PETALING JAYA: Bekas pencuci kabin kapal terbang, Ahmad Najib Aris
dihukum gantung sampai mati pada Jumaat (23 Sept 2016) berikutan sabitan bersalah oleh
Mahkamah Tinggi kerana merogol dan membunuh penganalisis teknologi
maklumat, Canny Ong pada 2003.
Seorang jurucakap dari Jabatan Penjara mengesahkan bahawa hukuman ke
atas Ahmad Najib telah dilaksanakan pada kira-kira pukul 6 pagi dan
jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Kantan di
Kajang, dekat sini.
Pada 23 Februari 2005, Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman
gantung sampai mati terhadap Ahmad Najib kerana merogol dan membunuh
Ong, 29, di KM11 Jalan Klang Lama antara pukul 1 pagi dan 5 pagi pada 14
Jun 2003.
Ia susulan keputusan sebulan suara oleh Mahkamah Persekutuan pada Mac
2009 untuk mengekalkan hukuman mati di atas kesalahan yang dilakukannya
terhadap Ong, yang mana mayat rentung mangsa dijumpai di dalam lubang
pembentungan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan