Sabtu, 1 Ogos 2009

Himpunan ISA - kita jangan jadi pak turut

Orang yang paling cerdik dalam politik hari ini ialah Tok Guru Nik Aziz. Dalam ramai-ramai pemimpin, dia seorang yang tidak minat hadir ke perhimpunan haram.

Dia tidak hadir bukan kerana dia uzur atau sakit atau bukan kerana nak sambut Najib Tun Razak yang lakukan lawatan ke Kelantan hari ini, tetapi dari dulu lagi dia memang tidak minat dengan perhimpunan tanpa permit ni. Kalau ceramah tanpa permit, dia minat.

Nampak sangat beberapa pemimpin yang menganjurkan perhimpunan mansuhkan ISA adalah manusia yang tidak berakal dan berfikiran sempit. Kerana untuk kepentingan mereka, mereka seret rakyat yang tidak berdosa bagi menjayakan matlamat mereka.

Sejak Akta ISA diperkenalkan, setakat ini, tidak ada seorang pun orang awam yang ditahan tanpa melakukan kesalahan. Polis tidak tahan mak saya, ayah saya, abang saya, kakak saya, adik saya, mak@bapa saudara saya, sepupu saya, jiran-jira saya, sahabat saya.

Yang polis tahan dan polis humbankan ke Kem Kamunting bawah Akta ISA ialah pemimpin-pemimpin yang ada kepentingan diri. Pemimpin yang menghasut rakyat sehingga mengganggu ketenteraman awam. Mereka ini yang kebanyakannya ditahan bawah ISA.

Kalau polis menahan rakyat tanpa usul periksa dan setiap hari orang awam dihumbankan ke penjara, itu dianggap sebagai munasabah jika ada kumpulan hendak berhimpun mendesak agar Akta ISA dihapuskan.

Saya pun kalau boleh nak keras anak isteri, mak ayah dan seluruh ahli keluarga supaya menyertai perhimpunan itu, tetapi tidak ada sebab untuk saya berbuat demikian pada hari ini kerana Akta ISA bukan digunakan sewenang-wenangnya.

Secara logik...cuba kita fikir dan renungkan, adakah kita yang tidak melakukan kesalahan akan ditahan polis bawah akta itu? Begitu juga dengan pemimpin pembangkang, kalau mereka tidak melakukan kesalahan kenapa mereka perlu takut?

Mereka mahu mereka ditangkap secara biasa dan dibicarakan? Ini sudah tentu merugikan masa. Mereka akan mengupah seberapa ramai peguam untuk membela mereka. Dan perbicaraan akan mengambil masa yang lama.

Lihat saja kes liwat pemimpin kesayangan penyokong pembangkang. Sampai sekarang kes nya tertangguh tertangguh dan tertangguh. Bermacam-macam alasan digunakan untuk menangguhkan perbicaraannya.

Mungkin mereka menunggu sehingga pilihan raya umum ke-13? Dengan harapan kalau mereka 'berjaya' memerintah Malaysia, tuduhan ke atasnya akan digugurkan?

Untuk berada di ranking teratas dalam politik, seseorang pemimpin itu perlu handal memutar belit dan menipu. Kalau sekali terlibat dalam jenayah dan terus di penjarakan, itu belum lagi hebat.

Sekurang-kurangnya dua tiga kali meliwat, melakukan rasuah dan menipu kemudian dapat meloloskan diri barulah boleh dikatakan handal dan hebat.

Jadi, dalam bab ISA, kenapa kita sebagai rakyat biasa turut serta dalam perhimpunan yang jelas ada kepentingan diri dalam kalangan pemimpin tertinggi pembangkang itu? ISA tidak akan tangkap kita.

ISA hanya menangkap pemimpin yang melakukan hasutan. Dan hasutan mereka ini kalau dibiarkan boleh menjejaskan keselamatan negara. Itu tujuan Akta ISA digunakan.

5 ulasan:

abezaidi berkata...

yo lo ko mu nih manzaidi. mu dah baco ko sejarah ISA.

anti ISA berkata...

ISA adalah untuk menghalang komunis

Tanpa Nama berkata...

Salaam,

Kesediaan kerajaan untuk mengkaji dan membuat pembaikan terhadap ISA menunjukkan kerajaan sedia menerima pandangan orang lain dan sanggup berubah untuk yang lebih baik.

Tapi puak-puak yang berkepentingan ni takkan berpuashati punya. Mereka akan spin mengatakan pembaikan saja tak cukup. Kena mansuhkan ISA, bukan improvement. Samada mereka ni tak guna akal, memang IQ tak sampai ataupun hati sudah digelapkan oleh musuh2 negara menyusup dalam kumpulan2 mereka.

Mereka nakkan undang2 yg menjadi nadi keselematan negara tu dihapuskan.

Musuh2 negara sememangnya lama mengidamkan saat2 ISA itu dihapuskan. Kerana taktik2 protokol of zion mereka tak berkesan ataupun kurang berkesan jika ISA itu masih ada. Saat ISA itu dimansuhkan, bertebaranlah penghasut-penghasut, penjenayah2 underworld, ahli politik2 yang mengutamakan kepentingan diri, pengebom2 berani mati dari macam2 kumpulan dan agama,teroris, perisikan luar negara yang subversif dan lagi dan lagi berlumba2 untuk mewarnai kehidupan di Malaysia ni.

Tapi puak2 yg nak mansuh ISA ni terfikir tu semua. Yg penting rakyat disajikan dgn maklumat yg kata ISA ni zalim dan ikut suka hati org politik nak tangkap siapa dia suka dan proses mahkamah biasa dah dapat tangani masalah keselamatan negara. Yg last2 sekali supaya tujuan politik mereka sendiri yg tercapai.

Kalau betullah mereka ni ikhlas dah tentu mereka masuk sekali beri pendapat bagaimana nak buat improvement. Takdak punya. Selagi Malaysia ni tak huru hara selagi tulah mereka takkan puas hati.

muzaidi berkata...

kaji,kaji,kaji... berapa lama mahu kaji da!!! semua benda kerajaan mahu kaji, tapi tak pernah laksana hasl kajian.

Tanpa Nama berkata...

PAS nak gi perang ngn Amerika.. guna kereta api