Khamis, 16 Jun 2011

Zulkifli Noordin : Kes Saiful Punca Keraguan Saya Pada Anwar

YB Datuk Zulkifli Noordin, Ahli Parlimen bebas Bandar Baru Kulim mengakui keraguannya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim berpunca dari kes liwat II yang membabitkan seorang pemuda bernama Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Zulkifli yang pernah menjadi salah seorang peguam bela Anwar untuk kes liwat I (1998) mula meragui Anwar semasa melihat reaksi pelik Ketua Umum PKR itu pada 28 Jun 2008, di Quality Hotel, Shah Alam, sebaik sahaja mendapat tahu bekas pembantu, Mohd Saiful telah membuat laporan polis diliwat.

AIDC : YB ada mengatakan, kes liwat Saiful telah meragukan ahli-ahli PKR dan termasuk YB sendiri. Kenapa YB berkata begitu ?

Kita kena faham, kes Saiful ni berbeza dengan kes Azizan dulu. Kes Azizan dahulu, saya bertindak sebagai peguam.

(Sebagai) peguam.. membela seseorang dalam kes jenayah ada dua sebab. Sama ada percaya orang itu ataupun walaupun tak percaya, namun tetap membela kerana mahu orang itu (tertuduh) ada pembelaan yang baik.

Dalam kes Anwar Ibrahim 1998, kami (peguam) sembilan orang. Raja Aziz Addruse, Zainur Zakaria, Christopher Fernando, Pawancheek Merican, Gurbachan Singh, Kamar Ainiah, Hj Sulaiman Abdullah, Sankara Nair dan saya.

Saya ingat lagi perbincangan awal iaitu sama ada kita nak bela Anwar atau tidak. Sebab ada antara peguam kat situ, tidak percaya dengan Anwar sebenarnya.

Ada juga (yang tidak percaya) ?

Ya..ya betul. Tak percaya kat Anwar. Raja Aziz dan mendiang Christopher beritahu kepada kami. Saya ingat lagi masa itu.

Saya antara peguam yang paling muda walaupun saya dah bertahun juga dalam praktik dalam guaman, tapi dari segi umur saya yang paling muda. Tapi saya rapat dengan mereka.

Saya ingat lagi mereka kata, kita jangan ambil bayaran guaman daripada Anwar. Saya ingat lagi, jangan ambil satu sen pun.

Maksudnya?

Maknanya, jangan kita ada rasa terhutang budi. Kita bela dia (Anwar) bukan kerana kita percaya pada dia tetapi kerana mahu dia ada pembelaan yang baik.

Pembelaan yang baik masa itu, kerana pertuduhan itu didakwa berlaku pada tahun 1992 di Tivoli Villa. Pertuduhan dibuat tahun 1998, enam tahun (masanya).

Jadi, selepas enam tahun baru nak buat pertuduhan. Dan pertuduhan itu dikatakan berlaku tahun 1992 di sebuah tempat bernama spesifik, Tivoli Villa.

Bila kami peguam Anwar periksa, bangunan Tivoli Villa itu tak siap lagi. Jadi atas alasan itu, kita kata, ‘eh Anwar ni pembelaan dia bagus juga. Walaupun kita tak percaya kat dia tapi dia (pembelaan) bagus.

Yang kedua, memperkuatkan lagi pembelaan itu bila isu DNA timbul. Dalam isu-isu seksual ini, DNA memainkan peranan penting.

Dalam kes Azizan, hanya satu sahaja saksi yang datang untuk mengesahkan DNA itu iaitu pakar kimia, Lim Koon Bong.

Lim dalam keterangannya, menyatakan.. ada 13 tompok (air mani) di tilam. Dia kata bahawa ada DNA di atas tilam itu. DNA Shamsidar, DNA Anwar, DNA Azizan, DNA Sukma, kalau tak silap saya lah.

DNA Sukma pun ada ?

Ada. Dalam 13 tompok air mani itu. Jadi, maknanya DNA ini bercampur. Menunjukkan ada perlakuan seks berlaku di tempat itu. Air mani ke, air belakang ke, semuanya jatuh di situ.

Itu gambaran yang nak diberi oleh Lim Koon Bong. Ada DNA yang bercampur di atas tilam yang bertompok-tompok ini, menunjukkan berlaku aktiviti seksual.

Cuma, bila kami tanya dia (Lim Koon Bong), apa sumber DNA ini ? Sebab DNA ini mesti ada sumber. Sumber mungkin rambut, mungkin bulu, mungkin darah, mungkin peluh, mungkin air liur..

Bila kita tanya dia, dia tak boleh jawab. Dia cuma kata, saya diberitahu oleh polis bahawa ini sumber air mani. Dan bila kita tanya dia, mana sampel itu. Yang 13 tompok itu, yang dikerat sampel itu, (sebab) kita nak hantar untuk uji di pihak kita pula. Dia kata, dia dah buang.

Itulah sebabnya Mahkamah Persekutuan semasa rayuan liwat kes Anwar merayu terhadap keputusan Hakim Datuk Ariffin Jaka, Mahkamah Persekutuan kata, kami percaya berlaku (liwat) tetapi tak ada bukti.

Dia bebaskan bukan sebab tak percaya. Percaya berlaku tapi tak ada bukti. Sumber DNA tak ada.

Dalam kes Saiful berbeza. Dan saya antara peguam yang terlibat secara langsung, dua-dua (kes liwat). Saya nampak perbezaan itu.

Pertama sekali, dalam kes Saiful, laporan polis dibuat oleh Saiful dua hari sahaja selepas kejadian. Azizan enam tahun. Ini dua hari. Berlaku 26 Jun 2008, lapor 28 Jun.

Kedua, DNA yang ditemui dalam lubang dubur Saiful ini disahkan tidak kurang dari tujuh orang. Bukan seorang. Polis, doktor yang memeriksa, pakar forensik (beberapa orang), pakar kimia. Semua confirm ada DNA di dalam dubur Saiful. Dan semuanya confirm, bahawa DNA itu adalah sumbernya air mani.

Tak kan tujuh orang (pakar) ini nak menipu. Ketujuh-tujuh orang ini tidak kenal antara satu sama lain. Jadi, nampak beza dengan kes Azizan ?

Bukan sahaja mereka temui DNA dalam dubur Saiful, mereka dapat kenal pasti sumber DNA itu iaitu air mani “Lelaki Y” dan air mani itu ada lagi kat dalam (dubur).

Cuma orang Melayu dia tak faham. Anwar pandai. Dia pergi kat luar, dia kata tak kan lah air mani boleh bertakung.

Air mani bukan air bertakung seketul begitu. Masih melekat kat dinding dubur. Dia ambil swab, cotton bud itu, ambil swab sampel yang ada itu. Bukannya air bertakung dalam karung macam tu.

Maknanya sumber DNA dikenal pasti oleh beberapa orang yang independent, tak ada kena mengena antara satu sama lain.

Jadi kita boleh nampak perbezaannya itu. Itu yang Datuk Zahrain sebut, ‘keraguan mengatasi keyakinan’.

Banyak dalam kes Saiful ini kita mula ragu. Apatah lagi bila tengok cara Anwar bertindak.

Saya sendiri terlibat dalam tahun 1998. Kita lawan, tapi dalam kes Saiful, kita lari. Anwar pergi ke Kedutaan Turki.

Patutnya kami semua lari ke Kedutaan Turki juga. Nak cabut ni. Dalam kes 1998, kita tak buat macam ni. Kita lawan.

Kenapa jadi begitu?

Itu yang menimbulkan keraguan. Kenapa Anwar nak lari? Lepas itu kita buat pula mesyuarat dalam (Quality Hotel) itu. Masa itu kita buat keputusan, kita buat cerita yang Anwar nak kena bunuh.

Ingat lagi kenyataan Wan Azizah dengan Syed Hussin Ali bahawa Anwar nak kena bunuh. Ada snipper nak cari dia.

Saya ingat lagi, malam itu bagaimana kita berbincang nak buat surat sumpah palsu untuk Rahimi dan lain-lain. Saya rasa Rahimi sekarang ini pun dah confirm bahawa dia kena buat surat sumpah palsu.

Jadi, saya antara orang yang terlibat 1998, tengok benda ni semua, (mula tertanya-tanya) eh..apa hal ni ? Kenapa buat macam ni? Kita mula bertanya. Mula bertanya, itulah kunci sebenarnya.

Kuncinya dalam insiden pertama, 1998, kesilapan besar yang dibuat kami, tak pernah tanya. Kita terima bulat-bulat apa yang Anwar cerita. Tapi bila kita kena yang kedua ini, kita tanya, sebab kita tengok semua ini.

Kita mula tanya, kenapa Anwar buat macam ni? Kenapa dia nak lari? Polis minta DNA, masih ingat lagi, awal-awal lagi polis dah minta sampel air mani.

Bagilah (DNA) kalau bukan kau. (Tapi) dia tak mahu bagi.

Inilah peluang terbaik saya kata sebab kalau yang ada dalam dubur Saiful itu air mani orang lain, kalau kau boleh bagikan DNA dan buktikan itu bukan kau punya, selesai masalah kita.

Bukan sahaja selesai, silap-silap kerajaan tumbang. Tapi dia tak nak bagi.

Jadi, kita tengok. Kita manusia, akhirnya Allah akan bagi petunjuk juga, campakkan hidayah. Saya ingat lagi, kami sama-sama tanya, dah mula mempersoalkan sampai lah kepada isu 16 September.

Tadi dah ragu dah. Kenapa dia nak lari ke Kedutaan Turki? Kenapa dia bohong kata dia nak kena tembak? Kenapa dia tak mahu bagi DNA? Kita dah ragu dah.

Masuk isu 16 September, dia tipu kita. Dia kata ahli Barisan Nasional (BN) dah setuju, dah tandatangan. Dia tunjuk kertas depan kita tapi tak pernah tunjuk yang tandatangan itu. Semua dah tandatangan (katanya).

Lepas tu, bila kena hantar Tian Chua dan Elizabeth Wong kejar Ahli Parlimen ke Taiwan. Kita pelik. Hari tu, dia kata dah tandatangan. Tapi ini, nak kena ikut pergi Taiwan pula. Kita mula tanya. Kalau dah tandatangan, nak ikut buat apa lagi ke Taiwan ?

Lepas itu dia (Anwar) beritahu kat kita pula. Ok, jom-jom..Yang DiPertuan Agong dah setuju, Panglima Angkatan Tentera dah setuju..jom-jom kita pergi.

Kami ingat lagi, kami berkumpul dekat Kampung Bharu, siap berbaju Melayu lagi (sebab) nak angkat sumpah.

Bila kita tanya, (Anwar jawab) Ala Tuanku… Special Branch (SB) ni jahat, pergi sekat Agong (supaya) jangan jumpa kita.

Jadi, kita ni bukan bodohlah. Manusia boleh fikir benda yang tak kena.

Bila berlaku 16 September, mula kita berkata, kita kena kencing dah ni. Kita kena bohong.

Kalau saudara perhati, selepas kes Saiful dan 16 September baru berlaku pergerakan ahli (PKR) keluar.

Tan Tee Beng keluar kerana DAP. Datuk Zahrain keluar kerana DAP. Sebab Datuk Zahrain kata, semua dah ragu, dah mula persoal.

Lepas itu, bila timbul isu orang Islam, orang Melayu di Pulau Pinang. Datuk Zahrain sebagai Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, sudah tentu bertanggungjawab membawa isu ini. Bincang kenapa DAP buat macam ni.

Bukan sahaja dia tak dibela tapi diheret ke Jawatankuasa Disiplin. Eh..apa ni? Kita nak bela orang Melayu Islam di Pulau Pinang, tanggungjawab dia, tiba-tiba kena (tindakan disiplin).

Disebabkan keraguan pun dah ada, dah tak percaya pun ada, bila kena macam tu, Datuk Zahrain keluar (PKR), orang macam YB Mohsin keluar, orang macam Wee Chee Keong keluar.

Saya (pula) yang keraguan menjadi pecah itu, yang menjadi fullstop itu adalah kerana isu kalimah Allah.

Tapi YB tidak keluar?

Saya tidak keluar. Saya tengok masa tu. Saya kata, rakyat perlu disedarkan. Sejauh mana mereka boleh pergi. Saya tahu saya akan dipecat.

Geng-geng Anwarinas ini dah mula kumpul. Dah mula bincang. Saya tahu dah tu. Mereka adakan strategi supaya tekan saya keluar juga. Macam-macam sebenarnya.

Pada masa tu saya dipanggil mengadaplah..Ingat lagi, saya disuruh kosongkan kerusi Parlimen sebab nak bagi Anwar lah, kononnya.

Jadi saya tengok, saya tahu saya akan dipecat. Apa pun saya akan dipecat. Saya ini dianggap jadi penghalang kerjasama mereka dengan DAP.

Macam Dr. Hassan Ali kena sekarang, macam Datuk Harun Taib kena sekarang. Kalau kamu dilihat menjadi penghalang kepada kerjasama dengan DAP, kamu akan jadi liabiliti.

Jadi, saya tahu saya akan dipecat. Jadi, apa sikap saya. Saya nak keluar macam Tan Tee Beng, macam Datuk Zahrain, Wee Chee Keong?

Saya kata tak. Setelah solat istikarah apa semua, keputusan saya, saya akan lawan mereka.

Bukan nak sangat kekal dalam PKR, tapi nak dedahkan lagi pekung mereka. Nak tunjuk kepada rakyat, ini sebenarnya mereka. Dan saya berjaya, Alhamdulillah.

Contohnya, bila dalam isu kalimah Allah. Saya provoke mereka sampai ke peringkat Khalid Samad boleh buat statement kata, ‘orang Melayu ini otak lembap’. Lepas tu, Anwar pula buat statement kata macam-macam. Jadi, orang nampak.

Eh..korang sampai kalimah Allah pun sanggup bagi Kristian, apa cerita ?

Memang saya sengaja buat. Saja nak tunjuk kepada rakyat terutama orang Islam, ahli PAS, inilah warna sebenar mereka.

Jadi, (kes saya) sampai ke peringkat Jawatankuasa Disiplin. Saya kata ok, bawa ke Jawatankuasa Disiplin, saya akan lawan.

Tapi, sebab sekarang ini, isu kalimah Allah, saya nak jawatankuasa yang Islam.

Tapi saya dah dapat maklumat mereka nak malukan saya. Dia nak tekan saya supaya saya sendiri yang letak jawatan.

Saya dah dapat maklumat daripada kawan-kawan kat dalam, dia akan letak orang bukan Islam sebagai panel. Betul-betul saya masuk bilik jawatankuasa itu, seorang paderi – seorang aktivitis Kristian, orang Hindu dan seorang Melayu, dalam Jawatankuasa Panel.

Saya kata, saya tak iktiraf. You pergi balik pada you punya bos, (beritahu) saya nak jawatankuasa Islam.

Dua tiga hari selepas itu, mereka kata, mereka punya arahan supaya diteruskan. Saya kata saya tak iktiraf. Di situlah saya dipecat.

Saya dipecat kerana tidak iktiraf panel kafir yang nak bicarakan saya dalam isu kalimah Allah.

Bukankah Anwar sendiri mempunyai sentimen persahabatan dengan YB?

Pada saya, Anwar sekarang ini bukan sahaja pengamal politik Machiavelli yang ulung, malahan saya rasa Machiavelli pun akan menangis tengok dia. Sebab (Anwar) lebih daripada apa yang dia (Machiavelli) teorikan.

Anwar ini manusia yang kering.

Dia tak pedulikan siapa?

Pada saya, kalau dia perlu jual anak bini, dia (akan) jual. Kalau perlu dia jual keluarga, dia jual.

Kalau kalimah Allah pun dia boleh jual, Tuhan dia…dia boleh jual, orang macam ini apa pun (dia) boleh buat.

Adakah YB juga berada di Hotel Quality, Shah Alam ketika Saiful buat laporan polis ?

Ada. Hari itu lah Saiful buat laporan polis.

Adakah Anwar gabra masa itu?

Itu yang saya sebutkan tadi. Saya yang buat kes 1998 dan tengok dia tahun 2008, 10 tahun beza tu. Saya tengok sendiri (perbezaannya)

Eh..1998 bukan main lagi nak berlawan.. tapi tiba-tiba yang ini (2008) jadi kelam-kabut, jadi panik, jadi menggeletar, nampak macam nak demam. Jadi kita nampak semua itu.

Termasuk nak buat surat sumpah palsu, nak lari, nak kena bunuh. Semua ni saya tengok di Hotel Quality pada masa itu.

Jadi, bila kita tengok semua ini, (kita mula berfikir) eh..betul ke ni? Apahal ni? Dia meragukan kita.

Termasuk Wan Azizah ?

Ramai. Ramai yang ada kat situ mula mempersoal. (Azizah) yang mula tanya dia. Kita nampak lah.

Tiada ulasan:

Kes Hafizul: Peringatan dan pengajaran