atau pengikut atau rakyat terbanyak dan rakyat tahu Baginda tetap Rasul..

Rafi Awg Kechik: Raad - yg saalam hujung jari tu, confirm pemimpin tu cacat otak dia...

Rafi Awg Kechik: Mohamad Zaidan - setuju Tok Pa berjwa rakyat.. tapi rakyat Kelantan macammana?

Raad Hussein Edzrul: Camna pemimpin nak sedar diri? Dia dtg kita bg jalan atas karpet, kerusi lain dari org lain.. Kereta terus parking sampai depan majlis.. Masa bila depa nak sedaq?

Rafi Awg Kechik: Manzaidi - ada yg belum jadi pemimpin- kita tak telefon pun.. dia buat call kita dan siap tanya lagi 'call ke tadi?' tapi bila dah jadi pemimpin.. lain pulak jwbnya 'call pegawai la.. sibuk sangat ni..?

Hartini Othman: Setuju sgt2.. x ke mananyer kalu sombong n angkuh tu.. rakyat x heran pun dgn pangkat yg ada.. semua pinjaman Allah semata2.

Rosliza Hasan: Realiti hari ini, apabila seseorang itu kita angkat menjadi KETUA, selepas itu semua benda kita nak kena layan sampaikan hal2 peribadi dia pun kita nk kena uruskan mcm ankat kasut, beg dsbgnya. Layanan VVIP sudah semestinyalah. Kadang2 Ros terfikir adakah kita melantik seorang KETUA bagi membolehkan diri kita djadikan KULI kpdnya?

Mohd Hasraf Mat Hassan: Patrick pun ade bodyguard

Rahimah Lamat Mizam: Pemimpin UMNO/BN kalau masuk kg, hadir program parti, x yah bw bodyguard n kaki ampu ramai2. Wlupun dia pemimpin yg baik tetap akan timbul mcm2 fitnah.. buat perkara yg dsenangi rakyat

Rafi Awg Kechik: Raad- lepas ni kita jgn bag karpet.. dan satu lagi saya tengok di beberapa majlis Rumah Terbuka - pemimpin duduk asing dari rakyat.. siap dikelilingi pula oelh pengawal peribadi yg macam samseng kampung dusun.
Patutnya PM ke TPM ke, Menteri ke.. duduklah makan bersama rakyat... Mereka makan hidang, rakyat pula makan dah macam pelarian... usung pinggang cari makanan... dah macam kucing kurap rakyat dibuatnya..

Rosliza Hasan Azeeza Abdullah: klu ada umur panjang & ada rezeki nanti ros tunjukan org sebegitu :-) tapi kena cari masa dia tak jadi PELAKON TERBAIK la..

Manzaidi Mohd Amin: Kita tak boleh samakan pemimpin zaman skg dgn Rasul. Sikap dan keperibadian Rasul sudah tercatat dalam al-Quran, kanak-kanak pun tahu akan perwatakan Rasul mcmana sbb mereka didedahkan dlm kelas Fardu Ain dan guru2Quran yang mengajar agama. Masalahnya pemimpin kita ni, ramai yg rakyat belum kenal sifat dan sikap mereka. Bukan saja dalam buku sejarah, dalam paper pun tak penah keluar nama pemimpin ini, tetiba bila jadi pemimpin lantik bodyguard yg muka tak penah senyum, mcm tak ada jiwa. Pasang bodyguard pula kononnya nak jaga keselamatan diri. Siapala nak culik kalau bkn along, itu pun kalau pemimpin tu ada utang dgn along. Kesimpulannya, pemimpin perlu berhemah. Buang sikap ego, tinggi diri. Tanam sifat rendah diri dan sederhana. Tak rugi lemparkan senyuman dan hulur tangan berjabat dgn rakyat. Pgg tgn mereka, tepuk bahu mereka, buat joke2 sikit, itulah yg rakyat kenang sampai mati. Siapa tak bangga wakil rakyat tepuk bahu aku...itulah yg mereka cakap kat kedai kopi..

Rafi Awg Kechik: Mohd Hasraf- tu baru G2 tu..aga2 Patrick kalau jadi KP..macam mana agaknya?

Rafi Awg Kechik: Man - inilah yg saya fikirkan.. hina sangatkah rakyat? Sbb tu saya kata, seblum merakyatkan UMNO, pemimpin kena rakyatkan diri sendiri dulu...

Mohd Hasraf Mat Hassan: Abg Rafi- saya setuju dgn abg. Pasal pemimpin ni elit sgt tak pandang org bwh mcm kite ni

Ahad, 18 Oktober 2009

Versi Facebook-topik berat

Rafi Awg Kechik: UNTUK satu perubahan permulaan. Kembalikan pimpinan UMNO Selangor, WP, Kedah, Terengganu & Pulau Pinang kpd anak negeri. Shafie tidak mampu merubah senario politik Kedah, Hishamuddin kena akur byk lagi masalah tertinggal di Terengganu, tumpuan Najib kpd negara, dan Muhiyiddin masih blm bersedia di WP. Buktikan Pergong satu medan benar, rakyat didahulukan... mereka harus sambuat cabaran perubahan..

Comment
Safuan Hilmi: Saya setuju!!!!!!

Ahmad Saabun: Apa kena mengena dng perubahan... umno dah mula nak berubah tpi kita di sini masih tak berubah...banyak sangat yg tak betul dng yg betul...

Musli Oli: UMNO mesti yakin dengan pimpinan anak negeri.. ini adalah antara proses transformasi yg ahli di peringkat grass roots kehendaki.. hirarki parti bukan ukuran populariti dan kemampuan pemimpin. Mengetuai badan perhubungan negeri yg bukan tempat asal menyukarkan lagi proses pemulihan dan perubahan.

Ahmad Saabun: Umno kerap memperkatakan 'anak tempatan' 'anak negeri' tpi kenapa tidak berlaku pada parti lain... ada calon pas bertanding di luar negeri kelahiran pun bleh menang tpi calon Umno... dah berapa org dah 'mati' bila balik kampung halaman... Umno kena buang sifat ini... itu baru perubahan

Rafi Awg Kechik: En Ahmad - boleh perjelaskan?

Ahmad Saabun: Penjelasan yg mana satu bro...

Rafi Awg Kechik: Encik Ahmad, Betul ke tindakan bawa Shafie mengetuai UMNO Kedah?

Ahmad Saabun: Apa salahnya.. dia bukan nak jadi MB Kedah...

Rafi Awg Kechik: Oooo.. mcm tu....

Musli Oli: Saya tak yakin Shafie mampu memulihkan UMNO Kedah.. fokus lari, motivation kurang, minat lain.. baik ambil org Kedah

Rafi Awg Kechik: Saya pun tak maksudkan Pengerusi Perhubungan itu perlu jadi MB.. tak ada pun... tak kena sangat pd saya, kena amik org luar utk jadi Ketua kat tempat sendiri.. mcm dah tak ada org lain yang layak.. mcm dah ketandusan pemimpin tempatan...

Ahmad Saabun: Org kedah tak bisingpun... kalau cam tu Najib pun kena lepas la Pengerusi Umno Selangor...

Rafi Awg Kechik: En Ahmad.. itu saya maksudkan? Baca posting saya tu Encik.. Najib, Shafie, Muhyidin, Hisham dan Zahid (tertinggal) perlu lepaskan.. Dlm konteks Kedah. betulkah Encik org Kedah tak bising?.

Musli Oli: Merakyatkan UMNO mesti ambil rakyat negeri itu menjadi Ketua Perhubungan..

Ahmad Saabun: UNTUK satu perubahan permulaan. Kembalikan pimpinan UMNO Selangor, WP, Kedah, Terengganu & Pulau Pinang kpd anak negeri. Shafie tidak mampu merubah senario politik Kedah, Hishamuddin kena akur byk lagi masalah tertinggal d Terengganu, tumpuan Najib kpd negara dan Muhiyiddin masih blm bersedia di WP. Buktikan Pergong satu medan benar, rakyat didahulukan... mereka harus sambut cabaran perubahan.. (Ada disebut perkataan Najib di Selangor...)

Ahmad Saabun: Musli... meskipun di negeri yg Umno kalah....

Rafi Awg Kechik: Ooo saya rasa encik faham maksud saya posting itu... kalau tidak saya tak sebut nama-nama mereka..

Ahmad Saabun: Shafie tidak mampu merubah senario politik Kedah, Hishamuddin kena akur byk lagi masalah tertinggal d Terengganu, dan Muhiyiddin masih blm bersedia di WP.

Rafi Awg Kechik: En Ahmad org bijak pandai.. rasanya Encik boleh menaksir maksud dan tujuan... kalau Najib tak ada kaitan.. saya tak tulis nama dia.. cuma saya tertinggal satu nama iaitu Zahid di PP..

Musli Oli: Terutama negeri yg Umno kalah. Kekalahan Umno bukan sepenuhnya kesalahan pimpinan Umno negeri. Tukar ketua dengan orang dari negeri itu juga. Org Kedah selain Dato Det, ramai lagi yg boleh... begitu juga dengan Selangor dan WP.

Ahmad Saabun: Tertinggal atau hanya tak suka Shafie di Kedah, TSMY di WP dan Hisham di Terengganu... yang lain ok kot...

Ahmad Saabun: Tuan Musli.. tuan tahu masalah sebenar apa yg berlaku di Selangor hari ini walaupun timbalan org Selangor.. belum lagi Pengerusi Perhubngan....

Ruzely Abdullah: Satu permulaan perubahan

Musli Oli: Masalah besar sebenarnya bila "Org luar" jadi ketua UMNO. Seperti pemilihan calon PRK, semua akan lobi, banyak politiking dalaman. Tapi setelah calon dipilih, semua fokus menangkan parti. Begitulah Ketua2 UMNO negeri. Ambil anak negeri dan MB bayangan. Kurang politiking dalam parti, semua fokus dan tahu bakal MB.

Rafi Awg Kechik: En Ahmad - itu persepsi en ahmad - kenapa en ahmad bersangka buruk begitu...? Yg saya sebut pimpinan anak negeri, kalau Kedah.. En Ahmad pun boleh, sebab org Kedah.. TSMY boleh bagi kpd Raja Nong Chik, Hisham - kalau ikut Pergong dah selesai masalah.. bagi balik kpd Ahmad Said ataupun Idris Jusuh.. Shafie boleh serah balik kpd org Kedah... saya tak sebut nama yg perlu diganti pun.. cuma pimpinan pusat harus memberikan cabaran kpd anak negeri itu... ini bukan soal suka atau tidak... saya tidak boleh meneka fikiran En tapi maksud saya jelas, rumah kita hanya kita yg tahu ada beras atau tidak..

Rafi Awg Kechik: En Ahmad - apa yg Timbalan boleh buat?

Rosliza Hasan: Kalau nak kembalikan pimpinan negeri kpd anak tempatan seeloknya pilihlah orang baru bukan dari team mana-mana kumpulan agar tidak timbul kroni dlm Badan Perhubungan. Orang baru selalunya dia ada semangat & iltizam yg tinggi untuk merampas kembali negeri2 tersebut.

Musli Oli: Rosliza!! SETUJU!!!

Ahmad Saabun: Saya rasa di Kedah semuanya berjalan dng baik walaupun Shafie Pengerusi Perhubung Negeri...

Zuraini Kamal: RAK saya dan rakan2 pimpinan Umno Kedah setuju agar kepimpinan Umno negeri diberi kpd anak negeri yg TAK sibuk. Mungkin blh suruh Dato Mukhriz kot.. dia pun hanya sekadar Timbalan Menteri je. Jd dia tak sibuk sgt. Fokus lebih kpd Kedah atau suruh dia letak jwtn Timbalan Menteri supaya fokus sepenuh pd Umno kedah!! Perubahan yg diminta tidak bermaksud Pengerusi Perhubungn Negeri perlu Di IMPORT!, adakalanya `beras tempatan' memenuhi selera dari `beras impot' :)

Rafi Awg Kechik: Rosliza- itulah yg saya maksudkan- saya bukan bersentimen

Zuraini Kamal: Ahmad Saabun - `berjln dgn baik'......... sebabnya? TAK DAK apa pun yg sdg bergerak di KEDAH!! :(

Ahmad Saabun: Sdr org Wilayah...apa di Wilayah kalau serah pada Raja Nong Chik boleh selesai semua masalah...

Rafi Awg Kechik: ZK - hanya UMNO Kedah yg tahu aspirasi rakyat Kedah... hanya org Terengganu yg tahu aspirasi rakyat Terngganu, Org Penang, WP dan Selangor pun begitu...
Katalah kalah jugak di neger2 ini- satu yg akan timbul `lantiklah lagi org luar, dia apatah.. "..setuju sgt dgn istilah beras tempatan dan import tu

Musli Oli: Pengalaman saya dgn rakan blogger dari Kedah berurusan dengan Shafie Afdal. Tujuan utk bantu UMNO Kedah. Dato Ir Nawi sokong kuat. Buat macam2. Sampai kat Shafie semua KIV... minat kurang dari pihak Shafie

Ahmad Saabun: Tuan Musli.. saya juga berada dlm rangkaian itu... tapi tak dengar pulak timbul masalah spt tu...

Zuraini Kamal: Sebenarnya kita UMNO tak pernah pertikai SIAPA pun yg dipilih atau dihantar PM. Tp masalahnya utk Shafie dtg dr SABAH dan Putrajaya, nampaknya lambat dan sgt sukar... mungkin Shafie tlalu sibuk jaga SABAH dan Kementerian. Sdgkan di KEDAH negeri kalah, pembangkang sgt agresif. So plz PM, jgn hantar payung terjun yg berlubang!!!

Ahmad Saabun: Masalah di Kedah bukan masalah siapa Pengerusi Perhubungan, tapi masalah dalaman yg sudah berlubang dan berakar umbi.. letak la sapa pun anak tempatan... masalahnya tetap sama...

Zuraini Kamal: Masalah di KEDAH sebab tak dak program maka org UMNO byk masa utk bersembang, gosip, berkelahi dll. Cuba ator program, bila byk kerja... maka tak sempat dah nak kritik mgkritik bla.. bla.. bla. Tp senario yg berlaku hari ini TAK DAK pun yg nak buat program sebab Pengerusi Tak Suruh!!

Zabidi Saidi: Hishamuddin gagal menyelesaikan masalah Terengganu apabila Rosol memperlekehkannya. Oleh itu wajarlah anak negeri diberi peluang untuk memimpin Umno negeri.

Rafi Awg Kechik: En Ahmad- soal boleh atau tidak- mereka kena buktikan... mereka jadi pemimpin, jadi menteri dlm WP.. kena akur dan tunduk kpd kehendak rakyat... dah bergilir jawatan.. yg dulu tak elok, gantikan dgn yg elok, tak elok gantikan.. yg penting anak negeri.. tak kan yang ini pun En Ahmad sangsi.. baru jelas menzahirkan perubahan... Soal En Ahmad nak menyokong Shafie.. tidak timbul pd saya.. yg saya mahukan UMNO kena beri penghargaan dan penghormatan kpd UMNO Negeri... Salah ke bagi Pengerusi Perhubungan kpd Bashah atau kpd orng lain - yg saya maksudkan anak negeri, tak kirala dari Kubang Pasu ke atau Sungai Petani ke, Jerlun ka, Kuala Kedah ke atau Pendang ke..

Musli Oli: Terlalu sulit didedahkan Mat.. barangkali apa yg kami cadangkan tuan tidak terlibat. Hanya 2 dan 3 org sahaja telah bertemu dgn Shafie di Parlimen.. semua KIV.

Ahmad Saabun: Saudara RAfi org lama, lebih arif dlm sepak terajang politik, di lahir.. membesar... dan berjuanga dlm Umno jauh lebih lama dari saya... apa sdr tidak pernah bertanya kenapa negeri2 tersebut mempunyai Pengerusi Negeri bukan dri anak negeri...

Ahmad Saabun: Teruskan bro Musli... kalau sulit jgn didedah disini... kita bual di lain kali kalau terjumpa kat The Mall...

Musli Oli: Ok Mat.. kita akan bincang.

Zuraini Kamal: Pengalaman UMNO Kedah ketika kesemua Ketua Bhgn menolak lantikan Sanusi sebagai MB telah dpt diselesaikan dgn baik oleh Presiden parti - Tun M. so DSN kena pi blajaq ilmu `kuasa pukau' dgn Tun M kot......... :)

Anuar Aziz: Semalam keputusan sudah dibuat, semua perwakilan setuju, segala masalah telah berakhir, dia org kena kotakan apa yg telah dilafazkan... aku harap jgn jadi cakap tak serupa bikin... 5 negeri ni kita ahli Umno kena kerja kuat dan bersatu semula. Ketua2 negeri kena selalu tengok masalah Bgian2 Umno.. Rakyat dan Umno sama2 lah didahulukan

Ahmad Saabun: Apakah Sanusi ketika itu org luar bukan beras tempatan... atau luar itu termasuk dari Langkawi... dan apakah Kedah jatuh teruk PRU12 ketika itu Pengerusi Perhubungan org luar... lihat kekurangan kita sebelum bercakap kekurangan org lain. Jangan cari alasan semata2 utk menutup kelemahan kita sesama kita pimpinan bhg/pemuda/puteri/wanita...

Ahmad Saabun: Setuju tuan Anuar Aziz...

Manzaidi Mohd Amin: Hanya Manikam yg kenal Jauhari. Letaklah pemimpin ternama sekali pun di negeri bukan pimpinan dan kelahirannya, fungsi parti tidak akan bergerak dgn sempurna. Hanya separuh saja yg akur, separuh lagi akur juga tapi akur dlm lakonan. Pucuk pimpinan harus kaji hal ini. Jadikan Kelantan sbg ikhtibar. Rakyatnya unik dan pemahaman politiknya juga pelik... Pemimpin dan ahli akar umbi jenis manja, mereka mahu pucuk pimpinan sentiasa mendampingi mereka. Mereka sentiasa mahu dengar pemimpin ada dlm negeri, bukan balik negeri satu atau dua kali sebulan.

Zuraini Kamal: Tok Det adalah kepimpinan payung terjun. Hanya berada di Kedah sewaktu nak jd calon atas tiket setpol PM. Isu Sanusi adalah contoh bagaimana kemelut penerimaan calon kesukaan PM dpt diselesaikan walaupun ditolak oleh semua kepimpinan bahagian. Saya sekadar merujuk kpd posting AS yg bertanya: KENAPA MEMILIH ORG LUAR SEBAGAI PENGERUSI NEGERI??.. jwpnnya sebab asyik berkelahi + tak sepakat ketua2 bhgn

Zul Azhar Cha: Perkara ini berkaitan dgn delegasi kerja. Apakah delegasi kerja itu berjaya dibuat dgn baik jika Pengerusi Perhubungan terlalu sibuk bukan sahaja utk menjaga bahagian tetapi juga jawatan kanan dlm parti selain tugas besar sbg seorang menteri. Sejauh mana... maksud saya tindakan yg boleh disegerakan jika komunikasi dari kejauhan dan bukan hands-on. RAF maksudkan hands-on. hanya yg terdekat dah boleh bekerja langsung (mendekati dan rapat dgn rakyat) adalah yg terbaik. Jika kita sebut Pengerusi Perhubngan tak kira luar ka dalam ka tp menjawat jawatan menteri pusat, bilakah masa utk beliau turun dan mendekati rakyat dan menyempurnakan keseluruan tugas? Ini yg saya maksudkan delegasi kerja. Pusat kena 'bagi muka' (lantikan jawatan) sikit pd negeri.

Rafi Awg Kechik: Terima kasih Zul, ZK- yg lepas dah berlalu, retreat di Janda Baik dah dibuat.. Semangat UMNO berkobar selepas Pergong- jadi apa lagi masalahnya... semua Ketua Bahagian berpakat, anak2 negeri berpakat... malu dgn diri sendiri hingga terpaksa bawa org luar.. inilah masanya mereka menunjukkan perpaduan- beritahu pucuk pimpinan, kita mahu anak negeri dan akan bekerja keras dan kuat sejajar dgn Deklarasi Janda Baik dan semangat perubahan dalam Pergong lalu..

Manzaidi Mohd Amin: Di kelantan contohnya, tahun 1990 selepas Pas ambil alih negeri, Pengerusi Umno ialah Tun M. Lapan tahun Tun pegang, BN tetap kalah. Kekalahannya bkn krn Pas kuat, tapi krn UMNO/BN tak mahu menang. Berlaku cah keting dan tikam belakang yg amat serius sesama sendiri. Tahun 1998 lantik Ku Li, juga BN kalah. Juga bkn krn Pas kuat, tapi UMNO tak nak BN menang. Tahun 2001 lantik Tok Pa sbg Pengerusi... tahun 2004 BN kalah lagi. Bkn krn Pas kuat, tapi krn Umno tak mahu calon BN menang. Jadi mesej yg sy nak nyatakan, dlm konteks Kelantan, letakkan pemimpin dalam atau luar.. keadaannya sama. UMNO MASIH TAK MAHU MENANG. Tak tahu salah siapa dlm hal ini. Cuma yg boleh sy katakan, RAKYAT YG JADI MANGSA. Harap selepas persidangan kelmarin, UMNO Kelantan kembali kpd asal iaitu zaman Allahyarham Tan Sri Mohamad Yaakob.

Rafi Awg Kechik: Kalau betul org parti.. berhenti cakap berdegar2... kembalikan kekuatan parti dan rakyat dgn kekuatan sendiri dan bukannya campur tangan `asing'. Jgn ada kepentingan peribadi baik kpd pemimpin ataupun penyokong...
Dan nak juga saya tanya kalau soal negeri kalah ni.. kenapa Kelantan tak dilantik org luar spt Ketua Penerangan ke, Bendahari UmnO ke utk jadi Perhubungan.. knp bagi Tok Pa?

Ahmad Saabun: Terima kasih Manzaidi.. kesimpulannya walaupun menjurus di Kelantan jelas bahawa kalah atau menang bukan krn Pengerusi Perhubungan itu org dalam atau beras import... masalah dalaman kena beres...

Rafi Awg Kechik: Niat kita bukan memperlekehkan Shafie, Najib, TSMY, Zahid atau Hisham.. lantik mereka sebelum ini kononnya ada masalah tetapi skrg dah selesai.. serahlah balik pd anak negeri..

Ahmad Saabun: Betul ke dah selesai...

Zul Azhar Cha: RAF. kita akur jika berlaku perubahan dlm kepimpinan perhubugan negeri. Ianya utk transformasi bg memenangkan BN pd PRU akan datang. Namun jika kita lihat kpd prestasi negeri2 yg dipimpin oleh mrk2 yg terlalu sibuk, dimanakah fokus itu akan berada? Kita mahu keputusan yg terbaik. TRANSFORM lah... mungkin perbincangan kita ini boleh disampaikan kpd pucuk pimpinan parti.

Muhammad Razak: Siapa Rafi untuk menentukan siapa layak memimpin UMNO... Awak tu... SIAPA?... jaguh kampung mana? Sedarkan diri dari lamunan bila bercakap mengenai kepimpinan UMNO

Zul Azhar Cha: Masalah tak akan selesai dan mungkin akan ada masalah baru jika semangat Pergong tidak sampai kejiwa kepimpinan UMNO baik di peringkat pusat mahupun negeri atau bahagian dan cawangan. Amanant DS Najb kita ambil utk lakukan yg terbaik. Buang yg keruh, ambik yg jernih. Lebihkan perjuangan parti mendahului kepentingan peribadi.

Zuraini Kamal: Masa Syed Razak dlantik, semua Ketua Bahagian tak suka sebab SR `bodoh dll'. Tp sebab SR org kg yg rajin + kuat bekerja, maka rakyat suka dan kita menang BESAR! Perubahan kpimpinan akan mberi impak seketika, Yg penting `org' yg dilantik mesti Rajin Turun Padang!! Jentera Sukarela UMNO, suka diketuk baru bergerak!! Kalau KETUA tidor, alamat anak buah akan lena berdengkur dan berkeroh!!

Rafi Awg Kechik: Atas nama kepentingan parti, saya anggap dah selesai... saya tak nak buruk sangka... Mereka berdiri beramai2.. buat retreat di Janda Baik.. berpeluk-pelukan... bersemangat utk pertahakan parti kecualilah mereka ini daripada Presiden hingga ke Pemeriksa Kira-Kira menipu.. itu terserah..
Saya tak nak terikut corak pembangkang yg penuh dgn persepsi dan buruk sangka... saya ingin bersangka baik dan saya anggap dah selesai atas nama parti..

Ahmad Saabun: Sebut satu nama pada pengamatan Zuraini... siapa yg layak utk menjadi Pengerusi Perhubungan Kedah sekarang.. dan nama yg dipilih/disebut itu mestilah bersandarkan kehendak rakyat dan bukan kehendak satu dua kerat... Umno Kedah sedang bergerak pada landasan yg betul... kita yg diluar aje yg mungkin tak tahu banyak...

Zul Azhar Cha: Semoga semuanya menadapat iktibar dan hijrahlah (berubahlah) jika perlu... demi kebaikan.

Rafi Awg Kechik: Mohamad Razak - saya bukan sesiapa... walaupun cara bertanya anda itu kurang menarik..

Zuraini Kamal: Saya tak fikir Shafie faham cara politik KEDAH yg berbeza dgn SABAH. Pembangkang di KEDAH adalah PAS, isu Kepimpinan KEDAH lebih byk dipengaruhi moral dan etika. Kelihatan' rakyat sgt selesa dgn Cara Bekerja PAS yg memerintah. Rakyat mahukan YB dan Pimpinan hadir kenduri + kematian serta bersama membaca doa dan solat bjemaah!! :)

Ahmad Saabun: Cik Zuraini... jawab la kalau anda berada di akar umbi...

Manzaidi Mohd Amin: Maaf saya cakap. Di Kelantan, Tok Pa adalah pemimpin yg bersih. Keseluruhan rakyat sukakan sikap kepimpinan Tok Pa. Bersih dan tak ada sbrg rekod kotor. Malangnya yg tak terima Tok Pa dan mana2 yg pgg jawatan Pengerusi Perhubungan ialah Ketua2 Bahagian, Timbalan2, Naib2, Ketua2 Penerangan, SU2. Mereka ini yang main peranan tak mahu UMNO/BN Kelantan menang dlm sbrg PRU. Mereka ini perlu di ESQ kan. Mereka ni perlu disiasahkan dan di muhasabahkan diri. Di Tumpat contohnya skg, Dato Nor Zahidi sendiri memburukkan Ketua Penerangan, di Pasir Mas, Ketua Bahagian bermasam muka dgn bekas ADUN, di Tanah Merah, Ketua Bahagian jrg balik sehingga anak buah hilang tempat mengadu, di Bachok, Awg Adik dgn Dato Ilias. Ini semua kena ambil kira krn faktor inilah UMNO/BN gagal mengambil alih dari Pas yg tak kuat itu.

Zuraini Kamal: Saya mahukan Dato Mukhriz sebagai Pengerusi Phubungan Negeri KEDAH!! kami pernah berurusan dgn Shafie, dia dgr tp muka kami pun tak dipandang! kami pernah `mengadu' pd Dato Mukhriz, sekurang2nya... dia mahu mendengar suara kecil kami pimpinan Wanita/Pu3 yg marhaien ini.

Zul Azhar Cha: ZK- inilah yg saya maksudkan "jika pengerusi perhubungan terlalu sibuk bukan sahaja utk menjaga bahagian tetapi juga jawatan kanan dlm parti selain tugas besar sbg seorang menteri. Sejauh mana... maksud sy tindakan yg boleh disegerakan jika komunikasi dari kejauhan dan bukan hands-on. RAF maksudkan hands-on. Hanya yg terdekat dah boleh bekerja langsung (mendekati dan rapat dgn rakyat) adalah yg terbaik.". Dalam soal ini, kita mungkin tidak dpt melihat calon yg terbaik krn kita tidak di dalam saf kepimpinan negari mahupun pusat. hanya mrk yg terlibat dpt membaca dan membuat keputusan. yg diutarakan kita hnyalah pendapt.
MR- pertikaian anda amat tidak bijaksana. Jika kita nak berubah, jgn pertikaikan siapa yg menegur kita, lihat diri sendiri selepas ditegur (istiqhomoh). jika ada kebenaran, apa salahnya kita terima...

Rafi Awg Kechik: Kenapa Muhamad Razak tu emosi sangat? Apa masalah dia? Kalau seorang kawan, bukan itu caranya.. budak mana ni? UMNO mana ni? Kaki kipas siapa ni? Tukang ampu menteri mana ni? Balaci siapa?

Zul Azhar Cha: Syabas RAF - yg pastinya RAF adalah antara 140,000 yg akan mengundi kepimpinan UMNO nanti... utk makluman MR. hormat menghormati adalah tuntutan agama.

Manzaidi Mohd Amin: MR jgn masuk campur kalau tak tahu nak lontarkan idea dan pandangan. Kami di sini sdg berdiskusi dengan cara sihat. Kami akan kutip apa yg boleh diambil dan akan buang mana-mana yg disakan tak perlu. Jgn persoalkn kredebiliti RAK. Beliau telah mengemukan tajuk yang teramat baik utk kami mencari pendekatan bagi mengubah masa depan parti yang kami junjung.

Zul Azhar Cha: Tahniah MMA.

Zuraini Kamal: Kalau tak bersetuju jgn join ek! YG Penting kena sedar `kita' juga adalah suara akar umbi!! kalau kita MP kita dah berdebat dlm Parlimen. Akar Umbi itukan blh mberi kekuatan kpd Pohon UMNO? berdiskusi dlm FB tidak ada bezanya dgn mesyuarat UMNO dan lain2 pjumpaan!! :)

Ahmad Saabun: Sya tak mempersoalkan kalau Dato Mukriz... tpi Umno Kedah sedang berada pada landasan yg betul dan hanya yg tahu shja mungkin tahu apa yg sedang bergerak...bukan sya kata sya tahu semua.....

Zuraini Kamal: AS - sy memang tak tahu!! tapi kalau rakan2 sy di Ting 6 pun tak tahu...???? mcmana rakyat nak tahu? Kerja Politik kena dihebahkan baru sampai ke akar umbi.

Rafi Awg Kechik: Sahabat FB - saya tidak sedih dgn apa yg Muhamad razak persoalkan tapi saya kecewa kerana MR masih belum keluar dari kejumudan pemikirannya melihat isu dgn lebih jelas... Saya tidak memperkecil sesiapa pun tapi MR macam ada agenda peribadi sdgkan kita berhujah agenda parti... saya menghormati pemimpin dan saya ada sejarah menentang kepimpinan... mcm Zul Azhar - masing2 ada sejarah tersendiri... maaf MR, anda tidak ada aspek utk jadi rakan yg baik dalam membantu saya mencari ilmu.

Zuraini Kamal: Saya difahamkan UMNO Kedah kalah dlm daftar SPR... so tang mana yg bergerak?

Zul Azhar Cha: Saya pengundi di DUN Anak Bukit dan Parlimen Kuala Kedah. sy dinasihatkan utk tidak mengundi di Anak Bukit lg krn Pas sudah memindahkan seramai mungkin pengundi mrk ke DUN ini. Tindakan ini adalah utk mengekalkan YB Amirudin sbg Exco dan wakil rakyat DUN itu. Pas sedang bekerja...kita?

Manzaidi Mohd Amin: Kalau Pas jadikan kelab penyokongnya sebagai sayap parti, apa kata UMNO jadikan FB ini sebagai kelab parti yang berfungsi mengkaji segala kemaslahatan yang wujud dalam parti?

Zuraini Kamal: YB Amiruddin tu bakal MB tau!

Ahmad Saabun: Tak pa zu.. nanti Dato Man Pin, Dato Ir Nawawi akan bagi tau.. kalau puan dlm kepimpinan parti bergerak la nanti...

Zuraini Kamal: AS - saya dan rakan2 sabarrrr menanti :) kami kan ahli seumur hidup!!

Ahmad Saabun: Sya pun ahli seumur hidup zu... bila dah bergerak nanti kita sama2 pastikan Kedah milik kita kembali... sya selalu bagi tau kat kawan2.. kami hanya pinjam sat aje kat depa tu bukan nak bagi teruih... salam

Zul Azhar Cha: AS - sy dimaklumkan oleh salah seorang dr mereka. memang sy jangkakan YB Amirudin bakal MB jika Pas menang lg pd PRU13. Sbb tu depa tgh pulun. Depa tak mau terlepas lg negeri yg depa kuasai... kita kena buat sesuatu.

Zul Azhar Cha: Saya nak ikut bang mad...

Zuraini Kamal: ZAC - tunggu...

Zul Azhar Cha: Ya ZK... sy tgh tgu NGO sy lulus, kita balik Kedah ramai2

Ahmad Saabun: Nak ikut sya pi mana Zul... Heeee... pi NZ bleh la pekena capati... heeeee

Zul Azhar Cha: Ok jugak... kita balik dan pi tawan semula Kedah utk kembalikan BN mentadbir kedah... insyaallah

Rafi Awg Kechik: Kawan2 Kedah cukup prihatin tapi kawan2 dari Penang, Terengganu, Selangor dan WP, di mana?

Ahmad Saabun: Aku senang aje bro.. sapa sentuh Kedah tpi tak betol citer.. aku sanggah tpi bukan bermakna aku tak mengaku apa yg ada, apa yg kurang... heeeee... hidup Kedah...

Zul Azhar Cha: Yg penang tak sampai rumah lg kot, sangkut kat jambatan. Yg ganu otw dan Selangor & Wilayah tgh attend open house kot...

Rafi Awg Kechik: Mana kawan2 dari WP, Selangor, Penang dan Terengganu ni.? UMNO Kedah aje yg ambil berat dan prihatin?

Mohd Soffi Othman: Salam RAF, saya amat bersetuju dengan cadangan melantik anak negeri sebagai pemimpin utama UMNO Negeri. Terasa sedikit terkilan kerana negeri trg menang tetapi 'bos' orang negeri lain sdgkan ramai lg ank negeri yang layak. Kalau ya pun tak bersependapat dua kumpulan UMNO ni, tak bermakna ia tak dapat diselesaikan. Ahli2 UMNO di peringkat akar umbi trg patut menyatakan pendirian yang tegas dalam hal ni sebab merekalah yang memilih ADUN dan Ahli Dewan Rakyat...

Ahmad Saabun: Kekawan.. aku keluar dulu.. nampaknya isu kedah dah settel... negeri lain bagi la org negeri tu yg fikirkan.. salam semua rakan... bye...

Mohd Najib Bin Alwi: Pada pandangan saya, memang ketiga tiga naib presiden kurang mampu menyelesaikan masalah ketiga tiga negeri, D PP, siapa yg endorse calun bermasalah - Zahid Hamidi. D Trganu, masalah MB dgn Idris x selesai lg. D kedah, Shafee d lihat gagal sbb kementerian dia pun x nampak perubahan apa apa. inilah masalahnya klu memilih pemimpin perlulah melihat ... Read Moreprestasi dan kewibawaan bak kata org org tua klu nak memilih tempat mandi, pertama teluk kedua pantai, Kalau memilih pemimpin sejati, pertama elok kedua pandai.

Mohd Soffi Othman: Salam. Dalam hal kemelut politik di Trg ni, semua pimimpin terlibat mau tak mau mesti memberanikan diri duduk semeja dalam usaha merungkaikan kekusutan yg ada. Jangan nanti dalam PRU13 kelak, rakyat dah naik bosan dan menghukum UMNO dan BN. kekalahan TRG selama sepenggal kepada PAS patut dijadikan iktibar. Ketika itu semua pemimpin dan rakyat(UMNO) ... Read Morebersatu membentuk gelombang perubahan. Tapi sekarang rakyat mungkin akan bersatu kembali menenggelam kapal UMNO kiranya sikap dan peimpimpin negeri tidak berubah.

Manzaidi Mohd Amin: Abg Mad minta diri nak buat apa tu? Takkan dah ngantuk kot. Jadilah org bujang utk malam ni. Bgtau pada kakak tu, abg kena berjuang utk agama, bangsa dan ngara dulu mlm ni. Ishh abg mad. Negeri lain pun nak jugak pandangan abg mad. Jgn bila Kedah dah settle terus tarik diri.

Ahmad Saabun: Campur negeri org nanti org beras tempatan marah pulak... heeeee

Rafi Awg Kechik: Sofi - pimpinan anak negefri perlu ambil cabaran ini dan seluruh ahli UMNO akar umbi kena berani nyatakan pendirian..kenapa kita harus susahkan pemimoin dari negeri lain sedngkan dlm negeri sendiri tak kurang pemimpin hebat..kalau tak ada, tak kan ada perumpamaan, patah tumbuh hilang berganti

Rafi Awg Kechik: Man- Abg Mad kau tu nak bayar hutang yg semalam..

Manzaidi Mohd Amin: Ooo kalau gitu minta maaflah abg mad. teruskan perjuangan. Hutang wajb dibayar. Selamat malam semua. Nak bantu abg Mat Noor Deris pulak nih...

Mohd Soffi Othman: Ye lah abg Mad... masih awal lagi ni. Besok cutikan. Apa salahnya berborak panjang sedikit. Kepada ahli2 UMNO Terengganu dipohon nyatakan pendirian secara jujur dan bijaksana. Ketepikan buruksangka yang melampau terhadap mana2 pihak sebab itu amat merugikan bangsa kita. Team Ahmad Said dan Rosol perlu melalui 'jalan pulang' yang sama. Jgn sampai PAS yang tunjukan jalan ke 'kubur UMNO'

Rafi Awg Kechik: Sofi - betul tu

Firhat Yasir: Selangor... agaknya siapa? Mudah2 kepimpinan di Selangor adalah yang terbaik...

versi Facebook-topik ringan ringan

Rafi Awg Kechik: Nak rehat sekejap..nak jadi org muda..`kalaulah sepasang mata bundar mu dpt ku tenung, pipimu ingin ke elus manja, tangan mu erat ku genggam mesra, telinga mu dapat ku bisik manja, akulah lelaki bertuah malam ini..tapi sayang,,itu cuma mimpi yg tak sudah..;ok ke..?9

Comment
Khairul Rizal Osman: Macam novel kasanova saja Tuan Rafi. he he he.

Fadly Hisyam: ayat tu boleh wat ngorat awek tu tuan..

Rafi Awg Kechik: Khairul - ni yg takut nak jadi org muda ni..

Patree Malaysia: kalau mimpi memang tak pernah sudah RAF

Rafi Awg Kechik: Patree- tu je yg mampu..lebih2 tak boleh

Rafi Awg Kechik: Fadly - jgn salah gorat

Haifa Khaidir: romantik betol...

Siti Nur Salbieh: ok sgt..kat isteri RAK la. Tapi org muda x reti nak ayat pompuan camni.., klau ramai guna ayat cmni kt isteri masing2, aman dunia..dan kaum isteri kan tersenyum spanjang hari.. :)

Farzilah Razali: goli den! I yg muda ni pun tak guna ayat2 mcm tu...

Sharifah Sheila: Hai Bang Rafi selesai persidangan UMNO dah bunyi macam ni pulak ..? tersangkut kat put3 mana ni... ke Wanita ?

Ahmad Syawali Husin: hahaha da betahun saya tak dgar kata2 mcm tu dari dato..nak pecah gelak ni tok..

Rafi Awg Kechik: Farzilah - katalah BF guna ayat mcm ni..agak2 bukan geli lagi..geli geleman maunya

Rafi Awg Kechik: Sharifah - tak tersangkut mana2 cuma tersangkut dlm jem aje,,,

Kamarudin Hassan Dino: ayat cari makan beb...

Rafi Awg Kechik: ASH - tu la bendanya...tak ke gila dibuatnya

Rafi Awg Kechik: Siti - agak2 u ada ke isteri sanggup dgr..?

Manzaidi Mohd Amin: Adusssss Tuan.. apa hal pulak ni usik perasaan kita org ni. Inilah nasib saya sbg perantau...tak ada mata nak saya renung, tak ada pipi gebu nak saya elus manja, tak ada tangan nak saya genggam mesra, tak ada telinga nak mendengar bisikan manja, akulah lelaki yg tidak bertuah malam ini dan malam-malam sebelumnya.

Rafi Awg Kechik: Maaflah Manzaidi..tu yg org tua kata, tuah ayam nampak di kaki, tuah lelaki kadang2 sekali..hehehe

Sue Ann: hahahahah......ok ke? sudah tulis lagi mau tanya..ok ke? tema kita malam ini ialah.....MALAM KASIH SYG

Manzaidi Mohd Amin: SA, Jangan usik jiwa sepi saya tau...meronta-ronta teringat kat kampung ni...

Manzaidi Mohd Amin: Pak Mad kita pulak satu hal..pi papar lagu-lagu nostalgia: "Juwita ku Sayang" nyanyian Rafeah Buang & Ahmad Jais. Lagi la mengusik mata tak mau lelap. Esok pagi nak masuk ofis pulak.

Sue Ann: MMA- Oktober ialah bulan kaasih sayang...sapa yg kata.....SA yg ckp.....pasai apa tak balik2 kg lagi ni

Manzaidi Mohd Amin: SA, saya kerja di shah alam, keluarga di kelantan. Nak balik kena ada cuti. cuti pula baru ambil raya baru ni. Nak cuti pulak kena la tungu raya haji ni...lambat lagi la...kena menanggung jiwa yg sarat la ni.

Hawarie Md Khalid: Jgn buang tebiat .... uhuhuhu

Sue Ann: opss.....kalo gitu..tok sih nak kecek berjela..gapo tak klik sebule sekali

Hawarie Md Khalid: Lol. Sue kecek Kelate. Mugo kawe ingat demo cino..

Manzaidi Mohd Amin: guano demo Sue? demo duduk mano? oghe kelate ko demo ni?

Manzaidi Mohd Amin: oklah kawan2 dan Tuan Rafi. Selamat awal pagi. Mata dah ngantuk, rakan-rakan yg sambut deepavli kat perumahan ni pun dah henti main mercun. esok nak masuk kerja pagi2 lagi. Salam FB kpd semua. Maaf zahir dan batin.

Sue Ann: hehehe,,,,,baru belajor tadi...lepas tgk ceta "budak Kelantan" di astro

Hawarie Md Khalid: lolololo

Sue Ann: Hmk- dah ilang kata

Areu Rahman: jiwang!! ;p

Hawarie Md Khalid: Sue .. jgn menjolok sarang lebah.. kalau kena sengat u demam tak kebah. Air tenang jgn sangka takde buaya, wajah garang bukan tak pandai menggoda!..uuhuhuh Bro Rafi I rasa u boleh explain kat Sue i nie mcmana... ekekeke

Shahril Mohd: RAK.... ayat tu ok sangat utk otai... org muda, ayat direct sikit kot....

Siti Nur Salbirak: memang semua isteri berhajat suaminya berkata begitu kepada mereka, tapi orang lelaki je selalu take them for granted.., ha lelaki lain kat sini cuba lafazkan kata2 ni kat isteri masing2 malam ni dan tengok apa jadi..

Sue Ann: kah..kah..kah..anak melayu dikata cina...wajah yg garang..mmg menggoda...adakala hilang kata2...bila disengat..teruslah rebah,,,,,,,

Hawarie Md Khalid: wah wah wah.. melawan yer.. ekeke

Sue Ann: aummmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm
mmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm

Hawarie Md Khalid: Aku inilah bendanya.. dia dah bersenam harimau pulak..

Sue Ann: kah..kah..kah....

Hawarie Md Khalid: Matilah I digoda Sue ni Bro Rafi.. Punyalah garang muka I, dia tak takut rupanya.... uhuhuhu

Sue Ann: aik...tergoda ke? mmmm ingatkan garang tapi agar2 ek....kalu gitu..i kena tidor dulu lah

Hawarie Md Khalid: Ok. Semoga dibuai mimpi2 indah.

Sue Ann: nite to u too Mr.Aummm

Hawarie Md Khalid: Amboi amboi.... dah ada g.nite pulak... aduhhh tiba2 rasa macam nak bermimpi juga nie... Hahaha padan muka kena sakat.. Cari pasal lagi..

Noor Huzaimahtun Binti Jantan: oklah tu...!

Hamidah Bt Ali Miedaz: wah RAK... ini betul betul punya muda gamaknya... sedihnya mimpi tu ek, seram pun ya jugek. ni mimpi seram sejuk namanya.

Versi Facebook

DrMasjuki Musuri: Salam semua. Berhentilah menuding jari kepada orang lain, banyakkan melihat ke dalam diri untuk muhasabah (menghisab diri) untuk membuat Islah. Yang terasa banyak berdosa jgn tangguh bertaubat. Yg selalu rasa diri tu dah cukup pandai, kaya, berkuasa,... belajarlah merendah diri sedikit dgn merujuk, terutamanya kepada Allah melalui kitabnya & Rasul melalui Sunnahnya. Allah tidak berat mengampun dosa besar asal kita segera taubat. yg tidak diampun adalah kerana sengaja tidak bertaubat. Lagu pendek ini mungkin membantu menenang jiwa kita hari ini agar tidak jadi orang yg rugi.Read MoreLagu Nyanyian Warga Prihatin Penenang Jiwa.

Comment
Mariniey Mohd: betul tu dr...manusia ni kdg2 hanya ingat diri dia lah yang paling perfect...org lain semua tk kena..sanggup nayakan org lain lak tu...kan

DrMasjuki Musuri: Salam sejahtera utk marini...

Pekida Rnd: Melelehhhh.... Alhamdulillahhhh

DrMasjuki Musuri: 4. An Nisaa' 17. Sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah taubat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan (tak tahu - kononnya), yang kemudian mereka bertaubat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima Allah taubatnya; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

DrMasjuki Musuri: Allah bijak menilai penipuan kita, tahu kata tak tahu, sedar kata tak sedar... dengan sengaja membuat dosa. Beraninya kita menentang dan menipu Allah terang terangan.
Ada siapa yg tak tahu berzina itu dosa besar ketika ini? jadi mula saat ini, jika kita masih lagi melakukannya, akan di ampunkankah dosa itu nanti berdasarkan ayat tadi??? fikir lah sendiri dan jawablah sendiri.
Jika hidup menentang Allah terang terang, boleh kah yasin dan tahlil yg dibacakan oleh orang lain di liang kubur kita membantu ??? Kami yakin anda tahu jawabnya (jangan buat buat tak tahu sudahlahhh). Oleh itu, Janganlah ingat allah akan lepaskan kita yg suka ambil kesempatan atas sikap pengampunnya Allah (konon - ingat, allah bijak mengesan kefasikan, kepalsuan hati, mulut dan tangan kita).

DrMasjuki Musuri: any body can deny?

Manzaidi Mohd Amin: Sejuk mata memandang alam, tenang jiwa diselimuti rahmat, harmoni perasaan diselubungi nur...Alhamdulillah Dr. Sesunguhnya kita akan ditempatkan dalam kalangan org2 beriman.

DrMasjuki Musuri: insyaallah jika kita terus ikhlas dan bersungguh sungguh berusaha ke arah itu...

DrMasjuki Musuri: apa yg Warga Prihatin temui hasil kajian selama ini, yg dirasai oleh segenap jiwa warga sangat menenangkan dan meyakinkan.

DrMasjuki Musuri: Alhamdulillah segala puji untuk Allah yg memberikan petunjuk hidayahnya. Alangkah sejahteranya dunia jika semua manusia tahu aapa yg kami tahu.
Bagaimanalah hasil kajian berpuluh tahun nak di paparkan dalam ruang fb yg sempit dan masa yg terbatas ini...

Mohd Hazazi: Ayahnda Dr,anakda setuju. Manusia yang dibalut dgn ilmu Allah akan mengenal erti kemanusiaan. Kezuhudan,dan senantiasa membawa risalah murni untuk mencapai tahap redo Allah.
Bertaubat mampu mambawa jiwa yang bergoncang kpd jiwa tenang. InsyaAllah. Semoga Allah merahmati kita semua!

Khamis, 15 Oktober 2009

'Kepuasan rakyat keutamaan saya'

PUTRAJAYA 14 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata usaha memenuhi kepuasan rakyat menjadi keutamaan beliau dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai Perdana Menteri.

"Setiap pemimpin ada stail masing-masing. Saya tidak tahulah apa stail yang orang lihat yang ada pada saya, tetapi saya sudah gariskan bahawa apa yang saya buat adalah untuk memenuhi kepuasan rakyat.

"Ini yang saya utamakan dalam gerak kerja yang saya akan lakukan," kata Najib yang juga Presiden UMNO semasa wawancara eksklusif dengan Bernama di pejabatnya sempena Perhimpunan Agung UMNO.

Najib yang bergiat aktif dalam politik selepas kematian bapanya, Allahyarham Tun Razak Hussein, Perdana Menteri Kedua turut ditanya sekiranya beliau melihat ada persamaan antara cabaran politik semasa dengan apa yang dihadapi arwah bapanya yang mengharungi cabaran membangunkan negara selepas pilihan raya 1969 yang dicemari dengan rusuhan kaum pada 13 Mei.

"Ia memang satu krisis, malah hanya ada dua krisis utama dalam sejarah negara, iaitu pada tahun 1969 dan 2008," kata beliau yang merujuk kepada kemerosotan sokongan ketara yang dialami oleh Barisan Nasional pada pilihan raya umum tahun lepas.

Beliau berkata semua pihak perlu memberi respons terhadap kekalutan itu, dengan merujuk kepada respons oleh arwah bapanya dalam menghadapi cabaran mendatang, yang hasilnya negara menjadi pulih dan demokrasi berparlimen dikembalikan.

"Tun Razak memulakan Barisan Nasional dan menghadapi pelbagai cabaran yang dibawa oleh peristiwa 13 Mei; diadakan parti durian dan macam-macam lagi; semua ini bertujuan membawa semua kaum untuk bekerjasama, malah beliau juga menjadi orang penting dalam membawa parti pembangkang, Gerakan dan PPP menyertai BN, beliau yang melaksanakan rekayasa politik.

Ditanya apa yang beliau mahu anggota UMNO buat untuk memperkukuhkan perpaduan kaum, Presiden parti itu berkata beliau ingin melihat mereka bermula dengan perpaduan dalam parti terlebih dahulu dan kemudian dalam konteks BN.

"Selepas itu, UMNO juga mesti menjadi pelopor kepada usaha untuk membuat program outreach dengan mereka yang tidak menjadi anggota mana-mana parti komponen Barisan Nasional.

"Sebab itulah, saya mengajukan sikap keterbukaan dalam setiap pendekatan BN," kata beliau.

Najib sendiri mengamal apa yang beliau sarankan.

Antaranya, beliau sering melakukan "tinjauan mesra" untuk meninjau masalah rakyat, memberi tumpuan saksama kepada rakyat Sabah dan Sarawak dan menemui pelbagai pertubuhan yang mewakil berlainan kaum.

Yang terbaru Najib menunjukkan kesediaannya bekerjasama dengan mana-mana pihak di luar BN yang menyokong Barisan Nasional apabila beliau melancarkan Parti Makkal Sakti baru-baru ini. - BERNAMA

Pindaan bersejarah jadikan UMNO lebih demokratik

KUALA LUMPUR 14 Okt. – UMNO bakal melakar sejarah baru esok apabila lebih 2,500 perwakilannya dijangka meluluskan pindaan pada tujuh fasal perlembagaan parti itu termasuk menyerahkan pemilihan pucuk pimpinan kepada kelompok ahli yang lebih besar.

Dalam sejarah penubuhannya 60 tahun lalu, ini kali pertama pindaan dilakukan oleh UMNO bagi menjadikan ia lebih demokratik dengan pemilihan pemimpin tidak terletak di tangan sekumpulan perwakilan seperti sekarang.

Matlamatnya ialah untuk memastikan pemimpin benar-benar datang daripada akar umbi di samping mengelakkan penyelewengan terutama politik wang.

Naib Presidennya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Pindaan Perlembagaan UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pindaan itu hanya membabitkan tujuh fasal dan 41 klausa.

Namun katanya, ia merupakan sesuatu yang bersejarah dan bakal memberi kesan besar kepada parti.

Sebab itu katanya, penerimaan secara sebulat suara oleh lebih 2,500 perwakilan amat diharapkan.

“Pindaan ini adalah sebahagian daripada proses transformasi parti, bagi membolehkan UMNO lebih demokratik, telus dan inklusif,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat bersama 13 wakil Badan Perhubungan UMNO Negeri di sini hari ini.

Pindaan yang bakal dibentang Hishammuddin memberi tumpuan kepada Fasal 9.3 membabitkan pemilihan Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, Presiden, Timbalan Presiden, tiga Naib Presiden dan 25 Ahli Majlis Tertinggi (MT).

Melalui pindaan itu, semua jawatan tersebut yang sekarang ini dipilih oleh para perwakilan pada perhimpunan agung akan dipilih melalui persidangan bahagian setiap tiga tahun oleh 146,500 ahli.

Melalui usul pindaan itu, semua ketua sayap parti peringkat cawangan dicadangkan menjadi perwakilan secara automatik.

Transformasi itu juga akan menyentuh pindaan berhubung kelayakan calon, komposisi dan tanggungjawab MT.

Selain itu ia juga menyentuh hal-hal seperti yuran, pendaftaran keahlian dan komposisi perhimpunan agung tahunan.

Bagi cadangan pindaan berhubung kelayakan calon MT melibatkan Fasal 9.5 yang menghapuskan terus sistem kuota dan digantikan dengan sistem pendaftaran ahli-ahli yang ingin bertanding.

Cadangan pindaan itu menyebut calon-calon yang ingin bertanding mana-mana jawatan MT cuma perlu mendaftar diri dan pernah memegang jawatan ahli jawatankuasa bahagian selama satu penggal.

Komposisi MT pula berkaitan dengan Fasal 9.2.8 yang antara lain memberi hak automatik sebagai perwakilan ke mesyuarat perwakilan bahagian.

Ia juga menyentuh mengenai cadangan tambahan seorang wakil Wanita untuk jawatan ahli jawatankuasa (AJK) lantikan di peringkat MT, bahagian dan cawangan menjadikan jumlah AJK lantikan Wanita seramai dua orang.

Berhubung tanggungjawab MT yang melibatkan pindaan Fasal 10, ia akan memberi kuasa kepada MT untuk menetapkan satu tarikh serentak untuk diadakan mesyuarat perwakilan bahagian-bahagian.

Dengan itu kesemua 191 bahagian akan berlangsung serentak.

Pindaan Fasal 25.1 pula mengetengahkan cadangan penghapusan yuran tahunan dan digantikan dengan yuran seumur hidup sebanyak RM2 bagi mengelak sebarang pertikaian.

Dua lagi fasal yang terlibat dalam pindaan adalah Fasal 5.2 menyentuh tentang pendaftaran keahlian dan Fasal 8.4.4 berhubung komposisi perhimpunan agung tahunan.

Cadangan antara lain berkenaan langkah menambah baik borang keahlian UMNO bagi memudahkan proses menjadi ahli UMNO.

Komposisi perhimpunan pula berkaitan cadangan menerima kesemua 191 setiausaha bahagian sebagai perwakilan ke Perhimpunan Agung UMNO secara automatik. - UTUSAN MALAYSIA

Beeerapa banyak Bank daaa...

Pergerakan Pemuda Umno meminta kerajaan mewujudkan Bank Belia dengan alasan menggalakkan golongan itu terlibat dalam bidang keusahawanan.

Pada saya, wujud sebanyak mana pun bank yang berkaitan untuk membantu pelbagai golongan di negara ini kalau fungsinya gagal dilaksanakan sebagaimana mengikut perancangan, ia tidak akan berjaya.

Sudah banyak program dan konsep berbentuk bantuan serta pinjaman telah kerajaan wujudkan, tetapi semuanya tidak menampakkan kejayaan menggalakkan kerana sistem pengurusannya penuh dengan kerenah birokrasi.

Kerajaan tidak perlu mewujudkan Bank Belia kalau benar-benar ikhlas hendak membantu golongan itu, cukup dengan apa yang sudah ada sekarang iaitu skim pinjaman Mikro Kredit yang diuruskan Bank Simpanan Nasional (BSN), cukup dengan skim Tekun, Amanah Ikhtiar dan pinjaman Mara.

Perkasakan yang ini dulu, kaji semula kenapa skim ini tidak dapat dlaksanakan dengan baik dan sempurna, sebelum kerajaan mengambil langkah mewujudkan skim baru. Ini akan menjadi bahan ketawa parti lawan.

Bukan saya tidak bersetuju dengan cadangan itu, tetapi sejarah sudah membuktikan setiap skim baru yang diperkenalkan, pelaksanaannya tidak pernah menemui jalan penamat yang baik.

Pelbagai rungutan timbul dalam kalangan peminjam. Kena dapakan tanda tangan pemimpin itu dan pemimpin ini. Selepas itu, keperibadian peminjam dikaji, diteliti dan disiasat. Kalau 'bersih, barulah peminjam itu akan mendapat pinjaman.

Kaedah ini amat tidak baik. Ini kerana kebanyakan peminjam yang mendapat pinjaman bukan berjiwa perniagaan, tetapi menggunakan pinjaman itu untuk tujuan lain seperti membayar pendahuluan kereta, baiki rumah dan sebagainya.

Sedangkan, peminjam yang permohonannya ditolak adalah yang benar-benar berjiwa perniagaan. Tetapi malangnya, permohonan mereka ditolak. Jadi, apa tujuan sebenarnya Bank Belia diwujudkan kalau kerenah birokrasinya dan syaratnya sama seperti skim lain.

Sudah tentu usaha ini juga menemui jalan penamat yang memalukan. Selepas itu, cadang wujud nak entah apa-apa pula..begitulah sehingga akhirnya kerajaan memerintah bertukar menjadi pembangkang.

Walaupun niat Pergerakan Pemuda adalah baik dan ikhlas hendak membantu golongan belia, tetapi bukan dengan cara mewujudkan Bank Belia. Banyak lagi kaedah lain yang perlu dilakukan pergerakan itu seperti mengemukakan cadangan kepada kerajaan supaya mengkaji semula semua skim pinjaman sedia ada.

Daripada puluhan skim yang ada, mungkin ada satu dua skim yang berkaitan dengan Belia iaitu Tekun dan Mara contohnya. Perkasakan yang ini. Kaji semula syarat pinjaman dan permudahkan urusan meminjam. Barulah usaha membantu belia terlibat dalam bidang usahawan berjaya.

Cuba kerajaan selongkar fail berkaitan pinjaman di pejabat UMNO Negeri, Bahagian dan Cawangan, rasanya beribu-ribu keping borang yang telah siap diisioleh peminjam telah di tong-sampahkan dan menunggu masa kedatangan lori sampah untuk dilupuskan.

Permohonan itu ditolak dengan alasan peminjam ini bukan 'orang kita'. Ahli keluarganya penyokng kuat parti pembangkang dan peminjam tidak ahli parti pembangkan dan sebagai-bagainya lagi.

Kalau aspek dan faktor 'orang kita' dan 'bukan orang kita' diambil kira sebagai syarat meluluskan pinjaman, amat sedihlah bagi bangsa Melayu.

Pemimpin atasan melaungkan Hidup Melayu... Pemimpin atasan berusaha bermacam-macam usaha hendak membantu Melayu, tetapi apabila dilaksanakan, akan berlakulah Melayu menindas Melayu.

Akhirnya Melayu merempat di bumi Melayu kerana perbuatan orang Melayu. Siapa pemimpin Melayu itu? Pemimpin yang sama yang mencadangkan itu dan ini.

Isnin, 12 Oktober 2009

Tahniah Mohd Isa

Sebelum itu, tahniah diucapkan kepada Tan Sri Mohd Isa Samad atas kemenangan besar beliau dalam pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang semalam. Kemenangan ini membuktikan rakyat memerlukan khidmat Mohd Isa sebagai wakil rakyat dan rekod perkhidmatan beliau yang cemerlang sepanjang memegang jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan tidak lama dulu.
Walaupun parti pembangkang memainkan isu Mohd Isa rasuah dan perasuah ketika berkempen, ternyata isu itu tidak diterima pakai oleh rakyat, malah rakyat tahu siapa yang benar, siapa yang salah.
Apabila rakyat sudah kasih dan sayang kepada seseorang pemimpin atau bekas pemimpin, kata apa pun yang buruk-buruk terhadap pemimpin kesayangan itu, pendirian dan keputusan mereka tetap tidak berganjak. Mereka tetap memilih dan memberi undi kepada calon yang mereka suka.
Inilah senario yang dapat kita lihat di DUN Bagan Pinang. Rakyat memilih Mohd Isa kerana mereka sayangkan Mohd Isa. Mereka tidak suka kepada calon Pas, walaupun Pas mendakwa calonnya bersih seperti bayi atau kain putih. Padahal hakikatnya ia tidak sebersih sebagaimana diperkatakan. Dalam usia yang sudah dewasa, mustahil seseorang pemimpin Pas tidak melakukan kesalahan. Itu sudah jelas.
Namun pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang mencipta tersendiri apabila menyaksikan banyak kes dan laporan sepak menyepak, baling membaling, tumbuk menumbuk, tendang menendang, tampar menampar dan lebih parah cedera akibat dibaling batu.
Perbuatan membaling batu ini dilakukan oleh penyokong pembangkang. Bab meniru gaya atau trend rakyat negara lain memang digemari oleh pembangkang dan trend membaling batu ini selalunya digunakan oleh rakyat Palestin. Jadi, pembangkang cuba praktikkan di DUN Bagan Pinang. Tidak mustahil selepas ini dalam apa saja keadaan, mereka akan membaling batu.
Adalah sebagai peringatan kepada sesiapa sahaja yang tidak terlibat dengan penyokong pembangkang, agar berhati-hati kalau berhadapan dengan situasi itu. Kalau mereka tidak mahu batu pelbagai saiz itu hinggap di mana-mana anggota tubuh badan, lebih baik jauhkan diri dan jangan terlibat sama sekali dalam apa saja provokasi yang melibatkan pembangkang.
Dan kalau berlaku lagi pilihan raya kecil di mana-mana negeri, elok kita mengambil langkah berjaga-jaga seperti memakai baju tebal atau pakaian kalis batu bagi mengelak terkena balingan objek keras.

Ahad, 11 Oktober 2009

Penyokong pembangkang ditahan edar wang palsu atas nama BN

PORT DICKSON: Dua lelaki masing-masing berusia 35 dan 23 tahun yang dipercayai penyokong parti pembangkang ditangkap polis selepas cuba mengedarkan wang palsu dengan menggunakan sampul surat Barisan Nasional (BN), kata Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh.

Wang palsu yang disimpan dalam 69 sampul surat itu mengandungi nota "Undilah BN, Undilah Isa" dengan setiap sampul diselitkan tiga keping wang tunai RM100, kata beliau.

"Mereka ditahan semasa menunggang motosikal pada pukul 5 petang tadi di kawasan pilihan raya, wang palsu itu disimpan dalam beg sandang," katanya kepada pemberita di bilik taklimat Markas Taktikal Polis di sini pada Sabtu.

Katanya duit palsu itu mempunyai siri nombor yang sama dan dicetak dengan mesin penyalin, tetapi polis masih menyiasat mengenai tempat ia dicetak.

Kedua-dua lelaki itu dipercayai cuba memburuk-burukkan imej parti lawan dengan mengedarkan wang palsu, katanya sambil menambah salah seorang yang terlibat merupakan penuntut Malaysia di Mesir yang sedang balik bercuti.

Mereka akan didakwa di bawah Seksyen 489 (C) Kanun Keseksaan kerana cuba mengedarkan wang palsu, katanya. BERNAMA

Selamat mengundi pengundi Bagan Pinang

Hari ini lebih 13,644 pengundi DUN Bagan Pinang dengan majoritinya adalah Melayu akan membuang undi untuk memilih sama ada calon BN, Tan Sri Mohd Isa Samad atau calon Pas, Zulkifley Mohammad Omar.

Umum tahu DUN itu adalah kubu kuat BN dan pemilihan TS Mohd Isa sebagai calon adalah tepat memandangkan majoriti daripada pengundi kawasan itu mahukan TS Mohd Isa sebagai wakil rakyat mereka.

TS MOhd Isa mempunyai rekod cemerlang dalam pentadbirannya ketika beliau memegang jawatan sebagai Menteri Besar tidak lama dulu. Banyak pembangunan rohani dan sosio-ekonomi telah ditingkatkan bawah kepimpinannya.

Taraf hidup rakyat Negeri Sembilan juga tiada tolok bandingnya dengan negeri lain. Kemajuan ini adalah kejayaan mutlak TS Mohd Isa yang tak boleh dinafikan oleh mana-mana pihak termasuk pakatan pembangkang sekali pun.

Pemerhati politik mengatakan tidak ada sebab kenapa rakyat perlu menolak calon BN dan memberikan kemenangan kepada TS Mohd Isa bagi membolehkan beliau meneruskan kesinambungannya sebagai wakil rakyat.

Bagaimanapun, segala penentuannya akan diketahui malam ini, setelah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selesai membuat pengiraan undi dan mengumumkan pemenang.