Selasa, 23 Januari 2024
Artis lebih power dari mufti
Ni satu hal lagi karenah dunia akhir zaman..seorg ahli agama di sebuah negeri berantakan terpaksa mengalah dan minta maaf atas kenyataannya mohon supaya sebuah program nyanyian ditangguhkan. Alasan ahli agama tu amat difahami majoriti umat Islam, tapi ada segelintir yg buat2 tak faham sbb mungkin gian sangat nak menyanyi.
Ahli agama itu dlm kenyataannya minta program nyanyian tu ditangguhkan kerana dekat dgn bulan puasa, iaitu tiga hari nak puasa dan dua mlm nak solat tarawih. Tak moleklah kata ahli agama tu ketika umat Islam bersiap-siap nak sambut Ramadan, kita pula bergelek berlenggang atas pentas dan akan diikuti oleh org ramai yg hadir. Memang tak molek. Sbb tu ahli agama tu minta ditangguhkan.
Tapi muncul yg jahil tukil marah2 ahli agama tu kononnya nak tutup pintu rezeki mereka. Ehh ehh kata buat program tu kerana nak kutip duit utk tabung Palestin. Nak bantu rakyat Palestin yg ditindas dan dizalimi rejim zionis laknatullah. Kalau ikhlas nak bantu umat Islam di Palestin, jgnlah terima upah. Buatlah secara sukarela supaya semua duit yg dikutip tu masuk sepenuhnya dlm tabung, bukan suku saja dlm tabung, 3/4 lagi buat bayar upah. Lagilah tak molek guna nama Palestin utk cari rezeki.
Dan, kalau betul2 nak bantu Palestin, buatlah sebulan lepas atau sekarang, kenapa perlu tunggu ketika umat Islam dah hampir dgn pintu Ramadan? Lagipun, tak adakah cara lebih molek nak kutip duit utk bantu umat Islam di Palestin selain program nyanyian yg melalaikan? Nak naik pentas ni artis kena pakai pakaian mahal2, upah lantun satu lagu pun mahal, sedangkan sewa pakaian yg mahal2 tu dan upah lantun lagu tu boleh je dimasukkan dlm tabung Palestin. Tu baru cara nak kutip duit.
Mcm aku pernah jadi ahli St. John masa sekolah dulu2, tiap tahun ada program kutip derma, aku dan ahli2 lain hanya diberi satu tin kosong tiap seorg dan ditempatkan sehari suntuk sama ada di pasar, di sekatan jalan raya (minta izin polis dulu la) dan tempat2 yg jadi tumpuan org ramai. Duit yg kita kutip tu diserahkan semuanya kpd penganjur. Tak adalah dari duit tu kita ambil utk bayar pakaian seragam ke atau bayar upah kita yg sehari suntuk berdiri di tengah panas. Tak ada. Kita buat secara sukarela.
Ni aku tengok banyak program berkaitan kutip derma, jemput dan panggil VIP tu, VVIP ni membazir, sedangkan program tu nak kutip derma.
Yg buat kat hotel lima enam bintang tak usah royak lah. Umum dapat RM100,000, hakikatnya RM30k kena bayar hotel, RM30 kena bayar itu ini, akhirnya yg masuk tabung RM40 saja. Contoh je tu. Tapi itulah kenyataannya. - Dee Pasir Mas DPM
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
LAHAD DATU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan