Khamis, 31 Disember 2009

Nizar lawat KKSB dan dailog dgn Edisi Perak



Di Ibupejabat Karangkraf Sdn Bhd semalam (30hb Disember 2009), kita menerima rombongan kepimpinan Pas Perak yang diketuai bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin.

Turut bersama rombongan itu ialah Setiausaha Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim Abdullah; Naib Ketua Dewan Pemuda Pas negeri, Mohd Nuri Al-Amin Endut; Ketua Muslimat Pas negeri, Bariah Awang Sapri; Yang Dipertua Pas Kawasan Tambun, Dr Khairuddin Abdul Malek dan beberapa pemimpin parti itu.

Selepas melawat operasi percetakan majalah dan akhbar Sinar Harian, rombongan bersama Editor Edisi Sinar Harian untuk sesi dailog. Banyak soalan dikemukakan kepada Mohamad Nizar antaranya, beliau dikatakan menjadi boneka DAP, beliau dikaitkan dengan skandal 88 konsesi balak, beliau derhaka kepada Sultan Perak dan peralihan kuasa PR kepada BN.

4 ulasan:

muzaidi berkata...

Apa komen manzaidi

manzaidiamn berkata...

Pada saya, daripada 100 peratus jawapannya, 50 peratus adalah separuh benar dan 50 peratus lagi langsung tak benar.

Unknown berkata...

Uish...ado dialog dok royak pun..ingat nok la jugok join dan menelaah segala apa yang menjadi tpoik pada hari itu...doh nok wak rano mugi kito duk jauh doh lening...

manzaidiamn berkata...

Dialog dengan puak-puak pembohong besar. Puak-puak yang berkepentingan diri. Puak yang sanggup sembunyikan fakta sebenar demi tamak haloba menjadi pemimpin.