KUALA LUMPUR, 30 Mac - UMNO Bahagian Cheras menyokong saranan Tun Dr Mahathir Mohamad supaya sistem kuota pencalonan bagi melayakkan seseorang bertanding untuk merebut jawatan tertinggi parti dimansuhkan bermula pemilihan parti Disembar ini.
Ketuanya, Datuk Syed Ali Al-Habshee berkata, saranan bekas Perdana Menteri itu senada dengan kehendak anggota UMNO di peringkat akar umbi bahagian itu yang telah mencadangkan agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno dipertandingkan serta sistem kuota itu dimansuhkan.
Beliau berkata, cadangan itu adalah salah satu daripada 12 resolusi yang dilulus oleh UMNO Bahagian itu pada Mesyuarat Khas Empat Peringkat Selasa lepas.
"Kalau jawatan-jawatan ini tidak dipertandingkan, kita tidak tahu kekuatan Presiden dan Timbalan Presiden di dalam parti. Jika ada pertandingan, kita boleh menilai kekuatan Presiden dan Timbalan Presiden di peringkat akar umbi," katanya kepada kepada Bernama di sini.
Ketika mengemukakan cadangan itu semalam, Dr. Mahathir berkata, sistem kuota ketika ini kelihatan terbuka kepada penyalahgunaan oleh mereka yang mempunyai kuasa dan menghalang anggota parti daripada menamakan calon pilihan mereka.
Dr. Mahathir berkata, pihak yang mempunyai kuasa itu pula cenderung untuk bertindak menyekat sebarang langkah yang menentang mereka.
Sistem kuota ini diperkenalkan selepas Dr. Mahathir sendiri dicabar oleh Tengku Razalegih Hamzah pada tahun 1987 dan mengekalkan jawatan presiden itu dengan kelebihan hanya 43 undi.
Sejak itu, amalan tidak mencabar jawatan tertinggi parti menjadi tradisi.
Syed Ali yakin pertandingan untuk dua jawatan tertinggi itu tidak akan memecahbelahkan parti, malah akan mengukuhkan perpaduan dalaman dan meningkatkan maruah mereka yang menang.
"Biar rakyat tahu UMNO amalkan demokrasi sihat, biar orang bertanding," katanya.
Syed Ali berkata, UMNO harus kembali kepada prinsip asal iaitu mereka yang ingin bertanding boleh berbuat demikian jika mendapat dua pencalonan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
LAHAD DATU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan