Sahabat... kau seorang yang pendiam. Cara kau amat disukai ramai. Dari tutur kata dan gaya pemikiran kau nampak bijak. Tanya apa sahaja soalan, kau boleh jawab... walaupun jawapannya yang kau berikan itu jauh tersasar daripada soalan dan mengelirukan.
Sahabat... sedikit pun aku tidak sangka, kau jenis manusia yang suka menikam kawan dari belakang. Saling tak tumpah seperti kaum Yahudi. Di depan, kau nampak sangat baik dan sopan santun. Pertuturan dan cara kau menyapa sungguh manis bagaikan bubur Asyura.
Tetapi malangnya, mulut kau teramat busuk. Sama busuk dengan seketul hati yang tersimpan dalam tubuh kau. Kau musnahkan kepercayaan kawan kau hanya untuk memuaskan nafsu dan cita-cita kau.
Sahabat... kita sama-sama diberi tanggungjawab dan amanah untuk membawa hala tuju kehidupan mengikut kehendak majikan, tetapi kenapa kau rasa terancam dengan aku. Aku sama juga seperti kau, malah dari segi akademik dan penampilan, kau lebih profesional daripada aku (itu pengakuan kau pada rakan-rakan).
Tetapi kenapa kau perlu mencantas sahabat yang jauh tidak berpengalaman dan profesional seperti kau? Siapakah sahabat itu sehingga kau berasa kedudukan kau terancam?
Kenapa kau perlu korbankan sahabat untuk kau menuju naik? Jika kau nyatakan semua hasrat dan cita-cita mu, nescaya sahabat akan beri laluan mudah kepada kau, tanpa perlu kau menikamnya dari belakang.
Alangkah sedihnya sahabat... kerana hasad dengki yang bersarang dalam jiwa kau dan pandai pula kau menyimpannya sehingga orang lain tidak mengesyaki apa-apa, tiba-tiba kau menampakkan perwatakan sebenar diri kau.
Kau memang bijak berlakun. Memang kalau ada anugerah, kau layak terima award KAKI AUTA, KAKI BODEK DAN KAKI AMPU.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
LAHAD DATU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan...
6 ulasan:
rambut sama hitam.. hati siapa yang tahu...
Ketika kita mula melangkah kaki ke alam pekerjaan, kita tidak dapat lari daripada cubaan ini. So sahabat, hati2lah. Jadikan ini sebagai pengajaran untuk siap siaga diri. Terima kasih.
Har har har..
Macam tak biasa. Hidup kita ni sentiasa dikelilingi sahabat, teman, rakan & kawan... tpi kadang ramai yg suka tikam dr belakang. Inilah manusia busuk, lebih busuk dr najis, lebih kejam dr Israel!
Pedulikan manusia durjana itu, jauhkan diri. Hanya tuhan yg boleh membalasnya. Biarkan si luncai terjun dgn labu-labunya...
Beginilah roda hidup. Bukan sekejap di atas, sekejap di bawah, tapi sentiasa di hempap dan ditekan. Penuh dengan ujian, dugaan, cabaran dan ranjau. Diam pun kena, bising lagi la kena. Semua tak kena pada pandangan orang.
Bodek dan ampu ni salah satu daripada 'visi dan misi' sesebuah organisasi. Hanya ini tindakan yang boleh diambil oleh kakitangan yang terdiri daripada golongan Orang Kurang Upaya(OKU) untuk naik..naik dan terus naik. Tapi mungkin mereka yang berhati busuk dan kotor ini tidak sedar bahawa hasil rezeki yang diberi kepada anak, isteri dan keluarga mereka itu adalah haram. Mereka sedar yang mereka tidak mampu dan dengan cara ini sahaja untuk mereka dinaikkan pangkat. Kepada golongan ini sedarlah..gunakan kelebihan yang ada pada diri untuk tingkatkan prestasi bukan cantas mencantas, ampu, bodek dan jadikan orang lain kambing hitam...
P/S: Ada pengalaman dimangkokkan...hehehe
Itu ujian Allah SWT...lagi banyak kita diuji..lagi tinggi iman..Insya-Allah.
Catat Ulasan