Isnin, 27 April 2009

UMNO Kelantan perlu reformasi

Tahniah kepada Tok pa atas pelantikannya sebagai Pengerusi UMNO Kelantan. Beliau adalah pemimpin yang layak menerajui UMNO Kelantan. Pelantikan Anuar Musa oleh Pak Lah pada tahun 2004 adalah satu kesilapan besar.

Sebabnya, ketika dia mengetuai UMNO Kelantan, dia telah mengambil beberapa 'hantu' dan diletakkan dalam Biro Politik. 'Hantu' inilah yang menyebabkan rakyat Kelantan semakin benci kepada UMNO Kelantan.

Biasanya hantu suka kepada hantu. Tidak mustahillah 'hantu-hantu' yang dibuang ke laut sebelum ini dikutip semula oleh Anuar. Nak kata dia tak tahu 'hantu' ini jahat, dia tahu.

Apa motif dia kutip 'hantu' ini pun saya tak tahu. Lebih dahsyat dan teruk dia beri kepercayaan kepada 'hantu-hantu' ini calon pilihan raya di beberapa DUN dan tidak cukup dengan itu Anuar lantik 'hantu-hantu' ini untuk memantau persidangan UMNO peringkat bahagian.

'Hantu-hantu' ini ternyata berperangai macam hantu. Mana-mana bahagian yang mengamalkan politik wang, dia pejamkan mata. Mana-mana rungutan dan aduan akar umbi mengenai politik wang, dia tidak laporkan. Dia sembunyikan.

Sebab itu UMNO Kelantan kecoh dan ada beberapa bahagian terpaksa digantung atau ditangguhkan persidangannya. Kerana 'hantu-hantu' inilah yang mengendalikannya. Nama lagi hantu.

Baru-baru ini, ketika saya diajak seorang kawan untuk berbual-bual di lobi Kuala Lumpur Hotel International, saya ternampak seekor 'hantu' berlegar-legar di situ. Rupa-rupanya dia diberi tanggungjawab urus pasukan bola sepak Kelantan yang kalah kepada Selangor tu.

'Hantu' ini terkejut tengok saya ada di lobi hotel itu dan dia terus lari. Memang 'hantu' ini cukup panas kalau nampak saya. Maklumlah, syaitan takut kepada al-Quran.

Jadi, saya harap UMNO Kelantan bawah pimpinan Tok Pa akan berlaku perubahan. Tok Pa perlu buat rombakan besar-besaran jentera parti bawah kendaliannya. Dia kena buang 'hantu-hantu' peliharaan Anuar Musa.

Kalau Tok Pa tak buang 'hantu-hantu' yang banyak mengkhianati parti dan negeri Kelantan ini, bermakna Tok Pa meredhai UMNO Kelantan hancur.

Kalau Tok Pa nak tau siapa 'hantu-hantu' ini, bolehlah rujuk pada saya. Saya boleh senaraikan seekor demi seekor nama 'hantu' yang ada dalam Biro Politik UMNO Kelantan.

Selain 'hantu', dalam UMNO Kelantan pun ada juga 'toyol' yang suka mencuri duit. Berjalan malam, usik anak dara, usik bini orang dan usik janda-janda.

3 ulasan:

Mr Priceless berkata...

sape kah hantu2 itu

manzaidi berkata...

Adalah. Abg Man tak boleh paparkan di sini. Nanti kena saman pulak. Pemimpin UMNO nikan pandai belit-belit. Sudah terang lagi bersuluh dia buat pun dia boleh nafikan.

newsman berkata...

Aslmkum Manzaidi...Hantu memang jahat, kau jangan main-main dengan hantu...Hantu yang ada di Kelantan tu tak takut al-Quran. Jadi, Tok Pa kenalah guna ilmu dalaman dan luaran untuk halau hantu-hantu tersebut. Kalau tidak sudah tentulah Hantu yang berbagai nama akan merosakkan lagi UMNO Kelantan...Harap-harap Tok Pa sedia maklum dan dah faham silat kuntau, sepak terajang Hantu-Hantu yang tak cukup-cukup makan di Kelantan tu...berilah peluang pada golongan muda yang telah lama dok telan air liur untuk bersama berjuang bagi menghalau hantu-hantu tu...Man, tolong cal aku...lukman agendadaily.