Isnin, 28 Mac 2022
Fatima Shbair foto jurnalis Palestin
Khamis, 24 Mac 2022
Berita gembira: 4 warga Israel terbunuh
Selasa, 22 Mac 2022
22 Mac tarikh memperingati kematian tokoh Islam digeruni zionis
Muhammad Shaaban hilang penglihatan
Musim bunga sudah tiba!
Selasa, 8 Mac 2022
Fasa Peralihan ke Endemik - PM
Khamis, 3 Mac 2022
Kementerian Luar Negeri dan Jabatan Peguam Negara jawab keputusan prosiding timbang tara di Paris
Penerangan gambar ini adalah sepeti berikut:- Yang Maha Mulia Diraja
Sri Paduka Maulana Al Sultan Mohamet Jamal Al Alam bin Sri Paduka Al Marhum
Sultan Mohamet Fathlon, Sultan Sulu dengan rombongan Diraja kira-kira tahun
1876. Sultan Sulu telah menyerahkan "untuk selamanya dan berkekalan"
semua kawasan dari Sungai Pandasan di pantai Utara-Barat ke seluruh pantai
Timur sejauh Sungai Sibuco kepada Baron de Overback dan Alfred Dent.
Pihak-pihak yang mendakwa sebagai waris dan successors-in-interest kepada Sultan Jamalul Kiram II (Penuntut) telah membuat satu tuntutan terhadap kerajaan Malaysia melalui satu prosiding timbang tara antarabangsa di Madrid, Sepanyol.
Tuntutan tersebut berbangkit daripada perjanjian-perjanjian yang telah dimeterai pada tahun 1878 antara Sultan Mohamet Jamal Al Alam, Sultan Sulu pada masa itu dengan Baron de Overbeck dan Alfred Dent (Perjanjian 1878), di mana Sultan Sulu menyerahkan buat selama-lamanya wilayahnya di Borneo Utara, yang kini merupakan sebahagian daripada Sabah, Malaysia.
Sebagai balasan (token), Sultan
Sulu serta warisnya diberikan wang serahan sebanyak RM5,300 setiap tahun.
Susulan daripada serangan bersenjata di
Lahad Datu, bayaran wang serahan tersebut telah dihentikan pada tahun 2013.
Kerajaan Malaysia tidak mengiktiraf tuntutan tersebut dan tidak mengambil bahagian dalam prosiding timbang tara
yang dikatakan itu kerana Malaysia sentiasa menegakkan dan tidak pernah
mengetepikan kekebalan kedaulatannya sebagai sebuah negara berdaulat.
Tambahan pula, hal perkara dalam tuntutan
tersebut bukan bersifat komersial dan tidak boleh dibawa ke prosiding timbang
tara serta Perjanjian 1878 juga tidak mengandungi apa-apa peruntukan timbang
tara.
Kerajaan Malaysia juga ingin menekankan
bahawa identiti penuntut diragui dan belum disahkan.
Pada 14 Januari 2020, Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak (Mahkamah Tinggi Sabah), yang bersidang di Kota Kinabalu telah membuat keputusan yang tidak memihak kepada penuntut dengan memutuskan bahawa Perjanjian 1878 tidak mengandungi apa-apa peruntukan timbang tara.
Malaysia tidak pernah mengetepikan kekebalan kedaulatannya, penimbang tara
tidak mempunyai bidang kuasa untuk menyelesaikan perkara yang dibangkitkan dan
Mahkamah Tinggi Sabah merupakan forum yang neutral dan teratur untuk memutuskan
apa-apa tuntutan berkenaan dengan Perjanjian 1878 tersebut.
Kerajaan Malaysia telah memfailkan permohonan untuk mengiktiraf dan menguatkuasakan keputusan Mahkamah Tinggi Sabah tersebut di Mahkamah Tinggi Madrid di Sepanyol.
Bagaimanapun,
permohonan tersebut belum didengar.
Pada 29 Jun 2021, berdasarkan permohonan kerajaan Malaysia, Mahkamah Tinggi di Madrid, Sepanyol telah memutuskan bahawa
serahan notis di bawah prosiding pelantikan penimbang tara bagi maksud tuntutan
tersebut tidak diserahkan dengan teratur kepada Malaysia selaras dengan
peraturan-peraturan antarabangsa dan undang-undang Sepanyol (Keputusan
Pembatalan).
Ia juga tidak selaras dengan keputusan-keputusan
kes sebelum ini di bawah Mahkamah Tinggi Madrid bagi maksud proses serahan
kepada negara berdaulat.
Akibat daripada Keputusan Pembatalan
tersebut, Dr. Stampa bukan lagi seorang penimbang tara dalam prosiding timbang
tara tersebut dan oleh itu, semua keputusan Dr. Stampa, termasuk Final Award,
adalah tidak sah dan terbatal.
Kerajaan Malaysia menolak sepenuhnya Final
Award bertarikh 28 Februari 2022, yang telah dikeluarkan oleh Dr. Stampa.
Walau apa pun Keputusan Pembatalan oleh
Mahkamah Tinggi Madrid, Penuntut, dalam cubaan mereka untuk memintas keputusan
ini tanpa pengetahuan Kerajaan Malaysia, telah memperoleh perintah ex parte
dari Tribunal de Grande Instance di Paris, Perancis (“Perintah
Exequatur”) untuk mengiktiraf Partial Award on Jurisdiction yang
dikeluarkan oleh Dr. Stampa pada 25 Mei 2020 (yang telah dibatalkan akibat
Keputusan Pembatalan).
Berdasarkan Perintah Exequatur, Dr.
Stampa telah menukar tempat timbang tara ke Paris, Perancis untuk mengeluarkan Final
Award.
Berikutan daripada tindakan Penuntut, kerajaan Malaysia telah memfailkan satu rayuan terhadap Perintah Exequatur
tersebut di Mahkamah di Perancis, di mana kerajaan Malaysia telah berjaya
memperoleh Perintah ex parte bertarikh 16 Disember 2021 (Perintah
Penggantungan) daripada First President of the Paris Court of Appeal yang
menggantung pelaksanaan Perintah Exequatur di Perancis dan menghalang Penuntut daripada
bergantung kepada Perintah Exequatur tersebut.
Bertentangan dan bercanggahan dengan
Perintah Penggantungan tersebut, Penuntut mengekalkan kedudukan dan pendirian
bahawa Perintah Exequatur tersebut berkuat kuasa dan Final Award hendaklah
dikeluarkan di tempat timbang tara di Paris, Perancis.
Dr. Stampa bersetuju dengan permohonan
Penuntut dengan tidak mengendahkan kesan penggantungan Perintah Exequatur.
Justeru, kesannya adalah Final Award yang
dikeluarkan oleh Dr. Stampa pada 28 Februari 2022 bukan sahaja mencabuli
kekebalan kedaulatan Malaysia, malah juga tidak mempedulikan
keputusan-keputusan mahkamah di Madrid dan Paris.
Kerajaan Malaysia dengan tegasnya
membantah Final Award dan mengekalkan pendiriannya untuk tidak mengiktiraf
kesemua tindakan yang telah diambil oleh Dr. Stampa dalam prosiding timbang
tara yang dikatakan itu serta semua keputusannya yang mana adalah tidak sah
dari segi undang-undang.
Dalam hal ini, pihak Pendakwa Raya
Sepanyol telah memfailkan suatu aduan jenayah terhadap Dr. Stampa bagi
kesalahan menghina mahkamah yang serius dan gangguan profesional (profesional
intrusiveness). Mahkamah Jenayah N.40 di Madrid kemudiannya telah memulakan
suatu siasatan jenayah berhubung dengan tindakan-tindakan Dr. Stampa yang tidak
sah dari segi undang-undang.
Kerajaan Malaysia akan terus mengambil semua langkah yang sewajarnya termasuk tindakan perundangan untuk menamatkan segala Tuntutan tersebut dan memastikan agar kepentingan, kekebalan kedaulatan dan kedaulatan Malaysia sentiasa dilindungi dan terpelihara. - ManzaidiBlogSpot
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
LAHAD DATU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan...