1. Pada pagi Isnin 05 Jun 2017: Negara Arab Saudi bersama Bahrain,
Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan Mesir mengisytiharkan memutuskan
hubungan diplomatik dengan Negara Qatar.
Berkuatkuasa serta merta juga semua jalan perhubungan melalui darat, udara dan air turut diputuskan.
Tidak lama kemudian, kerajaan Yaman, Timur Libya dan Maldives turut mengumumkan langkah yang sama.Namun, tindakan itu tidak pula diikuti oleh negara Kuwait dan
Oman yang juga ahli dalam Gulf Cooperation Council (GCC).
2. Mengapa Hubungan Diplomatik Diputuskan?
Arab Saudi bersama negara yang seangkatan dengannya membuat keputusan ini kerana mendakwa Qatar terlibat dalam unsur aktiviti keganasan dan ektremisme iaitu menaja kumpulan Ikhwanul Muslimin, Al Qaeda, ISIS dan kumpulan pengganas yang disokong Iran.
Dalam erti kata lain, Arab Saudi mengajak negara rakan bersekutu dalam GCC memulaukan Qatar kerana Qatar dilihat agak terbuka terhadap Iran.
3. Qatar bukanlah sebuah negara yang besar, ia hanya berkeluasan 11,586 kilometer persegi dengan jumlah penduduk 2.2 juta orang sahaja. Kelebihan pada Qatar ialah kekayaannya dalam sumber minyak dan gas asli. Negaranya kecil tetapi kaya. Maka, tidak hairanlah pendapatan perkapita rakyatnya adalah yang tertinggi di dunia iaitu $129,700 yang bersamaan dengan 595 peratus purata pendapatan per kapita dunia.
Dengan kekayaan negara tersebut, Qatar telah terpilih menjadi negara tuan rumah Piala Dunia FIFA 2022. Selain itu, aset strategik Qatar yang amat bernilai ialah rangkaian media Al Jazeera yang begitu terkenal dan berpengaruh. Negara yang bersistemkan raja monarki keluarga Al Thani ini merupakan bekas tanah jajahan Inggeris, ia merdeka pada tanggal 3 September 1971. Qatar kini dipimpin oleh Amirnya yang bernama Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani.
4. Apa beza Qatar dengan negara Arab yang lain.?
Bezanya ialah pada dasar dan polisi antarabangsa yang bersifat lebih terbuka dan neutral. Polisi antarabangsa yang terbuka ini lebih mementingkan "soft power" seperti media, diplomasi, pendidikan, kebudayaan, sukan, pelancongan, ekonomi dan bantuan kemanusiaan. Ia membina hubungan strategik dengan negara yang berkuasa besar dan pertengahan. Hal ini membuatkan Qatar agak 'bebas' dalam menentukan dasar diplomatiknya.
Di Qatar, terdapat pusat pengkalan tentera Amerika Syarikat yang terbesar di Asia Barat dengan jumlah tentera seramai 10,000 orang.
Pada masa yang sama, Qatar juga sering menjadi tempat transit dan pertemuan pimpinan utama gerakan Islam seperti Hamas dan Ikhwanul Muslimin.
Bahkan, Syeikh Yusof Al Qardhawi yang menjadi buruan Kerajaan Mesir telah mendapat perlindungan diplomatik di Qatar. Doha, ibu negara Qatar menjadi ibu pejabat Kesatuan Ulamak Islam Sedunia yang dipengerusikan oleh Syeikh Yusof Al Qardhawi.
Qatar juga bersikap agak terbuka dengan Iran.
Aneh bukan.? Qatar ini berpihak kepada siapa sebenarnya? Inilah yang dinamakan 'open foreign policy' yang agak bertentangan dengan kehendak Arab Saudi yang mahu memperkukuhkan hegemoninya dengan bertindak seperti ketua kesatuan negara Arab yang begitu bermusuh dengan Iran, negara bukan Arab.
5. Apa yang berlaku sebelum krisis ini.?
Pada 21 Mei 2017: Arab Saudi menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak Negara Arab, Islam dan Amerika Syarikat. Tetamu istimewa sidang itu ialah Presiden US Donald Trump yang diberikan peluang berucap di hadapan kalangan 56 pemimpin negara Islam. Dalam ucapannya,Trump menyerang Iran yang dikatakan punca keganasan dan ketidakstabilan khususnya di rantau Asia Barat. Maka, dalam Deklarasi Riyadh mereka bersepakat untuk menentang keganasan yang secara tidak langsung ditujukan kepada Iran sebagai musuh yang perlu diperangi bersama.
6. Siapa yang untung daripada krisis ini.?
Antara respon terawal yang menyambut baik keputusan Arab Saudi memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar ialah Israel melalui kenyataan Menteri Pertahanannya, Avigdor Lieberman yang memuji langkah menentang keganasan. Sungguh menyedihkan, negara ummat Islam sanggup memutuskan hubungan ukhwah sesama negara yang seakidah dengannya di bulan Ramadhan yang mulia ini demi mengikut telunjuk acuan kafir.
Namun, ini tidaklah mengejutkan sangat kerana pada 04 Jun 2017 telah didedahkan melalui media isi kandungan emel Yousef al-Otaiba, Duta Negara UAE ke US. Dalam emel tersebut terkandung bukti komunikasi yang begitu rapat antara Duta UAE dengan wakil Foundation for the Defense of Democracies, kumpulan pemikir strategik pro Israel yang berpusat di Washington. Mereka sudah lama merancang untuk memburukkan imej Qatar dan Kuwait, peranan UAE dalam episod rampasan kuasa yang gagal di Turki dan usaha menentang Hamas dan Ikhwanul Muslimin.
7. Apa penyelesaian krisis ini.?
Apabila berlakunya sesuatu krisis diplomatik, jalan yang terbaik ialah kembali ke meja rundingan. Pihak ketiga perlu memainkan peranan untuk mendamaikan yang bertelagah. Kelihatannya, usaha ini sedang giat dijalankan oleh Amir Kuwait, Sheikh Sabah al-Ahmad al-Sabah dan Presiden Turki Recip Tayyip Erdogan. Proses mediasi ini penting agar dapat merungkaikan perselisihan yang berlaku.
Akhirnya, kita akan dapat lihat nanti sama ada Qatar akan tunduk terhadap desakan Arab Saudi itu atau ia terus tegas dan berani dalam mempertahankan prinsipnya yang tersendiri. Dalam isu ini saya cuba untuk mengelak dari menyatakan pandangan yang dipengaruhi sentimen peribadi.
Namun sukar untuk ditolak apabila negara-negara arab kini terseret dalam politik barat khusus melibatkan Iran yang disokong Rusia manakala block Arab disokong Amerika Syarikat.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan