Setakat ini enam dilaporkan mati dalam insiden kebakaran pesakit
di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Johor
Bahru pagi Selasa.
Mangsa dikatakan pesakit-pesakit yang sedang berada di unit berkenaan. Empat daripadanya wanita dan dua lelaki.
Ketua
Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Sulaiman Salleh mengesahkan kejadian
berlaku di tingkat dua bangunan utama hospital berkenaan.
Usaha menyelamat sedang giat dijalankan oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat.
"Kami
sedang berusaha mengeluarkan semua asap dari bangunan itu dan sebaik
sahaja ia diselesaikan barulah pihak berkuasa akan dapat mengetahui
jumlah sebenar mangsa," katanya ketika ditemui di tempat kejadian hari
ini.
Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 9 pagi dan kesemua pesakit dibawa turun dan ditempatkan di tempat letak kenderaan.
Difahamkan
ia turut melibatkan pesakit daripada wad bersalin, termasuk beberapa
pesakit yang baru sahaja melahirkan anak telah dipindahkan dengan
selamat.
Ketua
Pengarah Jabatan Kesihatan, Datuk Dr Noorhisham Abdullah berkata
pihaknya sedang menunggu pengesahan laporan awal mengatakan tujuh
pesakit di wad ICU maut akibat kebakaran itu.
"Saya difahamkan
tujuh pesakit di wad ICU meninggal dunia kerana terperangkap dan lemas,
13 kakitangan cedera termasuk tiga parah.
"Kita akan siasat punca kebakaran. Masih terlalu awal untuk mengesahkan apa-apa setakat ini.
"Bangunan
hospital itu bangunan lama, kita tidak tahu lagi apa punca sebenar,"
katanya kepada wartawan sebelum Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet
Membanteras Darah (JKMD) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri,
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Parlimen, Kuala Lumpur.
Sementera
itu, turut mengulas kejadian tersebut, Timbalan Menteri Kesihatan Datuk
Seri Dr Hilmi Yahaya berkata beliau akan terus mengadakan lawatan ke
hospital berkenaan dengan segera.
"Memang kita tengah menunggu
maklumat, saya akan pergi melawat, kebakaran berlaku di ICU, maklumat
tepat saya belum dapat lagi," kata Hilmi ketika menjawab soalan lisan di
Parlimen pada Selasa.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
LAHAD DATU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan