Khamis, 28 Jun 2012

Antara Perdana Menteri Palestin dengan Presiden Pas

Puak-puak Pas dan PKR atau dengan lain perkataan puak-puak pembangkang cuba memainkan gambar ini dalam laman sosial mereka untuk membuat perbandingan kononnya Perdana Menteri Palestin bersifat sederhana dalam pelbagai aktiviti kehidupannya seperti makan, minum, berpakaian, tempat tinggal dan perbelanjaan.

Ramai pengomen-pengomen dalam wall berkenaan mengutuk cara kepemimpinan Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mereka sifatkan sebagai pemboros, joli, makan makanan yang mewah-mewah sehingga lupa pada rakyat yang miskin.

Sekali... bila puak-puak Umno memainkan gambar Presiden Pas sedang tankedarah dan mempedal dengan seekor kambing panggang di atas meja depan mata, terus puak-puak Pas, PKR dan pembangkang terdiam diri.

Mungkin ada yang selak terngangga apabila melihat gambar pemimpin mereka sedang meratah makanan yang enak-enak, yang langsung tidak mencerminkan sebagai pemimpin Islam yang sederhana.

Itulah, lain kali sebelum nak mengata orang, tengok, tilik dan cermin diri sendiri dulu. Selak kain kat punggung tu, banyak kurap, panau dan kudis buta tertempek. Busuk lagi membusukkan.

Ahad, 17 Jun 2012

Kisah Mayat Membaca Surah Yasin di Mekah

Ini adalah cerita benar yang telah diceritakan oleh pelajar-pelajar Malaysia di Arab Saudi. Peristiwa ini baru saja berlaku dan disahkan benar oleh Ustaz Halim Naser, penceramah bebas yang terkemuka di Malaysia.

Ceritanya begini...

Pada suatu hari di musim haji yang lepas, pelajar Malaysia yang sama-sama menunaikan haji telah mengikut seorang Arab untuk mengebumikan jenazah seorang jemaah yang meninggal dunia pada musim haji. Makam tersebut terletak di Ma’la iaitu tempat pengebumian para jemaah haji yang meninggal dunia di Mekah.

Cara mereka kebumikan ialah dengan meninggalkan mayat dalam lubang yang disediakan dan menutupnya untuk kira-kira lapan bulan. Selepas lapan bulan, lubang itu akan dibuka semula untuk mengebumikan mayat yang baru.

Pada hari tersebut, apabila satu lubang dibuka untuk mengebumikan mayat yang baru, orang Arab tersebut bertempiaran lari kerana dia nampak mayat sedang bersila, bukan tidur seperti kebiasaannya.

Penuntut Malaysia ini memberanikan diri merangkak ke dalam kubur tersebut untuk melihat dengan lebih jelas. Hasilnya dia mendapati memang mayat tersebut sedang bersila dan mayat itu sedang membaca al-Quran dan al-Quran itu memang yang asli.

Selepas dilihat seterusnya. Ayat al-Quran yang terbuka ialah Surah Yassin. Satu lagi perkara ialah mayat tersebut tidak reput dan kain yang membalutinya juga tidak reput. Yang reput hanyalah kapas yang diletakkan di antara mayat dengan kain kapan (kain ihram).

Setelah dibuat kajian, rupa-rupanya mayat tersebut ialah mayat seorang lelaki berkulit hitam yang kerjanya ialah membersihkan Baitullah daripada tumpahan air zam-zam.

Kerjanya tiada lain selain daripada membersihkan Baitullah jika ada tumpahan air zam-zam. Jika tiada tumpahan, dia akan duduk di satu sudut Baitullah dan membaca Surah Yassin.

Itulah kelebihannya bagi orang yang berbakti ke jalan Allah. Inilah yang membuatkan kita semakin berkobar-kobar untuk mengunjungi Baitullah.

Selepas peristiwa itu, lubang kubur itu pun dipatri (disimen) dan ditandakan agar tiada mayat lagi yang akan dikebumikan di situ. Inilah bukti akan janji-janji Allah pada hamba-Nya yang taat dan ikhlas bekerja kerana-Nya.

Sabtu, 16 Jun 2012

Puasa 21 Julai, Raya 19 Ogos

Umat Islam di negara ini dijangka mula berpuasa pada Sabtu, 21 Julai depan manakala Hari Raya Aidilfitri disambut pada Ahad 19 Ogos.

Jika tarikhnya begitu, umat Islam akan berpuasa selama 29 hari.

Bagaimanapun, seorang penyelidik di sebuah pusat Ilmu Falak di sebuah universiti di utara tanah air menegaskan, tarikh sebenar puasa dan Hari Raya Aidilfitri masih tertakluk sepenuhnya kepada perisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja kelak.

Menurutnya, pada 29 Syaaban 1433H bersamaan 19 Julai, kedudukan bulan tidak memenuhi kriteria Imkanur-rukyah (kebolehnampakkan) iaitu umur bulan tidak lebih lapan jam sebelum ijtimak.

"Dengan kedudukan bulan tidak memenuhi kriteria Imkanur-rukyah, maka 1 Ramadan 1433 Hijrah jatuh pada 21 Julai 2012," kata beliau ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Mengenai Aidilfitri pula, beliau berkata, ijtimak bulan Syawal berlaku pada pukul 11.51 malam, 17 Ogos 2012.

"Berdasarkan itu, kedudukan bulan memenuhi kriteria Imkanur-rukyah. Oleh itu, 1 Syawal jatuh pada 19 Ogos," kata beliau.

Ahad, 10 Jun 2012

Parkir Kereta Giant Batu Cave Tidak Selamat

Saya sambut baik langkah Polis Selangor nak jalin kerjasama dengan pengendali pusat beli balah berhubung kegiatan jenayah yang berleluasa terutama di tempat letak kereta kompleks berkenaan.

Sejak saya alami sendiri kejadian itu pada 20 Mei 2012 lalu, saya berasa perit, trauma dan fobia nak pergi ke pusat beli belah, lebih-lebih lagi ketika nak letak kenderaan di tempat meletak kereta.

Walaupun pengendali pusat beli belah berkenaan menyediakan pengawal keselamatan, kebanyakan daripada mereka langsung tidak menjalankan tugas mengawal, sebaliknya lepak di kerusi, bersembunyi di tempat tertentu untuk menghisap rokok atau berbual dengan telefon bimbit.

Sedangkan pencuri yang menyamar sebagai orang biasa - sukar untuk kita cam mereka ini - berkeliaran dan sentiasa memerhati kita letak kereta dan tinggalkan kereta di tempat parkir.

Pencuri juga sentiasa memerhatikan gerak geri pengawal keselamatan. Biasanya, pencuri akan lebih berani dan kerap mencuri di tempat yang pengawal keselamatan menjalankan kerja sambil lewa.

Begitulah yang berlaku pada saya dalam kejadian pecah kereta di tempat letak kereta di Giant Batu Cave, Selangor. Apabila saya menyedari semua barang yang diletak dalam bonet belakang hilang, saya pergi mendapatkan pengawal keselamatan (mereka tidak ada di sekitar tempat meletak kereta. Saya jumpanya sedang merokok di bawah pokok, agak jauh dari tempat letak kereta) untuk bertanyakannya kalau-kalau dia ada ternampak kejadian itu.

Dengan mudah saja dia mengeleng kepala tak faham apa yang saya tanya kerana dia orang Bangla dan Myanmar. Sedih dan menyedihkan. Betapa rapuhnya kawalan keselamatan di pekarangan pusat beli belah.

Oleh itu, kepada pengguna berhati-hatilah ketika meletakkan kenderaan anda di tempat meletak kereta. Jangan harapkan kepada kawalan keselamatan yang disediakan di pusat beli belah itu kerana mereka hanya bekerja untuk makan gaji buta dan menghabiskan masa bekerja lapan atau 10 jam dengan melepak di tempat sunyi-sunyi tanpa menghiraukan langkah-langkah keselamatan yang diletakkan bawah tanggungjawabnya.

Halang Jenayah Tempat Letak Kereta

PETALING JAYA: Polis akan menjalinkan kerjasama rapat dengan pengendali pusat membeli-belah sambil memberi penerangan mengenai langkah keselamatan bagi membendung kes jenayah di premis berkenaan termasuk penculikan di tempat letak kereta.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata beliau telah mengarahkan semua ketua polis daerah supaya mendekati pihak pengurusan keselamatan pusat membeli-belah di kawasan masing-masing.

"Kakitangan keselamatan swasta yang dilantik oleh pusat membeli-belah juga perlu dilatih untuk bertindak secara berkesan dan ini hanya boleh dilakukan melalui latihan yang sesuai," katanya kepada The Star di sini.

Beliau berkata polis akan menganjurkan kempen bagi meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan peribadi kerana menurutnya pengetahuan adalah kunci untuk mengelak daripada menjadi mangsa.

Sementara itu Tun Hisan turut menasihati orang ramai agar melaporkan segera sebarang tindakan atau situasi yang mencurigakan.

"Bagi mereka yang menggunakan telefon pintar, anda boleh menggunakan aplikasi My Distress untuk mendapatkan bantuan polis jika mereka berada dalam situasi tersebut.

"Jika sesuatu yang aneh menghampiri anda, cuba untuk menuju ke kawasan yang mempunyai ramai orang serta elakkan konfrontasi.

"Jangan keluar bersendirian dan elak meletakkan kenderaan anda di kawasan yang terpencil," katanya sambil menggesa orang ramai, terutamanya wanita agar lebih berhati-hati.

Tambah beliau pusat membeli-belah harus mempamerkan nombor kecemasan mereka bagi memudahkan orang ramai menghubungi kakitangan keselamatan.

Tun Hisan berkata sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai apa-apa jenayah yang berlaku di pusat membeli-belah boleh menghubungi 03-5514 5222 atau pergi ke balai polis yang berdekatan.

Jumaat, 8 Jun 2012

Kalaulah Pemandu Kita Macam Ni...

SUASANA sedih menyelubungi Rumah Pengebumian di Hangzhou, China. Penduduk tempatan tanpa mengira latar belakang dan peringkat umur menangis teresak-esak meratapi kematian Wu Bin yang berusia 48 tahun.

Kesedihan semakin dirasai apabila persekitaran dewan dipenuhi jambangan bunga, kain rentang dan kepingan kad ucapan yang tertera luahan ringkas seperti, 'Anda pemandu hebat' dan 'Anda akan kekal di hati saya'.

Pemergian Bin, pada Jumaat lalu benar-benar membawa seribu satu kepahitan dan kisah pilu di hati warga China. Selepas koma dan terlantar di hospital selama tiga hari, pemuda kelahiran Hangzhou, Zhejiang itu menghembuskan nafas terakhirnya. Salah seorang doktor mengesahkan bahawa Bin mengalami kecederaan serius di hati sementara tiga tulang rusuknya patah.

Kecederaan yang dialami Bin disebabkan dadanya tertusuk serpihan logam tajam yang menembusi cermin depan bas yang dipandunya pada 29 Mei lalu. Pada masa itu, Bin, bapa kepada seorang cahaya mata sedang memandu bas antara bandar Wuxi dan Hangzhou di lebuh raya Wuxi, wilayah Jiangsu.

Meskipun cedera parah di dada kanan, Bin masih mampu mengawal kelajuan bas agar tidak tersasar. Bagi memastikan keselamatan 24 orang penumpang di dalam bas, Bin menekan brek, menukar gear dan menenangkan penumpang.

Selepas beralih ke tempat pemandu, Bin meminta penumpang menghubungi pihak polis untuk mendapatkan bantuan.

"Pada mulanya saya tidak sedar apa yang berlaku kerana Bin tidak menjerit. Saya fikir, bunyi bising tersebut mungkin melibatkan pelanggaran kenderaan lain.

"Sebaik saja dia ke belakang dan duduk di tempat penumpang, barulah saya sedar bahawa Bin mengerang kesakitan sambil memegang dada. Dalam beberapa minit kemudian dia pengsan," terang Han Weichun, seorang penumpang yang duduk betul-betul di belakang Bin.

Pemandu yang cermat

Hasil siasatan pihak polis mendapati, serpihan logam seberat 3.5 kilogram melayang dari sebuah kereta yang bertentangan lalu menusuk ke dada Bin.

Justeru, tindakan Bin yang mengutamakan para penumpangnya dan mengabaikan kesakitan yang dialaminya telah mendorong orang ramai menjulangnya sebagai wira.

Menurut rakan sekerja Bin, Chen Yibo, sejak berkhidmat sembilan tahun lalu, rekod kerja Bin sentiasa cemerlang. Dia sudah memandu sejauh sejuta kilometer (km) tanpa terlibat dalam sebarang kemalangan.

"Dia juga tidak pernah disaman kerana selalu memandu mengikut kelajuan dan peraturan jalan raya yang ditetapkan. Para penumpang cukup berpuas hati dengan cara pemanduan dan servis Wu Bin," katanya yang sedih dengan kehilangan rakan sekerja yang dedikasi.

Di sebalik tragedi itu, Bin dijulang sebagai wira oleh penduduk di tempat kelahirannya, Hangzhou yang terletak di China timur. Mereka berkali-kali mengungkapkan bahawa Bin merupakan individu dan pekerja terbaik yang perlu dicontohi.

Sewaktu berlangsungnya upacara pengebumian Bin di Rumah Pengebumian Hangzhou, penduduk tempatan bertali arus semata-mata untuk memberikan penghormatan terakhir kepadanya. Sehinggakan, pihak polis terpaksa mengawal lalu lintas.

Esakan dan tangisan pula memenuhi dewan. Ternyata, kehilangan pemuda yang disifatkan murah dengan senyuman itu cukup berkesan di hati keluarga, jiran, sahabat handai dan penduduk tempatan.

Upacara pengebumian Bin turut dihadiri selebriti, golongan kenamaan dan para pemimpin negeri seperti Timbalan Menteri Pengangkutan, Feng Zhenglin, Timbalan Gabenor Wilayah Zhejiang, Wang Jianman dan Datuk Bandar Hangzhou, Zhang Jianting.

Pekerja contoh

Kerajaan wilayah Zhejiang menyifatkan Bin mati secara terhormat kerana tidak mementingkan diri sendiri manakala Kementerian Pengangkutan mengangkatnya sebagai pekerja contoh.

"Saya selalu menaiki bas yang dipandu Bin dari Wuxi dan Hangzhou. Dia seorang pemandu yang baik dan berhati-hati. Jadi, bukanlah sesuatu yang mengejutkan apabila Bin berusaha menyelamatkan nyawa penumpang meskipun dia sedang bergelut dengan kecederaan serius," luah Wu Yao yang juga jiran dengan Bin selama tiga dekad.

Dalam pada itu sahabat baik Bin, Feng Li menyatakan: "Tindakan Bin jelas menunjukkan dia seorang pemandu dan pekerja yang berwibawa. Barangkali, keperibadian Bin yang penyayang, mudah mesra dan mengambil berat tentang orang sekeliling mendorongnya bertindak seperti itu."

Sebagai memperingati jasa baik Bin, para pemimpin negara China termasuk ketua parti wilayah Zhao Hongzhu, telah menghulurkan sumbangan wang tunai sebanyak 500,000 yuan (RM249,500) kepada keluarga Bin. Sementara itu, majikan syarikat Bin berkhidmat pula menghadiahkan sebuah pangsapuri yang terletak di pusat bandar.

Tolak sumbangan

Lebih menyentuh perasaan apabila orang ramai dan pelbagai pihak turut menderma wang tunai meskipun menyedari hadiah tersebut tidak ternilai dengan pengorbanan yang dilakukan oleh Bin. Namun begitu, keluarga Bin menolak secara baik segala bentuk sumbangan dalam bentuk wang tunai mahupun barangan.

Mereka cuma mengharapkan agar masyarakat terus mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan mereka sekeluarga dalam menempuhi kehidupan tanpa Bin. Sebelum ini, Bin yang menetap bersama kedua-dua ibu bapanya, meninggalkan seorang balu dan seorang anak.

Dalam surat terbuka luahan hati keluarga Bin, mereka bersyukur dan berterima kasih kepada orang ramai yang tidak henti-henti menunjukkan kasih sayang serta bersimpati atas pemergian Wu.

"Kami tidak memerlukan sebarang bentuk bantuan daripada orang perseorangan kerana kami akan berusaha sendiri dan bekerja keras untuk kehidupan. Bagi kami, bantuan yang diterima daripada pihak kerajaan dan majikan Bin sudah memadai," tutur kakak Bin, Wu Bingxin. Bingxin turut menyatakan mereka sekeluarga sudah biasa hidup secara sederhana.

Dalam pada itu, isteri Bin, Wang Lizhen, memberitahu, pagi Selasa minggu lalu merupakan detik akhir dia bertemu mendiang suaminya. Bin mengucapkan selamat tinggal kepadanya sebelum keluar bekerja.

"Saya dapat merasakan dia belum bersedia untuk 'pergi' meninggalkan kami. Ketika Bin berada dalam keadaan tidak sedar, saya mengusap dahinya dan tangannya bergerak memberi reaksi.

"Bin seolah-olah mahu meluahkan sesuatu kepada saya. Dia bagaikan berjuang untuk terus hidup. Namun apakan daya, tuhan lebih menyayanginya," jelas Lizhen dalam nada getar menahan sebak kerana kehilangan suami yang dikahwininya sejak 18 tahun lalu.

Tindakan Bin menyelamatkan 24 penumpang di dalam bas meskipun sedang bertarung dengan kesakitan akibat tusukan besi tajam, harus dicontohi oleh kumpulan pemandu pengangkutan awam di seluruh dunia.

"Sejak beberapa hari lalu, saya sentiasa menangis kerana sebak dengan keprihatinan Bin terhadap para penumpangnya. Semoga semangat Bin menjadi ikutan setiap lapisan masyarakat," tutur Shen Wei, guru sekolah menengah yang hadir memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Bin bersama empat orang pelajarnya. - KOSMO

Rabu, 6 Jun 2012

TRANSIT ZUHRAH...























































Planet Zuhrah melintasi hadapan matahari Masachapa, Nicaragua pada hari ini, Rabu. Fenomena transit Zuhrah ini berlaku bermula jam 6.10 pagi dan berakhir pada jam 12.40 tengah hari. Saiz planet Zuhrah menyamai Bumi, apabila melihatnya dalam keadaan 'bulatan hitam kecil' melintas di permukaan matahari. Fenomena transit pernah berlaku pada tahun 1874 dan 1882, kemudian ia berlaku pada 2004 dan 2012. Transit selepas ini hanya akan berlaku pada tahun 2117 dan 2125. - Foto AFP

Yamtuan berangkat ke program cerapan transit Zuhrah

PORT DICKSON - Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir hari ini berangkat ke Program Cerapan Transit Zuhrah yang berlangsung di Balai Cerap, Kompleks Baitul Hilal, di sini.

Sejurus ketibaan baginda pada pukul 9 pagi yang disambut Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, Tuanku Munawir diberi taklimat mengenai kejadian transit planet Zuhrah oleh Timbalan Mufti Negeri Sembilan, Nor Azamir Alias.

Baginda kemudian berangkat ke sesi cerapan dan lawatan serta santapan pagi sebelum berangkat pulang pada pukul 10.45 pagi.

Sementara itu, Pegawai Falak Jabatan Mufti Negeri Sembilan, Shafie Muhammad berkata, pada hari ini, planet Zuhrah melintas di hadapan matahari dan boleh dilihat dari Bumi.

Di Malaysia, fenomena itu dapat disaksi bermula matahari terbit dan berakhir pukul 12.50 tengah hari di mana planet tersebut kelihatan seperti tompok hitam kecil bergerak melintasi matahari.

"Kali terakhir fenomena ini ialah pada 8 Jun 2004," katanya.

Malaysia Turut Alami Transit Zuhrah Terakhir Abad Ini

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan planet Zuhrah melintasi matahari – dikenali sebagai Transit Zuhrah yang terakhir abad ini, fenomena yang hanya boleh dilihat 100 tahun akan datang.

Menurut Pegawai Penyelidik Agensi Angkasa Negara, Lau Chen Chen, Transit Zuhrah kali ini bermula jam 6.09 pagi tadi, ia berada di fasa maksimum pada jam 9.29 pagi dan berakhir jam 12.49 tengah hari.

Fenomena ini juga disaksikan di seluruh dunia, lapor media asing.

"Penduduk di sekitar Sabah bernasib baik kerana dapat menyaksikan keseluruhan fasa Transit Zuhrah ini kerana matahari terbit sebelum transit bermula," katanya pada sesi penerangan Transit Zuhrah di sini, pagi ini.

Jelas beliau, orang ramai dilarang melihat matahari secara terus tanpa penuras yang selamat kerana boleh menyebabkan kerosakan pada mata atau boleh mengakibatkan buta.

Bersempena dengan itu, Planetarium Negara menyediakan sembilan teleskop dan sebuah solarskop bagi kegunaan orang ramai melihat keajaiban alam ini.

Agensi Angkasa Negara (Angkasa) turut bekerjasama dengan Unit Falak Pahang dan Falak Online dengan mengambil imej fasa-fasa Transit Zuhrah dari tempat masing-masing dan memuat naik secara langsung ke laman Facebook Malaysia Lunar Eclipse.

Dalam pada itu, seorang pengunjung, Yusman Daud, 45 berkata, dia datang untuk menyaksikan Transit Zuhrah kerana minat yang amat mendalam dalam bidang astronomi dan bagi menanam minat anak-anaknya menghayati kebesaran Tuhan dengan menyaksikan fenomena hari ini, yang jarang-jarang berlaku.

Latifah Maisarah Yusman, 16, seorang pelajar pula berkata, peluang menyaksikan Transit Zuhrah jarang dapat dilihat.

"Jadi saya tidak mahu ketinggalan melihat fenomena ini, di samping menambah ilmu pengetahuan," katanya.

Fenomena transit Zuhrah muncul semula 2117

LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) - Penduduk di seluruh dunia memandang ke langit pada waktu siang kelmarin dan awal petang semalam di Asia untuk melihat transit Zuhrah.

Keajaiban alam tersebut berikutnya hanya akan berlaku dalam tempoh 105 tahun akan datang.

Transit Zuhrah terjadi apabila planet berkenaan melintasi di antara Bumi dan Matahari.

Penduduk Bumi dapat melihat planet berkenaan sebagai satu bintik hitam kecil pada permukaan matahari.

"Jika anda dapat melihat tahi lalat pada wajah model antarabangsa Cindy Crawford, anda pasti akan dapat melihat transit Zuhrah," kata seorang ahli Persatuan Astronomi Los Angeles, Van Webster.

Transit berkenaan berlaku selama 6 jam 40 minit bermula selepas pukul 6 petang di AS.

Mereka yang berada di Amerika Utara dan Tengah akan dapat melihat keseluruhan fenomena itu manakala penduduk di barat Asia, timur Afrika dan sebahagian besar Eropah pula akan dapat menyaksikan penghujung transit Zuhrah apabila matahari terbit.

Di Hawaii, Alaska, timur Australia dan Asia termasuk Jepun, Semenanjung Korea dan timur China, orang ramai dapat memerhatikan keseluruhan transit Zuhrah kerana fenomena itu berlaku pada siang hari.

Mereka yang tidak memiliki teleskop bersama penapis khas memilih untuk menyaksikan fenomena itu di laman web Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA).

Laman web tersebut mencatat hampir 2 juta penonton kelmarin dengan sekitar 90,000 orang melayarinya pada sesuatu masa.

Di bandar raya ini, kali terakhir transit Zuhrah berlaku adalah 130 tahun lalu pada 1882.

"Saya berasa sangat seronok. Ini satu pengalaman yang kami tidak akan lupakan seumur hidup kami," kata seorang jurutera perisian berusia 32 tahun, Bo Tan.

Dia dan beberapa rakan sekerjanya mengambil cuti separuh hari untuk memerhatikan keganjilan alam tersebut.

Namun, orang awam yang mahu melihat transit Zuhrah dinasihatkan supaya memakai kaca mata khas atau teleskop dilengkapi penapis cahaya.

Ini kerana perbuatan memandang pada tempoh yang lama ke arah matahari akan merosakkan retina mata.

Ketika gerhana matahari berlaku pada 1970, sebanyak 145 kes retina rosak dilaporkan di AS akibat perbuatan memandang ke arah bintang tersebut tanpa sebarang peralatan keselamatan.

Transit Zuhrah berikutnya hanya akan berlaku pada tahun 2117. - Agensi

Selasa, 5 Jun 2012

Anwar, Seks Sejenis, Skandal, Duit

Datuk Ibrahim Ali mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak polis menyiasat kenyataan yang dikeluarkan bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Abdul Murad Khalid, bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengawal 20 akaun peribadi (Master Akaun) bernilai lebih RM3 bilion.

Presiden Perkasa itu menegaskan, siasatan itu perlu dilakukan bagi memastikan kesasihan kenyataan Murad atau ia hanya sekadar satu fitnah terhadap Ketua Pembangkang tersebut.

"Oleh kerana dakwaan ini begitu serius, Perkasa mendesak SPRM dan polis menyiasat perkara ini demi keluhuran undang-undang negara.

"Perkara ini perlu disiasat bagi memastikan kebenaran kenyataan itu sama ada ianya melibatkan unsur fitnah terhadap Anwar, ataupun kesalahan salah guna kuasa, penyelewengan, atau wujudnya unsur rasuah," kata Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas.

Murad sebelum ini dalam temu ramah dengan akhbar Umno, Utusan Malaysia, bertarikh 2 Jun 2012, berkata, Ketua Umum PKR itu mengawal sebanyak 20 akaun individu (Master Akaun) yang diuruskan kroni yang membabitkan aset, saham, dan wang dengan nilai lebih RM3 bilion.

Selain itu, Murad turut mendakwa, beliau telah menguruskan pembayaran sejumlah USD10 juta (RM38 juta) kepada kumpulan pemikir Amerika Syarikat, Asia Pasific Policy Centre (APPC) dan mengakui melalui penglibatannya telah membayar lebih RM120 juta Anwar dan kroninya demi menjayakan matlamat politik Anwar pada 1992 dan 1997.

"Ini pengakuan paling serius berhubung kait dengan Anwar kerana pendedahan Murad ini begitu serius kerana ia melibatkan kepentingan negara dan rakyat.

"Oleh sebab itu saya terpanggil untuk membuat laporan polis kerana jika saya tidak buat demikian, saya adalah ahli Parlimen yang gagal," kata Ibrahim.

Jelas Ibrahim lagi, "laporan polis dan SPRM dibuat supaya siasatan segera dilakukan. Ia perlu disiasat bagi membuktikan dakwaan itu benar atau fitnah.

"Jika tidak ia mungkin fitnah kepada Anwar."

Ibrahim juga mendesak Murad supaya mendedahkan dengan terperinci individu yang dikatakan kroni dan organisasi, yang dikaitkan dengan Anwar serta sumber kewangan tersebut.

"Kita mahu tahu dari mana sumber kewangan ini. Ini jumlah yang amat besar. Wajar juga pihak LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) turut siasat sama ada penyumbang akaun ini bayar cukai dengan betul," katanya dan menambah, "saya buat ini atas nama kepentingan awam."

Ibrahim juga menegaskan, Murad juga tidak terlepas dari tanggungjawab apabila beliau melakukan perkara itu atas arahan Anwar yang pada masa itu Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

"Sebagai penjawat awam kanan, beliau tidak boleh beri alasan takut kepada Anwar kerana ada lagi orang yang lebih tinggi seperti perdana menteri masa itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Kalau beliau kata beliau tidak bersalah kerana menurut arahan, bagaimana dengan penjawat awam lain?" soal Ibrahim.

"Beliau tidak akan terlepas dari hukuman walaupun telah meminta maaf," tegasnya.

Sebelum ini Murad juga pernah melakukan akuan bersumpah berhubung perkara itu pada 13 tahun lalu.

"Kerajaan boleh tubuh Suruhanjaya Diraja atau kerajaan keluarkan kertas putih untuk tentukan kebenaran ini.

"Jika benar, orang yang bertanggungjawab perlu diambil tindakan tanpa terkecuali. Kami mahu kebenaran. Ia juga baik untuk Anwar, kalau didapati tak benar, ini akan bantu Anwar bersihkan diri," tambahnya lagi.

Sehubungan itu, Ibrahim telah membuat laporan polis berhubung perkara itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi termasuk menyerahkan surat kepada Ketua Pengarah SPRM Datuk Abu Kassim Mohamed supaya memulakan siasatan berhubung perkara itu semalam.

Isnin, 4 Jun 2012

Jeng!! jeng!! jeng...!! Yang Dijanji Dah Makin Tiba

KUALA LUMPUR 29 Mei - Senator Datuk S. Nallakaruppan mendakwa rakaman video 'panas' yang diserahkan kepada peguamnya, Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah bulan lalu adalah video seks seorang pemimpin pembangkang bersama isteri orang.

Katanya, rakaman video selama satu jam 20 minit itu dirakam pada tahun 1990-an di sebuah kediaman mewah di ibu kota dan ia bakal menjadi bukti kukuh bahawa pemimpin politik tersebut mempunyai masalah moral.

Menurutnya, video itu lebih jelas siapa pelakunya dan apabila ditayangkan di mahkamah kelak bakal menyedarkan orang ramai.

Beliau seterusnya mencabar pemimpin pembangkang berkenaan menyamannya sebanyak RM500 juta jika yakin video seks tersebut satu lagi fitnah tetapi pada masa sama memberi amaran terlalu banyak rahsia sepanjang bertahun-tahun persahabatan mereka.

"Video ini saya simpan sejak 15 tahun lalu demi keselamatan kerana pada masa itu pemimpin tersebut individu penting dalam negara. Namun, beliau tidak pernah insaf dan berterusan mahu menghancurkan negara menyebabkan saya perlu menyerahkan bukti ini kepada mahkamah.

"Beliau boleh menafikan atau mendakwa video ini sekadar fitnah tetapi pita rakaman yang diserah kepada Muhammad Shafee bukan main-main, ia rakaman seks beliau dengan isteri orang dan saya akan dedah segalanya di mahkamah," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Pada 23 April lalu, Nallakaruppan bertindak menyerahkan video itu kepada Muhammad Shafee di pekarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, ditanya mengapa baru sekarang beliau mendedahkan kewujudan video seks berkenaan, Nallakaruppan berkata, beliau sudah tidak mampu lagi bersabar melihat tindak-tanduk pemimpin pembangkang tersebut yang berterusan menipu rakyat.

"Dia menipu rakyat dan menjanjikan macam-macam serta cuba merosakkan negara hanya kerana cita-cita politik. Apakah saya mahu bersabar lagi dengan semua ini sedangkan saya tahu siapa dia yang sebenar, saya tahu betapa buruknya moral pemimpin ini," katanya.

Jumaat, 1 Jun 2012

Nizar Nak Jadi Tok Guru?

Kedaulatan Raja-Raja Melayu yang menjadi payung rakyat di Tanah Melayu ini semestinya dipertahankan bukan sekadar kenyataan media semata-mata, tetapi ianya perlu lebih tegas dengan tindakan undang-undang sebagai pengajaran agar ianya tidak menjadi ikutan kepada mereka yang suka mengambil kesempatan.

"Janganlah kita terlalu lemah lembut dalam soal ini (penderhakaan) terhadap Raja-Raja kita dan janganlah sampai bukan bangsa Melayu yang tidak tahu adab dan adat turut sama dengan alasan tuu...orang Melayu pun boleh cakap pasal dia punya raja, tarak apa pun...tarak masuk penjara pun..." kata kawan-kawan ketika bersembang dengan Kawan di Riverside Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) baru-baru.

Isunya ialah pembidaan nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 yang berjaya dibida oleh Sultan Johor dengan harga RM520,000 dan dikritik secara terbuka oleh bekas menteri besar Perak, Nizar Jamaluddin melalui twitternya, yang anggap duit sebanyak itu boleh dibelanjakan untuk bantu rakyat Melayu Johor yang masih ramai miskin.

Kritikan Nizar itu mendapat reaksi Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim yang menempelak Nizar kerana membuat kritikan tanpa kajian.

Isu itu timbul dan menjadi perbualan di kalangan orang-orang politik, malah mendapat komen-komen yang agak 'kurang sopan' di laman-laman blog, Facebook dan twitter.

Penulis hanya pasang telinga je, kalangan tukang sembang ada yang kata, "kebiadaban dan keceluparan Nizar itu amat keterlaluan, inilah unsur pengajaran yang hendak diajar oleh seorang Melayu pada generasi muda hari ini supaya boleh tegur sapa saja termasuklah Raja-Raja Melayu."

"Kalau tidak ada satu pengajaran untuk mentaati Raja-Raja Melayu, tidak hairanlah di masa depan akan ada lebih ramai 'Nizar' dan ketika itu nasi sudah menjadi bubur"

Semalam juga telah dimaklumkan dah ramai buat 'report' polis pasal Nizar tu dan Kawan juga dah baca kenyataan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Sharif dah tubuh pasukan petugas untuk siasat Nizar di bawah Akta Hasutan.

Para sahabat yang mengulas isu itu berharap akan ada satu pelaksanaan tindakan tegas sebagai pengajaran kepada semua pihak dan pingat Datuk Seri itu ditarik balik.

Kita hanya boleh dok tunggu apa rakyat Johor terutama pembesar negara yang berkuasa terutama dari negeri Johor nak buat. - LKMABD