Rabu, 27 Februari 2013

Berapa Kerusi Boleh Menang Jadi Pertanyaan Ramai Sekarang...

KOMENTAR mStar Oleh ROZAID A. RAHMAN

> Jumlah kerusi Parlimen - 222

> BN - 140

> PR - 82 (PKR 31; DAP 28; PAS 23) - NOTA: 6 anggota pembangkang keluar parti dan isytihar sebagai anggota Bebas menjadikan jumlah kerusi pembangkang menguncup kepada 76

> BEBAS - 9

> Majoriti mudah: 112 kerusi

> Majoriti dua pertiga: 148 kerusi

> Parlimen tergantung: 111 kerusi

> Dun Kedah 36 kerusi - BN 14; PAS 16; PKR 4; DAP 1; BEBAS 1 (kemudian sertai PKR)

> Kedah mempunyai 15 kerusi parlimen - BN 4; PAS 6; PKR 5 (dua wakil PKR kemudiannya meninggalkan parti itu untuk menjadi wakil BEBAS).

KE MANA-MANA sahaja kita pergi pada masa ini, soalan paling popular yang ditanya ialah “berapa kerusi boleh menang...”

Tentunya kerusi yang dirujuk itu ditujukan kepada kerusi parlimen yang mampu dimenangi oleh setiap parti yang bertanding.

Dalam senario Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), ia adalah satu lawan satu antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR).

Walaupun PR akan masuk bertempur tanpa menggunakan logo yang seragam sepertimana BN tapi rata-rata para pengundi di semenanjung sudah sedia maklum, yang lain daripada lambang dacing itu, PR lah.

Di Sabah dan Sarawak, sejak sekian lamanya, para pengundi di sana sudah biasa dengan lambang Bebas. Kita di semenanjung tidak begitu biasa.

Tetapi sejak beberapa hari lalu, sudah timbul cakap-cakap di semenanjung, akan muncul ‘kuasa ketiga’ yang akan masuk gelanggang atas tiket Bebas pada PRU-13 nanti. Mereka adalah terdiri daripada Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang cenderung politik seperti Jati dan Perkasa.

Faktor ini tidak dapat diketepikan kerana para peneraju NGO ini seperti Datuk Dr Hasan Ali dan Datuk Ibrahim Ali adalah orang politik.

Malah mereka adalah wakil rakyat yang masih berkhidmat (bukan pencen) yang dahulunya masuk bertanding atas tiket parti politik seperti PAS.

Kini mereka menjadi Ahli Yang Berhormat tanpa parti dan tidak menunjukkan tanda-tanda akan bersara dari politik.

Logik ini mendorong siapa sahaja untuk mempercayai yang mereka akan bekerjasama untuk masuk gelanggang atas tiket NGO/Bebas.

Penulis dimaklumkan oleh mereka yang rapat dengan badan-badan ini, setidak-tidaknya Jati dan Perkasa akan bertanding di 60 kerusi parlimen di kawasan yang majoriti pengundinya bercampur-campur yang menyaksikan Umno dan PAS tidak akan meletakkan calon.

Hasrat mereka untuk memastikan calon PR tidak mendapat mandat yang mencukupi untuk menang.

Dalam parlimen yang memiliki jumlah kerusi yang sangat unik iaitu 222 keseluruhannya, mana-mana parti yang mahu menguasai dua pertiga sekurang-kurangnya harus menang 148 kerusi.

Untuk menang majoriti mudah perlu kuasai 112 kerusi.

Oleh kerana parlimen Malaysia mempunyai 222 kerusi, kemungkinan berlakunya ‘parlimen yang tergantung’ adalah sangat besar - jika kedua-dua belah pihak memperolehi 111 kerusi.

Malah jika ada calon Bebas yang menang dan dua kumpulan terbesar iaitu BN dan PR masing-masing memperolehi jumlah kerusi yang sama, maka anggota-anggota parlimen Bebas ini akan benar-benar menjadi ‘kuasa ketiga’ yang menentukan siapakah yang bakal membentuk kerajaan baru nanti.

Ketika berlangsungnya Konvensyen PR di Shah Alam Isnin lalu (25 Feb), tidak ada seorang pemimpin PR pun yang berani mendabik dada mengisytiharkan berapakah kerusi secara realitinya yang mereka boleh menang.

Mereka hanya sekadar membisik di telinga “...140 kerusi” tetapi tidak berani menyatakannya secara terbuka.

Walau pun secara lahiriahnya gelombang seolah-olah menunjukkan yang PR sedang mencapai momentum yang selesa dan memberi gambaran yang mereka ada harapan untuk menang tetapi jika mereka gagal mempertahankan salah satu daripada negeri yang mereka sandang sekarang, realitinya ialah mereka boleh melupakan Putrajaya.

Dalam konteks ini, Kedah nampaknya menjadi duri dalam daging. Di bawah mikroskopik, yang sedang menerima tekanan sekarang ialah PAS kerana mereka bertanggungjawab mempertahankan Kedah dan sekaligus memastikan kemaraan PR ke Putrajaya.

Tetapi pada masa yang sama, mereka berhadapan dengan krisis dalaman di Kedah kerana isu kepimpinan di antara Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak dan geng muda yang mahukan kuasa iaitu Datuk Phahrolrazi Zawawi dan lain-lain.

Isu mereka sama naik dan kontroversi dengan isu pembalakan di negeri itu.

Jika kerajaan Kedah jatuh dan banyak kerusi parlimen yang kembali ke pangkuan BN, PR akan menghadapi jalan yang berliku untuk sampai ke Putrajaya.

Dewan Undangan Negeri Kedah mempunyai 36 kerusi. Daripada jumlah itu, BN kuasai 14, PAS (16), PKR (4), DAP (1) dan BEBAS 1.

Calon Bebas ini kemudiannya menyertai PKR menjadikan wakil PKR kepada 5 kerusi.

Untuk parlimen pula, Kedah mempunyai 15 kerusi - BN (4), PAS (6) dan PKR (5).

Tetapi kini dua wakil PKR di Kedah iaitu N.Gobalakrishnan (Padang Serai) dan Datuk Zulkifli Noordin (Kulim-Bandar Baru) telah mengisytiharkan diri jadi wakil Bebas - menjadikan PKR hanya tinggal tiga kerusi parlimen sahaja di Kedah.

Sesuatu yang menarik ialah, Anwar Ibrahim ketika berucap pada Konvensyen PR tidak menyebut nama negeri Kedah sebagai satu contoh kejayaan PR sedangkan nama negeri-negeri lain seperti Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang menjadi sebutan di bibirnya.

Kita tidak pasti sama ada ini tidak disengajakan atau kerana beliau tidak berani menyebutnya. Situasi di Kedah sekarang memang sukar buat PAS dan PR lebih-lebih lagi kepimpinan PAS negeri tidak bersatu hati untuk menghadapi PRU-13 ini sebagai satu pasukan. Kegoyahan PAS membawa rebah kepada PKR dan DAP.

Jika Parti Kita dan NGO lain buat kacau di Kedah, mereka hanya akan menambah keparahan tersebut dengan memecahkan undi PR.

Di Selangor pun situasinya serupa. PR akan mendapati, usaha untuk mempertahankan kerusi dan kuasa yang ada jauh lebih sukar daripada usaha untuk merampas kuasa.

Sementara Pulau Pinang di bawah pimpinan Lim Guan Eng nampak tidak sedikit pun goyah tetapi penulis yang berasal dari negeri itu telah dimaklumkan oleh ramai rakan taulan yang masih bermastautin di sana yang MCA dan Gerakan mungkin akan berupaya untuk merampas beberapa buah kerusi dari tangan DAP.

Kata mereka, Cina Pulau Pinang juga telah mempelajari satu perkara - tidak kira di sebelah mana sekali pun yang berkuasa, mereka tidak seharusnya memberikan kuasa mutlak kepada mana-mana pihak sepertimana yang telah mereka berikan kepada DAP pada 2008.

Ini belum diambil kira lagi masalah pembahagian kerusi yang dihadapi oleh PKR dan DAP di negeri ini di Johor dan juga Perak.

Jumaat, 22 Februari 2013

Kiamat kecil

Boleh dikatakan bumi dianggap kapal angkasa yang mengelilingi matahari dengan kelajuan 30 kilometer sesaat.

Ia terus-menerus berlanggar dengan jirim yang berterbangan di ruang angkasa lepas seperti debu dan batu.

Jirim dikenali sebagai meteorit dan jika memasuki ruang bumi, ia akan terbakar dan membentuk meteor atau tahi bintang, seperti kejadian di Russia, baru-baru ini.

Ruang angkasa yang dihiasi bintang, bulan dan planet adalah penghias langit anugerah Allah.

Angkasa juga mengandungi berjuta-juta bintang dan objek angkasa lain yang tidak boleh dilihat dengan pancaindera manusia seperti galaksi, kuasar, pulsar dan lohong hitam (black hole).


Dalam pada itu, kedatangan berkala ‘batu angkasa’ seperti meteoroid, komet dan asteroid kadang kala menggemparkan.

Ahli astronomi menganggarkan 1,000 hingga 4,000 tahun asteroid yang merentasi orbit bumi, manakala 200 komet boleh dilihat dari bumi secara berkala dalam tempoh beberapa ratus tahun.

Komet yang paling popular ialah Komet Hailey yang mengorbit setiap 76 tahun.

Dalam al-Quran objek serpihan angkasa seperti asteroid, meteor dan komet dinyatakan sebagai ‘bintang yang cahayanya menembus’, manakala meteor pula dijelaskan kegunaannya sebagai alat pelempar syaitan.

Jika ada yang masih ingat, bagaimana peristiwa perlanggaran planet Musytari oleh serpihan komet Shoemaker-Levy 9 pada Julai 1994 dan garis pusat kesan impak itu adalah lebih kurang saiz garis pusat bumi.

Perkataan komet itu berasal daripada bahasa Yunani bermaksud ‘yang berbulu’ namun secara saintifik pula, takrif sebenar komet yang mempunyai kepala dan berekor, adalah jasad beku antara planet yang melepaskan gas dan debu sewaktu mendekati matahari.

Gas dan debu itu membentuk kepala iaitu objek bulat/bujur atau Koma yang terang dan mempunyai dua ekor panjang, iaitu ekor plasma dan ekor debu.

Bahagian Koma itu pula mempunyai nukleus yang mengandungi ais, manakala ekor plasma yang juga dikenali ekor ion selalunya lurus pada arah berlawanan dengan matahari atau searah dengan angin suria.

Ekor debu mengikut arah orbit komet dan ia mengandungi partikel halus serta debu yang ada kalanya melengkung.

Maka, jika dilihat melalui teleskop besar, ia mungkin kelihatan seperti bebola api yang panas dan terang benderang, tetapi hakikatnya, ia adalah bebola ais yang sejuk tetapi cair dan meruap apabila terkena cahaya matahari.

Komet yang mengandungi ais dan debu itu bersifat mudah pecah. Dari segi teori, ia dikatakan berasal dari satu kawasan di luar sistem planet dan suria dikenali awan Oort.

Awan Oort itu adalah tempat berkumpulnya semua komet yang akan keluar menuju ke matahari. Bagaimanapun, komet bukanlah tahi bintang atau meteor.

Manakala meteoroid adalah ketulan batu atau logam yang datang dari kawasan luar angkasa dan jatuh menembusi atmosfera bumi.

Asteroid pula merangkumi bahan serpihan daripada pembentukan sistem suria.

Menurut teori, asteroid pada asalnya adalah planet yang musnah akibat perlanggaran kuat dengan saiz yang berbeza, misalnya Ceres berdiameter kira-kira 1,000 kilometer (km) hingga sekecil saiz batu kerikil.

Setakat ini, sebanyak 16 asteroid dikenal pasti mempunyai diameter 240 km atau lebih besar ditemui di antara orbit bumi hingga orbit Zuhal.

Namun, kebanyakan asteroid ada di kawasan lingkaran utama di antara Marikh dan Musytari yang dinamakan lingkaran asteroid.

Batu antara komet dan asteroid pula dipanggil meteoroid manakala meteor seperti yang dijelaskan adalah hasil percikan api selepas meteoroid jatuh menembusi atmosfera bumi.

Mudahnya, meteor mempunyai jaringan orbitnya yang tersendiri dan lebih dikenali sebagai meteoroid (saiz rentas kurang daripada satu kilometer) dan juga asteroid (apabila membabitkan saiz lebih besar (lebih satu kilometer).

Jika meteoroid itu tidak terbakar keseluruhannya dan jatuh menghentam permukaan bumi, ia dinamakan meteorit.

Hasil kajian terhadap meteorit mendapati, 92.8 peratus mengandungi silika dan 5.7 peratus besi dan nikel, manakala bakinya campuran ketiga-tiga bahan itu.

Fenomena meteor jatuh ke bumi berlaku setiap malam dengan bilangan purata empat bilion meteor, kebanyakannya bersaiz kecil (besar sedikit daripada saiz atom) dan berat terkumpul melebihi beberapa tan metrik.

Satu jumlah yang agak besar dan memeranjatkan namun boleh diabaikan kerana kebanyakan menjadi debu dan jika ia berjaya merentasi halangan sesaran serta suhu yang amat tinggi, saiz batu terbabit tidak berbahaya dan amat kecil jika dibandingkan dengan berat keseluruhan bumi pada 6,600,000,000,000,000,000,000 tan metrik.

Sebanyak 90 peratus daripada meteor di bumi berasal daripada meteoroid yang berlegar di antara planet Marikh dan Musytari.

Apa yang menarik mengenai fenomena kejatuhan meteoroid adalah pada keindahan cahaya yang dipancarkan seperti yang dirakam pelbagai kamera ketika meteor melintas langit Rusia, baru-baru ini.

Cahaya berkenaan terhasil apabila meteoroid berlanggar dengan molekul udara membuatkan kehilangan elektron pada jumlah yang banyak dan pertemuan antara atom yang tertinggal dengan elektron dari udara membuatkan cahaya terpancar pada warna tertentu.

Di udara apabila kelihatan meteoroid berwarna jingga kekuningan, elemen natrium dipercayai hadir dan jika cahaya yang terpancar berwarna kuning, kemungkinan besar elemen pada meteor itu adalah besi.

Bagi cahaya biru kehijauan, elemen magnesium, ungu menandakan kehadiran kalsium, manakala cahaya merah menandakan kehadiran elemen silikon.

Terdapat tiga meteor termasuk batu, besi dan batu berbesi. Meteor jenis berbatu pula terbahagi kepada jenis ‘chondrites’ beku dan chondrites cair.

Chondrites dipercayai terbentuk pada satu masa yang sama dan dari bahan sama seperti planet berbatu di bahagian tengah sistem suria.

Secara saintifik, Chondrites adalah campur-aduk daripada pelbagai bahan; kebanyakan mengandungi bintik campuran logam besi dan tembaga putih yang berkilat, serta tompok berwarna pucat CALs (Calcium and Aluminium-rich Inclusions) yang mengandungi sedikit kalsium dan aluminium.

Pengkajian chondrites boleh menjelaskan mengenai bagaimana planet tercipta dan bahan asal yang membentuk planet dalam sistem suria.

Sanggupkah kita sekadar mengatakan kesian... Tanpa ada usaha membantunya?

Derita Kanak-Kanak 4 Tahun Kanser

KUALA KRAI – Seorang kanak-kanak penghidap kanser mata berusia empat tahun dari Kampung Keroh, dekat sini, terlantar di hospital sejak awal bulan ini selepas keadaan penyakitnya itu bertambah teruk.

Kanak-kanak malang itu, Muhammad Azim dibawa ke Hospital Kuala Krai pada 3 Februari lalu sebelum dipindahkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, dekat Kota Bharu, kerana berlaku pendarahan.

Ibunya, Nik Zuraidah Nik Yali, 39, berkata, sejak dikesan mula tumbuh pada pertengahan 2011, bonjolan kecil di kelopak mata kiri anaknya itu seolah-olah ‘hidup’ apabila semakin hari semakin membesar.

“Sejak disahkan menghidap Retinoblastoma atau sejenis kanser mata kanak-kanak, sudah banyak kali anak saya menjalani pembedahan dan kimoterapi tetapi keadaannya tidak banyak berubah.

“Kami hantar dia ke HKK baru-baru ini untuk buang ulat dalam bonjol tetapi masa dibersihkan, ada pendarahan dan terpaksa dipindahkan ke HUSM Kubang Kerian sehingga hari ini,” katanya, semalam.

Nik Zuraidah berkata, sejak Muhammad Azim berada di HUSM, dia dan suami, Nor Hazri Ahmad, 40, terpaksa bergilir-gilir menjaganya menyebabkan salah seorang daripada mereka terpaksa meninggalkan kerja.

“Kami terpaksa bergilir-gilir kerja sebab nak jaga dia. Saya kerja seminggu, kemudian cuti untuk jaga anak di hospital dan suami pula kerja seminggu.

“Saya tak tahu sampai bila kami kena bergilir-gilir begini kerana kali terakhir anak saya masuk wad, ambil masa tiga bulan baru dibenarkan keluar sedangkan kami berdua hanya kerja kilang papan,” katanya.

Katanya, dengan pendapatan tidak menentu suami yang hanya dibayar gaji mengikut hari bekerja manakala pendapatannya pula sekitar RM500, keadaan itu amat membebankan mereka sekeluarga.

“Kami kena belanja tidak kurang RM150 seminggu sejak Muhammad Azim dimasukkan ke HUSM dan pada masa sama, ada dua lagi anak kami di rumah masih bersekolah dan perlu ditanggung,” katanya.

Menurutnya, walaupun dia ada menerima RM300 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), bantuan itu hanya cukup untuk menampung perbelanjaan harian.

Sementara itu, Nik Zuraidah merayu agar permohonannya untuk mendapatkan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) bagi meringankan beban kewangannya diberi pertimbangan sewajarnya pihak berkenaan.

“Saya hantar sendiri permohonan ke Balai Islam Lundang pada Julai tahun lalu tetapi sampai sekarang masih tidak ada jawapan. Kalau dapat wang zakat Maik, boleh ringankan beban belanja kami di hospital,” katanya. – Sinar Harian

Ahad, 17 Februari 2013

Imej asteroid gergasi disiarkan NASA

BOSTON - Imej sebuah asteroid gergasi yang mempunyai saiz separuh padang bola sepak disiarkan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan ketika ia menghampiri bumi kelmarin.

Asteroid 2012 DA14 yang dikesan pada tahun lalu itu berada pada kedudukan 27,700 kilometer dari bumi pada pukul 2.25 petang pada waktu pantai timur Amerika Syarikat.

Ia dirakamkan menerusi satelik robotik di Balai Cerap Pierre Auger di wilayah Mendoza, Argentina.
Asteroid tersebut yang seberat 7,000 tan melintasi bumi pada kelajuan 13 kilometer sesaat beberapa jam selepas sebutir tahi bintang jatuh di wilayah Chelyabinsk, Rusia. - Agensi

Asteroid besar kian jauhi bumi

MOSCOW: Asteroid besar 2012 DA14 terbang menghampiri bumi lewat kelmarin dan kini menjauhi planet ini, kata ahli astronomi Russia.

Asteroid itu bersaiz bangunan 15 tingkat, sampai ke titik paling dekat ke bumi jam 11.25 malam Jumaat, mendekati planet pada jarak 27,700 kilometer, lebih rapat berbanding satelit komunikasi dan cuaca.

Ketika ini ia boleh disaksikan di bahagian tenggara langit, dalam buruj Virgo, lapan darjah di atas ufuk, kata pakar kaji bintang Institut Matematik Gunaan Keldysh, Leonid Yelenin.

Situasi itu berlaku kira-kira 16 jam selepas serpihan tahi bintang menyebabkan kira-kira 1,200 penduduk cedera di bandar Urals di Chelyabinsk, Russia.

Asteroid itu tidak dapat dilihat dengan mata kasar, bercahaya paling terang dengan magnitud jelas kira-kira 7.0. Seorang individu dengan penglihatan biasa dapat melihat objek cerah di langit pada magnitud 6.

Asteroid 2012 DA14, yang secara kasar bersaiz 50 meter dan seberat kira-kira 130,000 tan metrik, kali pertama dilihat sepasukan ahli astronomi Sepanyol di La Sagra Sky Survey.

Pengiraan mereka menunjukkan objek langit mungkin terbang hampir ke bumi pada 2013, dengan kemungkinan kecil pelanggaran.

Sementara itu di PASADENA, California, maklumat awal menunjukkan bahawa meteor di Chelyabinsk tidak dikaitkan dengan asteroid 2012 DA14, yang terbang menghampiri bumi kata Agensi Angkasa Lepas Amerika (NASA) semalam. - Agensi

Misi cari serpihan tahi bintang dicari

MOSCOW - Sekumpulan orang menyelam ke dasar sebuah tasik yang berais semalam untuk mencari serpihan sebutir tahi bintang yang jatuh ke bumi selepas meletup di udara sehingga mengakibatkan 1,200 penduduk cedera dan ribuan rumah musnah.

Seorang jurucakap Kementerian Kecemasan Rusia berkata, enam penyelam memeriksa dasar Tasik Chebarkul di wilayah Chelyabinsk, 1,500 kilometer dari sini untuk mencari serpihan tahi bintang yang jatuh kelmarin.

Terdapat sebuah lubang besar di tasik berais itu yang dipercayai menjadi tempat tahi bintang tersebut jatuh.
Tasik itu terletak 80 kilometer dari bandar Chelyabinsk.

Namun, enam penyelam tersebut yang menyelam selama tiga jam gagal menemui sebarang serpihan tahi bintang.

"Mereka mendapati dasar tasik itu dipenuhi dengan 1.5 meter lumpur tebal," kata salah seorang anggota mencari itu kepada media Rusia.

Gambar yang disiarkan agensi berita Reuters semalam menunjukkan satu serpihan kecil dipercayai daripada tahi bintang itu.

Beberapa saintis Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan milik Amerika Syarikat menganggarkan jumlah tenaga yang dibebaskan akibat kesan perlanggaran dengan atmosfera itu adalah kira-kira 30 kali ganda daripada bom atom yang digugurkan di bandar Hiroshima, Jepun semasa Perang Dunia Kedua.

Letupan tahi bintang seberat 10 tan itu telah menyebabkan sejumlah tingkap kaca lebih 4,000 buah bangunan pecah di wilayah itu.

Bumbung dan dinding sejumlah bangunan juga runtuh selepas bebola api dan letupan dilihat sebahagian penduduk di wilayah berkenaan.

Gabenor wilayah berkenaan, Mikhail Yurevich menyatakan kerugian akibat letupan itu dianggarkan AS$33 juta (RM102 juta).

Ramai mangsa cedera akibat terkena kaca dan pelbagai serpihan yang pecah akibat letupan tersebut. - Agensi.

Hujan Meteor di Rusia

MOSCOW 15 Feb. - Kira-kira 950 penduduk tempatan cedera apabila hujan meteor melanda bahagian tengah Rusia, sebelum ia meletup, hari ini.

Satu rakaman televisyen menunjukkan lalu lintas tergendala pagi ini di bandar Urals, Chelyabinsk, ketika kejadian itu, menyebabkan orang ramai berlari menyelamatkan diri untuk berlindung di dalam bangunan.

Sumber perubatan berkata, kira-kira 750 penduduk mendapatkan rawatan, sementera Kementerian Bencana pula mengesahkan perkhidmatan komunikasi telefon selular tergendala buat sementara.

"Ketulan meteor tersebut bersepai di atas kawasan pergunungan tengah Rusia, Urals, dengan separuh daripadanya terbakar pada bahagian atmosfera.

"Serpihan meteor itu jatuh ke Bumi, di kawasan yang kurang penduduk di wilayah Chelyabinsk," kata pejabat kementerian itu melalui satu kenyataan.

Tingkap-tingkap bangunan pecah akibat gegaran yang berlaku dengan kira-kira 300 bangunan dilaporkan rosak, termasuk sekolah, hospital dan bangunan kilang serta stadium hoki ais.

"Pada kira-kira pukul 9.20 pagi (0320 GMT) satu objek kelihatan di ruang udara pekan Chelyabinsk yang terbang dengan kelajuan yang kuat dan membentuk ekor asap. Selang beberapa minit kedengaran bunyi dua letupan," kata seorang pegawai kecemasan, Yuri Burenko dalam satu kenyataan.

Pegawai-pegawai kementerian berkata, sebahagian meteor itu jatuh 80 kilometer dari pekan Satki, kira-kira 100 kilometer dari barat bandar wilayah itu.

Sekolah-sekolah ditutup sepanjang hari di wilayah itu, selepas serpihan tersebut menyebabkan cermin bangunan pecah dan suhu di bahagian tengah Rusia jatuh kepada -18 celsius.

Jabatan polis tempatan berkata, kebanyakan mangsa yang cedera mengalami luka kecil dan lebam akibat terkena kaca yang pecah.

Wilayah Chelyabinsk merupakan kawasan industri utama di tengah Rusia, dipenuhi dengan kilang-kilang dan kemudahan lain termasuk loji kuasa nuklear serta pusat penyimpanan dan merawat sisa atom Mayak.

Sementara itu, jurucakap Rosatom, syarikat tenaga nuklear Rusia berkata, operasi loji mereka tidak terjejas dengan kejadian itu. - AFP

Jumaat, 15 Februari 2013

Rupanya pewaris keturunan 'Raja Sulu' ceroboh Lahad Datu

(Siapa Sultan Sulu Yang Sebenarnya??... lihat bawah berita ini)
 
KOTA KINABALU: Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata polis telah mengenal pasti kumpulan warga Filipina yang mendarat di persisir pantai Lahad Datu, Sabah sebagai pewaris berketurunan 'Raja Sulu' dari Selatan Filipina.

Beliau berkata kumpulan terbabit menuntut mereka dikenali sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan mereka tidak mahu rakyatnya berketurunan Sulu dihantar pulang ke negara asal.

"Kita telah hantar pasukan untuk berunding dengan mereka dan perbincangan berjalan baik dan kita beritahu mereka bahawa mereka kena tinggal (Sabah) secara baik dan kita tidak mahu apa-apa keadaan yang boleh menggugatkan keselamatan rakyat di negeri ini," katanya pada sidang akhbar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di sini, Khamis.

Ismail berkata kumpulan itu yang kini berada di Kampung Tandau, Labian di Lahad Datu memberi jaminan akan meninggalkan tempat itu (Sabah) secepat mungkin dengan syarat tuntutan mereka dipenuhi.

Beliau berharap anggota kumpulan berkenaan akan meninggalkan negeri ini secepat mungkin dan menegaskan tuntutan seharusnya dibuat secara diplomatik, bukan secara mengejut seperti yang dilakukan itu.

"Kita lihat perbincangan dalam keadaan terkawal dan pasukan keselamatan telah mengambil tindakan awal dengan mengepung kampung itu sejak semalam dan saya percaya perkara ini dapat diselesaikan secara baik dalam masa terdekat," katanya.

Beliau berkata pihaknya mengganggarkan kumpulan itu melebihi 100 orang dan tidak menolak kemungkinan mereka bersenjata, namun demikian polis mengambil pendekatan 'berhati-hati' bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

"Setakat ini keadaan tidak tegang dan mereka kelihatan berkelakuan baik. Kita percaya kumpulan itu mempunyai sahabat di kampung itu tetapi tidak mempunyai rumah di situ. Mereka pergi duduk di surau dan menumpang rumah-rumah di kampung," katanya sambil menambah kumpulan itu tidak mahu dikaitkan dengan mana-mana kumpulan militan di Filipina.

Pada peringkat ini, katanya, rundingan sedang berjalan dan beliau menasihati penduduk di sekitar Lahad Datu supaya tidak percaya pada khabar angin.

Beliau turut memberi jaminan bahawa keadaan adalah baik serta selamat dan polis Sabah akan melakukan yang terbaik untuk menangani kemelut itu segera.

Katanya kumpulan itu difahamkan menggunakan bot pancung dan pihaknya akan menyiasat bagaimana mereka berjaya memasuki negara ini. BERNAMA

Siapa Sultan Sulu Yang Sebenar

Pada 4 April 2009 yang lalu, negara kita telah dikejutkan dengan satu tindakan kurang ajar dan biadap apabila seorang lelaki berketurunan Suluk, Datu Abdul Razak Datu Aliuddin, bersama 11 orang pengikutnya telah mengadakan perhimpunan haram dan bertindak membakar enam bendera Sabah di hadapan Pasaraya Milimewa dan Pasar Rakyat, Lahad Datu sekitar jam 8.30 pagi (Sabtu). 
 
Kesemua mereka adalah wargananegara Malaysia kerana memiliki mykad berumur antara 18 hingga 41 tahun yang tinggal di sekitar daerah Lahad Datu.
 
Datu Abdul Razak sebelum ini mengaku sebagai 'Sultan Sabah' yang berkuasa penuh ke atas negeri ini dan menggunakan cop mohor dan bendera Kesultanan Sulu telah beberapa kali mendapat liputan media masa tempatan sebelum kejadian ini.

Sultan Sulu?Datu Abdul Razak sebenarnya bukanlah satu-satunya individu yang mengaku sebagai Sultan Sulu. Malah menurut satu sumber, terdapat 97 individu yang mengaku sebagai Sultan Sulu, terutamanya dari selatan negara Filipina.

Malahan, terdapat beberapa ‘Sultan Sulu’ yang telah membina laman sesawangnya sendiri bagi menarik perhatian umum.

Secara umumnya, para penyamar Sultan ini menggunakan gelaran Sultan of Sulu & North Borneo (Sabah), satu nama yang menunjukkan kebangangan mereka sendiri kerana secara tidak langsung, mereka mengakui Sulu dan Sabah sememangnya dua buah entiti yang berbeza.

Jika mereka bijak sedikit, sudah pasti mereka menggunakan nama Sultan of Sulu Darul Jambangan, bagi menunjukkan keseluruhan wilayah Sultan Sulu yang meliputi Pulau Sulu, Basilan, Tawi-tawi, Selatan Palawan dan sebahagian Jambangan (Zamboanga).

Kebanyakan 'Sultan' ini hanya menumpukan dua perkara semata-mata, iaitu hendak menuntut Negeri Sabah, serta mendapatkan wang pajakan dari Kerajaan Malaysia. Malangnya, jarang kedengaran 'Sultan Sulu' yang berjuang hendak memerdekakan kembali wilayah Kesultanan Sulu.

Malahan, mereka sendiri sebenarnya tidak berkuasa langsung dalam aspek pemerintahan di 'wilayah' mereka di selatan Filipina, termasuklah 'Sultan Sulu' yang diiktiraf oleh Pemerintah Filipina!


Pingat dan Darjah Kebesaran Sultan Sulu?
Antara sekian banyaknya ‘Sultan Sulu’, yang paling menarik perhatian sudah tentu Sultan Rodinood Julaspi Kiram, apabila tersebarnya berita dia telah menganugerahkan “Darjah Kebesaran Kesultanan Sulu” kepada beberapa orang rakyat Malaysia. 
 
Antaranya ialah enam artis Malaysia yang menerima pingat Seri Pengiran Diraja Sulu (SPDS) yang membawa gelaran Datuk Seri Pengiran iaitu kepada penyanyi 1960-an Jeffrey Din dan L Ramli, pelakon Mat Sentul dan penyanyi popular 1980-an, Azizul Khamis, Sheqal dan Salwa Abdul Rahman. 
 
Mantan isteri penyanyi Nash Lefthanded, Sosilawati Lawiya yang juga pengasas produk kecantikan Nouvelles Visage didakwa menerima Pingat Paduka Diraja Sulu (PPDK) yang membawa gelaran Datuk Paduka.
 
Seorang lelaki yang mendakwa sebagai Setiausaha Eksekutif dan Penyimpan Mohor Besar Diraja Sultan Sulu dan Borneo Utara, Putra Eddy T Sulaiman, mendakwa anugerah berkenaan diberikan berdasarkan sumbangan mereka dalam bidang hiburan. 
 
Beliau mendakwa, setiap penerima anugerah itu diberikan kad pengenalan khas yang membuktikan pengurniaan darjah kebesaran Kesultanan Sulu dan pemilihan penerima pingat itu dibuat secara teliti oleh jawatankuasa khas berdasarkan sumbangan mereka dalam bidang masing-masing. 
 
Sultan Sulu bercadang memberikan anugerah darjah kebesaran baginda kepada pengamal media di negara ini seperti wartawan dan jurugambar. Apa tujuan niat dan motif sebenar mereka memberi ‘Darjah Kebesaran’ kepada penyanyi dan akan datang, kepada wartawan ni, hanya Allah sahajalah yang tahu. 
 
Mungkin meniru idea sebuah negeri yang mengurniakan pingat ‘Datuk’ kepada seorang pelakon antarabangsa atas alasan ia dapat membantu mempromosikan sektor pelancongan negeri tersebut.

Apa yang menambahkan panas kepada berita tersebut adalah apabila seorang lelaki yang mendakwa waris Kesultanan Sulu, Datu Mudarasulail Kiram, mengatakan terdapat pihak tertentu yang menyebarkan risalah mengenai penganjuran ‘Majlis Penganugerahan Darjah Kebesaran Kesultanan Sulu’ dan disertakan dengan borang permohonan untuk memiliki darjah kebesaran tersebut lengkap dengan senarai harga bagi setiap anugerah. 
 
Penganjur majlis berkenaan didakwa menetapkan ‘harga’ bagi bayaran darjah Datuk Seri Panglima Diraja Sulu (SPDS) adalah RM220,000, selain Datuk Bendahara Diraja Sulu (DBDS) (RM150,000), Datuk Paduka Diraja Sulu (DPDS) (RM120,000), Datuk Pangeran Sultan Sulu (DPSS) (RM80,000) dan Datin Seri Sultan Sulu (DSSS) (RM80,000).
 
Penyelesaian?
Kesultanan Sulu mempunyai Tartib (Protokol) yang tersendiri termasuk dalam hal pewarisan takhta. Merujuk kembali kepada sejarah dan adat Kesultanan ini, Kesultanan Sulu sebenarnya mempunyai dua pewaris (digambarkan dalam bendera Sulu) seperti berikut :

i. Pewaris Pertama - iaitu dari zuriat keturunan Sultan Azimuddin / Alimuddin I ibni Sultan Badaruddin I dari isterinya gadis Bugis dari Soopeng, Sulawesi. Digambarkan dalam bendera Sulu dengan Lambang Keris. Terbahagi kepada dua keluarga :
a) Keluarga Kiram
b) Keluarga Shakiraullah

ii. Pewaris Kedua - iaitu dari zuriat keturunan Sultan Bantilan Muizzuddin ibni Sultan Badruddin I, dari isterinya seorang Puteri anak pemerintah Puak Tidung di Kalimantan Timur, dikenali sebagai Keluarga Maharajah Adinda. Digambarkan dalam bendera Sulu dengan Lambang Tombak. 
 
Kesultanan Sulu mewujudkan Pewaris Kedua sebagai "Penyelamat dan Penyambung" kepada Kesultanan Sulu, iaitu sekiranya hak Kesultanan Sulu berakhir di tangan Pewaris Pertama. Sejarah perkara ini perlu dilihat kembali kepada semasa pemerintahan Sultan Badaruddin-I ibni Sultan Salahuddin-Karamat yang memerintah sekitar tahun 1718 sehingga 1732. 
 
Putera sulung Sultan Badaruddin-I yang bernama Datu Lagasan menaiki takhta Kesultanan Sulu dengan gelaran Sultan Azimuddin @ Alimuddin I. Tetapi selepas pembaptisan baginda oleh para paderi Sepanyol di Manila sekitar tahun 1750, baginda telah menggunakan nama Don Fernando de Alimuddin (The Christian Sultan of Jolo). 
 
Jika mengikut hukum undang-undang kerajaan kesultanan Islam, hak Sultan Azimuddin / Alimuddin @ Don Fernando de Alimuddin dan keturunannya ini telah termansuh lantaran Pembaptisan baginda itu ke agama Kristian.

Sekitar tahun 1748, telah berlaku perbalahan di antara dua bersaudara ini. Oleh kerana Sultan Azimuddin @ Alimuddin-I telah memberikan kebenaran kepada para Jesuit dan Mubaligh Kristian Spanyol untuk menyebarkan doktrin agama Kristian di Sulu, maka perkara tersebut telah mendatangkan kemarahan kepada saudaranya, Raja Muda Datu Bantilan, yang merupakan putera Sultan Badaruddin I yang kedua. 
 
Bagi mengelakkkan perbalahan itu berpanjangan, akhirnya Sultan Azimuddin-I bersama putera dan puteri serta beberapa orang pengikutnya yang setia telah bertolak ke Zamboanga, dan kemudiannya ke Manila dan diberi sambutan dan layanan yang baik oleh para pegawai Sepanyol dan para Jesuit Kristian. 
 
Semasa ketiadaan Sultan Azimuddin @ Alimuddin I di Sulu, beberapa ahli Majlis Diraja Sulu dan rakyat Sulu telah bersetuju melantik Raja Muda Datu Bantilan menaiki takhta Sulu dan menjadi Sultan Sulu dengan gelaran sebagai Sultan Bantilan Muizzuddin. Baginda memerintah dari tahun 1748 sehingga 1763.

Takhta kesultanan Sulu kemudianya digilirkan antara beberapa pewaris daripada Keluarga Pertama dan Kedua ini. Hinggalah kepada Sultan Sulu yang terakhir daripada Keluarga Kedua iaitu Maharajah Adinda Sultan Muhammad Aranan Puyo. 
 
Namun, memandangkan usia beliau yang telah lanjut dan tua, beliau kemudian menyerahkan takhtanya kepada seorang pewaris daripada Keluarga Pertama iaitu Sultan Jamalul Azam. Takhta Sultan Sulu kemudiannya dimonopoli sepenuhnya oleh Keluarga Pertama yang kemudiannya dikenali dengan nama keluarga 'Kiram'. 
 
Memandangkan tempoh Maharajah Adinda Sultan Muhammad Aranan Puyo menaiki takhta tidak sampai seminggu, nama baginda sering digugurkan dalam senarai salasilah Sultan-sultan Sulu hingga menyebabkan hak keturunan Keluarga Kedua dinafikan dan tidak diketahui oleh para pewaris daripada Keluarga Pertama pada hari ini. 
 
Waris daripada Keluarga Kedua ini kemudian dikenali dengan nama keluarga 'Maharajah Adinda' dan mereka masih mempunyai hak untuk menuntut takhta Kesultanan Sulu jika ia termansuh disebabkan oleh tindakan daripada Keluarga Kiram ini.

Petunjuk daripada Geran Pajakan Penyerahan Kekal Sabah
Dalam geran yang ditandatangani bagi pajakan secara kekal bagi wilayah Sabah, dinyatakan sebanyak empat kali perkataan "Pewaris dan Penyambung" atau dalam Bahasa Inggerisnya "The Heir and Successor". 
 
"Pewaris" yang dimaksudkan disini ialah Keluarga Kiram yang ketika itu memonopoli jawatan Sultan Sulu, sementara "Penyambung" yang dimaksudkan ialah Keluarga Maharajah Adinda, yang berhak untuk menuntut kembali takhta Kesultanan Sulu sekiranya terjadi apa-apa perkara yang menyebabkan ianya termansuh oleh Keluarga Kiram. 
 
Pajakan yang dikurniakan oleh Sultan Sulu dahulu merupakan penyerahan secara kekal sebagaimana yang dinyatakan dalam perjanjian tersebut "selagi ada bintang dan cakerawala". Disebabkan itulah, mana-mana waris Kesultanan Sulu pada hari ini tidak boleh lagi mempersoalkan apatah lagi menuntut kekuasaan terhadap Negeri Sabah. Kuasa yang boleh dipohon oleh para waris Sultan Sulu yang benar-benar berhak hanya dari segi tuntutan wang pajakan semata-mata.

Pulau / Sepoh Janggi
Keturunan Waris Kesultanan Sulu adalah saudara kepada Kesultanan Brunei. Sultan Mohammmad Hassan, Sultan Brunei ke-9, telah menyerahkan satu "Lambang Pusaka”, iaitu belahan biji benih Coco De Mer, yang dipanggil di Sulu sebagai "Pulau Janggi" dan di Brunei sebagai "Sepong/Sepoh Janggi". 
 
Pulau Janggi ini telah diberikan kepada Putera Bongsu / Pangiran Shahbandar Maharajalela, yang telah dihantar untuk menjadi Sultan Sulu sekitar tahun 1600 dengan gelaran Sultan Mawalil Wasit I.

Pulau Janggi @ Sepoh Janggi (Coco de Mer) ini hanya diamanahkan kepada Keluarga Maharaja Adinda, bukan kepada Keluarga Kiram atau Shakiraullah". Ini bertujuan sebagai bukti akan kesahihan hak pewaris kedua sebagai pewaris dan penyambung kepada Kesultanan Sulu (The Heirs and Successors). 
 
Juga merupakan pewaris yang sememangnya berkelayakan sepenuhnya untuk menuntut hak ke atas Wilayah dan Harta Milik Kesultanan Sulu iaitu sekiranya apa-apa perkara yang tidak diingini terjadi kepada Sultan Sulu daripada “Pewaris Pertama”.
 
Pulau Janggi @ Sepoh Janggi ini telah dipulangkan ke Muzium Brunei oleh Pewaris Maharajah Adinda yang bernama Datu Aliuddin Haddis Pabila bin Datu Syeikh pada 4 Mei 1978 dan telah disahkan kebenarannya oleh Pengarah Muzium Brunei pada masa itu. 
 
Pihak Muzium Brunei telah mengesahkan ketulenan Barang Pusaka tersebut dan mengesahkan hanya “Pewaris Kedua” sahaja yang berhak untuk menuntut takhta Kesultanan Sulu yang telah kosong pada hari ini.

Khamis, 14 Februari 2013

Kumpulan militan ceroboh Sabah dikepung

Pihak berkuasa keselamatan berjaya mengesan sekumpulan lelaki warga asing berpakaian ala tentera dan bersenjata api menceroboh masuk ke Lahad Datu, Sabah.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata kumpulan tersebut menceroboh masuk Selasa disebabkan masalah yang berlaku di selatan Filipina.

Beliau berkata pihak keselamatan telah mengambil tindakan mengepung kawasan tersebut dan mengarahkan kumpulan tersebut meletak senjata serta menyerah diri.

"Keadaan ini adalah terkawal dan orang ramai tidak perlu bimbang," kata Ismail dalam kenyataan tiga perenggan yang dikeluarkan pada pukul 8.30 malam Rabu.

Menurut sumber polis, lebih 100 anggota kumpulan, disyaki kumpulan militan dari selatan Filipina, bersenjata lengkap dan berpakaian celoreng tentera telah mendarat di persisiran pantai Lahad Datu dengan menaiki bot pancung.

Bagaimanapun setakat 10 malam, pihak berkuasa keselamatan tidak dapat mengesahkan tujuan kumpulan itu sama ada merancang untuk melakukan aktiviti keganasan di bandar berkenaan.

Pihak berkuasa juga tidak dapat memastikan sama ada kumpulan berkenaan mempunyai kaitan dengan penahanan tiga lelaki termasuk bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Yazid Sufaat, minggu lepas dan kematian seorang rakyat Malaysia Mohd Noor Fikrie Abd Kahar, 26, yang ditembak oleh pasukan keselamatan Filipina di Davao, selatan Filipina, 14 Dis lepas.

Sementara itu, Panglima ATM Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin ketika dihubungi Bernama enggan mengulas lanjut mengenai insiden itu dan hanya berkata "tunggu kenyataan daripada Ketua Polis Negara".

Pengarah Jabatan Petugas Khas dan Anti Pengganas Bukit Aman, Datuk Mohamad Fuzi Harun, berkata polis Sabah masih menjalankan siasatan terhadap insiden tersebut.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai insiden tersebut dan kemungkinan satu sidang media akan diadakan Khamis berhubung perkara itu.

Satu bulan saja untuk Cina biadab???

Leong Pei Koe dipenjara sebulan, denda RM8,000 kerana tunjuk isyarat lucah

BALIK PULAU: Leong Pei Koe dijatuhi hukuman penjara sebulan dan didenda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini, selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan menunjukkan isyarat lucah kepada Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah dan anggota polis, Isnin lepas.

Leong, 29, seorang juruukur bahan, didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah ketika kenderaan rasmi baginda melalui balai pelepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, dekat sini, pada pukul 11.50 pagi, 11 Feb lepas.

Bagi pertuduhan kedua, Leong didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada anggota polis ASP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid ditempat, masa dan tarikh yang sama.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 294 (a) Kanun Keseksaan (Akta 574) yang boleh dihukum menurut Seksyen 294 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga bulan atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan pertama Majistret Muhamad Hidayat Wahab menjatuhi hukuman penjara 30 hari dan denda RM6,000 atau penjara dua bulan jika gagal membayar denda.

Bagi pertuduhan kedua Leong dijatuhi hukuman penjara tujuh hari dan dendaRM2,000 atau penjara sebulan jika gagal membayar denda itu.

Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan kedua-dua hukuman dijalankan serentak dari tarikh tangkapan iaitu 11 Feb.

Leong membayar denda itu. Muhamad Hidayat menjatuhi hukuman itu berdasarkan pengakuan salah dan rayuan Leong bahawa dia memohon maaf atas kesalahan itu selain kepentingan awam.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim manakala tertuduh tidak diwakili peguam. -- BERNAMA

Alumni, Warga UiTM Kesal Insiden Tunjuk Isyarat Lucah Kepada Raja Permaisuri Agong

SHAH ALAM: Lebih 700,000 alumni, warga kerja dan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) melahirkan rasa kesal dan sedih terhadap tindakan seorang lelaki dipercayai menunjukkan isyarat lucah kepada Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah dalam kejadian di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang, Isnin lepas.

Timbalan Presiden Persatuan Alumni UiTM Datuk Ahmad Shafee Sabaruddin berkata perbuatan suspek berusia 29 tahun itu merupakan satu penghinaan kepada seluruh institusi raja Melayu dan bercanggah dengan prinsip Rukun Negara.

"Secara langsung ia adalah satu penghinaan terhadap warga kerja, pelajar serta alumni UiTM di mana Yang di-Pertuan Agong adalah Canselor UiTM.

"Kami berharap pihak polis dapat menjalankan siasatan menyeluruh danmengambil tindakan sewajarnya terhadap lelaki itu atas perbuatan melampaunya,"katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis berhubung perkara itu diIbu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di sini petang Rabu.

Dalam kejadian 12.30 tengah hari, Isnin lepas, suspek yang juga graduan darisebuah universiti di Scotland dipercayai menunjukkan isyarat lucah ketikakenderaan yang dinaiki Tuanku Hajah Haminah melalui lapangan terbang berkenaan.

Lelaki itu dikatakan bertindak demikian selepas berlaku pertengkaran antara suspek dengan bapanya menyebabkan dia melepaskan geram dengan menunjukkan isyarat lucah dan secara kebetulan kereta Permaisuri Agong lalu di kawasan itu.

Suspek ditahan reman sehingga 14 Feb ini untuk membantu siasatan mengikutSeksyen 294 Kanun Keseksaan berhubung kesalahan mengenai kesopanan di tempatawam, yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tiga bulan atau denda ataukedua-duanya sekali.

Ahmad Shafee berkata laporan polis itu juga dibuat bagi memberi pengajaran kepada pihak lain supaya tidak sewenang-wenangnya memperlekeh kesultanan Raja Melayu.

"Kadang-kadang kita rasa dihina, bila mereka lakukan perbuatan biadap dengansatu perkataan 'maaf' sahaja kita dah maafkan, lain kali orang lain juga akanlakukan perkara yang sama juga.

"Kami harap perbuatan biadap ini diambil serius dan meminta polis menyiasatserta mengambil tindakan sewajarnya berpadanan dengan tindakan lelaki itu,"katanya. -- BERNAMA

Selasa, 12 Februari 2013

Nak salahkan siapa kalau Cina sudah bangsat???

Pada jam 12:50 tengah hari sewaktu rombongan DYMM Raja Permaisuri Agong berada di Terminal Perlepasan LTAB Bayan Lepas, Leong Pei Koe telah menunjukkan isyarat lucah kepada kenderaan yang dinaiki oleh DYMM Raja Permaisuri Agong.

ASP Mohd Fakharuddin bin Abdul Hamid yang merupakan pengawal pengiring DYMM Raja Permaisuri Agong yang melihat gelagat lelaki tersebut telah keluar dari kenderaan pengiring dan merapati LEONG PEI KOE.

Amaran telah diberikan kepada lelaki berbangsa Cina tersebut yang dia boleh ditahan dan ditangkap di bawah Seksyen 294 (a) KK. Bagaimanapun, lelaki Cina itu mencabar pihak berkuasa agar menangkapnya dan berkata, di Pulau Pinang, polis Melayu tidak ada kuasa kerana Pulau Pinang adalah hak milik Cina.

Apabila ASP Mohd Fakharuddin menghampiri LEONG PEI KOE, lelaki Cina tersebut terus memberikan isyarat lucah beberapa kali. Dengan bantuan anggota PGA, akhirnya dia ditahan dan digari bagi siasatan dan tindakan lanjut.

Bukan semua kawan cina kita macam ni, tapi yang pastinya, cina DAP memang macam ni.

BERIKUT ADALAH BERITA VERSI LEONG PEI KOE. BERITA YANG SENGALA DIPUTAR BELITKAN UNTUK MEMBELA DIRINYA:

GEORGE TOWN, 12 Feb (Bernama) -- Polis menahan seorang lelaki dipercayai menunjukkan isyarat lucah kepada Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah dalam kejadian di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Hatta Md Zin berkata dalam kejadian 12.30 tengah hari semalam, suspek yang berusia 29 tahun dipercayai menunjukkan isyarat lucah ketika kenderaan yang dinaiki Tuanku Hajah Haminah melalui lapangan terbang berkenaan.

"Ketika itu bapanya sedang menghantar suspek ke lapangan terbang. Difahamkan berlaku sedikit perselisihan faham antara suspek dengan bapanya. Mungkin suspek bengang dengan bapanya dan dia menunjukkan isyarat lucah itu.

"Kebetulan pada masa itu, rombongan kenderaan Raja Permaisuri Agong sedang melalui lapangan terbang dan pengawal pengiring baginda nampak tindakan suspek...dia terus menahan suspek," katanya ketika dihubungi hari ini.

Hatta berkata suspek ditahan reman sehingga 14 Feb ini untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 294 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga tiga bulan.

Sementara itu, Pertubuhan Kerabat Pusaka Merong Wangsa Malaysia cawangan Pulau Pinang hari ini membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya dekat sini berhubung perkara itu.

Pengerusinya, Azhar Abdul Majid berkata tindakan menunjukkan isyarat lucah kepada Raja Permaisuri Agong adalah satu tindakan yang biadap.

"Kami tidak berpuas hati dengan tindakan yang langsung tidak menghormati baginda. Kami datang ke balai polis ini untuk meminta polis menyiasat dan kemukakan perkara ini ke muka pengadilan," katanya.

Beliau meminta polis mengambil tindakan tegas terhadap suspek supaya perkara itu tidak berulang.

Ahad, 10 Februari 2013

Kenyataan Dr Hasan Ali Mengenai Dakwaan Bekas Pembantu Peribadi Ronnie Liu - Jeffrei

Saya sama sekali tidak terperanjat atas dakwaan Pembantu Khas YB Ronnie Liu tentang siapa sebenarnya manusia Ronnie dan apa perancangan DAP dalam Pakatan Rakyat di Selangor.

Pertama, setakat yang saya kenal ahli politik bernama Ronnie Liu, lain-lain pimpinan DAP Selangor termasuk pimpinan utama mereka boleh dikelaskan kepada satu kelompok sahaja. Kesemuanya menentang Islam dan kesemuanya menentang hak-hak Melayu.

Kedua, kesemua mereka sepakat untuk menegakkan Negara Malaysia Sekular.

Ketiga, mereka semua bertekad menjadikan Malaysia negara menganut fahaman liberalisme barat yang menghalalkan cara hidup bebas. Bebas daripada peraturan hidup bersendikan agama apa lagi yang di anggap ada kaitan dengan Islam.

Keempat, dari tindak tanduk mereka dikatakan bahawa PAS hanya layak dijadikan kuda tunggangan diguna seketika bagi mencapai cita-cita DAP yang tersurat dan tersirat itu.

"Saya tidak tertarik untuk menyentuh soal-soal detail hubungan beliau dengan Ronnie atau DAP Selangor atau tempat sidang media dibuat. Itu soal beliau, Ronnie dan DAP Selangor. Yang penting dari kenyataan yang disebut dalam sidang medianya ialah kesasihan butiran kandungannya.

"Sewaktu saya masih memegang kerusi EXCO Negeri Selangor lagi sudah wujud usaha memburukkan imej saya dikalangan Pakatan Rakyat semata-mata kerana usaha saya yang tidak pernah jemu untuk mendaulatkan Islam dan menjaga hak-hak dan perpaduan orang Melayu di negeri Selangor.

Pengalaman saya selama 4 tahun dalam barisan Exco Selangor dan lebih lama lagi bersama DAP dalam pimpinan Pakatan sebelumnya mengesahkan dakwaan Jeffrie itu.

Bagi saya berdasarkan pengalaman peribadi dan melihat mainan politik DAP yang sebahagiannya mungkin disedari atau mungkin tidak disedari oleh pimpinan PAS dan PKR adalah selari dengan apa yang didedahkan oleh Jeffrie.

Apa pun sama seperti observasi Jeffrie, bagi saya DAP bahaya untuk Islam, bahaya untuk Melayu, bahaya untuk keamanan dan kesejahteraan Malaysia dan bahaya untuk generasi pengganti akan datang terutama bagi masyarakat Islam dan Melayu di bumi Malaysia yang kita sama-sama cintai.

YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Presiden JATI Malaysia
TTDI, KL
10 Februari 2013

Sabtu, 9 Februari 2013

Lawatan YPP1M ke PMKT Melaka

Pada 04hb Februari 2013, rombongan Yayasan Pembangunan Pondok 1Malaysia (YPP1M) telah mengadakan lawatan sulung ke pondok Pertubuhan Murid-Murid Kitab Turath (PMKT), Melaka sebagai program pertama yang dirangka sepanjang tahun ini.

PMKT dipilih daripada senarai pondok pengajian dalam direktori pondok. Mereka menerima sumbangan berbentuk nashkah al-Quran, majalah agama dan minuman, manakala PMKT menyampaikan cenderahati kepada YPP1M berbentuk buku-buku agama karangan ulama terdahulu.

Rombongan YPP1M diketuai Penasihat Kehormatnya, Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim; Pengerusi Lembaga Pengarah, Haji Juhaidi Yean Abdullah dan Ahli Lembaga Pengarah, Dr Roshidah Ahmad.

Rombongan YPP1M tiba di pekarangan PMKT pada jam 11 pagi dalam keadaan cuaca hujan. Seramai 11 wartawan dari RTM (empat), Utusan Malaysia (dua), Berita Harian (satu), Bernama (dua), Melaka Hari Ini (satu), Sinar Harian (satu) hadir untuk membuat liputan.

Pengerusi dan Mudir PMKT, Tuan Haji Fuad Ebnu Ali menzahirkan rasa gembira dengan kehadiran rombongan YPP1M dan berharap dapat mengeratkan hubungan.

Mesyuarat Lembaga Pengarah YPP1M

Mesyuarat Lembaga Pengarah Yayasan Pembangunan Pondok 1Malaysia (YPP1M) di Seri Pondok, Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur pada 6hb Februari 2013.

Hadir: Penasihat Kehormat YPP1M, Datuk Dr Mashitah Ibrahim; Pengerusi Lembaga Pengarah YYP1M, Haji Juhaidi Yean Abdullah; Ahli Lembaga Pengarah YYP1M, Datuk Abdul Shakor Abu Bakar dan Dr Roshidah Ahmad.

Mesyuarat berbincang mengenai kejayaan lawatan pertama YYP1M menerusi aktiviti sulung tahun ini ke pondok pertama pilihan di Melaka iaitu pondok Pertubuhan Murid-Murid Kitab Turath Melaka, Kampung Padang Temu, Melaka.





Rabu, 6 Februari 2013

Al-Fatihah... Pelawak Yahya Sulong Meninggal Dunia

[1] Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[2] Pujian bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
[3] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[4] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
[5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
[6] Tunjukilah kami jalan yang lurus.
[7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

PETALING JAYA: Pelawak Datuk Yahya Sulong, 85, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini kira-kira pukul 6.45 petang Rabu.

Berita itu disahkan sendiri oleh isteri Allahyarham iaitu Datin Alisah Ali, 64, ketika dihubungi mStar Online malam Rabu.

Alisah berkata, suaminya dimasukkan ke HKL kira-kira seminggu lalu akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk asma.

Yahya sebelum ini pernah beberapa kali dimasukkan ke hospital kerana penyakitnya itu termasuklah ke Unit Rawatan Rapi, Hospital Ampang selepas terjatuh di bilik air rumahnya di Bandar Baru Sentul.

Sepanjang penglibatan Allahyarham dalam dunia seni, beliau banyak berlakon filem antaranya Abu Nawas, Gila-Gila, Putus Sudah Kasih Sayang, Da Di Du dan Prebet Lapok.

Yahya pernah berkahwin sebanyak empat kali dan mempunyai 11 orang anak, enam cucu dan dua cicit.

Selain terlibat dalam dunia seni, Yahya pernah bertugas dalam pasukan polis pada tahun 1948 bagi menentang komunis.

Jenazah Allahyarham di jadual dikebumikan di kampungnya di Teluk Intan, Perak pada malam Rabu.