Rabu, 17 Jun 2009

Nik Aziz suruh Nasharuddin masuk UMNO

LAPORAN LENGKAP, NIK AZIZ MINTA NASHARUDDIN MASUK UMNO
http://bypass308.blogspot.com/2009/06/laporan-lengkap-nik-aziz-minta.html

laporan MEDIA BYPASS dari Kota Bharu
bypass308.blogspot.com

KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menyarankan Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa supaya menyertai UMNO sebagai reaksi terhadap Nasharuddin yang terus 'perjuangkan' kerajaan perpaduan.

Beliau berkata, tiada makna lagi kalau Nasharuddin berada dalam Pas jika beliau terus mendokong hasrat untuk mengadakan perbincangan dengan UMNO yang ternyata pernah 'merosakkan' perpaduan Pas sebelum ini.

Kenyataan mengejut Nik Aziz itu turut menyifatkan Nasharuddin sebagai membuat sampah yang mengotorkan Pas dan menegaskan bahawa kerajaan perpaduan adalah boneka UMNO.

"Saya ulangi lagi ini (kerajaan perpaduan) kerja boneka UMNO, jika benar Nasharuddin setuju, terus terang saya sebut... lebih baik dia masuk UMNO dan letak jawatan sebagai Ahli Parlimen Bachok. Apa buat sampah... ini menyusahkan orang... biar dia masuk UMNO seorang.

"Saya banyak terima panggilan, dan orang datang jumpa saya sehingga ada yang sebak (tidak setuju) dengan isu itu. Dia masuk UMNO senang, lebih baik... daripada duduk dalam Pas, nak bertenggek dalam Pas buat apa... tiada moral kita panggil,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Mingguan di SUK, hari ini.

Sambil menyifatkan idea kerajaan perpaduan bukan dari Pas, sebaliknya ia merupakan pendapat individu tertentu sahaja.

"Kerajaan perpaduan ni tidak pernah ada dalam agenda parti Pas selama ini dan ia juga tidak termasuk dalam perjuangan Pakatan Rakyat'"

"Jadi PR tidak tahu... Pas tidak tahu. Runding kerjasama pun Pas tidak bincang dan PR tidak bincang. Isu kerajaan perpaduan sebenarnya adalah boneka UMNO," katanya.

Nik Aziz berkata, jika diwujudkan kerajaan perpaduan bermakna pemimpin DAP atau Pas juga boleh diangkat jadi Perdana menteri.

Katanya, UMNO sekarang sedang berpesta berikutan Pas sudah masuk perangkap.

"Kalau wujud kerajaan perpaduan, DAP atau Pas juga boleh jadi Perdana Menteri. Ini kerana Pas sekarang bercelaru, manakala Pas dan PR juga bercelaru," katanya.

3 ulasan:

Abuzar berkata...

Kisah "Presiden PAS & Kumpulan UG" hari ini hampir menyamai peristiwa 1977, dimana Presiden PAS, Datok ASRI MUDA dan KUMPULAN 20 terus mengasak MB PAS Kelantan Datok Hj. MOHAMMAD NASIR yang jujur & disenangi/ pro-rakyat. ... yang pro rakyat selalunya benar.

muadzam_pejuang Islam Paka berkata...

saya setuju dengan tok guru nik aziz...umno ni dh jelas merosakkan islam....buat ape nak dwujudkan kerajaan perpaduan.....biar pas yg memperjuangkan islam sahaja yang perlu ditonjolkan keislaman itu...biar golongan lain tertarik dengan pas....bukan islam mengikut golongan sekular....bila pas ingin bersekongkol dengan umno....ini bermakna pas yang lemah...padahal sebenarnya umno yg lemah sekarang.....oiiii golongan yg inginkan kerajaan perpaduan.....boleh keluar pas dengan segera....lebih baik pas dengan islam dari mengotorkan perjuangan islam....

Mr Priceless berkata...

Suruh Ibrahim Ali je komen...

Kes Hafizul: Peringatan dan pengajaran