MASIH lagi berkisar kekalahan BN di Parlimen Kuala Terengganu.
Apa yang diperkatakan oleh Tun Dr Mahathir adalah tepat sekali. Beliau tidak akan mengeluarkan kenyataan sedemikian jika tidak terbit daripada kajiannya yang berdasarkan fakta dan maklumat tepat.
Kelemahan ketara UMNO ialah melantik pemimpin di kalangan mereka yang tidak ada semangat kepimpinan langsung, atau dengan kata lain, tidak ada semangat patriotiksme.
Semuanya jenis pemimpin yang mementingkan diri, duit, harta, kemewahan dan kekayaan sehinggakan rakyat miskin di sebelah rumah dibiarkan terabai. Beginikah pemimpin yang akan disayangi atau disanjungi oleh rakyat?
Kalau beginilah (dan memang begini sebenarnya perangai pemimpin UMNO)... kalau saya tanya pada kanak-kanak yang berusia empat atau lima tahun mengenai BN pun mereka akan mencebikkan bibir, tanda meluat.
Ini hakikat. Ini kenyataan. Jangan anggap apa yang saya nyatakan ini berbaur kebencian terhadap UMNO, bukan. Saya sekali-kali tidak pernah memusuhi UMNO. Saya sayang UMNO sebab kerana UMNO saya boleh berada di tempat sekarang.
Tetapi, saya sedih apabila UMNO telah disalahgunakan oleh pemimpin-pemimpin berkepentingan diri. Menyebabkan UMNO semakin hari semakin dibenci oleh seluruh rakyat dan orang Melayu.
Saya tidak salahkan orang Melayu kalau mereka mula beralih kepada parti pembangkang iaitu PAS. Pucuk kepimpinan UMNO perlu tepuk dada tanya selera. Jangan lagi menegakkan benang basah.
Apabila kapal sudah bocor, mereka perlu ambil langkah segera membaikinya, bukan sekadar menyedapkan hati sendiri atau menafikan kapal itu tidak bocor atau memberi jaminan kapal itu selamat dinaiki.
Zaman dahulu, mereka boleh menipu atau mengabui mata rakyat dengan projek pembangunan. Sekarang rakyat sudah matang. Rakyat telah boleh berfikir mana baik, mana buruk.
Rakyat yang juga pengundi di satu-satu kawasan Parlimen dan DUN menunggu lama untuk mendapatkan kemudahan prasarana di kampung mereka. Selagi tidak ada pilihan raya umum atau pilihan raya kecil di kawasan mereka, selagi itu mereka tidak pernah mengharapkan mana-mana projek masuk ke kampung mereka.
Tetapi, jika berlaku pilihan raya kecil, jalan yang sudah diturap pun diturap lagi. Rumah penduduk yang tidak bocor pun diberikan bantuan untuk 'menampal' bumbung, dinding atau lantai yang tidak bocor atau retak.
Begitu 'baiknya' hati pemimpin BN. Setiap hari datang menziarah penduduk menghulurkan bantuan itu bantuan ini, sehinggakan tuan rumah hendak masuk tandas pun tak sempat kerana rumah tak putus-putus dikunjungi seribu satu jenis pemimpin hipokrit.
Bagi rakyat yang bodoh, mereka tidak terfikir pun motif kedatangan dan habuan yang mereka terima, tetapi bagi yang cerdik dan matang berfikir, mereka meluat dengan keadaan sedemikian.
Apabila ada pilihan raya kecil, baru semua turun. Semua buat kenyataan mahu bela rakyat. Salur peruntukan itu, peruntukan ini. Hatta peruntukan yang tidak ada dalam peruntukan pun diperuntukan.
Dalam tempoh empat tahun rakyat menunggu dan dahagakan pembangunan, satu majlis pun tidak diadakan. Tetapi jika berlaku pilihan raya kecil, dalam tempoh dua minggu, lebih seribu majlis diadakan. Sampai 'lebam' atau 'lebut' tapak di kampung penduduk digunakan.
Bermacam-macam nama majlis direka untuk meraikan kedatangan pemimpin. Hatta, program bina tandas rumah kampung pun pemimpin tertinggi datang merasmikan atau meletakkan batu asas.
Kenapa mereka tidak berbuat demikian sebelum ini? Kenapa hanya tunggu berlaku pilihan raya kecil baru mereka tinggalkan segala kerja di Kuala Lumpur untuk turun berkampung di pedalaman?
Sikap atau pegangan menganggap rakyat yang mudah makan di tangan akan memberi sokongan kepada mereka sebenarnya harus dikikis. Rakyat kini bukan seperti ayam kampung yang mudah ditangkap ketika leka makan butir beras.
Rakyat kini seperti kucing. Hulur ikan akan dimakannya, tetapi jika ikan itu ditarik, kucing itu akan menerkam kita. Begitulah fenomena orang Melayu hari ini. Tidak semudah dahulu untuk mereka mempercayai UMNO.
Mereka tahu apa motif UMNO hari ini. Kalau pemimpin itu acap datang ke kampung berkenaan, ada sesuatulah yang dikehendakinya. Kalau rakyat dilayan seperti raja (sedangkan sebelum ini dilayan seperti pengemis), ada sesuatulah yang mereka harapkan.
Saya sedih kalau pemimpin UMNO masih menganggap rakyat masa kini sama seperti dahulu, mudah diperkotak katikkan atau dipergunakan. Malah, itulah pegangan bagi kebanyakan pemimpin UMNO.
Mereka anggap, keperibadiannya masih disanjung... Itu salah. Yang menyanjungi anda ialah kaki-kaki bodek dan malaun-malaun yang laparkan duit. Malaun-malaun yang setiap hari menyediakan laporan palsu bagi menyelamatkan kedudukan dan jawatan.
Sedarlah wahai pucuk kepimpinan UMNO. Parti terbesar orang Melayu itu kini sama seperti kapal Titanic yang hampir tenggelam. Jangan anggap parti itu besar, ia tidak akan tenggelam. Sejarah menunjukkan Titanic, kapal penumpang terbesar di dunia yang menjadi kebanggaan orang Inggeris tiba-tiba sahaja tenggelam kerana terlanggar aisberg di Lautan Atlantik.
UMNO pun begitu juga. Senasib dengan kapal Titanic. Keadaannya sudah tidak dapat diselamatkan lagi. UMNO akan tenggelam didasar keegoaan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
LAHAD DATU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan...
5 ulasan:
Apa yang abg cakap tu benar, namun entah mengapa ada pemimpin hari ini terlampau ego dengan diri mereka. Mereka kene tahu realiti semasa di mana seperti yang abg Man ckp, sudah boleh menilai dengan perwatakan mereka. Rakyat hari ini sudah bijak bukan spt 10 atau 30 tahun dlu. Dengan pakai berkot, bersembang 10 Juta 20 Juta sedangkan rakyat ternganga, yang dalam fikiran rakyat 100, 200 ringgit untuk keperluan diri.
Hakikatnya, UMNO makin tidak relevan sekiranya mereka masih mempunyai sikap dan pendirian sama..
Mereka tau realiti semasa, tetapi mereka buta hati. mereka selalu menafikan perkara yang nyata. Jadi, abg man tak hairan tahun 2013Malaysia akan diperintah oleh Pakatan Rakyat (PR) dan kadang2 abg man doakan semoga Allah memberi petunjuk kepada UMNO yang teramat ego ini dengan memberi kemenangan kepada PR.
Abg man tak minta begitu, tapi itulah pengajaran terbaik utk golongan yang lupa diri.
Hehehehe..tunggu dan lihat pada Pilihan Raya Kecil Pensiangan, Sabah nanti..TUNGGGUUUUUUU.
manzaidi,
itulah hakikatnya umno tidak akan berubah selagi pemimpin macam najib masih menjadi idola kepada ahli umno, najib bukan peimpin yang baik, ahli umno harus menolaknya dari awal ini sebelum umno jauh tersasar,lantik lah mereka yang berjiwa rakyat seperti tengku razaliegh.
Saudaraku yang dihormati...Saya tidak pernah membenci UMNO. Saya hanya benci pemimpinnya. Mereka yang merosakkan imej dan nama baik UMNO. Golongan inilah yang selalu saya hentam dalam pojok Sekilas Pandang saya keluaran setiap Ahad. Bagaimanapun, saya sependapat dgn saudara, rata-rata pemimpin UMNO hari ini tidak mahu menerima hakikat parti yang mereka tadbir telah menuju kehancuran. Saya sedih sebenarnya. Satu persatu kerusi DUN dan Parlimen kalah, masih juga tidak mahu menerima kenyataan. Masih juga menyatakan UMNO itu kuat.
Ya, kita tengoklah sekuat mana UMNO boleh kuat dan seteguh mana UMNO boleh bertahan. Cuma saya takut pemimpin UMNO jadi macam si luncai yang terjun dengan labu-labunya.
Catat Ulasan