KUALA LUMPUR: Laporan blog dan artikel
yang mendakwa bumi akan bergelap selama tiga hari bermula 23 Disember
ini berikutan bumi, matahari dan pusat galaksi (Bima Sakti) berada pada
kedudukan selari adalah tidak benar.
Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara (Angkasa), Dr. Mustafa Din
Subari berkata, keadaan itu tidak akan berlaku dalam masa singkat dan
mungkin akan berlaku sekiranya bumi berhenti beredar mengelilingi
matahari atau apabila matahari sudah tiada lagi.
"Jangan mudah percaya dengan perkara yang remeh-temeh kerana andaian
yang dibuat itu berkemungkinan daripada pengaruh filem serta cerita yang
ditonton.
"Untuk pengetahuan umum, pusat galaksi terlalu jauh dari bumi dan
matahari iaitu 165 quadrilion batu, jadi kesan tarikan graviti adalah
terlalu kecil, mana mungkin bumi akan bergelap," katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas majlis pelancaran pameran khas
sempena memperingati angkasawan Pentadbiran Aeronautika dan Angkasa
Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA), Neil Alden Armstrong di
Planetarium Negara, di sini hari ini.
Pameran anjuran kedutaan Amerika Syarikat, Angkasa dan
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi itu dirasmikan Timbalan Ketua
Setiausaha (Sains), Prof. Datin Paduka Dr. Khatijah Mohd Yusoff.
Yang turut hadir, Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, Datuk Paul W. Jones.
Dakwaan bumi akan bergelap pada 23, 24, 25 Disember ini disebarkan
menerusi blog dan artikel yang berpendapat apabila bumi, matahari dan
pusat galaksi selari, maka akan berlaku penumpuan daya graviti daripada
bumi, matahari dan pusat galaksi sehingga boleh mengakibatkan kemusnahan
alam semesta.
Mengenai pameran itu, Khatijah berkata, pameran
bertemakan 'A Tribute To Neil Armstrong' tersebut dibuka secara percuma
kepada orang ramai selama sebulan bermula hari ini hingga 7 Januari
tahun hadapan.
Katanya, pameran itu akan menceritakan perjalanan hidup angkasawan
pertama dunia itu dari zaman kanak-kanak hingga kisah bersejarahnya
menjejakkan kaki di bulan melalui siri bergambar dan babak dalam
kehidupannya.
"Saya berharap pameran ini akan menjadi inspirasi kepada masyarakat
Malaysia terutama golongan muda yang berminat mengenai penerokaan sains
angkasa dan astronomi," katanya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
LAHAD DATU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan