Rumah saya di Lubok Jong, Pasir Mas yang kira-kira lapan tahun lalu saya jual kepada seorang kontraktor Puspasari, telah pun melalui proses pelelongan dan bertukar milik kepada pembeli baru, kelmarin.
Rumah itu, yang dijual dengan hanya berdokumenkan lisan antara saya dengan Rosdi Mahmad (bekas Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pasir Mas), juga atas kepercayaan, tidak dilangsainya sebagaimana perjanjian menyebabkan berlaku tunggakan dan saya dikenakan tindakan oleh RHB Bank.
Berikutan tunggakan itu, saya dihadapkan ke mahkamah oleh pihak bank menuntut saya melangsaikan tunggakan berjumlah RM39,+++ dalam tempoh tertentu bagi mengelak rumah berkenaan dilelong.
Saya tidak mempunyai wang sebanyak tu dan terpaksa akur dengan tindakan mahkamah mengeluarkan arahan agar rumah itu dilelong dan kuasa melelongnya diserahkan kepada Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas.
Di Pejabat Tanah kelmarin, satu sesi pelelongan rumah itu diadakan tepat jam 10 pagi. Saya melihatnya dengan penuh kesayuan apabila alamat rumah disebut dan diletakkan pada harga lelong RM20,000.
Kalau saya tahu dari awal lagi kontraktor itu tidak mahu menyambung bayar dan dia akan memperlakukan begini ke atas diri saya dan rumah itu, nescaya saya tidak sekali-kali akan menjual kepadanya. Dan perkara ini tentunya tidak akan berlaku.
Kini riwayat rumah itu telah tamat. Ia telah berpindah milik, dengan saya menanggung kerugian besar dan malu. Dahla rumah hilang begitu sahaja, saya pula terpaksa menanggung baki hutang bank. Inilah akibatnya kalau terlalu percayakan orang politik yang terlibar dalam politik kerana wang, bukan kerana perjuangan.
Apapun, saya sentiasa berdoa semoga Rosdi dan empayar bisnesnya akan menerima pembalasan Allah.
Walaupun seorang kawan yang warak berkata, tak baik kita mendoakan kejahatan atau keburukan kepada orang lain. Tetapi rasanya tidak adil kalau dia senang lenang dengan kereta mewah, rumah besar dan duit banyak bagai daun kayu, sedangkan saya hidup merana, menanggung beban hutang dan kehilangan rumah.
Adilkah?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
LAHAD DATU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan...
5 ulasan:
Sabarlah dan kuatkan semangat, pick yourself up and move on, kata org puteh "What doesn't kill you only makes you stronger".
Saya cuma melahirkan rasa simpati, sememangnya kata sebgini tidak dapat mengubah keadaan. Namun itu saja termampu.
Khianat, dengki antara lumrah dalam masyarkat Melayu. Apapun,percayalah buat baik dibalas baik, buat buruk dibalas buruk..
Terima kasih kepada sahabat yang banyak memberi sokongan dan semangat. terima kasih. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan rezeki ke atas sahabat.
'Bersabar' itulah jalan terbaik untuk kita...
Beringat lepas ni, pilih kawan kena hati2... ramai kawan yang 'makan kawan'...
Semoga berjaya memiliki rumah idaman... saya doakan. Amin.
Terima kasih banyak-banyak. Tidak ternilai sokongan dan semangat yang diberikan. Semoga selepas ini kita sama-sama berhati-hati dengan kawan yang dalam sekelip mata boleh menjadi lawan.
Catat Ulasan