Ketika majoriti umat Islam di seluruh dunia membantah filem Innocence of Muslims yang menghina Nabi Muhammad SAW, Anwar Ibrahim pula bertindak sebaliknya dengan menempelak tindakan bantahan itu sebagai beremosi dan cepat melenting.
"Tindak balas ganas terhadap filem yang menghina Islam, dia (Anwar) bersetuju bahawa terdapat satu 'masalah dalam jiwa umat Islam... mudah marah dan emosi'," lapor Eddie Barnes, wartawan The Scotsman, media terbitan British, ketika menemu bual Anwar semasa Ketua Pembangkang itu melakukan lawatan ke United Kingdom baru-baru ini.
Wartawan The Scotsman melaporkan kata-kata Anwar itu dalam artikel yang bertajuk, "Eddie Barnes: Tough challenge to heal the divides in Malaysia".
Wawancara itu turut dimuat turun di laman peribadi Anwar, anwaribrahimblog.com.
Ketika disoal mengenai bantahan pemerintah Malaysia terhadap filem itu, Anwar berkata, "mereka berpura-pura bercakap membela Islam apabila mereka terang-terangan korup dan tidak adil.
Itulah sikap kumpulan yang sedang memegang kuasa".
Eddie Barnes juga turut melaporkan cemuhan Anwar terhadap langkah Kementerian Pendidikan Malaysia yang menerbitkan satu garis panduan mengenal pasti kecenderungan homoseksual dalam kalangan pelajar, sebagai langkah 'gila'.
Pada tahun 2009, Anwar turut mengeluarkan kenyataan yang hampir sama ketika berceramah dalam program 'Muslim Christian Interfaith Conference' di Perth, Australia.
Dalam ceramah di hadapan majoriti penganut Kristian Australia itu, Anwar memperlekehkan umat Islam Pakistan yang berdemonstrasi membantah Kartun Denmark (Danish Cartoon), karikatur yang menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW.
Kartunis Denmark, Kurt Westergaard, disifatkan menghina Islam kerana melukis wajah Nabi Muhammad SAW dengan memakai serban yang bentuknya mirip sebutir bom.
Karikatur yang disiarkan oleh beberapa akhbar utama Denmark itu telah menimbulkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
LAHAD DATU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan