KUALA LUMPUR: Bagi umat Islam, doa adalah senjata ampuh
selepas segala ikhtiar dan usaha dilakukan bagi memohon dimakbulkan
segala hajat.
Umat Islam yang berada di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini dan
anggota UMNO yang menghadiri Perhimpunan Agung UMNO 2012 berkesempatan
mengadakan solat hajat dan berdoa memohon umat Islam dan seluruh rakyat
di negara ini hidup dalam suasana aman, sejahtera dan bersatu padu.
Antara lain doa itu berbunyi: “Kami mohon satukanlah hati-hati kami
ya Allah… seluruh muslimin dan muslimat Ya Allah… di utara, selatan,
timur dan barat Ya Allah. Kau tautkanlah ukhuwah dan ikatan sesama Islam
Ya Allah. Peliharalah negara kami Ya Allah… peliharalah pimpinan-pimpinan kami
Ya Allah, peliharalah rakyat negara kami Ya Allah, peliharalah raja-raja
kami Ya Allah.”
Doa itu dibacakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom selepas solat hajat tersebut.
Berbeza sekali dengan solat hajat dan doa Pas yang memohon kehancuran
UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada majlis solat hajat di Stadium
Muhammad IV sempena Muktamar Tahunan Pas ke-58 baru-baru ini, yang
mengejutkan banyak pihak.
Perbuatan itu dilihat mencalar imej parti berkenaan sebagai sebuah
parti Islam di negara ini memandangkan Islam sendiri meminta umat
mendoakan hanya perkara baik, sebagaimana sabda Nabi Muhamad SAW:
“Mohonlah kebaikan daripada Allah kerana sesungguhnya Allah suka diminta
kebaikan dan sebaik-baik ibadah adalah menunggu kelapangan (terlepas
daripada kesusahan).” (Hadis riwayatal-Tirmidzi).
Seperti yang sering diungkapkan, setiap kejadian itu ada hikmahnya.
Bagi Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Idris Jusoh, doa Pas itu
akan menjadi antara penyebab Pas kehilangan sokongan serta kerusi pada
pilihan raya umum ke-13.
“Kita lihat banyak isu yang melanda Pas gagal diselesaikan dan
diperjelas dengan baik seperti isu Nurul Izzah (Naib Presiden Parti
Keadilan Rakyat) berhubung kenyatannya mengenai kebebasan beragama. Malah,
parti itu mempunyai masalah dengan DAP terutama berhubung dalam isu
pelaksanaan hukum hudud,” katanya.
Yakin akan berlaku peralihan sokongan pengundi Pas kepada UMNO,
terutamanya pengundi atas pagar, Idris berkata, Pas kini tiada hala tuju
dan tidak mempunyai keupayaan untuk menjadi parti tonggak dalam pakatan
pembangkang kerana dilihat lebih banyak mengikut telunjuk DAP dan PKR.
“Ini jauh bezanya dengan UMNO yang merupakan tonggak dalam Barisan
Nasional dan dasar perjuangan UMNO sendiri tidak berubah sifat wasatiyah
sejak dari dahulu hingga kini,” katanya.
Idris berkata, Pas tidak konsisten dalam memperjuangkan Islam serta
banyak mengalah kepada DAP dan dalam hal siapa akan menjadi perdana
menteri, anggota Pas sendiri tiada persefahaman.
“Pakatan pembangkang dengan lantang mahukan Datuk Seri Anwar Ibrahim,
tetapi Muktamar Pas baru-baru ini mahukan presiden mereka Datuk Seri
Abdul Hadi Awang menjadi PM dan dalam masa sama Mat Sabu (Timbalan
Presiden Pas, Mohamad Sabu) pula menyatakan menyokong Anwar menjadi PM.
Jadi jelas menunjukkan kesepakatan dalam pakatan pembangkang tidak ada,”
katanya.
Seorang penganalisis politik, Prof Madya Dr Shaharuddin
Badaruddin berkata, UMNO harus bekerja kuat untuk menarik 30 hingga 40
peratus pengundi atas pagar untuk mempertahankan Putrajaya.
Beliau berkata, UMNO dan Pas telah memperoleh 30-30 peratus sokongan
dalam kalangan pengundi Melayu dan adalah sukar untuk meraih sokongan
penyokong tegar Pas.
Maka itu, adalah penting bagi kedua-dua parti meraih sokongan pengundi atas pagar bagi memastikan kemenangan dalam PRU13.
Bagi penyokong Pas yang tegar, kata beliau, mereka akan kekal
menyokong Pas, tetapi pendekatan liberal parti itu yang mewujudkan
kerjasama dengan DAP dan PKR adalah strategi Pas untuk menawan Putrajaya.
“Kini, UMNO dan Pas perlu merangka pelbagai strategi yang berkesan
untuk mendapatkan sokongan pengundi atas pagar yang dikatakan pengundi
muda dan berpandangan sederhana serta golongan yang mahukan hubungan
harmoni dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum,” katanya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
LAHAD DATU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan