Petang Ahad lalu, pada hari raya pertama negara dikejutkan dengan berita pesawat Air Asia X yang menghadapi masalah enjin sehingga menjadi bualan ramai dan tidak kurang dengan kontroversi hanya kerana juruterbang meminta untuk penumpang berdoa.
Apa yang kita dengar dalam laporan mungkin hanya cerita dari penumpang dan orang luar, memetik laporan Berita Harian mereka telah mendapatkan perkongsian pengalaman dari kapten kapal sendiri iaitu Kapten Ibrahim Jalaluddin, juruterbang AirAsia X yang bertanggungjawab dan berjaya mendaratkan pesawat D7237 yang mengalami masalah teknikal ketika dalam perjalanan dari Perth ke Kuala Lumpur itu.
Menurut beliau, ketika berada pada paras 38,000 kaki dan bergerak ke ketinggian 40,000 kaki, tiba-tiba mereka terdengar bunyi terlanggar dengan benda seperti besi.
"Saya fikir ketika itu sudah berlanggar dengan kapal terbang lain, pesawat berpusing ke kiri, selepas itu ke kanan. Saya tahu ini berlaku kerana enjin di sebelah kiri gagal berfungsi menyebabkan auto pilot (pengemudi automatik) yang sudah ditetapkan untuk terbang ke kiri berpusing kembali ke kanan.
"Jadi, apabila saya buat pemeriksaan terhadap enjin, mendapati enjin di sebelah kiri sudah rosak, maka saya dan pembantu juruterbang, Vincent Low mematikan enjin dan pusing ke sebelah kanan dan memaklumkan kepada menara kawalan di Perth penerbangan dalam keadaan kecemasan dengan isyarat ''may day.".
"Kejadian
berlaku ketika saya sedang menulis laporan, manakala pembantu juruterbang
sedang makan," ceritanya.
Menurut beliau, selepas insiden
bunyi kuat itu pesawat terus terbang dengan satu enjin dan mengikut prosedur
pesawat perlu diturunkan ke paras 25,000 kaki bagi menstabilkannya.
"Bagaimanapun, ketika pesawat mula turun, tiba-tiba berlaku gegaran yang begitu teruk sekali. Saya dan pembantu berbincang dan melihat kedudukan pesawat serta melihat pelbagai kemungkinan yang boleh terjadi. Jadi kami mengambil keputusan cuba mengurangkan kelajuan pada tahap paling minimum yang dibenarkan untuk mengurangkan gegaran namun ia tidak berjaya.
"Kami berdua tidak pernah putus asa, sebaliknya terus mencari jalan supaya dapat mendarat dengan baik di Perth," ceritanya lagi kepada pihak BH Online.

Menurut Ibrahim lagi, dia dan
pembantunya sudah berikhtiar pelbagai cara dan cubaan dilakukan untuk
mengurangkan gegaran tetapi semua usaha mereka gagal.
Beliau bagaimanapun menyatakan ketika kejadian dia tidak panik sepanjang mengendalikan situasi cemas 1 jam 40 minit yang belum pernah beliau alami sepanjang 25 tahun menjadi juruterbang, sebaliknya kejadian itu menginsafi dirinya.

Ditanya wartawan kenapa beliau memutuskan untuk berpatah balik ke Perth dan
bukannya mendarat di dua lapangan terbang lebih berhampiran iaitu di Geraldton
dan Lermond,
"Keputusan diambil selepas mengambil kira pelbagai faktor umum masalah pesawat, selepas berbincang dengan pembantu, saya memutuskan untuk kembali ke Perth dengan mengambil kira pelbagai faktor dan perkara. Selepas itu, baru saya membuat pengumuman kepada penumpang mengenai masalah dihadapi pesawat dan terpaksa patah balik."
"Kecemasan yang kami alami bukannya kecemasan yang memerlukan pendaratan segera. Mengikut SOP Airbus dan AirAsia X, pendaratan segera berhampiran lapangan terbang terdekat dibenarkan untuk kes kebakaran atau asap.
"Lagipun, saya tidak pernah mendarat di Lapangan Terbang Geraldton dan Learmond, saya tidak tahu kedudukan landasannya, manakala pesawat yang saya bawa berat serta mengambil kira kemungkinan ada peralatan lain yang rosak ketika pendaratan.
Justeru, kami mengambil keputusan untuk berpatah balik ke Perth dan minta bersedia untuk semua kemungkinan yang akan berlaku," katanya.
Beliau turut menegaskan tidak terlintas langsung difikirannya untuk mendaratkan pesawat berkenaan di dalam air, namun dia meminta supaya kru penerbangan di kabin untuk membuat persediaan pendaratan kecemasan.

Turut ditanya mengenai dakwaan
penumpang yang menyatakan suaranya yang bergetar dan seperti ketakutan, Ibrahim
menegaskan beliau tidak panik atau berasa ketakutan dengan situasi berkenaan.
"Boleh jadi suara saya bergetar dan bunyi seperti ketakutan kerana pesawat itu sendiri sudah bergetar ketika itu menyebabkan suara saya kedengaran sedemikian.
Saya dan pembantu memang tenang, malah sentiasa berbincang menangani situasi itu. Kami tidak panik atau takut... tidak terlintas di fikiran saya (panik).
"Saya hanya memikirkan soal keselamatan penumpang dan pesawat sahaja," katanya.
Mengulas mengenai perihal meminta penumpang berdoa ketika ketika kejadian itu, katanya tindakannya itu kerana beliau percaya kepada Allah dan menyerahkan diri kepada Yang Maha Kuasa.
"Saya pun berdoa dan sentiasa berdoa dan tidak salah rasanya meminta mereka (penumpang) bersama berdoa dengan saya. Saya bersyukur kerana dapat mendaratkan pesawat dengan selamat di Perth."
"Saya perlu mengucapkan terima kasih kepada pembantu juruterbangnya, kru dan penumpang yang mengharungi detik itu." katanya.
Kerosakan enjin itu berlaku ketika pesawat AirAsia X D7237 berada di ruang udara Carnarvon, dekat perairan barat Australia.