NEW YORK: Bumi berdepan situasi getir minggu depan
apabila sebuah asteroid sebesar Rock of Gibraltar berukuran kira-kira 1,600
meter persegi dilaporkan hampir berlanggar dengan planet ini.
Menurut saintis Agensi Pentadbiran Angkasa Lepas
dan Aeronautik (NASA), asteroid yang dinamakan sebagai 2014-J025 itu akan
melintasi bumi pada 19 April ini dengan jarak 1.77 juta kilometer, kurang lima
kali ganda berbanding jarak ke bulan.
Namun, di sebalik jarak yang terlalu hampir itu,
NASA berkata, peluang untuk berlaku pelanggaran amat tipis.
"Walalupun tiada kemungkinan berlaku
pelanggaran, jarak asteroid itu dengan bumi amat hampir," jelas NASA.
Malah, menurut NASA, kejadian itu akan menjadi
peluang kepada pakar astronomi dan peminat bidang angkasa untuk melihat dengan
lebih dekat pergerakan asteroid tersebut.
Jelas agensi itu, batu angkasa itu boleh dilihat
menggunakan teleskop kecil dalam tempoh satu atau dua hari sebelum ia bergerak
lebih jauh.
Beberapa asteroid yang lebih kecil melintasi bumi
dalam tempoh seminggu, tapi batu angkasa sebesar 2014-J025 antara paling hampir
sejak 2014 apabila asteroid Toutatis melintasi bumi.
Kali terakhir asteroid 2014-J025 melintasi bumi
kira-kira 400 tahun lalu dan kitaran tersebut akan berlaku semula pada tahun
2600.
Asteroid itu ditemukan oleh pakar astronomi di
Pusat Pemantauan Angkasa Catalina di Arizona pada Mei 2014.
NASA meramalkan kejadian asteroid melintasi bumi
dengan jarak yang paling hampir akan berlaku pada 2027 apabila batu angkasa
berukuran 800 meter persegi, dikenali sebagai 199-AN10 bergerak dengan jarak
kira-kira 380,000 kilometer dari planet ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan