SEMINGGU lalu, aku ke Mesir bersama isteri dan anak-anak. Sengaja kami ke sana untuk menyambut Ramadan bersama anak sulung yang kini sedang mengikuti pengajian tahun akhir dalam bidang perubatan di sana.
Tiada apa yang menarik sangat dengan Mesir kerana kami sudah kerap kali menjejak kaki ke sana, kecuali sekadar melepaskan rasa rindu pada anak sulung.
Namun, ada satu yang menarik perhatian, iaitu kisah seorang personaliti politik tanah air, yang perjalanan politiknya penuh warna-warni, tetapi dianggap hero oleh pelajar Malaysia di sana.
Rupa-rupanya daripada cerita pelajar, dia ini banyak membantu menyalurkan sumbangan wang tunai melalui NGO yang diterajuinya untuk membantu pelajar Malaysia di Mesir.
Kisah yang tidak didendang ini secara tidak langsung mula membuka pintu hati aku yang selama ini hanya melihat sisi personaliti ini dari sudut negatif semata-mata.
Ya, Ibrahim Ali, watak kontroversi. Apa label aku tak panggil pada Ibrahim ini? Dari digelar katak, rasis, gedebe dan bermacam lagi. Label itulah juga yang melekat di mata masyarakat apabila melihat Ibrahim.
Tapi, sebagai ketua keluarga yang ada anak sedang melanjutkan pengajian di Mesir, aku tahu betapa peritnya kami. Anak-anak kami ini walaupun mengambil bidang pengajian profesional seperti perubatan, tetapi hanya dipandang sebelah mata oleh pihak berwajib khususnya dari konteks pembiayaan pendidikan, tetapi orang seperti Ibrahim yang tampil membantu.
Aku dimaklumkan Ibrahim pakai duit poket sendiri dan bukan sekali dua dia datang ke Mesir bertemu sendiri dengan pelajar, yang sepatutnya peranan itu dilakukan kerajaan.
Paling membuka hati aku, pelajar yang Ibrahim bantu itu, sebenarnya tidak memberi apa-apa keuntungan politik pun kepada dia, tetapi Ibrahim yang aku pandang negatif ini tetap menyumbang.
Di Mesir juga aku dihadiahkan buku biografi Ibrahim bertajuk “Perjuangan Tanpa Nokhtah”. Buku ini diberikan salah seorang pelajar perubatan yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan kepada anak aku untuk disampaikan kepada aku. Aku mengambil dan sekadar menyimpan dalam beg kerana walaupun sudah sedikit terbuka persepsi pada Ibrahim, tetapi tidaklah sampai aku teruja untuk mengenali dia dengan lebih detail. Lebih-lebih lagi buku biografi itu agak tebal, iaitu lebih 800 muka surat.
Aku sempat menyebut kepada anak aku: “Nanti abah baca dalam flight balik Malaysia, Along cakap kat kawan, abah say thanks,”.
Hendak dijadikan cerita, semasa dalam penerbangan balik ke Malaysia, aku duduk berasingan dengan anak dan isteri. Aku duduk sebaris bersama dua tokoh veteran politik dan seorang bekas Ketua Pengarang sebuah agensi media di tanah air.
Bagi menghilang boring, aku mula membaca buku biografi Ibrahim. Aku bagaikan tidak percaya yang Ibrahim ini bukan calang-calang orang rupanya. Dalam buku biografi itu, Ibrahim berkongsi gambar pertemuan bersejarah antaranya dengan pemimpin Revolusi Iran, Ayatollah Khomeini; gambarnya dengan bekas Presiden Cuba, Fidel Castro; bekas Naib Presiden Amerika Syarikat, Al Gore.
Ibrahim juga rupanya pernah bersama-sama dengan pemimpin hebat Islam seperti tokoh Ikhwanul Muslimim, Muhammad Qutb, iaitu adik kepada Sayyid Quth; Pengasas Jamaat-e-Islami, Sayyid Abul A’la Maududi dan juga Maryam Jameelah, iaitu wanita Yahudi yang kemudiannya memeluk Islam dan bersama menjadi watak penting dalam gerakan Islam Jamaat-e-Islami.
Aku sebenarnya antara percaya dengan tidak percaya yang Ibrahim ini pernah mendampingi tokoh-tokoh tersohor tersebut, dari Revolusi Iran kepada pemimpin komunis yang paling sukar didekati iaitu Fidel dan seterusnya gerakan Islam, tetapi Ibrahim tampilkan dengan segala bukti, maka aku harus mempercayainya.
Tapi apa yang paling menarik minat aku ialah kisah kegigihan Ibrahim sewaktu menjadi Presiden Kesatuan Siswa ITM (KSITM) menuntut kerajaan menaik taraf ITM menjadi sebuah universiti. Ini kerana anak kedua aku kini menuntut di UiTM. Aku tabik kerana Ibrahim sewaktu zaman bergelar mahasiswa boleh menggerakkan demonstrasi besar-besaran bagi menuntut hal itu.
Sedang aku asyik membaca biografi Ibrahim, salah seorang daripada veteran politik yang berada di sebelah aku bertanya tentang Ibrahim.
“You kenal Brahim ke,”. Aku jawab secara jujur yang aku tidak mengenali Ibrahim secara personal dan buku biografi itu pula dihadiahkan pelajar Malaysia di Mesir, tetapi aku sampaikan kepada kedua-dua veteran politik dan bekas Ketua Pengarang ini tentang kisah Ibrahim membantu pelajar kita di sana sebagaimana aku dimaklumkan oleh pelajar berkenaan.
Dari situ, satu persatu kisah Ibrahim dibualkan oleh kami. Kisah yang negatif dan juga yang positif. Kisah perjalanan politik Ibrahim yang berwarna-warni sehinggalah kepada persoalan bagaimana dia mampu menghidupkan PERKASA hingga menjadi NGO Melayu terbesar dengan keahlian berjumlah ratusan ribu orang.
Namun, timbul persoalan yang paling besar dalam kalangan kami ialah kenapa Ibrahim yang dikenali sebagai penyokong kuat Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak masuk Bersatu dan tidak menyokong usaha Dr. Mahathir. Sedangkan jika Ibrahim menyokong Dr. Mahathir, kami percaya tentu sahaja ada jawatan penting dalam kerajaan atau Kabinet diberikan kepada Ibrahim.
Sejarah mencatatkan lima tahun sebelum Dr. Mahathir berhenti, selepas Dr. Mahathir pecat Anwar, waktu itu semua orang serang Dr. Mahathir, yang tampil siang malam bela Dr. Mahathir adalah Ibrahim dan beberapa kerat penyokong kuat beliau. Waktu Dr. Mahathir berhenti, dalam tempoh 15 tahun, orang yang sangat rapat dengan Dr. Mahathir juga Ibrahim, tetapi apabila Bersatu ditubuhkan, Ibrahim tidak sertai hanya kerana Bersatu buat pakatan dengan DAP.
Pada Ibrahim jelas bekas Ketua Pengarang, dia tidak akan sesekali menerima dasar Malaysian Malaysia DAP, apatah lagi DAP juga diketahui ada kaitan dengan gerakan Kristian Evangelist di negara ini. Jadi, dari segi prinsipnya kata Ketua Pengarang yang bergelar Dato’ ini, Ibrahim lebih konsisten berbanding Dr. Mahathir sendiri dalam isu DAP.
“Dia pernah tuturkan kepada saya, not that i loved Ceaser less, but that i loved Rome more, bila ditanya kenapa dia tidak bersama dengan Dr. Mahathir dalam Bersatu atau PH,” cerita bekas Ketua Pengarang itu.
Sampuk seorang veteran politik yang pernah bersama-sama Ibrahim semasa era student leader dulu pula, untuk mengenali kenapa Ibrahim mengambil sikap begitu, perlu disorok kembali kisah Ibrahim ini sewaktu di zaman student leader lagi. Waktu itu katanya, Ibrahim amat rapat dengan Anwar sehingga pernah masuk tahanan ISA di Kemunting selama dua tahun bersama-sama Anwar.
Lepas itu katanya, Ibrahim dan Anwar masuk UMNO bersama-sama. Ibrahim menjadikan Anwar sebagai idola sehingga Anwar sudah hampir sampai di kemuncak kuasa untuk mengambil alih jawatan Perdana Menteri, tetapi apabila timbulnya kes liwat, dan setelah Dr. Mahathir berjaya menyakinkan Ahli Majlis Tertinggi UMNO bahawa Anwar memang terlibat dalam aktiviti meliwat, Ibrahim memilih untuk meninggalkan Anwar.
“Pada hal dia sangat rapat dengan Anwar, Anwar masa itu dah bergelar Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Dr. Mahathir pula dah nak berhenti tapi dia boleh tinggalkan Anwar. Itulah Ibrahim Ali,” kata veteran politik yang juga rakan seangkatan Ibrahim semasa zaman student leader.
Kami juga menyorot hubungannya dengan Ku Li. Dalam pada menyokong kuat Anwar, Ibrahim juga diketahui umum adalah pendokong Ku Li. Sejarah pemilihan UMNO 1982, Ibrahim menjadi hulu balang kepada Ku Li. Tahun 1987, masa Ku Li bergabung dengan Musa Hitam melawan Dr. Mahathir, Ibrahim juga memilih Ku Li dan seterusnya masuk Semangat 46 bersama-sama Ku Li.
Hingga ada orang melabelkan Ibrahim ini dah jadi seperti anak Ku Li. Gambaran betapa rapat dan eratnya hubungan Ibrahim dengan Ku Li. Atas faktor itu juga kata veteran politik ini, Ibrahim dituduh mendapat banyak manfaat dalam bentuk projek daripada Ku Li, tetapi sebagai orang lama, beliau tahu semua itu tiada kerana Ku Li adalah seorang yang kedekut.
Tapi pada 1992, Ibrahim boleh tinggalkan Ku Li selepas Semangat 46 gagal dalam Pilihan Raya Umum 1990. Kata veteran politik ini, ramai yang tidak tahu mengapa Ibrahim tergamak berbuat demikian.
“Sebenarnya Tun Hussein sudah memberikan amanat kepada Ku Li untuk memulihkan UMNO asal (selepas UMNO diharamkan) dan sekiranya kalah, Semangat 46 perlu dibubarkan dan semua kena masuk UMNO baru.
“Jadi, apabila Semangat 46 kalah pada 1990, saya dimaklumkan Ibrahim ada berjumpa Ku Li dan meminta agar amanat Tun Hussein ditunaikan, tetapi Ku Li menolak, sebab itu Ibrahim memilih keluar Semangat 46 dan menyertai UMNO baru seperti mana diamanatkan Tun Hussein dan saya percaya atas dasar penyatuan Melayu,” jelasnya.
Aku melihat ada asasnya kenyataan tokoh veteran politik ini kerana jika benar dakwaan mengatakan Ibrahim dapat something daripada Ku Li, mustahil Ibrahim boleh bertindak sebebas itu. Logiknya pun, jika kita dapat berjuta daripada seseorang, tentu sekali tangan kita akan terikat dan tidak bebas untuk membuat keputusan sendiri.
Bab ini aku tabik dengan Ibrahim. Dia memilih tidak menyokong Anwar ketika Anwar menghampiri puncak kuasa, dia memilih tinggalkan Ku Li demi perpaduan Melayu dan kerana berpegang kepada amanat Tun Hussein serta dia memilih tidak menyokong Dr. Mahathir atau menyertai Bersatu ketika semua orang tahu dia adalah penyokong kuat Dr. Mahathir.
Satu lagi aku tabik dengan Ibrahim walaupun aku sendiri pernah labelkan dia sebagai katak, dia boleh masuk mana-mana parti setelah bergelar Bebas. Tahun 2008 dia bekerjasama dengan Pas dan menang kerusi Pasir Mas, tetapi dia tidak masuk Pas, 2013 juga kekal bertanding Bebas dan 2018 dia boleh saja masuk Bersatu dan bertanding tiket Bersatu, tetapi dia tidak pergi ke mana-mana parti.
Pada aku, Ibrahim ini sebenarnya sayang pada UMNO cuma watak seperti Ibrahim memang tidak boleh kekal lama dalam parti seperti UMNO. Sebenarnya walaupun banyak sisi negatif dilabel pada Ibrahim, aku kini lebih menghormati Ibrahim berbanding beberapa pemimpin UMNO yang kononnya totok, yang mendapat pelbagai laba hingga bergelar menteri, tetapi sebaik BN kalah, dia orang pertama yang lompat parti.
Dalam gelak ketawa, semasa hampir mendarat di KLIA, kami membuat kesimpulan, hanya satu sahaja watak pemimpin politik seperti Ibrahim iaitu Ibrahim Ali. Hidup dia sederhana, tinggal hanya di link house di Melawati, bukan di kejiranan elit seperti di Kajang Height, Duta atau Setiawangsa. Jauh berbeza berbanding pemimpin politik lain yang gemar hidup bermewah.
Kehidupan Ibrahim banyak di warung, dia bersahaja dan tidak berubah, Ibrahim sewaktu student leader adalah sama Ibrahim sekarang.
Semalam, dua hari selepas balik dari Mesir, aku terbaca berita parti Putra yang diasaskan Ibrahim sudah diluluskan ROS. Dalam tempoh dua hari itu juga aku habis membaca “Perjuangan Tanpa Nokhtah” yang membolehkan aku lebih mengenali siapa Ibrahim dan bagaimana idealisme politiknya.
Tentang Putra, lahirnya ia menandakan parti ke-56 ditubuhkan di Malaysia dengan 95 peratus daripada Perlembagaannya adalah berasaskan kepada UMNO lama yang ditubuh pada tahun 1946.
Tanjak merah di atas berlatar belakang kuning menjadi logo Putra. Ini bererti kuning adalah warna partinya, warna sama yang pernah digunakan parti lama Ibrahim, Semangat 46.
Tetapi dalam rekod politik Ibrahim, perjuangannya yang berlandaskan apa yang dipanggil Abata (agama, bangsa dan tanah air) tetap tidak berubah.
Kepada Ibrahim, aku sekadar berpesan jika coretan aku ini dibacanya, Putra perlu menunjukkan ia boleh berperanan, berkesan serta mampu menarik pengundi, dengan itu ia boleh muncul parti berpengaruh, parti itu boleh bermain politik sehingga memperoleh kuasa.
Insyallah, lepas raya ini, aku, isteri dan anak-anak merancang untuk menziarah dan bertemu dengan Ibrahim. – MalaysiaGazette
** Penulis, Yusuf Abdullah adalah bekas wartawan media perdana.
1 ulasan:
Selepas IPCM DAPembunuh-PENJAHANAM PDRM utk. mengHAPUSkan SURUHANJAYA PASUKAN POLIS (SPP), KUASA dan HAK EKSEKUTIF DYMM YDPA utk. melantik KETUA POLIS NEGARA/TIMBALAN, serta UNDG2 PERLEMBAGAAN 140, tgklah juga, SENYAP2 si TIMBALAN MENTERI Pendatang BETINA JALANG Cina DAP bangkai ANJING homo jijik ZIONIS ISrael ni, nak sewenangnya MENGUBAH Akta Kanak2 2001 dan menubuhkan sebuah JABATAN KANAK2 baru, yg. akan BUKAN di bawah JABATAN/KEMENTERIAN KEBAJIKAN MASYARAKAT dan juga BUKAN bawah PARLIMEN (maka BUKAN bawah DYMM YDPA sbg. KETUA2 UTAMA NEGARA, PARLIMEN dan UNDG2), tetapi bawah SUHAKAM bangkai ANJING ZIONIS DAPembunuh, yg. mempromosi HAK ASASI Barat-ZIONIS!!!!! Lihat media bangkai ANJING ni di -
https://www.malaymail.com/news/malaysia/2019/05/11/deputy-minister-mulls-new-federal-child-protection-agency-as-welfare-dept-s/1751883
Deputy minister mulls new federal child protection agency as Welfare Dept swamped
11 May 2019.
Ini SEBENAQnya, disyaki hendak mengHAPUSkan KUASA EKSEKUTIF dan HAK DYMM YDPA dan RAJA2 MELAYU yg. BERTANGGUNGJAWAB ke atas HUKUMAN PENJARA dlm. MENGGANTIkan HUKUMAN MATI ke atas PENJENAYAH kanak2, serta juga disyaki nak mengHAPUSkan MAJLIS PENYELARAS bagi PERLINDUNGAN KANAK2 yg. ANGGOTA2nya dr. pelbagai KEMENTERIAN, WAKIL2 dr. PN/KPN/PENJARA dan 7 PAKAR2 berTAULIAH, serta berdasarkan HAK2 bangsa Bumiputera, budaya dan agama, kita, mengikut AKTA KANAK2 2001 ni - dgn. diGANTIkan oleh sebuah JABATAN DAPembunuh yg. akan ada KUASA MUTLAK, di bawah "Children Commissioner“ dr. SUKAHAM Anjing Zionis tu! GILA BABI betul si Betina ANJING PENIPU DAP ni!!!
Ini juga disyaki nak MEMUTARBELIT bersama geng UNICEF Zionis (agensi PBB) depa, akan 'hak2 asasi'-ala BARAT/ZIONIS si BERJUTA2 anak2 PATI termsk. 200,000 anak2 PATI Bukan Islam dr. PARIA2 PENGGANAS Tamil Eelam SRI LANKA, NEPAL, INDIA, CHINA, FILIPINA,THAILAND, MYANMAR yg. akan dpt. KERAKYATAN tak lama lagi, melalui PENIPUAN ke atas UNDG2 PERLEMBAGAAN 15A, oleh si yiddin-GILA SEKS dgn. bini CINA Hakim (si BETINA ni disyaki EJEN DAPembunuh, maka yiddin dah kena BLACKMAIL oleh DAPembunuh sampai dia MAMPOS!!)
Catat Ulasan