Lagi sekali anjing-anjing upahan ini cuba nak ambil kesempatan nak jadi hero rakyat dengan sanggup menggunakan foto mayat si penjenayah yang ditembak mati oleh polis baru-baru ini.
Manusia jenis apa mereka ini, aku pun tak tahu. Dulu kes Kugan, lepas tu kes Beng Hock. Hari ni sorang lagi penjenayah yang ditembak mati cuba dijulang menjadi hero oleh banjingan-banjingan dari pembangkang ini. Mereka ingat kerja polis ni bunuh orang?
Rakan Penjenayah Dakwa Polis Tembakan Ala Filem Koboi
"Polis kejam kerana membunuh rakyat yang tidak berdosa". Itulah luahan kata-kata dari pemimpin pembangkang terutama dari PKR berhubung insiden seorang penjenayah yang mati ditembak polis dalam satu kejadian di Ampang, Selangor.
Masalah ini perlu dipandang serius memandangkan serangan ke atas polis semakin kerap dilakukan oleh pembangkang. Mereka membuat serangan bertali arus ke atas polis bagi menjatuhkan imej dan kemudiannya menghasut rakyat menentang pasukan keselamatan itu agar pergolakkan timbul dan kekecohan dapat dilakukan.
Ikuti kenyataan versi dari Malaysiakini ini berhubung kejadian itu:
"Saksi mendakwa polis menembak lelaki yang tidak bersenjata dari jarak dekat dalam kejadian tembak menembak dekat Ampang pada 21 Ogos lalu.
Y Ilavarasen, 24, mendakwa D Dinesh, 26, yang mati dua hari selepas kejadian di awal pagi itu tidak membawa sebarang senjata ketika keluar daripada kereta Proton Perdana putih yang ditahan dekat lampu isyarat di Ampang Waterfront.
"Saya berada dalam kereta tidak jauh daripadanya dan boleh nampak dari belakang," kata Ilavarasen dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.
"(Polis) tembak dari jarak dekat, atas dan bawah. Semua orang panik. Keadaan jadi kelam kabut dan tiada amaran, mereka juga tidak kenalkan diri sebagai polis. Mereka hanya menembak ke arah orang dan kereta."
Itu versi Malaysiakini yang mana kita tahu mereka adalah portal milik pembangkang yang akan melakukan apa sahaja dalam menyerang polis. Malah bukan sekali pembangkang menyerang polis melalui media mereka, tetapi kekerapan itu semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.
Kenyataan saksi yang kononnya berada di tempat kejadian itu menarik minat pembaca. Beliau menyatakan berada dalam kereta belakang si mati dan melihat segala kejadian itu.
Persoalannya apa yang dibuat oleh lelaki bernama Y Ilavarasen, 24, ini pada waktu kejadian?
Persolan kedua, apabila Y Ilavarasen menyatakan anggota polis itu juga tidak kenalkan diri sebagai polis. Mereka hanya menembak ke arah orang dan kereta.
Logik akal ke anggota polis yang terlatih dan diketuai pegawai polis yang berpengalaman tidak mengenalkan diri terlebih dahulu sebagai polis, sebaliknya terus melepaskan tembakan?
Anggota polis bukannya tidak sekolah, mereka semua belajar undang-undang dan tahu etika dalam menjalankan tugas. Apabila hendak membuat penahanan, mereka akan memperkenalkan diri sebagai anggota polis ataupun pegawai polis terlebih dahulu sebelum apa-apa tindakan diambil.
Apakah polis Malaysia ni ala-ala koboi yang macam filem kita tonton melepaskan tembakan ke atas ke bawah dan tidak mengikut prosedur?
Jika si lelaki India Y Ilavarasen ini pada waktu kejadian tidak mendengar kerana mabuk ataupun sedang berhalusinasi kerana dadah, ianya memang tidak akan membantu langsung isu ini untuk diketahui rakyat Malaysia. Dan boleh dikatakan Y Ilavarasen ini sebenarnya adalah antara orang yang telah melakukan kesalahan bersama si mangsa dan rakan-rakannya yang lain pada waktu itu.
Satu pekara lagi Y Ilavarasen menyatakan beliau berada tidak jauh dan boleh nampak dari belakang, pastinya mengambil inisiatif dalam perkara ini jika rakan jenayahnya tidak bersalah dengan merakam video ataupun gambar waktu kejadian untuk didedahkan kepada rakyat Malaysia. Apakah dengan kata-kata begini mampu menyakinkan rakyat bahawa pihak polis kejam dan rakan anda yang terlibat dalam jenayah pula malaikat?
Penjenayah melakukan jenayah, polis yang dipersalahkan. Polis ditembak, dipukul dan sebagainya oleh penjenayah, mereka senyap. Jika ini yang berlaku, untuk apa pembangkang berjuang jika polis yang menjaga keamanan dan keselamatan rakyat ditentang?
Jangan kita mudah termakan hasutan pihak pembangkang ini kerana mereka sebenarnya sedang cuba menghancurkan kepercayaan rakyat ke atas polis. Mereka melakukannya kerana bermatlamat mahukan negara ini huru hara.
Anda ingin tahu kejadian yang sebenarnya berlaku pada hari tersebut yang mana menyebabkan seorang penjenayah mati ditembak? Detail kejadian di bawah ini.
Kronologi Kejadian
Kronologi lengkap penjenayah mati ditembak polis buktikan pembangkang adalah pembohong besar. Berikut adalah laporan kejadian:-
Pada 21/08/2012 jam l/kurang 0204 hrs semasa pengadu bertugas di bilik gerakan c4i. Terima panggilan telefon dari Pegawai JSJ APG, Insp Iru. beritahu bersama anggota JSJ APG telah buat tangkapan serta melepaskan tembakan yang mengenai seorang suspek di Jln Besar Tasek Permai, Apg.
Insp Iru pohon bantuan MPV hala ke lokasi. Pengadu kemudian menjadikan maklumat tersebut sebagai maklumat pertama iaitu Ampang rpt: 21470/12.
Siasatan awal telah dijalankan mendapati pada 21/08/12 jam lebih kurang 0145 hrs, bertindak atas maklumat, Asp Jaswent Singh A.L Sadu Singh bersama Insp. Iruthayanathan, D/Sjn. 98790, D/Kpl. 115919, 143150, Kpl. 135823, 151818, 138627, L/Kpl. 151841, Kons. 165596, 152493, 175462, 176650 Dan 170434 telah menghala ke Flat Lembah Jaya Utara, Ampang.
Setelah sampai di kawasan flat tersebut pasukan polis tersebut telah terserempak dengan beberapa buah m/kar di dalamnya ada beberapa lelaki india yang mencurigakan di kawasan tersebut, manakala Insp.Iruthayanathan telah minta bantuan melalui bilik gerakan ipd ampang jaya.
Pihak polis seterusnya telah mengekori konvoi kereta tersebut dari belakang dan setelah sampai di lampu isyarat Tasik Permai, Ampang, Asp Jaswent Singh telah mengarahkan Konst. 152493 menghalang sebuah kereta jenis Hyundai Sonata warna merah no.pendaftaran: WLW 8551 yang dinaiki oleh empat lelaki india dengan kereta polis bernombor WMJ 8244.
Seterusnya Konst 152493 telah memintas dan menghalang m/kar tersebut. kemudian Asp Jaswent Singh bersama Kons.152493 terus keluar dan telah menjerit serta mengenalkan diri sebagai pegawai kanan polis.
Ketika itu, m/kar no.pendaftaran: wlw 8551 tersebut telah terus berundur dan melanggar m/kar WJT 6202 yang dipandu oleh D/SJN.98790 dibahagian belakangnya. Tiba-tiba (2) lelaki india telah keluar dari m/kar dan telah bertindak memecahkan cermin hadapan m/kar berkenaan WJT 6202, manakala (2) lagi lelaki india juga telah keluar dari m/kar WLW 8551 dan berlaku pergelutan dimana keempat-empat lelaki india tersebut telah berjaya ditangkap dan seterusnya Insp.Iruthayanathan bersama anggota lain telah mengawasi (4) lelaki india itu.
Ketika itu, ASP Jaswent Singh telah mendapati ada (2) saspek lelaki india menyerang m/kar anggota polis bernombor WMJ 8243 yang berada di hadapan iaitu selepas lampu isyarat dan beberapa lelaki india yang keluar dari konvoi kereta saspek yang mencurigakan bersenjatakan besi dan parang. kemudian Asp Jaswent Singh bersama Kons. 175462 Dan 170434 telah berlari untuk memberi bantuan dan telah melepaskan beberapa das tembakan amaran kearah suspek-suspek kerana sewaktu itu Asp Jaswent Singh mendapati mereka dalam keadaan bahaya dan ganas untuk menyerang anggota polis.
Semasa kejadian tembakan itu, salah satu tembakan telah mengenai salah seorang suspek berkenaan, dan kemudian suspek-suspek yang lain telah bertindak melarikan diri dengan menaiki m/kar sambil membaling beberapa bilah parang kearah kami. ketika konvoi m/kar suspek melarikan diri saya bersama anggota telah melepaskan beberapa das tembakan kearah kenderaan saspek.
Kemudian Insp.Iruthayanathan telah membuat pemeriksaan dalam m/kar Hyundai Sonata no.pendaftaran: WLW 8551 dan telah menjumpai (1) bilah parang, sebilah pisau pemotong daging, sebatang besi dan satu alat walkie-talkie didalamnya.
Butir-butir tangkapan saspek yang terkena tembakan adalah seperti berikut:-
(b1) DINESH A/L DARMESEMA
kpt: 861101-43-6677
alt: h-3-8, apt. indah 2, jln pju 10/9, prima damansara, petaling jaya. (tiada rekod kesalahan lalu)
Tangkapan ke atas saspek-saspek yang berada dalam kereta hyundai sonata no: WLW 8551 adalah seperti berikut:-
(b2) ALBERT A/L ANTHONEYSAMY
kpt: 840228-14-6439
alt: no.1-0-8 blok 1, Taman Kobena, Taman Kobena, Cheras, K.Lumpur. (terdapat 1 rekod jenayah sek: 395 kk)
(b3) SENTHIL MOHAN A/L RAJAMOHAN
kpt: 840225-05-5443
alt: Vpd-Sah Vista Perdana 2/1, Pandan Perdana, K.Lumpur.
(terdapat 3 rekod kesalahan lalu)
(b4) JAGADISH A/L MARIAPPAN
kpt: 841225-10-5433
alt: D-5-9 Ppr Jln Miri, Taman Wahyu 1, Jinjang Utara, K.Lumpur.
(tiada rekod kesalahan lalu)
(b5) MOONIANDAY A/L PANISILO
kpt: 820107-14-5749
alt: 35-02-06 Bandar Baru Sentul, K.Lumpur. (terdapat 2 rekod kesalahan lalu)
Siasatan di tempat kejadian dengan dibantu oleh team CSI yang diketuai oleh Supt. Soo Me Tong telah menjumpai sebanyak 4 bilah parang, sebilah pisau, satu sarung parang dan sebatang besi yang dibuangkan atas jalanraya. turut dijumpai di tempat kejadian adalah sebanyak (6) kerongsong peluru jenis SME 9mm.
Semakan pada kereta pasukan iaitu WMJ 8243 mendapati ia mengalami kerosakan satu kesan tetakan pada cermin hadapan, 4 kesan tetakan pada bonet depan dan 1 kesan tetakan pada cermin pintu sisi pemandu. Kerosakan pada kereta milik anggota polis no: WJT 6202 adalah cermin hadapan dipecahkan.
Ujian Air kencing telah dibuat mendapati hanya (b2) dan (b5) yang positif THC. Semakan keatas keadaan (b1) mendapati ia masih tidak sedarkan diri dan sekarang ditempatkan di wad icu hospital ampang. Temubual dengan doktor yang merawat (b1) mendapati (b1) terkena satu tembakan di belakang telinga sebelah kiri dan menembusi bahagian belakang telinga sebelah kanan.
Semakan ke atas kereta yang dinaiki oleh keempat-empat saspek mendapati ia tidak ada dilapurkan hilang dan didaftarkan atas penama CHANDRA DEVI A/P ARUMUGAM, kp: 600714-10-6448, alamat: no 1k, bt1/2 , Jln Sg. Besi, kl.kesemua saspek telah ditahan reman selama (4) hari bermula 21/08/12 hingga 24/08/12.
Pada 23/08/2012 jam lebih kurang 0521hrs saspek (b1) iaitu DINESH A/L DARMASENA, kp: 861101-43-6677 telah meninggal dunia di wad icu Hospital Ampang akibat kecederaan yang dialami dan laporan kematian adalah seperti pandan indah rpt: 19751/12.
Post-Mortem telah dijalankan pada 23/08/2012 jam 1040 hrs di Hospital Besar Kuala Lumpur oleh Dr. Nurliza Abdullah (no p/m: p415/12) dan hasil post-mortem mendapati saspek mengalami dua kesan tembakan iaitu satu tembakan menembusi bahagian belakang telinga kanan dan keluar melalui kawasan berdekatan dengan lubang telinga kiri manakala tembakan kedua menembusi lengan kanan atas siku dan keluar mengikut bahu kanan.
Tiada sebarang anak peluru dijumpai dari kesan tembakan. Punca kematian saspek (b1) adalah gun shot wound to the head.
Siasatan lanjut masih dijalankan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
LAHAD DATU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan