Rabu, 27 Mei 2009

BACALAH SEKEJAP WAHAI BANGSAKU...

AKU tidak faham dengan mainan politik di Perak. Makin hari makin mencelarukan. Asalnya dari masalah yang kecil, tetapi telah diperbesar-besarkan oleh pemimpin itu sendiri sehingga ia merebak dan makin teruk.

Aku cuba mencari punca sebenar yang menyebabkan Perak jadi begini dan siapa yang memulakannya.

Sebelum itu, aku minta banyak-banyak maaf kalau jawapan yang aku berikan ini terkena kepada puak lain. Aku terpaksa nyatakan juga jawapannya kerana untuk memberi kefahaman kepada bangsa aku yang mahu faham.

Kalau ada juga bangsa aku tak mahu faham dan tetap dengan 'benang yang basah' aku tak dapat berbuat apa-apa. Hanya aku doakan semoga Allah akan memberi petunjuk kepadanya. Insya-Allah.

Kalian ingat tak mengenai sejarah negara kita ini? Berapa tahun negara kita dijajah? Hampir 500 tahun kan.

Siapa yang berjuang habis-habisan untuk menghalau dan mengusir penjajah daripada terus menakluk dan memerintah tanah air ini? Tentulah nenek moyang kita kan.

Ya, merekalah yang siang malam berjuang. Dengan ilmu persilatan yang dimiliki, mereka cuba berlawan dengan musuh yang bersenjatakan senapang, bom dan meriam. Akhirnya ramai kalangan nenek moyang kita gugur.

Mana yang lain ketika itu? Kenapa mereka tidak bersama nenek moyang kita menentang penjajah?

Mereka adalah puak yang cerdik. Ketika Jepun datang menyerang negara kita, mereka lari ke hutan. Mereka bersembunyi dalam gua, dalam tanah dan dalam rumah. Hanya nenek moyang kita yang berada di garisan depan.

Hampir 500 tahun negara di jajah. Akhirnya British dan Jepun menyerah kalah. Negara kita diberi status sebagai negara merdeka. Alhamdulillah.

Ketika itu, berbondong-bondonglah puak lain yang selama ini bersembunyi dalam hutan, dalam gua, dalam tanah dan rumah keluar menyambut kemerdekaan. Tanpa rasa bersalah sedikit pun, mereka bersorak menyambut kemerdekaan tanah air.

Kemudian golongan yang tidak sedar diri ini cuba mencetuskan huru hara sehingga sehingga tercetuslah peristiwa 13 Mei pada tahun 1969. Tragedi ini menyebabkan kita kehilangan ramai ahli keluarga.

Tidak lama kemudian keadaan kembali pulih. Kita hidup bersatu padu. Islam diisytiharkan sebagai agama rasmi Malaysia dan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama negara.

Kini, setelah 51 tahun negara merdeka. Baru lima puluh satu tahun negara kita capai kemerdekaan, ada dalam kalangan orang-orang kita yang dipilih sebagai pemimpin oleh puak lain telah sanggup menggadaikan tanah air.

Mereka beri kepada puak lain mentadbir tanah ini untuk tempoh dua kali ganda daripada tempoh negara ini dijajah sebelum merdeka. Astarfirullah haazim. Gila ke apa ni?

Kalau kalian tidak percaya apa yang saya katakan, silalah rujuk ke halaman berikut:-

http://mylivingwall.com/v3/commentary-news-menu-70/6631?task=view

http://pesanan-pesanan.blogspot.com/2009/02/mustafa-ali-pernah-tegur-nizar-beri.html

http://www.malaysianbar.org.my/berita/komen_undang_undang/teliti_pajakan_tanah_999_tahun.html

http://www.malaysianbar.org.my/berita/komen_undang_undang/puteri_bantah_beri_pajakan_999_tahun.html

http://www.pribumiperkasa.com/modules.php?name=News&file=article&sid=57

http://www.mykmu.net/modules.php?name=News&file=article&sid=7449

Aku tidak mahu mengulas lanjut. Cukuplah kalian melayari halaman yang aku paparkan itu untuk mencari jawapannya KENAPA SULATAN PERAK TIDAK IKUT TELUNJUK PAKATAN RAKYAT YANG DIKETUAI NIZAR JAMALUDDIN UNTUK MEMBUBARKAN DUN. SULTAN MENARUH HARAPAN KEPADA UMNO UNTUK MENGAMBIL SEMULA HAK MELAYU ITU.

Namun, walaupun aku berkata benar, tentu ada hantu-hantu Melayu dalam PR yang cuba untuk provokasikan artikel ini. Tentu mereka akan memberi alasan lain untuk membela kerajaan PR yang majoriti ADUNnya adalah puak lain, bukan puak Melayu.

Untuk makluman, kerusi BN di Perak ialah 28 kerusi, DAP 18 kerusi, PKR 7 kerusi dan Pas 6 kerusi. Dua kerusi daripada PKR sudah sertai Bebas dan satu kerusi dari DAP juga sertai Bebas.

Jika PKR dan PAS dicampur sekali pun, mereka tidak dapat menandingi jumlah kerusi yang diperoleh oleh DAP. Untuk mengatasi kemelut itu, hanya BN yang 95 peratusnya Melayu yang boleh memulihkan penjajahan di Perak.

Wahai saudara ku, cukuplah 500 tahun kita dijajah. Kenapa kita menyerahkan hampir 1,000 tahun pula untuk dijajah?

1 ulasan:

Pain berkata...

Salaam bang,

aku ni pun sedih gak bang, tapi itu la, demi kuasa semua benda sanggup digadai, ulama dipergunakan, sanggup jadi lembu dicucuk hidung.