Rabu, 31 Januari 2024
Akhirnya selepas 13 tahun..
Selepas 15 tahun tinggal di sini, baru kali ni aku jumpa pengurusan JMB yang cerdik. Pertukaran pengurusan JMB kawasan perumahan ni berlaku setengah tahun lalu dan sejak tu mcm2 notis ditampal di papan notis dan dlm lif. Antaranya melarang penghuni beri makanan kpd burung dan haiwan spt kucing serta anjing bagi mengelak berlaku pembiakan dan menambahkan lagi populasi kucing serta anjing yg mengganggu ketenteraman penduduk.
Awal tahun 2009 aku menyewa di sini, aku berdepan dgn peraturan yang sangat ketat oleh JMB. Antaranya, wajib kena lekatkan stiker perumahan di kereta dan motosikal. Jika tak ada pelekat, kenderaan kena letak di luar kawasan perumahan, tak boleh parking dlm kawasan walaupun mempunyai parking sendiri yg diberikan kpd setiap tuan rumah.
Aku, sebagai penyewa juga tak dibenarkan menggunakan kolam renang kerana hanya dikhususnya utk pemilik rumah sahaja, bukan utk penyewa. Pada aku baguslah peraturan ni demi utk menjaga keselamatan pemilik rumah.
Selepas dua tahun duduk menyewa, berlaku pertukaran pengurusan JBM. Pengurusan baharu ni agak ‘baik’ hati sikit. Semua jenis kenderaan yg tak ada pelekat sebagai penghuni rasmi perumahan ini pun dibenarkan masuk. Sejak itu juga, berbondong-bondong warga asing masuk menyewa. Mereka terdiri dari negro, Nepal, Bangladesh, Indon dan Pakistan. Kalau sebelum ini seratus peratus yg tinggal di sini adalah pemilik rumah dan penyewa Melayu, kini rasanya tinggal satu peratus saja pemilik, selebihnya diberi sewa kpd warga asing.
Kolam renang pun siang malam penuh dgn warga asing berpesta, bergambar utk dihantar ke kampung masing-masing..mungkin teks dlm wasap ke kampung menyatakan, mereka hidup bebas di Malaysia. Boleh mandi manda, boleh mabuk, boleh bawa masuk betina2 dan jantan2 sundal untuk lempiaskan nafsu.
Suasana mcm ini sebenarnya merimaskan aku yang berpegang kuat pada amalan Islam dan budaya Melayu. Aku jenis tak suka kalau kawasan sekeliling aku dipenuhi dgn warga asing yg biadab, kurang ajar dan cuba menjadi tuan di negara orang.
Setiap hari, minggu, bulan dan tahun aku rekodkan perilaku kurang elok puak2 pati ni termasuk meluah air sireh, air pinang hingga tak nampak rupa warna asal kereta aku dan penghuni lain. Penuh dgn air sireh, air pinang, tin arak, botol arak dan bersepah tulang2 yg aku syaki tulang haiwan haram.
Aku tunggu masa dan ketika utk hadir ke mesyuarat tahunan JMB, tapi malangnya penyewa tak dibenarkan hadir. Mesyuarat JMB hanya utk pemilik rumah sahaja. Apapun, aku tak putus asa, aku tulis surat aduan dan masukkan dalam kotak di pejabat JBM dgn harapan pengurusan JMB baca dan menelaah permasalahan yg dihadapi oleh penyewa Melayu.
Aku rasa, sepanjang pengurusan baharu JMB ambil alih pentadbiran, lebih 10 pucuk surat aduan aku masukkan dlm kotak aduan. Dan aku hanya perhatikan suasana sekeliling, adakah perbuatan meludah air sireh, air pinang diambil perhatian. Alhamdulillah, sejak tu tak ada lagi aktiviti meludah secara bebas dari tingkat atas atau ketika mereka berjalan kaki. Cuma kolam renang masing dipenuhi dgn warga asing. Mungkin aduan pasal ini pihak JMB tak ambil kisah. Tak apalah. Aku pun, sejak menyewa di sini tahun 2009 sampai skg tak pernah pun jijak kaki ke kolam tu.
Sehinggalah enam bulan lepas pengurusan JBM silih berganti, dari yg cerdik kpd yg bodoh dan dari yang bodoh kpd yg cerdik. Aku kata pengurusan baharu JMB ni cerdik sebab pagi ni, masa aku masuk lif nak ke tempat kerja, aku lihat ada satu notis baharu tertampal di dinding lif.
Notis tu adalah berupakan peraturan menggunakan kolam renang. Bila aku baca, aku senyum sendirian sbb peraturan yg tercatat tu adalah aduan yg aku kemukakan sejak 13 tahun lalu. Hanya baru hari ni nak dikuatkuasakan. Baguslah. Itu pun selepas aku dikhabarkan kolam renang ditutup selama tiga bulan kerana pekerja JMB jumpa botol arak dlm kolam tu. Hahahaha, kalau tak ada botol arak tu rasanya warga asing masih diberi kebebasan guna kolam berkenaan.
Aku pasti ketika puak2 warga asing ni mandi manda di kolam tu, ada seorg dua yg pancut air kencing sambil berenang. Malah, mungkin ada yg ambil kesempatan basuh berak dlm tu. Yalah, puak ni di negara mereka hanya guna kertas atau tisu utk cuci berak. Bila dpt mandi manda secara bebas di kolam ni dah tentulah ambil kesempatan cuci jubur sekali. Itu antara sebab aku tak berapa berehi nak ke kolam. Itu belum kira lagi dlm kolam tu airnya bercampur dgn daki maki puok2 warga asing, lebih lagi Bangla dan Nepal.
Selasa, 23 Januari 2024
Artis lebih power dari mufti
Ni satu hal lagi karenah dunia akhir zaman..seorg ahli agama di sebuah negeri berantakan terpaksa mengalah dan minta maaf atas kenyataannya mohon supaya sebuah program nyanyian ditangguhkan. Alasan ahli agama tu amat difahami majoriti umat Islam, tapi ada segelintir yg buat2 tak faham sbb mungkin gian sangat nak menyanyi.
Ahli agama itu dlm kenyataannya minta program nyanyian tu ditangguhkan kerana dekat dgn bulan puasa, iaitu tiga hari nak puasa dan dua mlm nak solat tarawih. Tak moleklah kata ahli agama tu ketika umat Islam bersiap-siap nak sambut Ramadan, kita pula bergelek berlenggang atas pentas dan akan diikuti oleh org ramai yg hadir. Memang tak molek. Sbb tu ahli agama tu minta ditangguhkan.
Tapi muncul yg jahil tukil marah2 ahli agama tu kononnya nak tutup pintu rezeki mereka. Ehh ehh kata buat program tu kerana nak kutip duit utk tabung Palestin. Nak bantu rakyat Palestin yg ditindas dan dizalimi rejim zionis laknatullah. Kalau ikhlas nak bantu umat Islam di Palestin, jgnlah terima upah. Buatlah secara sukarela supaya semua duit yg dikutip tu masuk sepenuhnya dlm tabung, bukan suku saja dlm tabung, 3/4 lagi buat bayar upah. Lagilah tak molek guna nama Palestin utk cari rezeki.
Dan, kalau betul2 nak bantu Palestin, buatlah sebulan lepas atau sekarang, kenapa perlu tunggu ketika umat Islam dah hampir dgn pintu Ramadan? Lagipun, tak adakah cara lebih molek nak kutip duit utk bantu umat Islam di Palestin selain program nyanyian yg melalaikan? Nak naik pentas ni artis kena pakai pakaian mahal2, upah lantun satu lagu pun mahal, sedangkan sewa pakaian yg mahal2 tu dan upah lantun lagu tu boleh je dimasukkan dlm tabung Palestin. Tu baru cara nak kutip duit.
Mcm aku pernah jadi ahli St. John masa sekolah dulu2, tiap tahun ada program kutip derma, aku dan ahli2 lain hanya diberi satu tin kosong tiap seorg dan ditempatkan sehari suntuk sama ada di pasar, di sekatan jalan raya (minta izin polis dulu la) dan tempat2 yg jadi tumpuan org ramai. Duit yg kita kutip tu diserahkan semuanya kpd penganjur. Tak adalah dari duit tu kita ambil utk bayar pakaian seragam ke atau bayar upah kita yg sehari suntuk berdiri di tengah panas. Tak ada. Kita buat secara sukarela.
Ni aku tengok banyak program berkaitan kutip derma, jemput dan panggil VIP tu, VVIP ni membazir, sedangkan program tu nak kutip derma.
Yg buat kat hotel lima enam bintang tak usah royak lah. Umum dapat RM100,000, hakikatnya RM30k kena bayar hotel, RM30 kena bayar itu ini, akhirnya yg masuk tabung RM40 saja. Contoh je tu. Tapi itulah kenyataannya. - Dee Pasir Mas DPM
Jabatan mana, bidang mana tak ada politik kerja?
Bukan politik radio saja, politik surat khabar dan politik portal atas talian pun adakalanya kejam dan tak berperikemanusiaan. Tapi Alhamdulillah, sepanjang 39 tahun nak masuk 40 tahun bekerjaya dalam dunia kewartawanan, aku hanya berdepan dgn dua politiking saja iaitu radio dan surat khabar. Setakat ni aku selamat dari politiking portal atas talian, cuma baru-baru ini je hampir nak terkena, tapi sempat dua hari saja sebelum aku berundur.
Politik radio dan surat khabar ni sebenarnya kita berdepan dgn hasad dengki rakan setugas, itu saja. Ditambah pula mereka mendapat sokongan padu dari bos. Dlm hal ini pada awalnya bos tak bersalah, tapi apabila bos membuat keputusan memihak kpd penghasad dengki tanpa usul periksa, maka bos secara tak langsung turut terlibat dlm konspirasi untuk menyingkirkan kita.
Ada dua sebab boleh tercetus politik dlm kerja. pertama, dulu kerana kepopularitian seseorg deejay atau wartawan, tapi bergaji cukup2 makan, kedua, nak up gaji tinggi, tapi kepopularitian ke laut – boleh dikatakan syok sendiri.
Kawan2 penghasad dengki ini sebenarnya beridentiti sgt baik, ramah mesra, cakap lemah lembut dan sentiasa ‘membantu’ di depan kita, tapi macam hantu setan bila di belakang.
Mereka tak boleh lihat kita lebih sikit, mereka tak boleh tengok kita berjaya sikit, apatah lagi mendapat pujian dan sanjungan daripada pendengar, penonton dan pembaca. Ini yg berlaku pd aku yg pernah bekerja di stesen radio selama empat tahun dan surat khabar selama lebih 20 tahun (tempoh selebihnya bekerja di portal atas talian). Dan ini juga yg berlaku kpd kawan aku di stesen radio sehingga meninggal dunia di perantauan.
Politik kerja di media massa ni lebih teruk dan kritikal berbanding politiking yg berlaku dlm parti politik. Org politik yg menjadi mangsa politiking tak seazab org media yang dipolitikkan. Org politik kaya raya, sedangkan org media kalau hilang kerja, hilang punca pendapatan. Boleh tinggal sehelai sepinggang.
Berbalik kisah arwah kawan aku ni, dia seorg deejay yg agak berjaya di sebuah stesen radio di sebuah negeri. Kerana kemasyhurannya, maka dia dicemburui rakan setugas. Dgn itu bermacam-macam cara dilakukan rakannya supaya arwah ini tidak lagi bertugas di situ. Caranya, dia masuk bilik bos, dia hasut bos sehingga bos percaya dan keluarkan surat tukar arwah ini ke stesen radio yg agak jauh dari negerinya bertugas.
Maka sunyilah stesen radio tu dgn ketiadaan arwah. Apabila arwah taka da, kepopularan rakannya naik mendadak sebab pesaingnya telah dipindahkan ke negeri far away. Arwah pula mcm org demam, lemah semangat, hilang kesungguhan bekerja di tempat baru. Arwah juga disisihkan oleh rakan2 baru sebab ‘kisahnya’ telah sampai ke pengetahuan mereka. Lalu bekerjalah dia dgn cara org disisih. Masuk kerja jam seawal 5 pagi, habis kerja jam 6 ptg terus balik ke rumah sewa. Nak lepak, nak borak2 dgn kawan baru tak diterima mereka.
Akhirnya kerana makan hati dan memendam rasa, dia disahkan mengidap jantung dan akhirnya meninggal dunia. Innalillahiwainnailaihirojiun.
Kawan hantu setan di tempat lama datang menziarah jenazah di rumah kampung halamannya. Pura-pura sapu hidung kononnya sedih dgn pemergian kawan mereka. Bos di tempat lama juga datang, hulur sampul sambil menasihatkan balu dan anak2 arwah agak bersabar dan tabah.
Sebenarnya kunjungan hantu setan ni tak diperlukan pun, kehadiran mereka tak disenangi oleh keluarga arwah sebab mereka tahu suami dan ayah mereka dipindahkan ke negeri far away dan meninggal dunia di perantauan kerana politik dia orang.
Jadi, apa yg berlaku kpd seorg deejay di radio swasta baru-baru ini adalah perkara biasa. Tak usahlah kau nak ungkitkan kau pernah menang anugerah tu anugerah ni kalau kau sudah menjadi mangsa politik, kecemerlangan kau selama ni terhapus dlm sekelip mata. Itulah penangan politik dlm kerja. Sekian, Dee Pasir Mas penjual minyak dan gas
Bila si bodoh nak tunjuk cerdik
Minggu lepas aku ada terima panggilan tak dikenali. Kali pertama memanggil aku tak jawab, kali kedua memanggil aku biarkan dan kali ketiga deringan panggilan baru aku jawab. Pemanggil tu perkenalkan diri kpd aku dan ulang dua tiga kali katanya susah nak bercakap dgn aku. Aku pun minta maaf dan tipu kata aku meeting, aku di luar dan aku di surau. Semua lokasi aku berada dan masa kau call ni aku tak dapat jawab, tapi aku mengharapkan jika kau rasa penting sangat nak bercakap dgn aku, sekurang-kurangnya kau wasap aku perkenalkan diri. Tapi kau tak buat begitu, mungkin kau rasa remeh nak buat begitu.
Bila dah bercakap, aku tanya apa hajat tuan? Dia beritahu lebih kurang yg dia ada sebuah portal berita yang diurus dan dikendalikannya seorg diri. So, kenapa tuan call saya? Dia kata dia nak tawarkan kerja sebagai editor utk bantu ringankan tugasan dia. Aku tanya portal apa? Dia pun bla-bla cuba perkenalkan portalnya dan sambil bercakap tu aku buat carian di goggle nama portal berkenaan dan memang ada, tapi layoutnya agak ke belakang dan isi beritanya tak banyak. Okay, aku setuju terima tawaran dia dan aku bgtau dia kalau nak minta aku bekerja utknya, layout portal kena kemaskini supaya menarik orang membacanya. Dia janji akan ubah.
Lepas tu, dia kata bolehlah start keesokan hari? Aku kata, insya-Allah saya akan cuba, tapi beri masa seminggu utk tempoh percubaan kerana saya nak mengenali diri dia lebih dekat. Dia pun jawab, dia ni bukan dari latarbelakang reporter dan tak pernah jadi reporter. Dia hanya org politik yang dua kali diberi kepercayaan oleh pucuk pimpinan partinya bertanding pada PRN Johor dan PRU15. Dua-dua kalah. Satu hilang deposit (PRN Johor). Aku nak ketawa, tapi aku tahan. Tak apalah, itu urusan dia, aku tak nak campur. Aku kata dlm hati, mungkin dia sudah Insaf siapa dirinya lalu beralih kpd menjadi ‘wartawan’ utk portalnya.
Utk makluman, portal ni bukan milik dia. Portal ni milik seorg ahli politik juga, tapi Datuk ni tak pernah ambil tahu pun pasal operasi portalnya di bawah mamak yang dua kali kalah pilihan raya ni. Mungkin mamak ni kawan baik dia dan nak bagi ada pendapatan, maka diberi amanah utk urus portal berkenaan. Itu andaian akulah.
Lalu, aku pun mulalah cari bahan dan ketuk buat stori. Masalahnya, aku tak boleh upload stori tu dlm portal, semua stori kena hantar kepadanya utk dia upload. Tak apalah, aku tak kisah, lagi senang dan mudah kerja aku. Lepas hantar dua stori yang diproses dlm bentuk berita dan hantar kepadanya melalui wasap, dia bgtau pulak, cara stori yg aku proses ni tak menepati kehendaknya dan tanya pula stori ni aku dapat dari mana.
Aku kata, stori ni dapat dari kenyataan yang diwasapkan dlm grup media. Ni kiranya stori fresh bukan stori rewrite dari mana2 media. Nampaknya dia tak boleh terima stori tu dan minta aku proses stori2 yg dia akan hantar link kepada aku. Aku sabar lagi. Dahlah kau bukan berlatarbelakangkan wartawan, kau personal pula tulisan wartawan. Aku tetap tahan sabar.
Hari pertama aku membantunya, dia hantar sekurang-kurangnya lima link stori yg dia petik dari media arus perdana dan portal2 lain, termasuklah link stori yg aku buat dari kenyataan akhbar. Aku pun bgtau dia, stori kelima ni kan aku buat, tapi kau reject. Dia kata, rewrite semula. Aku panas hati dan tanya dia lagi, kenapa perlu rewrite? Pakai jelah yg original dari kita sendiri. Dia kata, stori yg aku buat tu tak menepati kehendaknya. Dlm hati aku kata, mamak ni dah melampau. Dahlah bodo, nak mempermainkan aku pula. Banyak masa aku habis dgn melayan mamak yg tak tau ap ani, tapi berlagak bijak dan pandai. Aku pun buatlah apa yg dia nak. Bila aku tengok portal tu sepintas lalu, maka jadilah portal copy and paste.
Hari kedua dan ketiga pun begitu jugak. Banyak masa aku habis layan kehendak bodohnya. Lalu, pagi ni, sebelum jam 8 pagi tadi, aku tengok telefon ada lima link stori yg dia minta aku rewrite. Dan aku jawab, aku resign. Aku bg alasan, aku berhenti kerana aku bukan wartawan C&P. Kalau kau nak wartawan yg ikut kehendak kau, kau cari org lain. Baru tiga hari membantunya aku dah sakit jantung. Kalau aku terima terus tawarannya, mungkin aku menghembuskan nafas terakhir tak sampai seminggu kerja. Kerana sayangkan kesihatan dan nyawa aku, baik aku tumpu pada kerja aku sbg PR di sebuah syarikat minyak dan gas ni. Kerja pun rilek. Dpt kepercayaan CEO lagi. Hati pun senang tak diganggu oleh orang2 bodoh. Maaf pinjam perkataan bodoh UAI kejap utk dipadankan dgn perangai mamak berlagak pandai dan bijak tapi otak tohor ni. Kpd kawan2 tolong jgn pujuk atau paksa saya utk beritahu nama portal tu. Tak baik memburuk-burukkan portal yang baru berusia setahun jagung ni. Pada aku, portal tu tak salah dan Datuk yang beri amanah kpd mamak ni pun tak salah.
Pagi ni juga aku wasap pada Datuk pemilik portal ni maklumkan aku tak boleh kerja dgn mamak ni, dan aku juga bgtau pada Datuk, kalau nak ubah layout, kena ubah minda mamak ni juga, barulah portal Datuk dapat bersaing dgn portal2 lain. - Dee Pasir Mas DPM
Langgan:
Catatan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
LAHAD DATU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan...