Rabu, 9 Februari 2011

Terima kasih BN, Celakalah kamu PR

* "Dulu aku hormat kepada pemimpin Pas, PKR dan DAP," kata seorang rakan yang tanpa memberi salam terus membebel melalui panggilan telefon.
** "Sekarang, Apa sudah jadi?," aku bertanya semula kepadanya dengan perasaan yang tertanya-tanya.
* "Sekarang ni aku cukup-cukup benci kepada Pas, termasuklah PKR. Ada ke patut mereka perlekehkan usaha kerajaan selamatkan pelajar Malaysia di Mesir. Memang tak patutlah mereka buat macam tu. Kalau dah berat tangan nak hulur sumbangan, janganlah ringan mulut tabur fitnah."
** "Apa yang Pas dan PKR lakukan?
* "Kau tak tahu ke? Kau kan pengamal media, takkan kau tak tahu apa yang pembangkang buat ketika kerajaan persekutuan sibuk mengurus membawa keluar lebih 11,000 pelajar kita di Mesir?
** "Betullah aku tak tahu. Apa pembangkang buat dan kenapa kau melenting sangat kepada parti yang kau junjung sebelum ini?
* Hoi...cakap elok-elok sikit. Jaga mulut kau tu. Dulu memang aku penyokong pembangkang, tapi taklah tegar atau taasub sangat. Aku sokong dari luar saja. Sekarang ni bila aku tengok sikap dan perangai pemimpinnya, aku dan sedar dan insaf atau dengan kata lain, aku dah taubat tak akan sokong lagi.
** "Aku nak tanya kau sikit. Kenapa kau dah mula berubah?
* "Begini, ketika mula-mula dengar berita rusuhan di Mesir, aku tak ambil kisah lagi. Tapi bila dah merebak sampai mengancam nyawa puluhan ribu pelajar dan rakyat Malaysia di sana, aku mula cemas. Ketika itu juga aku dengar kerajaan hantar menteri, timbalan menteri, pemimpin Umno, arah syarikat penerbangan Mas, TUDM dan TLDM ke sana buat operasi menyelamat dan memindahkan mereka ke kawasan selamat. Aku ikuti dengan rapat setiap perkembangan yang berlaku dan aku sungguh terharu bila kerajaan pimpinan Najib bertungkus lumus membawa pulang pelajar kita ke tanah air. Dalam pada itu aku cuba juga dengar kot-kot pembangkang turut berganding bahu, malangnya apa yang dengar, mereka kritik, caci dan kecam usaha murni dilakukan kerajaan. Begini ke yang dikatakan berjuang untuk Islam?
** "Biar betul pembangkang tak hulurkan bantuan?
* "Betul, aku dah belek beratus-ratus surat khabar, aku dah layar beribu-ribu blog termasuk media lidah rasmi pembangkang. Tak ada pun berita melaporkan pemimpin mereka atau parti mereka terbang atau belayar ke Mesir bantu pelajar kita. Yang aku dengar, mereka duduk atas pentas, berkokok mengatakan kerajaan pilih kasih dalam proses penghantaran pulang pelajar ke Malaysia. Beginikah sikap pembangkang? Dahlah berat tulang nak hulur bantuan, ni duduk tabur fitnah sana sini.
** Biasalah, itukan kerja pembangkang?
* Woii... nak membangkang pun tengok tempat dan keadaanlah. Apa yang kerajaan lakukan tu untuk selamatkan nyawa 11,000 pelajar kita daripada terkena tembakan peluru sesat atau tembakan dari penembak curi Mesir, bukannya mereka pergi berkempen. Puluhan juta ringgit kerajaan habiskan untuk urusan membawa balik mereka.
** "Nampak sangatlah pembangkang ni tak matang ya?
* "Bukan setakat tak matanglah, pembangkang ni dah bengap, gila, benggong dan bahalol. Pemimpinnya dah tak otak, dah gila dan sewel. Aku geram ni. Aku sangat-sangat geram.
** "Sabar...
* Macam mana aku nak sabar kalau perangai pembangkang yang macam hantu dan syaitan ni?
** "Hahahahaha
* "Ooo... kau boleh lagi ketawa. Aku dah tak ada apa nak ketawa lagi. Setiap saat hati aku menangis mengenangkan nasib Malaysia yang ada pembangkang macam orang gila.
** Relak dulu...jom kita gi solat dulu.
* Nasib baik aku masih ingat Allah.

Tiada ulasan:

Kes Hafizul: Peringatan dan pengajaran