PULAU PINANG: Timbalan Presiden Pas,
Mohamad Sabu memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini, beliau
menyokong serangan yang diketuai oleh Mat Indera ke atas 'pihak polis
British' di Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950.
Beliau berkata demikian ketika disoal oleh peguam Datuk Firoz Hussein
Ahmad Jamaluddin dalam perbicaraan kes saman fitnah yang dikemukakannya
terhadap Utusan Melayu (M) Bhd., dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan,
Datuk Abdul Aziz Ishak berhubung kejadian serangan tersebut.
FIROZ: Dari segi ucapan (di Tasek Gelugor di sini pada 21 Februari
2009) yang diberikan oleh kamu, adakah kamu bersetuju bahawa kamu
menyokong serangan ke atas Bukit kepong yang diketuai oleh Mat Indera.
MOHAMAD: Ya.
Namun, apabila disoal lanjut oleh mahkamah berhubung perkara yang
disentuh dalam ucapannya pada 21 Ogos 2011 itu, Mohamad menukar fikiran
dengan berpandangan, serangan tersebut tidak patut dilakukan.
Beliau seterusnya berkata, sama ada beliau menyokong atau tidak serangan tersebut, perkara berkenaan telah pun berlaku.
Beliau juga berpendirian, sesiapa sahaja yang menentang British sebelum merdeka adalah pejuang kemerdekaan.
''PKM (Parti Komunis Malaya) adalah pejuang kemerdekaan kerana mereka
menentang British sebelum merdeka, selepas merdeka tidak boleh, itu
pengganas,'' katanya.
FIROZ: Saya cadangkan kepada kamu bahawa oleh kerana kamu sokong
serangan ke atas Bukit Kepong maka adalah benar kamu tidak menghormati
jiwa dan darah anggota keselamatan dan keluarga mereka yang terkorban
dalam tragedi itu?
MOHAMAD: Tidak.
Mohamad berkata demikian sebagai saksi plaintif pertama dalam
perbicaraan kes saman fitnah yang dikemukakannya terhadap kedua-dua
defendan tersebut berhubung tragedi Bukit Kepong.
Saman tersebut adalah ekoran muka depan Utusan Malaysia pada 27 Ogos 2011 bertajuk Mohamad Sabu Hina Pejuang, Anggap Pengganas Komunis Hero Sebenar Tragedi Bukit Kepong yang didakwa sebagai fitnah dan beberapa artikel pada hari berikutnya mengenai isu berkenaan.
Pada prosiding hari pertama hari ini, sedutan rakaman cakera padat
video (VCD) berhubung ceramah Mohamad yang diserahkan oleh peguam
defendan, Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin turut dimainkan melalui
monitor komputer selama 18 minit.
Selain itu, transkrip penuh rakaman tersebut diserahkan oleh peguam
Mohamed Hanipa Maidin yang mewakili pihak plaintif kepada mahkamah.
Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu ketika menjawab
pemeriksaan balas Firoz, berkata, beliau tidak tahu, daripada fakta
sejarah, serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong telah dilakukan oleh
pengganas-pengganas Komunis daripada PKM.
Menurutnya, ketika membuat kenyataan pada ceramah tersebut, beliau
juga tidak sedar atau mengambil langkah untuk menentukan sama ada
serangan itu dilakukan oleh PKM.
Saksi tersebut berkata, apa yang diketahui adalah tentang Mat Indera
tetapi tidak mengetahui latar belakang anggota-anggota lain yang
menyertai serangan itu.
FIROZ: Siapa yang serang Balai Polis Bukit Kepong?
MOHAMAD: Mat Indera
FIROZ: Seorang?
MOHAMAD: Yang lain, saya tidak tahu.
FIROZ: Tetapi kamu sifatkan mereka sebagai pejuang kemerdekaan, kamu tidak tahu siapa yang serang?
MOHAMAD: Tak tahu yang lain.
Menjawab soalan lain, Mohamad berkata, beliau tidak mengetahui
kesemua anggota polis yang terbunuh dalam tragedi serangan Balai Polis
Bukit Kepong terdiri daripada orang Melayu yang beragama Islam.
FIROZ: Adakah kamu tahu sama ada anggota British atau orang Melayu yang terbunuh di Bukit Kepong?
MOHAMAD: Sekarang saya tahu, orang Melayu.
FIROZ : Beragama Islam?
MOHAMAD: Ya.
Mohamad juga berkata, beliau pada masa kini mengetahui mangsa yang
terbunuh dalam kejadian serangan di Balai Polis Bukit Kepong termasuk
wanita dan kanak-kanak yang merupakan keluarga kepada anggota-anggota
polis terbabit.
Ditanya adakah kejadian itu merupakan satu pembunuhan yang wajar,
kata Mohamad, perkara tersebut adalah tidak wajar walaupun sebelum itu
beliau hanya berkata: ''Untuk peperangan, saya simpati dengan mereka
yang terbunuh''.
Menjawab soalan mengenai kejadian serangan Balai Polis Bukit Kepong
pada 23 Februari 1950 yang didakwa berlaku semasa Johor bukan jajahan
British tetapi hanya di bawah naungan British dari segi undang-undang,
Mohamad tidak bersetuju kerana baginya, naungan dan jajahan adalah sama
sahaja maksudnya.
Beliau bagaimanapun berkata, tidak pasti apabila dicadangkan oleh
peguam bahawa negeri Johor tidak pernah dijajah oleh British sebaliknya
hanya mempunyai seorang penasihat British.
Memandangkan Johor tidak pernah dijajah oleh British bukan seperti
Pulau Pinang dan Melaka, Firoz mencadangkan, tiada isu perjuangan
kemerdekaan di negeri tersebut, namun cadangan itu tidak dipersetujui
oleh Mohamad.
Menurut pemimpin Pas itu, apa yang diketahuinya, anggota-anggota
polis yang terbunuh dalam serangan tersebut adalah polis British.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
LAHAD DATU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan