Sebahagian isi kandungan perjanjian
penyelesaian perceraian dipercayai di antara Ahli Parlimen Lembah
Pantai, Nurul Izzah Anwar dan suaminya, Raja Ahmad Shahrir Raja Salim
tersebar luas di laman media sosial, Facebook pada Jumaat.
Isi kandungan perjanjian itu yang dimuatnaik oleh seorang pengguna di
laman tersebut menunjukkan ia menyerupai draf surat oleh pejabat
peguam.
Antara yang terkandung dalam perjanjian tersebut adalah mengenai
persetujuan kedua-dua belah menyelesaikan isu perceraian, tuntutan
selepas perceraian dan hadhanah anak-anak mereka secara damai.
Menurut surat perjanjian itu, mereka juga bersetuju kes tersebut
diselesaikan tanpa membabitkan sebarang perbicaraan di mahkamah.
Dalam pada itu, pasangan tersebut juga didakwa telah membuat satu
perjanjian mengenai beberapa perkara lain di mana ia akan berkuatkuasa
dari tarikh perjanjian penyelesaian itu ditandatangani.
Bagaimanapun, kesahihan mengenai surat perjanjian itu tidak dapat dipastikan.
Pada Khamis, Nurul Izzah disahkan memfail penceraian terhadap suaminya di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.
Pemeriksaan rekod mahkamah oleh The Star Online mendapati kes perceraian antara Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan suaminya itu wujud.
Nurul Izzah, 33, membuat tuntutan fasakh bagi membatalkan
perkahwinannya dengan Raja Ahmad Shahrir , 35, pada akhir Disember tahun
lalu.
Dalam kenyataan media bersama pada Khamis, Nurul Izzah dan Raja Ahmad
Shahrir Raja Salim meminta supaya mereka diberikan ruang peribadi untuk
menyelesaikan isu itu.
"Kami amat sedih dengan cubaan gangguan yang menyentuh perkara
peribadi kami apabila kami gigih berusaha untuk memastikan kelangsungan
perkahwinan ini.
"Keluarga kami menjadi keutamaan," kata mereka pada Khamis.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
LAHAD DATU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan