Rabu, 17 Jun 2009

Kelab Penyokong Pas bagi amaran

KURANG AJAR: KPP KELANTAN MINTA YANG SOKONG KERAJAAN PERPADUAN SUPAYA MASUK UMNO http://bypass308.blogspot.com/2009/06/kurang-ajar-kpp-kelantan-minta-yang.html

Oleh: 1Utama 1Ismud-Semarak
bypass308.blogspot.com

Kelab Penyokong Pas Kelantan bukan setakat beri warning kat puak yang sokong kerajaan perpaduan (terutamanya Hadi dan Nash, walau tak sebut nama) supaya jangan turun berkempen di Manik Urai, takut pengundi keliru katanya.

Rupa-rupanya, Kelab Penyokong Pas Kelantan membuat kenyataan yang lebih kedepan iaitu mendesak puak Pas yang sokong kerajaan perpaduan ini supaya masuk UMNO terus.

Ini sudah kira melampau-lampau dah, siapa sebenarnya di sebalik Kelab Penyokong Pas Kelantan (termasuk Kelab Penyokong Pas mana jugaklah).

Mulai sekarang Pas kena ambil tahu latar belakang puak ni, mana tau mafia ke atau agen BN bongok.

Jarang anak Melayu nak herdik orang tua macam ni (setahu saya puak Cina dan India pun tahu jugak hormat orang tua), tapi ini geng dari mana yang tak reti status diri, kancil nak telan gajah?

Kalau pun betul ada cadangan baik, bagitaulah ikut saluran betul, cakap sama pemimpin Pas lah, bukan cakap kepada reporter untuk siarkan seluruh negara, ni saje nak memalukan Pas ke apa?

Jangan terkejutlah kalau satu hari nanti, Kelab Penyokong Pas Kelantan desak Nik Aziz serah kerusi Menteri Besar kepada pemimpin kelab penyokong itu.

Kalaulah begini keberanian anak kecil menyergah bapa, alamatnya kena halau keluar rumah lepas ni. Buat perabis beras je kalau dok pelihara lagi.

Seperti tulisan saya semalam, saya nak sebut sekali lagi bahawa Kelab Penyokong Pas Kelantan hanya satu kelengkapan seperti aksesori buat Pas, adanya aksesori ini, maka Pas nampak segak sikit dan dapat sokongan bukan Islam.

Tapi kalau dibuang eksesori ni pun, Pas bukannya boleh lingkup pun. Sokongan bukan Islam terhadap Pas kini jauh lebih baik berbanding 70-an dulu, malah dalam Pas sendiri ada mualaf Cina yang boleh jalankan kerja seperti yang dibuat oleh Kelab Penyokong Pas Kelantan.

Kalau ambil kira kat Kelantan (setahu sayalah), orang Islamnya 96 peratus, yang bukan Islam baru 4 peratus.

Bukan kerja susah mana nak tarik mereka terus sokong Pas, takkan mereka tidak terima kasih dengan banyak patung gergasi taraf Asia Tenggara yang dibina di wat Siam.

Aktiviti di tokong Cina pula tak pernah digangggu Pas. Sepatutnya, pimpinan Pas kena bagi kata dua kepada Kelab Penyokong Pas Kelantan supaya jangan buat kenyataan yang bukan-bukan dalam kawalan mereka.

Kelab Penyokong Pas Kelantan kena ingat, mereka dan Pas hanya MoU, kerjasama tanpa ikatan hitam putih.

Oleh itu tak perlulah nak tunjuk pandai sampai naik belang. Orang Pas bukan bodoh nak ikut telunjuk Kelab Penyokong Pas Kelantan, Pas tahu apa yang baik untuk parti, lagipun kita tak tahu sama ada pemimpin dalam Kelab Penyokong Pas Kelantan ni dah diresapi orang MCA, MIC ke tak.

Mana tahu, dah seludup masuk dan buat kacau, ini bisa aje kerana masuk ahli pun bukan ada pendaftaran rasmi, pakai sebut je, kad ahli pun tadke.

Kira-kira organisasi haram jugaklah ni. So,dok diam-diam dah le, buat apa yang patut sebagaimana matlamat Kelab Penyokong Pas Kelantan ditubuhkan.

3 ulasan:

debatkini berkata...

Orang Pas dan PKR bagi apa saja cerita tentang keburukan org UMNO, pasti akan percaya .Kalau saya kata kan bahawa Yang Maha Guru Nik Ajis tu kentut wangi pun semua orang PKR dan Pas akan percaya dan akan tambah-tambahkan lagi cerita bahawa ianya sewangi bau ros atau kasturi..nanti di akhirat kita akan mengetahui perkara yang sbenar..InsyaAllah...Hj Man (dulu org Pas)Machang...http://debatkini.blogsport.com

Tanpa Nama berkata...

sokong sangat dengan pendapat debatkini..org pas dan pkr terlalu obses terhadap politik hingga sggup mggadaikan agama dan negara demi kepentingan politik mereka..

Tanpa Nama berkata...

Inilah hakikatnya dengan masyrkt Melayu Malaysia yang bodoh. Mereka rela berpecah dan menyokong DAP, S. Ambiga dan semua bukan-Melayu yang mahu merampas hak Melayu & kesucian Islam di Malaysia. Kalau M'sia bukan lagi negara Melayu, di manakah akan kita letakkan maruah Melayu? Ada sesiapa mahu komen? Saya cabar sesiapa yang mahu bertukar kerakyatan dengan saya. Jawab dan sambutlah cabaran saya.

Kes Hafizul: Peringatan dan pengajaran