Khamis, 29 Januari 2009

Kisah seorang kaki ampu dan penipu...

Saja nak joke jer...

"Salam. saya tak kerja semalam. Dapat emel... apa citer... saya dukacita sangat sebab niat nak bantu mantapkan dot dot dot dah jadi lain. Sebelum ni usaha kita tak diterjemahkan dengan baik. Jika saya salah tegurlah. Saya baca emel Man diberi kendali dot dot kerana saya diberitahu Man kena pantau dot dot dah, saya seperti biasa mau tak mau tengok2 dot dot dot. Unit dot dot dot beritahu apa kat Man."

Ini adalah mesej yang saya terima daripada seorang sahabat kaki ampu, penipu dan berusaha menikam saya dari belakang. Seperti tidak ada apa-apa kan pada emel itu? Begitulah dia cuba mengaburi mata saya.

Puithhh! puithh!... pandai betul kau berlakun sahabat. Cara kau tanya pun aku dah tau. Apatah lagi reaksi muka kau yang berkerutu sebijik macam katak puru kena henyak tayar kereta.

Memang kau tak kerja hari tu. Tapi pagi tu dalam rekod pengawal keselamatan dan rakaman kamera tertutup, kau datang ke ofis dan berjumpa dengan ketua Unit dot dot dot.

Entah apa yang kau bincangkan dengan ketua Unit itu. Entah jarum apa yang cucuk ketua unit itu sehingga dalam jam 12 tengah hari aku menerima emel dari ketua unit berkenaan menyingkirkan menyatakan nama aku dikeluarkan senarai tugasan dan tempatnya diganti oleh kau.

Mustahilkan perkara ini boleh berlaku. Sedangkan kita sama-sama diamanahkan sejak awal Disember lagi, tidak ada pun arahan hendak menyingkirkan aku. Kau memang hebat sahabat. Kau memang bijak.

Setiap hari sebelum kau menjamah kerja, kau masuk bilik bos-bos. Kau cucuk dan racun bos-bos pasal aku. Aku tidak seperti kau. Aku masuk ofis terus jamah kerja. Aku tak suka ampu dan bodek bos, apatah lagi meracun bos untuk menjatuhkan sahabat. Aku bukan macam itu.

Bagi aku, setiap rezeki yang aku cari adalah untuk sesuap nasi anak-anak aku. Aku tak mahu anak aku makan hasil penipuan ayahnya. Aku tak rela anak aku menelan rezeki hasil curi tulang dan menjatuhkan orang lain.

Aku tak dididik oleh mak dan ayah aku macam itu. Mereka latih aku supaya sentiasa berdisiplin dan melakukan kerja dengan amanah, bukan berbohong, bukan secara ampu dan bodek.

Kau memang bijak sahabat. Kau boleh pengaruhi bos-bos supaya mengikut apa pandangan kau. Kau memikat mereka dengan menunjukkan kesalahan kecil yang dilakukan orang lain, tetapi kau katakan kerana aku. Memang pintar strategi yang kau gunakan.

Tetapi sahabat, selama mana kau harus begini? Kalau telah lupa yang kau sebenarnya langsung tidak mengambil berat unit kau. Kau asyik mencari kesalahan unit lain, sehinggakan unit kau melakukan kesilapan pun kau tuduh aku menjadi puncanya.

Kau memang gila sahabat. Kau layak dihantar ke Hospital Tanjung Rambutan untuk memulihkan otak kau.

Rabu, 28 Januari 2009

Sahabat ku kaki bodek, kaki ampu

Sahabat... kau seorang yang pendiam. Cara kau amat disukai ramai. Dari tutur kata dan gaya pemikiran kau nampak bijak. Tanya apa sahaja soalan, kau boleh jawab... walaupun jawapannya yang kau berikan itu jauh tersasar daripada soalan dan mengelirukan.

Sahabat... sedikit pun aku tidak sangka, kau jenis manusia yang suka menikam kawan dari belakang. Saling tak tumpah seperti kaum Yahudi. Di depan, kau nampak sangat baik dan sopan santun. Pertuturan dan cara kau menyapa sungguh manis bagaikan bubur Asyura.

Tetapi malangnya, mulut kau teramat busuk. Sama busuk dengan seketul hati yang tersimpan dalam tubuh kau. Kau musnahkan kepercayaan kawan kau hanya untuk memuaskan nafsu dan cita-cita kau.

Sahabat... kita sama-sama diberi tanggungjawab dan amanah untuk membawa hala tuju kehidupan mengikut kehendak majikan, tetapi kenapa kau rasa terancam dengan aku. Aku sama juga seperti kau, malah dari segi akademik dan penampilan, kau lebih profesional daripada aku (itu pengakuan kau pada rakan-rakan).

Tetapi kenapa kau perlu mencantas sahabat yang jauh tidak berpengalaman dan profesional seperti kau? Siapakah sahabat itu sehingga kau berasa kedudukan kau terancam?

Kenapa kau perlu korbankan sahabat untuk kau menuju naik? Jika kau nyatakan semua hasrat dan cita-cita mu, nescaya sahabat akan beri laluan mudah kepada kau, tanpa perlu kau menikamnya dari belakang.

Alangkah sedihnya sahabat... kerana hasad dengki yang bersarang dalam jiwa kau dan pandai pula kau menyimpannya sehingga orang lain tidak mengesyaki apa-apa, tiba-tiba kau menampakkan perwatakan sebenar diri kau.

Kau memang bijak berlakun. Memang kalau ada anugerah, kau layak terima award KAKI AUTA, KAKI BODEK DAN KAKI AMPU.

Ahad, 25 Januari 2009

Al-Fatihah

Arenawati meninggal dunia
25/01/2009 11:20am

KUALA LUMPUR 25 Jan. - Sasterawan Negara 1988, Muhammad Dahlan Abdul Biang atau lebih dikenali sebagai Arenawati meninggal dunia pukul 1.30 pagi ini.

Jenazah allahyarham akan dibawa ke Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta pukul 12 tengahari ini untuk solat jenazah selepas waktu Zohor.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Bukit Kiara, dekat sini selepas itu.

Sekilas Pandang

Assalamualaikum kepada semua pembaca beragama Islam. Selamat Tahun Baru 2009 kepada semua dan Gong Xi Fa Cai kepada masyarakat Cina yang akan menyambutnya dengan penuh meriah dan bermakna esok.

Setelah hampir dua bulan tidak bertemu pembaca, hari ini saya diberi kepercayaan untuk mendahului ruangan yang mendapat tempat dan sambutan dalam kalangan puluhan ribu pembaca akhbar 'Suara cakna komuniti anda ini'.

Kita kini dah sampai ke penghujung Muharam 1430 Hijrah. Musim memasak bubur Asyura yang 'gege riuh' diadakan di setiap bandar, kampung dan taman perumahan selama hampir sebulan ini pun akan berakhir esok.

Bagaimanapun, memasak bubur Asyura tidak semestinya pada bulan Muharam, bulan lain pun boleh, cuma tidak berapa afdal berbanding Maal Hijrah, bulan yang menyaksikan ribuan rakyat Palestin mati dibunuh tentera rejim Zionis laknatullah.

Selain pembunuhan umat Islam di Semenanjung Gaza, sepanjang dua bulan lalu juga banyak isu, cerita dan peristiwa yang berlaku dalam negeri dan negara ini.

Ia tidak dapat dipaparkan atau diulas oleh rakan-rakan Editor termasuk saya kerana ruangan ini berehat seketika untuk memberi laluan kepada iklan, peristiwa tanah runtuh di Bukit Antarabangsa di Kuala Lumpur dan pilihan raya kecil Kuala Terengganu di Terengganu.

Tambahan pula, kebanyakan Editor yang terlibat dengan ruangan ini mempunyai komitmen kerja masing-masing, termasuk saya sendiri perlu mengendalikan bengkel Gaya Penulisan Sinar Harian bermula awal Disember lalu dan dijangka berakhir penghujung Mac ini.

Sepanjang 'berehat', banyak perkara yang nak saya utarakan untuk paparan umum seperti pilihan raya kecil Kuala Terengganu, kekejaman tentera rejim Zionis, iklan televisyen yang memaparkan budak mencuri dan sebagainya, tetapi terpaksa pendam begitu sahaja kerana masa dan ruangan tidak mengizinkan.

Apapun, hari ini saya kembali semula. Tentunya dengan pandangan, idea dan pendapat seperti sebelumnya, yang mungkin memanaskan punggung dan cuping telinga mereka yang makan lada.

Seperti biasa, saya lebih suka melontarkan kritikan atau pandangan berkaitan politik dan isu semasa. Bagi saya, topik ini antara yang diminati pelbagai lapisan masyarakat kerana mempunyai kaitan antara satu sama lain. Tunggulah siaran akan datang. Hari ini hanya sekadar mukadimah untuk memanaskan enjin.

Bagi yang tidak suka tulisan saya, sabar sahajalah. Saya tidak bermaksud hendak hentam kromo pihak yang makan lada tidak tentu fasal, sebaliknya untuk pengajaran dan kesedaran bagi membolehkan mereka memperbetulkan diri atau akidah diri.

Bagi yang meminati tulisan ini (Sekilas Pandang), saya ucapkan jutaan terima kasih atas sokongan diberikan. Semoga Allah kuatkan semangat dan daya pemikiran saya serta rakan-rakan Editor untuk meneruskan kesinambungan ruangan yang boleh dikatakan agak 'sejuk panas' ini.

Saya kata 'sejuk panas', kerana hampir setiap hari pejabat Sinar Harian Shah Alam menerima banyak panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada pembaca. Ada yang setuju dan tidak sedikit tidak setuju dengan ulasan dipaparkan.

Pokoknya, coretan Sekilas Pandang akan menemui anda mulai hari ini. Selamat membaca.
(Siaran 26hb Jan 2009 - Ahad)

Dah kata Obama ni juga syaitan besar

Berita Hari ini:
Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama meminta Raja Arab Saudi, Raja Abdullah membantu menghentikan penyeludupan senjata ke Gaza.

Betul sebagaimana saya kata. Mana-mana manusia yang menjadi presiden amerika, baik yang berkulit putih ke, hijau ke, kuning ke, hitam ke, semuanya sama. Kenyataan pertama Obama mengenai serangan Israel ke atas rakyat Palestin sudah menampakkan hala tuju dan visinya tidak ke mana.

Sepatutnya, Obama mendesak atau memberi amaran kepada Israel supaya tidak menyerang atau membunuh umat Islam di Palestin, sebaliknya meminta Raja Arab Saudi supaya membantu menghentikan penyeludupan senjata ke Gaza.

Ini seolah-olah beliau tidak mahupun rakyat Palestin mempunyai senjata atau mempertahankan diri daripada serangan tentera kejam Zionis laknatullah. Visi beliau ialah, apabila tentera Israel menceroboh tanah Gaza, tentera itu boleh membunuh rakyat palestin tanpa sebarang tentangan atau berbalas tembak.

Beliau mahu, hanya tentera Israel sahaja yang ada senjata moden dan masuk ke Gaza tanpa perlu rasa takut diserang oleh pejuang Hamas. Itu visi dan matlamat beliau. Sebab itu beliau mula menekan Raja Arab Saudi.

Pendek kata, mana-mana pihak yang menyokong Obama, mereka termasuk dalam golongan pendek akal. Buta sejarah dan bersubahat dengan golongan syaitan.

Khamis, 22 Januari 2009

Kejam!!... Kejam!!... Kejam!!...


















Wahai Saudara Islam Ku
Anak ini cuba untuk menyelamatkan ibunya yang dalam keadaan kritikal. Bayangkan apa yang sedang dipesan oleh ibunya sebelum dia menghembuskan nafas terakhir. Bagaimanakah perasaan anak ini dan apakah keadilan yang diharapkan akan membuka mata dunia? Pejamkan mata anda seketika dan bukakan hati. Sudah tentu kalau boleh anda ingin menjadi seseorang yang akan bangun dan membela nasibnya.
“Ya Allah!! sebagaimana Engkau pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah... turunkanlah bantuan Mu kali ini kepada orang orang Islam di Lebanon, hancurkanlah rejim zionis... amin"