Jumaat, 21 Ogos 2009

Selamat Berpuasa

Assalamualaikum kepada rakan-rakan beragama Islam (tidak kira Islam UMNO atau Islam Pas). Saya nak ambil kesempatan di sini nak ucapkan Selamat Berpuasa. Puasa mulut, puasa perut, puasa hati, mata, tangan, kaki dan semua jenis anggota badan yang selama ini mengheret kita ke kebaikan dan kejahatan.

Sama-samalah kita berdoa kepada Allah agar memberikan pahala yang berlipat kali ganda sepanjang Ramadan ini dan sehingga badan dikandung nyawa.

Kepada tok guru, tuan guru dan ustaz-ustaz dalam Pas, harap-harap sebulan Ramadan ini digunakan sepenuhnya untuk berbuat kebajikan dan pahala bagi menyeimbangkan dosa yang dilakukan mereka sebelum ini.

Kepada Nik Abdul Aziz dan Hadi Awang, cepat-cepatlah bertaubat. Kalian berdua bukan nabi untuk menghukum manusia lain boleh masuk syurga atau tidak. Kalian hanya manusia biasa yang sama seperti saya dan umat Islam lain yang ada di muka bumi ini.

Ingat itu. Maaf zahir dan batin.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Selamat berpuasa kepada manzaidi. Tulisan saudara amat baik dan wajar dibaca oleh pemimpin, ahli dan penyokong fanatik pas dan pembangkang. Teruskan dakwah saudara

Tanpa Nama berkata...

slamat berpuasa jugak pada mzaidi.

Tanpa Nama berkata...

slamat berpuasa jugak pada muzaidi, maaf zahir & batin