Khamis, 15 Oktober 2009

Beeerapa banyak Bank daaa...

Pergerakan Pemuda Umno meminta kerajaan mewujudkan Bank Belia dengan alasan menggalakkan golongan itu terlibat dalam bidang keusahawanan.

Pada saya, wujud sebanyak mana pun bank yang berkaitan untuk membantu pelbagai golongan di negara ini kalau fungsinya gagal dilaksanakan sebagaimana mengikut perancangan, ia tidak akan berjaya.

Sudah banyak program dan konsep berbentuk bantuan serta pinjaman telah kerajaan wujudkan, tetapi semuanya tidak menampakkan kejayaan menggalakkan kerana sistem pengurusannya penuh dengan kerenah birokrasi.

Kerajaan tidak perlu mewujudkan Bank Belia kalau benar-benar ikhlas hendak membantu golongan itu, cukup dengan apa yang sudah ada sekarang iaitu skim pinjaman Mikro Kredit yang diuruskan Bank Simpanan Nasional (BSN), cukup dengan skim Tekun, Amanah Ikhtiar dan pinjaman Mara.

Perkasakan yang ini dulu, kaji semula kenapa skim ini tidak dapat dlaksanakan dengan baik dan sempurna, sebelum kerajaan mengambil langkah mewujudkan skim baru. Ini akan menjadi bahan ketawa parti lawan.

Bukan saya tidak bersetuju dengan cadangan itu, tetapi sejarah sudah membuktikan setiap skim baru yang diperkenalkan, pelaksanaannya tidak pernah menemui jalan penamat yang baik.

Pelbagai rungutan timbul dalam kalangan peminjam. Kena dapakan tanda tangan pemimpin itu dan pemimpin ini. Selepas itu, keperibadian peminjam dikaji, diteliti dan disiasat. Kalau 'bersih, barulah peminjam itu akan mendapat pinjaman.

Kaedah ini amat tidak baik. Ini kerana kebanyakan peminjam yang mendapat pinjaman bukan berjiwa perniagaan, tetapi menggunakan pinjaman itu untuk tujuan lain seperti membayar pendahuluan kereta, baiki rumah dan sebagainya.

Sedangkan, peminjam yang permohonannya ditolak adalah yang benar-benar berjiwa perniagaan. Tetapi malangnya, permohonan mereka ditolak. Jadi, apa tujuan sebenarnya Bank Belia diwujudkan kalau kerenah birokrasinya dan syaratnya sama seperti skim lain.

Sudah tentu usaha ini juga menemui jalan penamat yang memalukan. Selepas itu, cadang wujud nak entah apa-apa pula..begitulah sehingga akhirnya kerajaan memerintah bertukar menjadi pembangkang.

Walaupun niat Pergerakan Pemuda adalah baik dan ikhlas hendak membantu golongan belia, tetapi bukan dengan cara mewujudkan Bank Belia. Banyak lagi kaedah lain yang perlu dilakukan pergerakan itu seperti mengemukakan cadangan kepada kerajaan supaya mengkaji semula semua skim pinjaman sedia ada.

Daripada puluhan skim yang ada, mungkin ada satu dua skim yang berkaitan dengan Belia iaitu Tekun dan Mara contohnya. Perkasakan yang ini. Kaji semula syarat pinjaman dan permudahkan urusan meminjam. Barulah usaha membantu belia terlibat dalam bidang usahawan berjaya.

Cuba kerajaan selongkar fail berkaitan pinjaman di pejabat UMNO Negeri, Bahagian dan Cawangan, rasanya beribu-ribu keping borang yang telah siap diisioleh peminjam telah di tong-sampahkan dan menunggu masa kedatangan lori sampah untuk dilupuskan.

Permohonan itu ditolak dengan alasan peminjam ini bukan 'orang kita'. Ahli keluarganya penyokng kuat parti pembangkang dan peminjam tidak ahli parti pembangkan dan sebagai-bagainya lagi.

Kalau aspek dan faktor 'orang kita' dan 'bukan orang kita' diambil kira sebagai syarat meluluskan pinjaman, amat sedihlah bagi bangsa Melayu.

Pemimpin atasan melaungkan Hidup Melayu... Pemimpin atasan berusaha bermacam-macam usaha hendak membantu Melayu, tetapi apabila dilaksanakan, akan berlakulah Melayu menindas Melayu.

Akhirnya Melayu merempat di bumi Melayu kerana perbuatan orang Melayu. Siapa pemimpin Melayu itu? Pemimpin yang sama yang mencadangkan itu dan ini.

Tiada ulasan: