Sabtu, 24 September 2016
100 tahun rumah Abdullah Hukum berdiri megah
Rumah warisan pengasas Kampung Abdullah Hukum yang berusia 100 tahun, kini berdiri megah di KL Eco City di sini.
Rumah tradisional Melayu bertangga batu, beranjung dan tidak berbilik itu sebelum ini berdepan risiko dirobohkan berikutan pembangunan semula kampung itu sebagai sebuah pusat komersial dan perumahan KL Eco City.
Rumah milik Allahyarham Abdullah Hukum atau nama sebenarnya Muhammad Rukun, kini siap dipasang semula di Tingkat 7, bangunan parkir KL Eco City yang turut menempatkan Masjid Jamek Abdullah Hukum.
Abdullah Hukum adalah antara perintis yang terlibat dalam pembangunan Kuala Lumpur pada tahun 1880-an dan beliau turut membuka kawasan Pudu-Bukit Bintang serta Sungai Putih yang kini dikenali sebagai Bangsar.
Beliau adalah ketua masyarakat Kuala Lumpur yang dilantik oleh Sultan Selangor ke-4 Sultan Abdul Samad dengan diberi gelaran Tuk Dagang Dianjuk.
Projek penempatan semula kediaman Abdullah Hukum di KL Eco City itu tercapai melalui persetujuan bersama pihak pemaju SP Setia Bhd dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bagi memastikan rumah pusaka itu dikekalkan dan dijadikan ikon kawasan tersebut.
Kontraktor konservasi Shaari Mat Saod yang dipertanggungjawabkan untuk memulihara rumah pusaka itu berkata proses memindahkan rumah itu bermula pada Sept 2012 sebelum projek pembangunan KL Eco City.
“Proses pemuliharaan dan pemindahan rumah itu melibatkan tiga fasa utama bermula dengan prosedur dokumentasi serta penandaan pada setiap kepingan kayu dan bahan binaan yang terdapat pada premis itu sebelum ditanggalkan dalam tempoh selama tiga bulan,” katanya kepada Bernama semalam.
Shaari berkata, kayu meranti merah yang digunakan dalam pembinaan rumah itu turut dibawa ke sebuah pusat konservasi di Melaka bagi merawat kerosakan pada kayu tersebut supaya memastikan kayu-kayu itu cukup kukuh untuk dipasang semula.
“Selepas selesai proses rawatan pada penghujung 2012, semua kayu dan bahan binaan rumah disimpan di stor SP Setia Bhd di Rawang selama tiga tahun dua bulan dengan pemantauan rapi sementara menunggu pembinaan (bangunan parkir tujuh tingkat itu) siap sepenuhnya,” katanya.
Beliau berkata, selepas bangunan parkir bertingkat siap pada Mac tahun ini, kerja-kerja pemasangan semula rumah pusaka Abdullah Hukum di tingkat atas bangunan itu dimulakan mengikut struktur asal.
Shaari berkata, dengan dibantu 10 pekerja, mereka mengambil masa kira-kira tiga bulan untuk menyempurnakan pemasangan semula rumah yang sarat dengan ciri-ciri tradisional Melayu itu.
“Bagaimanapun, pengubahsuaian terpaksa dilakukan pada bahagian ‘tiang tunku’ rumah yang sudah tidak kukuh serta pemasangan atap baharu menggantikan zink sedia ada kerana tidak lagi sesuai digunakan,” katanya
Abdullah Hukum, berasal dari Sumatera dan berketurunan Kerinchi, berhijrah ke Tanah Melayu bersama bapanya pada tahun 1850 ketika berusia 15 tahun dan menetap di Kuala Lumpur dan Selangor hingga akhir hayatnya.
Beliau meninggal dunia pada usia 108 tahun pada 1943, dan mempunyai 18 orang anak.
Selain masjid, stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Abdullah Hukum di Bangsar turut tertera nama Allahyarham.
Surat menyayat hati kanak-kanak 6 tahun untuk Obama
Alex, enam tahun menulis sepucuk surat kepada Presiden Barack Obama selepas melihat sekeping gambar viral yang memaparkan wajah suram Omran Daqneesh yang mengalami kecederaan dan keseorangan di dalam sebuah ambulan.
Dalam sepucuk surat yang dihantar ke White House, Alex meminta Obama untuk pergi ke Syria dan membawa pulang Omran ke rumahnya.
"Presiden Obama, masih ingatkah kanak-kanak lelaki yang dirawat dalam ambulan di Syria?
"Bolehkah anda selamatkan budak lelaki itu dan membawanya ke rumah kami.
"Kami akan menunggu anda bersama bendera, bunga dan belon... Kami akan memberinya sebuah keluarga dan dia akan menjadi saudara kami," tulis Alex dalam surat tersebut.
Kredit gambar: White House.org
Kredit gambar: White House.org
Kredit gambar: White House.org
Presiden Amerika Syarikat berkongsi kata-kata Alex dalam Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) berkaitan krisis pelarian minggu ini, sebelum White House merakam Alex untuk membaca surat tersebut.
"Kita semua perlu menjadi seperti Alex.. bayangkan penderitaan yang kita dapat kurangkan dan nyawa yang mungkin kita selamatkan," tulis Obama dalam akaun Facebooknya.
Sementara itu, ramai netizen memuji tindakan Alex dan berkata, seorang
kanak-kanak berusia enam tahun lebih berperikemanusiaan daripada orang
dewasa.
This is beautiful and heartbreaking at the same time. The world needs more people like Alex https://t.co/gvkHyhtKWY— Keshia Jacotine (@KeshiaJacotine) September 22, 2016
Thank you, Alex This is what it looks like to have a heart & soul. (Oddly, no mention of Skittles) #ImWithHer https://t.co/4XVXWEgsmE— Charmaine DeGraté (@Charm_Nicole) September 22, 2016
Pembunuh Canny Ong digantung
PETALING JAYA: Bekas pencuci kabin kapal terbang, Ahmad Najib Aris
dihukum gantung sampai mati pada Jumaat (23 Sept 2016) berikutan sabitan bersalah oleh
Mahkamah Tinggi kerana merogol dan membunuh penganalisis teknologi
maklumat, Canny Ong pada 2003.
Seorang jurucakap dari Jabatan Penjara mengesahkan bahawa hukuman ke
atas Ahmad Najib telah dilaksanakan pada kira-kira pukul 6 pagi dan
jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Kantan di
Kajang, dekat sini.
Pada 23 Februari 2005, Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman
gantung sampai mati terhadap Ahmad Najib kerana merogol dan membunuh
Ong, 29, di KM11 Jalan Klang Lama antara pukul 1 pagi dan 5 pagi pada 14
Jun 2003.
Ia susulan keputusan sebulan suara oleh Mahkamah Persekutuan pada Mac
2009 untuk mengekalkan hukuman mati di atas kesalahan yang dilakukannya
terhadap Ong, yang mana mayat rentung mangsa dijumpai di dalam lubang
pembentungan.
Rakaman beromen bukan di sekolah... tapi dalam pejabat ladang
Rakaman ini menjadi viral dan dilaporkan banyak pihak sehingga memaksa satu siasatan dibuat dan hasilnya, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, ia tidak melibatkan golongan guru.
Sebaliknya, rakaman video itu dipercayai dibuat lapan tahun lalu di pejabat sebuah ladang di Segamat, Johor.
"Bagaimanapun, kementerian akan terus menjalankan siasatan bagi mengenal pasti mereka yang terlibat dalam video berkenaan," katanya dalam catatan terbaharu dalam laman Facebook beliau.
Sebuah video berdurasi lapan minit dimuat naik dalam laman perkongsian video Youtube yang memaparkan aktiviti tidak 'senonoh' dua individu yang didakwa guru.
Aksi intim dua individu berkenaan dipercayai dirakam oleh lelaki dalam video terbabit di sebuah pejabat yang tidak diketahui.
Mahdzir yang mengulas isu tersebut sebelum ini berkata, kertas siasatan sudah dibuka susulan kejadian tersebut serta akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi meneliti rakaman video itu.
"Isu viral; guru dikatakan bercumbu dlm bilik. Kertas siasatan sudah dibuka. Akan dptkan kerjasama SKMM," katanya dalam laman Twitter.
Ahad, 18 September 2016
Tanah runtuh di Bandar Putra Kulai
Kulai – Orang ramai terutamanya pengguna jalan raya diminta
berhati-hati kerana berlaku kejadian tanah runtuh di Jalan Belian 2,
Bandar Putra Kulai, di sini awal pagi ini.
Bagaimanapun, menurut Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Bandar Putra, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd. Nasib Mohd. Sam, tiada kemalangan jiwa atau harta benda dilaporkan.
"Kita terima panggilan daripada orang awam pada pukul 7.40 pagi dan sejurus tiba di tempat kejadian, terdapat kejadian tanah runtuh sepanjang 30 meter berhampiran sebuah rumah di kawasan itu.
"Semua tindakan yang perlu termasuk meminta syarikat pemaju membuat pengepungan di kawasan tersebut selain pihak kami juga akan menjalankan pemantauan berterusan," katanya sebentar tadi.
Katanya, laporan tentang kejadian tersebut sudah dibuat kepada pihak terlibat.
455 rakyat Malaysia meringkuk di penjara Thailand
Seramai
455 rakyat Malaysia sedang meringkuk di penjara Thailand dengan lebih
90 peratus daripada mereka menjalani hukuman berkaitan kesalahan dadah.
Setiausaha Kedua (Konsular) Kedutaan Malaysia di Thailand, Halmah Hassan berkata sebahagian kecil daripada rakyat Malaysia yang berada di penjara Thailand pula melibatkan kesalahan berkaitan kad kredit.
"Seramai 196 rakyat Malaysia ditahan di lima penjara sekitar Bangkok dan tujuh penjara lain di beberapa wilayah utara manakala 259 orang lagi ditempatkan di beberapa penjara wilayah selatan Thai," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Beliau berkata, rakyat Malaysia yang ditahan di penjara Thailand itu berhadapan dengan pelbagai hukuman daripada hukuman mati, penjara seumur hidup dan penjara selama beberapa tahun.
Walaupun berhadapan hukuman mati, ia akan dikurangkan kepada penjara seumur hidup dan tempoh itu juga akan dikurangkan lagi sekiranya pesalah berkelakuan baik ketika di penjara, kata Halmah.
Tujuh daripada 196 rakyat Malaysia yang ditahan di Bangkok dan wilayah utara adalah wanita, iaitu lima orang di Pusat Pemulihan Wanita, Chatuchak di sini dan dua lagi di Penjara Wanita Chiang Mai, katanya.
Menurut Halmah, pejabat konsular kedutaan negara di Bangkok menguruskan hal ehwal 196 tahanan rakyat Malaysia di penjara di sini dan utara ibu negara Thailand itu.
Katanya, di antara penjara di Bangkok yang banyak menempatkan tahanan Malaysia adalah Penjara Reman Bangkok (30), Bambat Piset (40), Penjara Klong Prem (34) dan Penjara Bangkhwang di Nonthaburi (51).
Pejabat Konsulat Malaysia di Songkla pula menguruskan hal ehwal tahanan negara yang berada di penjara di 13 wilayah di selatan Thai, katanya.
Halmah berkata, pejabat konsular di kedutaan negara di Bangkok itu juga melakukan lawatan berkala terhadap semua tahanan rakyat Malaysia bagi mengetahui keadaan terkini dan kebajikan mereka.
Katanya, lawatan itu dibuat kerana mendapati layanan yang diterima tahanan negara daripada pihak berkuasa penjara adalah lebih baik sekiranya mereka kerap menerima kunjungan daripada pihak konsular.
"Jika ada tahanan Malaysia di Chiang Mai yang terletak ribuan kilometer di utara Thailand, kita juga akan melawat mereka.
"Kami juga melakukan tindakan tertentu termasuk berhubung dengan pihak berkuasa penjara sekiranya menerima aduan daripada tahanan Malaysia dan pihak Thai amat responsif terhadap aduan yang diterima," katanya sambil menambah ia adalah sebahagian daripada tugas sebagai pegawai konsular.
Menurut Halmah, pejabat konsular di kedutaan negara turut menerima permohonan daripada tahanan Malaysia yang mahu dipindahkan ke penjara di selatan Thai bagi memudahkan keluarga mereka melawat.
Beliau berkata, bagi tahanan Malaysia yang akan dibebaskan daripada penjara Thai, pihaknya juga akan mengeluarkan surat dan dokumen perjalanan bagi membolehkan mereka kembali ke tanah air.
Setiausaha Kedua (Konsular) Kedutaan Malaysia di Thailand, Halmah Hassan berkata sebahagian kecil daripada rakyat Malaysia yang berada di penjara Thailand pula melibatkan kesalahan berkaitan kad kredit.
"Seramai 196 rakyat Malaysia ditahan di lima penjara sekitar Bangkok dan tujuh penjara lain di beberapa wilayah utara manakala 259 orang lagi ditempatkan di beberapa penjara wilayah selatan Thai," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Beliau berkata, rakyat Malaysia yang ditahan di penjara Thailand itu berhadapan dengan pelbagai hukuman daripada hukuman mati, penjara seumur hidup dan penjara selama beberapa tahun.
Walaupun berhadapan hukuman mati, ia akan dikurangkan kepada penjara seumur hidup dan tempoh itu juga akan dikurangkan lagi sekiranya pesalah berkelakuan baik ketika di penjara, kata Halmah.
Tujuh daripada 196 rakyat Malaysia yang ditahan di Bangkok dan wilayah utara adalah wanita, iaitu lima orang di Pusat Pemulihan Wanita, Chatuchak di sini dan dua lagi di Penjara Wanita Chiang Mai, katanya.
Menurut Halmah, pejabat konsular kedutaan negara di Bangkok menguruskan hal ehwal 196 tahanan rakyat Malaysia di penjara di sini dan utara ibu negara Thailand itu.
Katanya, di antara penjara di Bangkok yang banyak menempatkan tahanan Malaysia adalah Penjara Reman Bangkok (30), Bambat Piset (40), Penjara Klong Prem (34) dan Penjara Bangkhwang di Nonthaburi (51).
Pejabat Konsulat Malaysia di Songkla pula menguruskan hal ehwal tahanan negara yang berada di penjara di 13 wilayah di selatan Thai, katanya.
Halmah berkata, pejabat konsular di kedutaan negara di Bangkok itu juga melakukan lawatan berkala terhadap semua tahanan rakyat Malaysia bagi mengetahui keadaan terkini dan kebajikan mereka.
Katanya, lawatan itu dibuat kerana mendapati layanan yang diterima tahanan negara daripada pihak berkuasa penjara adalah lebih baik sekiranya mereka kerap menerima kunjungan daripada pihak konsular.
"Jika ada tahanan Malaysia di Chiang Mai yang terletak ribuan kilometer di utara Thailand, kita juga akan melawat mereka.
"Kami juga melakukan tindakan tertentu termasuk berhubung dengan pihak berkuasa penjara sekiranya menerima aduan daripada tahanan Malaysia dan pihak Thai amat responsif terhadap aduan yang diterima," katanya sambil menambah ia adalah sebahagian daripada tugas sebagai pegawai konsular.
Menurut Halmah, pejabat konsular di kedutaan negara turut menerima permohonan daripada tahanan Malaysia yang mahu dipindahkan ke penjara di selatan Thai bagi memudahkan keluarga mereka melawat.
Beliau berkata, bagi tahanan Malaysia yang akan dibebaskan daripada penjara Thai, pihaknya juga akan mengeluarkan surat dan dokumen perjalanan bagi membolehkan mereka kembali ke tanah air.
Rabu, 14 September 2016
Punca nahas helikopter bawa MP dan pegawai PM terhempas didedahkan...
Laporan setebal 117 muka surat yang dikeluarkan Biro Penyiasatan Nahas Udara Malaysia dan disiarkan di laman web rasmi Kementerian Pengangkutan mendedahkan nahas helikopter di Semenyih 4 April lalu berpunca daripada kecuaian juruterbang.
Juruterbang, Kapten Clifford William Fournier gagal memeriksa kebocoran minyak dan kerosakan lain selepas membuat pendaratan kasar (tidak dijadualkan) di sebuah padang bola di Muadzam Shah, Pahang.
Helikopter yang membawa Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Jamaluddin Jarjis bersama lima penumpang termasuk Ketua Setiausaha Sulit Pejabat Perdana Menteri, Datuk Seri Azlin Alias itu terhempas kerana pengimbang kiri yang rosak.
Seorang saksi nampak juruterbang itu keluar dari helikopter dan ditemani seorang penumpang di kawasan rotor utama ketika mendarat di Muadzam Shah.
"Bagaimanapun, beliau (Fournier) tidak melakukan sebarang pemeriksaan ke atas helikopter," kata laporan itu.
Penumpang yang dimaksudkan merujuk kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Ibam, Wan Kadri Wan Mahusain.
Wan Kadri terselamat kerana beliau turun lebih awal di Muadzam Shah, Rompin sebelum helikopter berkenaan meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur.
Satu daripada perbualan yang direkodkan sejurus helikopter itu berlepas dari padang bola berkenaan menunjukkan kecuaian juruterbang itu memeriksa pesawat dan akur kepada arahan penumpang yang mungkin menyebabkan beliau tertekan untuk bergegas pulang ke ibu negara.
Ketika helikopter itu berlepas dari padang, seorang penumpang wanita bercakap melalui interkom "Jangan bimbang, kita tentunya selamat".
Penumpang wanita itu mengingatkan juruterbang, "apa kata turunkan gear kita", dan juruterbang menjawab, "tidak..tidak..tidak..biarkan ia ke bawah, mungkin berlaku kerosakan pada hidraulik atau perkara lain".
Juruterbang itu berkata: "Ia tentu tidak normal untuk roda mencecah tanah seperti itu. Ia pasti tidak baik untuk mendarat seperti itu.
Beliau berkata, "Sebenarnya, saya nampak cecair hidraulik bocor dan sebab itu saya tidak mahu mereka masuk dahulu. Ia dikunci dalam kedudukan ke bawah dan kita biarkan ia terus berada dalam kedudukan ke bawah.
Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada Perakam Data Penerbangan dan perakam suara kokpit, gear pendaratan kiri terbenam kira-kira 51cm ke dalam tanah menyebabkan helikopter senget lebih 13 darjah ke kiri.
"Sirip pengimbang kiri dan bahagian ekor di bawah pelindung rotor ekor mencecah tanah, menyebabkan pengimbang kiri mengalami sedikit kerosakan".
Walaupun punca rasmi nahas itu disebabkan pengimbang kiri yang rosak, faktor lain yang mengakibatkan kemalangan itu berlaku termasuk pendaratan tidak dirancang, beban berlebihan pada pengimbang kiri yang patah disebabkan pengurangan kelajuan helikopter secara mendadak dan campur tangan penumpang yang memberi tekanan kepada juruterbang untuk bergegas pulang.
Dalam kejadian 4 April 2015 itu, helikopter awam jenis Dauphin 9M-IGB yang membawa Ahli Parlimen Rompin itu bersama lima penumpang lain, termasuk Azlin Alias, terhempas di Kampung Pasir Baru, Semenyih pada jam 4.55 petang.
Semua mangsa dalam perjalanan ke Subang dari Pekan, Pahang.
Mangsa lain adalah ahli perniagaan Kedah, Datuk Robert Tan; pembantu operasi, Aidana Baizieva; pengawal peribadi, Razakan B Seran dan juruterbang.
Selasa, 6 September 2016
"Penat jadi baik" Safiey Ilias mengaku jadi pondan semula
Sebelum ini, usahawan muda, Safiey Ilias pernah menjadi perhatian netizen apabila membuat keputusan untuk berubah dari seorang pondan kepada seorang lelaki.
Bukan senang kan nak tengok seorang mak nyah kembali kepada jantina asalnya? Tetapi ketika itu, Safiey nekad untuk menjalani kehidupan sebagai seorang lelaki tulen.
Namun, Malaysia dikejutkan sekali lagi apabila Safiey membuat keputusan untuk menjadi Sofea Iliyas, seorang mak nyah.
Pada mulanya, Safiey memuat naik gambarnya berpakaian wanita di akaun Instagramnya dan posting tersebut telah menjadi buah mulut ramai.
Rata-rata netizen mengecam keputusan yang dibuat Safiey, malah menganggapnya mempermainkan agama untuk meraih perhatian demi perniagaannya.
Selepas menerima kritikan dan ada pihak yang meminta penjelasan Safiey, dia mengambil keputusan untuk membuat kenyataan pengesahan di Facebooknya sendiri bagi menjelaskan perkara sebenar.
Menurut Safie, penghijrahannya tidak dibantu oleh orang sekeliling kerana sering mencemuh sehingga menyebabkan dia berputus asa untuk terus kembali kepada fitrahnya, menjadi seorang lelaki.
Tulisnya di Facebook;
Selepas itu, Safiey juga memuat naik printscreen whatsapp yang dihantar oleh kakaknya yang meluahkan rasa sedih mengenai keputusan yang dibuat olehnya.
Emm, siapa yang tak sedih kalau ada ahli keluarga yang membuat keputusan seperti ini kan…
Memang susah untuk berubah ke arah kebaikan, tetapi itu merupakan ujian yang diberikan supaya terus kuat dan tidak berputus asa.
Mungkin ada hikmah di sebalik perkara yang terjadi ini. Semoga satu hari nanti Safiey akan kembali kepada fitrahnya dan menjalani kehidupan yang normal sama seperti lelaki lain. -MYNEWSHUB.CC
Isnin, 5 September 2016
Fara Fauzana batal pernikahan
KUALA LUMPUR: Personaliti radio dan televisyen terkenal, Fara Fauzana,
36, memaklumkan perkahwinan beliau dengan jejaka bernama Hafiz yang
sepatutnya berlangsung pada 17 September ini dibatalkan.
Menerusi kenyataan media yang dipetik BH Online, Fara berkata,
keputusan membatalkan perkahwinan itu dibuat atas sebab-sebab peribadi
yang sukar untuk dikongsikan pada umum.
"Dengan penuh rasa dukacita, saya ingin memaklumkan bahawa hasrat saya
untuk menamatkan zaman bujang pada 17 September ini dibatalkan.
"Jujur saya akui, keputusan untuk membatalkan pernikahan ini satu keputusan yang sukar untuk saya," katanya.
Langgan:
Catatan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
LAHAD DATU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan...