Jumaat, 2 Januari 2009

Tragedi pilu 2009 (Al-Fatihah dan takziah)



















GUA MUSANG 2 Jan – 10 termasuk seorang bayi berusia satu tahun maut dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Kilometer 21 Bukit Sejuk, Gua Musang, Kelantan pada kira-kira jam 10.30 pagi ini.

Kemalangan ngeri itu membabitkan masing-masing sebuah kereta jenis Perodua Kancil, Kenari dan Nissan Murano.

Lapan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian, seorang meninggal ketika dalam perjalanan ke hospital dan seorang lagi meninggal sebaik sahaja sampai di Hospital Gua Musang.

Siasatan awal mendapati, kejadian dikatakan akibat kecuaian salah seorang daripada pemandu kenderaan, sama ada pemandu Nissan Murano, Kancil dan Kenari yang terlibat dalam kemalangan tersebut.

Kejadian dikatakan berlaku apabila kereta Kenari dan Kancil dari arah Gua Musang ke Kuala krai cuba memotong antara satu sama lain, tetapi gagal, manakala kereta Nissan Murano dari arah Kota Bharu cuba mengelak dan terbabas ke sebelah kiri jalan.

Anggota bomba dan orang awam turut membantu polis mengeluarkan mangsa-mangsa terlibat dalam kemalangan itu sebelum dihantar ke Hospital Gua Musang.

Mereka yang meninggal ialah lima daripada kereta Kancil dan lima daripada kereta Kenari termasuk pemandu kedua-dua kereta berkenaan.

Mangsa yang cedera pula seorang kanak-kanak yang menaiki kereta Kancil dan empat penumpang termasuk pemandu Nissan Murano.

Mereka yang terbunuh dikenali sebagai Law Sin Eik, 60; pemandu Kenari, Lee Bee Seng, 51; Shareen Lau Ming Min, 15; Lau Chan Soom, 79, dan Hoo Kim Hum, 87, dipercayai daripada satu keluarga dan semua mereka berasal dari Pasir Mas.

Lima lagi yang terbunuh ialah penumpang Kancil yang turut mempunyai hubungan kekeluargaan dan dikenali sebagai Hasliza Mat Zin, 33; (pemandu Kancil) Maziatul Shah Lia Mat Zin, 30; Mohd Rolizah Yuswa Abd Rahim, 12; Norashidah Abd Rahim (umur belum diketahui) dan Nor Shasha Abd. Rahim, 5 tahun.

Yang cedera ialah Tan Chee Hua, 35; Phua Thien Ho, 35; (Pemandu Murano), Wang Kee Hai, 21, dan Law Soon Lee. Semua mereka dipercayai mempunyai hubungan kekeluargaan.

Tiada ulasan:

Kes Hafizul: Peringatan dan pengajaran