Ketua Polis Kelantan, Datuk Dr. Ab. Rahman Ismail berkata, pihaknya percaya kejadian pembunuhan itu mempunyai kaitan dengan konflik agama di Myanmar.
"Kita percaya kes ini bukan kes culik, its not kidnaping for ransom sebagaimana di Filipina, tetapi dipercayai mungkin bermula dari pergaduhan agama di Rohingya, Myanmar, yang dibawa ke sini, jadi pembunuhan itu berlaku.
"Mungkin kerana pembunuhan dendam agama, perbalahan agama,
perkelahian agama," katanya dalam sidang media di Kota Bharu, hari ini.
Menurutnya, pengecaman mayat tersebut dilakukan oleh rakan mangsa berdasarkan kesan tatu di badan, manakala dua lagi mayat masih lagi dalam pemeriksaan forensik.
Dr. Ab. Rahman berkata, siasatan awal polis mengesyaki penemuan empat mayat itu mempunyai kaitan dengan kes culik melibatkan empat warga
Myanmar di kawasan pembinaan Tunjung yang berlaku pada 25 Oktober lalu.
Menurutnya, pengecaman mayat tersebut dilakukan oleh rakan mangsa berdasarkan kesan tatu di badan, manakala dua lagi mayat masih lagi dalam pemeriksaan forensik.
"Dipercayai (mangsa) empat lelaki, dan warganegara mereka kita percayai
Myanmar. Kes ini ada kaitan dengan kes culik yang telah dilaporkan
berlaku di Kota Bharu oleh penyelia mangsa, yang mengatakan empat
pekerja Myanmar telah diculik oleh sembilan lelaki bertopeng, disyaki
warganegara Indonesia.
"Siasatan awal kita percaya, dua dari yang diculik
dan telah dikenalpasti sebagai mangsa pembunuhan. Disahkan setelah
dicam oleh rakan dia berdasarkan tatu," katanya lagi.
Polis Kelantan kata, Dr. Ab. Rahman telah meminta bantuan dari polis Bukit Aman bagi membantu siasatan kes itu kerana ia melibatkan keselamatan pekerja Myanmar yang berada di negara ini.
Polis Kelantan kata, Dr. Ab. Rahman telah meminta bantuan dari polis Bukit Aman bagi membantu siasatan kes itu kerana ia melibatkan keselamatan pekerja Myanmar yang berada di negara ini.
Pada sidang media itu juga, beliau mengumumkan
kejayaan polis Kelantan menumpaskan "geng minyak" yang disyaki terlibat
dalam lapan kes samun, tiga daripadanya melibatkan stesen minyak di ibu
pejabat Kontinjen Polis Kelantan siang tadi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan